Siapakah anak yatim piatu di pakaikan kasut oleh MB Terengganu?
Mungkin ramai yang bertanya siapakah anak kecil dipangkuan MB Terengganu yang mana telah diviralkan didalam facebook dan media sosial petang ini.
Berita dibawah ada jawapannya...
Kemaman - Yab Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Isteri To' Puan Seri Halina Zakaria petang ini meluangkan masa bersama 6 orang anak angkat beliau di Mesra Mall Kemaman.
Keenam-enam anak angkat beliau ini merupakan anak yatim piatu daripada pasangan Norhayati Sulong dan suami yang maut mangsa bot terbalik ketika banjir di Kemaman disember tahun lalu.
Keenam-enam mereka dibawa membeli-belah untuk persiapan hari raya di Mesra Mall dan di bawa berbuka bersama, semenjak anak-anak kecil ini di jadikan anak angkat MB, MB tidak pernah mengabaikan mereka.
Segala pembelajaran dan kebajikan mereka di jaga bagai anak sendiri, itu keprihatinan seorang pemimpin.
Sejarah bencana banjir 2014 yang telah menjadi titik hitam kepada enam beradik iaitu Nor Syafiqah Syahira, 13; Nor Izah Insyirah, 12; Muhammad Ifran Irshad, 10; Nur Intisar Iedihar, 7; Muhammad Aqil Amsyar, 5 dan Nor Adifa Arissa,1 tahun.
Pasangan Norhayati Sulong, 37, yang maut bersama suaminya, Suhaimi Awang, 37, selepas bergegas pulang ke rumah mereka semata-mata untuk mengambil kertas jawapan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum disemak, menyentuh hati Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebelum ini.
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang miskin” (Surah Al-Baqarah:83).
Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada ANAK YATIM amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di Syurga bagi orang yang menjaga ANAK YATIM.
-Terengganu Times