Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Anjing Oh Anjing : Bagaimana Tuan Anjing Biarkan ANJING Itu Berkeliaran



Banyak permasalah kehidupan seharian bagi warga Bandaraya Kuala Terengganu semanjak berlakunya haiwan liar menggangu ketenteraman awam kebelakangan ini.

Komuniti  yang beragama Islam semestinya menjadi masalah saban hari kerana anjing-anjing yang berkeliaran dikawasan perumahan mereka .

Namun atas aduan orang awam kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Pejabat Veterinar Daerah Kuala Terengganu telah membuat penangkapan haiwan tersebut.

Memandangkan penangkapan anjing liar berkenaan agak rumit dan ianya perlu kepada peralatan dengan mengguna kan kaedah pelalian dan setelah ditangkap akan dibawa ke satu tempat khas bagi menempatkan anjing-anjing tersebut.

Menurut orang awam, anjing berkenaan mendatang masalah kepada mereka kerana ada yang mengejar, ada yang membuang najis merata-rata serta bimbang akan keselamatan kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Sejak beberapa hari ini, kedua-dua agensi tersebut telah membuat tangkapan dan ada dari kalangan masyarakat yang tidak gemar dengan cara penangkapan tersebut menggunakan tembakan pelalian itu.



Namum tindakan itu wajar kerana keselamatan semua orang, akan tetapi ada segelintir yang melihat keadaan itu menyatakan kekesalan dan kemarahan mereka menerusi media sosial.

Persoalannya disini, mengapa tidak ditegur semasa kaki tangan agensi berkenaan membuat tangkapan itu .

Kakitangan awam yang menjalankan tugas itu turut dimaki dan dihamburkan dengan kata-kata kesat kerana ketidakpuasan mereka.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles