Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

VIDEO : Pelajar Malaysia Terlibat Kegiatan Al Qa

$
0
0
Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi tadi, atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda atau Jund Al Aqsa.

Mohamad Hidayat Azman, 19 tahun yang berasal Kuala Bagan Tiang, Perak, menjadi individu pertama didakwa menjadi ahli dan terbabit dengan kegiatan Al-Qaeda di negara ini.

Tertuduh bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim. Mengikut pertuduhan, Mohamad Hidayat didakwa memasuki Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015 bagi memberi sokongan kepada kumpulan Al-Qaeda.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130j(1)(a), Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 30 tahun atau denda.

Tertuduh ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di KLIA pada 7 Disember lalu sebaik tiba dari Mesir.  Mahkamah menetapkan 28 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490