Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Juru Terbang Selamat - Kerusi Injal

$
0
0
Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengemudi pesawat jenis Aermacchi MB339CM yang terhempas di kawasan sawah, dekat Kampung Serum, Pekan, ketika latihan tengah hari tadi, selamat selepas menggunakan kerusi anjal untuk keluar dari pesawat itu.
Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal.
Katanya, pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan pada 12.54 tengah hari tadi.
"TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan," katanya. - HMetro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490