Ucapan Terima Kasih Menteri Besar kepada Perdana Menteri tidak salah kerana banyak kebajikan dan kebaikan yang telah di lakukan oleh kerajaan pusat, banyak sumbangan Kerajaan pusat telah hulurkan kepada Terengganu terutama dalam menjaga kebajikan dan pembangunan rakyat.
Projek ECER Kuala Terengganu City Center merupakan salah satu projek kerajaan pusat untuk rakyat Terengganu seperti Projek Akuapolitan Kuala Nerus di bawah KTCC yang akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Sendiri.
Jika mempersoalkan tentang pemilikan petroleum bukan di bawah bidang kuasa negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum (1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (SOE) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti upstream.
Segala hak milik Petroleum melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri walaupun di mana-mana Negeri atau Kelantan sekalipun.
Oleh itu tiada sebab kenapa di persoalkan hak milik petroleum, walaupun bagaimanapun kerajaan negeri masih tetap menerima wang ehsan, wang ehsan merupakan budi bicara kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Negeri untuk 5% daripada royalti minyak dan tiada dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974) bahawa kerajaan pusat perlu memberi wang ehsan.
TETAPI ATAS BUDI BICARA KERAJAAN PUSAT UNTUK RAKYAT TERENGGANU kerana keprihatinan dan kesedaran kerajaan persekutuan untuk rakyat.
Banyak rakyat negeri Terengganu telah mendapat manafaat daripada wang ehsan ini daripada lahir melalui TTB Ahmad Razif telah memperkenalkan SSPNi untuk bayi baru lahir diberikan RM100.
Apabila meningkat usia di sekolah, bantuan persekolah dengan pakaian sekolah, buku, kelas tusiyen percuma, laptop percuma dan pelbagai lagi.
Jika dapat meneruskan pelajaran ke Universiti Awam di berikan Bantuan Yayasan Terengganu diploma RM750 dan sebuah laptop, jika ijazah RM1000 berserta sebuah laptop.
Apabila meningkat umur 21 tahun belia Terengganu mendapat Dana Bakti Remaja SETIAP TAHUN, apabila mejelang hari raya sama ada hari raya adilfitri atau Tahun Baru cina keluarga kurang berkemampuan mendapat Dana Hari Raya setiap tahun, apabila melibatkan penyakit kronik rakyat boleh mendapatkan bantuan Tabung Darul Iman dan banyak lagi usaha dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.
Adakah setiap kebaikan hanya di pandang keburukan, jangan kerana ingin menanam hasad dengki dan kebencian rakyat kerana kepentingan politik Ahmad Ahmzad cuba memperbodohkan rakyat