Pelaburan yang besar dalam mengukuhkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan juga pasukan adik Terengganu Team (T-Team) dilihat oleh natizen satu pembaziran wang rakyat.
Kerajaan Negeri telah memperuntutkan RM 20 Juta termasuk dengan sponsor dari GLC dan juga swasta itu seakan-akan mencurahkan air di daun keladi.
Peminat-peminat bola sepak negeri Terengganu menjadi gusar dengan 2 kekalahan berturut-turut yang dialami pasukan kesayangan mereka.
Namun luahan perasaan sejak dari malam semalam itu sehingga kini terus menuntut satu perubahan dalaman PBSNT dan juga T-Team dan turut menyarankan ketua jurulatih pasukan Terengganu Ahmad Yusof direhatkan kerana kegagalan memilih pemain.
Presiden PBSNT Wan Ahmad Nizam juga tidak terlepas dari kritikan peminat setia skuad penyu kerana tidak pandai mencari altenatif menarik pelaburan atau sponsor menaja pasukan Terengganu.
Beliau dikatakan hanya hidup dalam PBSNT sebagai bangkai yang bernyawa kerana memakan elaun bulan sahaja tanpa berbuat apa-apa untuk menaikkan imej bola sepak negeri Terengganu dan mengharapkan beberapa orang dalam persatuan itu sahaja.
Peminat mengahrapkan perubahan besar-besaran dilakukan dalam pengurusan persatuan itu dan Terengganu kembali menjadi kuasa bola sepak didalam Negara ini.
Harapan yang mengunung dihaburkan dalam media sosial hari ini telah membuka mata dari kalangan sponsor besar yang turut sama telibat menaja pasukan Terengganu dan juga T_Team.
Satu piala sudah terlepas pada musim 2016 ini dan tinggal hanya 2 piala lagi iaitu Piala Liga Super dan Piala Malaysia yang menjadi target pasukan Terengganu.
Slogan dan target dengan perbelanjaan besar kerajaan negeri hanya membawa pulang satu piala ke bumi Terengganu itu kelihatan kabur dengan kualiti permainan yang ada sekarang ini.
Terengganu perlu bangkit membuktikan bahawa mereka tidak seperti yang telah digambar dalam media sosial beberapa hari ini dengan menewaskan JDT pada hujung minggu ini.
Manakala T-Team juga tidak terlepas untuk membuktikan bahawa mereka adalah persaig yang hebak dalam kancah liga bola sepak di Malaysia ini.