BEBERAPA keping gambar telah dimuat naik dalam media sosial tentang himpunan yang diadakan PAS Terengganu di Kemasek, Kemaman telah mendapat tentangan dari gerakan marhean PAS atau ahli akar umbinya.
Menurut status yang telah dimuat oleh seorang penyokong tegar PAS Terengganu, Huzir Sulaiman secara tolalnya tidak bersetuju dengan penyertaan parti PRIBUMI yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu.
Melihat PAS cuba mendapatkan kuasa dan formula baharu untuk terus berkuasa dalam politik Negara ini, Huzir telah mengeluarkan kenyataan seperti mana berikut.
Kenapa pilih orang/parti yang kita tak ada tahaluf siyasi dengan kita sebagai orang tengah?
Bukan ke Muhyiddin proxy Tun M?Dah lupa apa yang Tun M buat pada PAS? Memali, OPS Lalang dan sebagainya.
Dah lupa pendirian Tun M pada Hudud dan RUU355?Dah lupa hubungan Marina dan Tun M? Dengan Kassim Ahmad, SIS?Dah lupa golongan sekular, liberal, plural, LGBT dan sebagainya?Masih tak nampak misi Tun M terhadap anaknya Mukhriz?Masih tak nampak motif Tun M nak jadikan Muhyiddin sebagai PM?Dah lupa deklarasi Tun M yang pada awalnya juga nak selamatkan UMNO?
Sesuai ke parti serpihan UMNO dan mereka yang kecewa dijadikan orang tengah?
Dah lupa PAN dan DAP adalah juga sebahagian dari PH?Dah lupa apa pemimpin PAN dah buat pada kerusi dan aset PAS?Dah lupa penghinaan dan fitnah yang dilemparkan mereka pada Tuan Guru Presiden PAS, Almarhum TGNA, Almarhum TGHD serta pemimpin PAS yang lain?
Dah lupa penghinaan, cacian, makian, fitnah yang dilemparkan mereka pada agamawan dan para alim Ulamak yang lain dalam PAS?Hanya kerana 1 lawan 1, hanya kerana nak kekalkan kuasa, kita tak peduli dengan semua di atas? Mohon penjelasan Iskandar.
Huzir SulaimanWarga Perigi Buta29 Zulhijjah 1437 / 1 Oktober 2016
Dari kenyataan diatas PAS tidak pernah jemu melakukan kesalah dalam politik, tertubuhnya PRIBUMI itu adalah sokongan kuat DAP yang mana semua orang politik tahu akan hala tuju politik DAP yang cuba untuk menjatuhkan kuasa orang-orang melayu ISLAM di negera ini.
Selepas PRU 13 yang lalu, PAS sudah dibuang dari pakatan rakyat dan kini menagih kembali janji-janji lama yang mana DAP menggunakan PRIBUMI untuk membawa PAS kedalam pakatan harapan pembangkang.
PAS juga sedar akan keburukan yang dibawa Muhyiddin dengan bebarapa kes salahguna kuasa semasa menjadi perdana menteri seperti skandal bestari.net serta kes perceraian berimpak tinggi seperti NIKA.
Kepimpan PAS Terengganu dibawah Ustaz Satiful Bahri Mamat ketika ini dilihat tersangat lemah setelah menerima kerjasama dari PRIBUMI untuk terus kekal menjadi sebuah parti yang kuat di negara ini terutama di Terengganu.
Pas terdesak sehingga terpaksa melutut untuk mendapat pengaruh Muhyiddin kerana umum mengetahui Pas semakin lemah di Terengganu dan mencari idea kitar semula untuk melawan UMNO.
Pergolakan dalaman mereka semakin terserlah dengan kewujudan 2 kem - Kem Haji Hadi dan Kem Satipul yang akan memecah belahkan parti tersebut.
BENARKAH PAS yang dipimpin Saitifu Bahri berusaha menjatuhkan Abdul Hadi dan cuba berkerjasam dengan DAP dalam diam-diam..???