Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Rakyat Malaysia Militan IS dari Jemaah PAS?

$
0
0
KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia yang mendakwa dirinya militan Islamic State (IS) semakin popular di laman media sosial, dengan mendapat lebih 2,600 “rakan”.

Menggunakan nama Muhammad Syam Danielz di Facebook, lelaki itu mendakwa dirinya adalah “mujahidin” yang berjuang bersama kumpulan pengganas itu di Syria dan Iraq.

Akaun yang mula aktif sejak Oktober lalu itu menunjukan kemas kini yang dimuat naik Muhammad Syam, termasuk gambar-gambar beliau bersama lelaki yang didakwa adalah pejuang IS.

Maklumat mengenai kononnya aktiviti IS serta propaganda pengganas jelas kelihatan dalam rentetan lebih 20 catatan.

Catatan terbarunya semalam memaparkan gambar Muhammad Syam dengan beberapa orang yang dianggap pejuang IS dari Malaysia.

Bagaimanapun, dalam satu catatan di Facebooknya, beliau memaklumkan beberapa akaun social media miliknya telah disekat.

“Dari awal sy bergabung bersama mujahidin hinggalah sekarang. Dah terlalu banyak facebook sy di blok,” tulisnya dalam catatan bulan lalu.

Satu lagi catatan menyatakan beberapa saluran media sosial yang boleh digunakan untuk menghubunginya, termasuk Instagram dan aplikasi telefon bimbit, WeChat.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, semua akaun itu tidak lagi aktif.

Hasil pemerhatian turut mendapati, ada pengguna laman media sosial yang menyokong Muhammad Syam serta bersimpati dengan kumpulan militan itu dan perjuangan mereka.

Warga maya juga dilihat memulakan perbualan dengan Muhammad Syam dan sesama sendiri, berhubung aktiviti kumpulan militan itu, selain menyokong kumpulan terbabit.

Terdahulu, seorang ibu kepada seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kumpulan militan IS ditahan dan didakwa menyokong aktiviti pengganas di laman media sosial.

Portal berita Singapura, The Straits Times melaporkan, Azizah Md Yusof, 55, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan, selepas menggunakan satu akaun Facebook untuk mempromosikan anaknya yang didakwa menyertai kumpulan pengganas IS. – TheRakyatPost

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles