Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

4 Lelaki Di Tahan Memiliki DADAH - LPT 2

$
0
0
Suspek yang memiliki dadah ditahan di OP Khas PDRM di LPT 2
Suspek yang memiliki dadah ditahan di OP Khas PDRM di LPT 2

Operasi Bersepadu Khas Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2)  oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM)  telah membuat 8 tangkapan dan 4 darinya memiliki menemui daun ketum belum diproses 46 kilogram dan 911 pil disyaki dadah yang disusun rapi dalam kereta.

3 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myammar turut tahan di dalam operasi khas PDRM hari ini di LPT 2 tapak rehat dan rawat (RnR) Ajil Hulu Terengganu kerana tidak memiliki permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah.

Menurut perbualan lisan awal di tapak operasi itu, suspek yang membawa dadah dan daun ketum itu menaiki kerata tayota estima berwarna kelabu menggunakan nombor pendaftaran Singapore telah berjaya ditahan.

Suspek yang berasal dari johor  itu mendapat bekalan dari utara tanah air dan menggunakan LPT 2 sebagai jalan perhubungan  mereka ke negeri Johor yang mana sebelum ini tiada masalah bagi mereka.

Mereka menjangkakan LPT 2 selamat digunakan kerana sebelum ini sudah beberapa kali berbuat perkara yang sama.
Daun Ketum dan Dadah
Keempat-empat mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sehubungan operasi khas PDRM ini telah selama 3 hari ini telah mengeluarkan saman sebanyak 1500 keping dengan pelbagai kesalahan lalu lintas dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terutama bagi kesalahan memandu melebihi halaju yang telah ditetapkan.

Kekuatan anggota PDRM dalam opreasi khas LPT2 kali ini seramai 130 orang yang telah ditempatkan di empat kawasan di lebuh raya ini dan 27 darinya ada pegawai-pegawai dari Bukit Aman serta Terengganu.
-SuaraBumi : TerengganuTimes
20151107072114

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490