Misteri kehilangan seorang pemuda dari Kampung Losong Atap Zink Kuala Terengganu selama 15 hari yang lalu kini terbongkar.
Menurut pemuda itu Muhamad Anuar Elias 34, menceritakan detik-detik mula kejadian sebelum dia dilaporkan hilang oleh rakan karibnya pada 27 November lalu.
Katanya, ada suara halus memanggil nama beliau, bunyinya sayu dari jauh dan beliau mengikuti arah datangnya suara itu sehingga ke pokok besar ( Pokok Rengas ) itu, sebelum jatuh ke lubang yang gelap.
Anuar yang telah ditemui setelah hilang selama 13 hari, kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dalam keadaan stabil namun masih lemah kerana luka-luka pada kaki, tangan serta badan membuatkan pergerakkannya terbatas.
Katanya, beliau mendengar suara itu memanggil-manggil namanya dari jauh seperti dibawa angin yang bertiup.
"Kejadian tu berlaku pada malam Jumaat ( 25 November 2016) selepas saya melepak(bual kosong) dengan kawan-kawan di pondok tepi sungai,
"Selepas kawan-kawan balik, tiba-tiba saya dengar ada suara memanggil nama saya, lalu saya ikut dari arah suara yang memanggil sehingga sampai ke pokok itu,
"Sebelum jatuh ke lubang gelap di kawasan pokok itu, saya tak nampak apa-apa serta tidak ingat apa yang terjadi selepas itu, katanya kepada Terengganu Times semasa menziarahi beliau di HSNZ, hari ini.
Tambah Anuar lagi, sepanjang 13 hari kehilangannya itu, beliau pernah mendengar suara orang-orang kampung memanggil namanya.
"Namun mulutnya seakan dikunci dan pergerakan badannya juga terbatas, kerana pada waktu itu dari lubang gelap , saya hanya nampak seperti ada cahaya tapi jauh,
"Lubang tu gelap, saya hanya nampak (lihat) cahaya seperti kunang-kunang sahaja dan lain-lain memang tidak nampak.
"Pada hari Khamis tu ( 8 Disember 2016) , saya dengar Azan Magrib sebelum saya dapat merangkap keluar ke tebing dari lubang gelap itu.
"Selepas merangkak dalam gelap, saya meminta tolong sebelum ditemui oleh Hamdan Daud sahabat karib saya.
"Masa tu saya hanya ingat nak balik ke pondok yang saya tinggal di tepi sungai, itu sahaja,ujarnya lagi .
Beliau bersyukur kerana berjaya keluar dengan selamat setelah hilang tanpa kesan.
Menurutnya lagi, pada awalnya saya rasa macam berada dipulau, tapi itu hanya mainan perasaan sahaja.
Anuar juga menyangkal bahawa pada malam kejadian jam 3.30 pagi itu bukan dia yang berjalan di kawasan sungai itu seperti dilaporkan sebelum ini.
"Bukan saya tu, mungkin benda yang ambil saya itu, cuba mengelirukan orang-orang kampung yang melihat kelibat saya pada waktu itu, tambahnya lagi.

![]() |
Pokok Misteri atau Pokok Hantu atau Pokok Rengas |

Lubang dimana Anuar merangkak keluar dan memanggil nama rakan karib nya Hamdan |