Troll yang berlaku kepada pelajar tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang dalam bidang perubatan telah mendapat pelbagai tomahan dan lontaran di media sosial beberapa hari ini.
Beliau yang juga anak jati Kampung Tepoh Kuala Nerus itu bertanyakan soalan kepada Dr Zakir Naik itu dengan menyatakan “Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?
Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.” Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).
Yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat murah jika nak dibandingkan dengan negara lain di dunia ini, jawab Dr Zakir kepada seorang pelajar perubatan tersebut.
Menurutnya, kebiasaan saya sebagai seorang doktor utk melatih pelajar perubatan di mana kerajaan harus membelanjakan ratusan ribu ringgit.
Kebiasaannya kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan .
Ini datang daripada kuota sokongan kerajaan. dan saya percaya walau kerajaan malaysia sekalipun , ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti kiranya anda tidak mendapat merit yang disyaratkan .
Begitu juga dengan di India,jika anda tidak mendapat merit yg disyaratkan dan tidak mendapat score yg diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya, masalahnya atas diri kita sendiri. bukan atas kerajaan.
Jadi jika saya pergi ke kolej kerajaan sekalipun, itu adalah fakta bahawasanya kerajaan tidak memberi subsidiari kepada kolej swasta, kerajaan hanya memberi subsidi kepada kolej kerajaan. itu lah yang berlaku di India
“saya cabar awak utk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dollar” katanya kepada pelajar berkenaaJa
Selain dari itu, beliau juga menasihati agar pelajar berkenaan tidak menyalahkan kerajaan kerana mengenakan caj yang masih ditahap murah.
“untuk penjelasan lanjut sila dengar video di bawah ini”
Dr Zakir Naik kata, "kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100K. Kira baik la tu kerajaan Malaysia beri subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi ambil pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal.
Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali.
"But please dont blame your government," katanya.
Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali.
"But please dont blame your government," katanya.
Banyak tempat di bumi Terengganu Darul Iman yang boleh mendapat biasiswa kerajaan seperti di Yayasan Terengganu (YT) dan juga pusat zakat MAIDAM.

Sebagai contoh kalau pelajar meminjam RM 10 ribu makan akan dikenakan ujrah sebanyak 1 % dengan jumlah RM 100 setahun dan bukan setiap bualan bagi menampung kos pengurusan PTPTN.
Kaedah ujrah ini dikuakuasakan mulai Jun 2008 bagi menggantikan kaedah pinjaman konvensional dengan kos perkhidmatan 3% - 5% yg dilaksanakan sebelum itu.
Dengan pelaksanaan ujrah ini, dakwaan PTPTN menguruskan pinjaman riba adalah tidak berkaitan dan mungkin pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan dalam jurusan perubatan itu tidak membuka mindanya.
Tuduhan pelajar semasa ceramah Dr. Zakir Naik yang mengatakan bahawa PTPTN mengamalkan konsep riba adalah tidak benar.
Pada 8 Disember 2014 yang lalu, YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan dan telah membuat MOU persefahaman menanggung segala kos 1 peratus yang dikenakan kepada pelajar-pelajar yang berasal dari Terengganu.
Jadi tidak timbul caj yang dikenakan itu adalah satu sifat kezaliman kerajaan kepada rakyatnya yang mahu menimbal ilmu untuk kebaikan rakyat yang lain.
Di Terengganu pinjaman atau biasiswa boleh didapati dengan Yayasan Terengganu dan juga bahagian ZAKAT Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
-Terengganu Times