Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

YB Alias Mula Menyebar FITNAH

$
0
0
Satu laporan polis terhadap Perdana Menteri Malaysia yang dibuat oleh Adun Bukit Tunggal Yb Alias Razak di Balai Polis Gong Badak semalam yang mana mahu pihak Polis Menyiasat dakwaan sebuah portal luar Negara terhadap Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Dalam kenyataan laporan itu beliau menyatakan sepertimana berikut dan beliau  telah membaca satu artikel yang disiarkan dalam portal The Wall Street Journal bertarikh 2 Julai 2015 yang bertajuk " Investigators Believed Money Flowed to Malaysian Leader Najib's Account Amid 1MBD Probe" dan berita itu telah ditulis oleh jurnalis Tom Wright dan Simon Clark. 

“Saya telah mendapati bahawa artikel yang ditulis tersebut mendakwa pihak The Wall Street Journal telah menerima beberapa dokumen siasatan kerajaan” – akta rahsia Negara.

“Dokumen itu telah mendedahkan terdapat beberapa aliran transaksi tunai telah berlaku di antara syarikat - syarikat milik kerajaan dan akhirnya kira-kira sejumlah $700 juta telah di depositkan ke dalam akaun AmIslamic Bank cawangan Kuala Lumpur dibawah nama pemilik Dato Sri Mohd Najib bin Haji Abd Razak” 


“Saya berpendapat bahawa tulisan ini cukup berat dan ia telah tersebar luas dalam media atau talian. Maka laporan ini dibuat untuk menuntut pihak polis agar segera melakukan siasatan terhadap Perdana Menteri dan syarikat yang telah dinamakan dalam artikel berkenaan” 

Beberapa soalan juga telah diajukan didalam laporan tersebut dan diantaranya adalah seperti berikut :-

Adakah benar dakwaan portal berkenaan terhadap Perdana Menteri ? 
Adakah Perdana Menteri telah menerima sejumlah wang yang didepositkan ke dalam akaun peribadi miliknya hasil daripada transaksi yang didedahkan dalam artikel berkenaan.


Oleh kerana ketiadaan isu sekarang ini beliau yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu juga mengambil tahu perkembangan terkini yang telah terang bahawa ia adalah satu FITNAH yang ditabur.

Memang manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan akan tetapi kehendak menutupi segalanya walaupun seseorang ia  tahu akan isi kandungan AL QURAN dan Hadis apabila kehendak DUNIAWI mengatasi segalanya demi mimiliki KUASA dunia yang sementara.

Walau setinggi mana kopiah yang dipakau atau sebesar mana semutar dikepala ia tetap sebarkan FITNAH demi KUASA Dunia….


Viewing all articles
Browse latest Browse all 490