Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Hancurkan DAP dari Terus Berkuasa - Hadi

$
0
0
abdul hadiKuala Lumpur : Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat ISLAM supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan mengagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah Negara ini.

Beliau berkata, DAP tidak berhak untuk memerintah Negara ini memandangkan kaum cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan umat ISLAM 60 peratus.

“DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat ISLAM sahaja sahaja mampu memastikan Negara ini terus dierintah oleh orang melayu.

“Selain itu, kita juga telah mengigatkan UMNO supaya kembali kepada ISLAM demi penyatuan dan kekuatan ummah kerana memulihkan agenda politik merupakan satu sumbangan yang besar,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas Bandar Tun Razak disini malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim da Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.

Dalam pada itu , Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut mempersoalkan peranan PAN yang dipimpin Presidennya, Mohamad Sabu dalam memperjuangkan agenda politik di Negara ini bersama DAP dan PKR.

Sementara itu , Abdul Khalid berkata, beliau bimbang berhubung situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan mengugat kestabilan politik orang melayu.

“Saya lihat DAP yang diwakili oleh kaum cina telah Berjaya walaupun mereka terdiri daripada 30 peratus, lebih-lebih lagi mereka telah menguasai pendapatan per kapita yang lebih tinggi serta ada cita-cita lebih daripada itu.

“Kita akan tubuhkan unit tertentu seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau orang ISLAM yang bersekongkol dengan DAP tidak menang pilihan raya umum akan dating. Perjuangan kita merupakan satu perjuangan yang berterusan,” ujurnya.
12670762_1105963576114453_5277945685029367450_n

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles