Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

*Ahmad Amzad Takut Atau Tolak UMNO-PAS Bersatu?*

$
0
0


KECENDERUNGAN Ahmad Amzad Hashim Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu menghentam kerajaan BN Terengganu saban hari di dalam ceramah dan juga media sosial hanya dengan satu tujuan peribadi.

Beliau yang terkenal satu ketika dahulu sebagai kontraktor UMNO yang mana mendapat projek mega dengan MSET dan juga Inai Kiara sehinggakan telah menjadi seorang jutawan muda ketika itu.

Setelah beberapa siri tidak mendapat projek dari kerajaan BN, beliau terus berubah angin menyertai PAS setalah mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit dengan kerajaan UMNO dan BN Terengganu khasnya.

Apakan daya, impian menjadi calon pilihanraya didalam BN perlu mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi BN dan bukan sahaja wang yang berkepuk-kepuk.

Malahan pula menurut satu sumber, semasa zaman muda beliau penuh dengan masalah sosial dan termasuk dengan skandal-skandal yang terpalit keatas beliau ketika itu?

Penghijrahan beliau menyertai PAS pada tahun 2013 itu sedikit pun tidak mengugat UMNO dan BN untuk terus kekal berkhidmat kepada rakyat Terengganu keseluruhannya.

Selepas berada di pentas perjuangan PAS beliau lantang bersuara memburukan kerajaan UMNO dan BN Terengganu seumpama beliau sendiri tidak pernah melakukan kesilapan sebelum itu.

Dengan kelantangan beliau itu, PAS telah melantik beliau sebagai ketua penerangan kawasan dan juga pusat sebagai ahli jawatankuasa penerangan PAS.

Kini Amzad telah memasang cita-cita untuk menghapuskan legasi Adun Wakaf Mempelam yang secara kebetulan beliau tinggal di Kampung Durian Burung yang mana bersebelahan dengan kediaman YB Abdul Wahid Endut.

Beliau yang turut mengambil alih sebuah surau lama di kampung tersebut bagi dijadikan markaz PAS di kawasan itu dan menidakan keupayaan  YB Adun yang telah menang selama 4 penggal  disitu.

Apakah niat beliau menjadikan surau tersebut sebagai markas PAS kawasan selain menunjukkan kekuatan diri, pengaruh serta ketebalan duit yang dimiliki beliau berbanding YB Adun ketika ini.

Mungkin sebahagian jentera Wahid Endut dapat menghidu perkara berkenaan dan sehingga kini timbul sikap kepura-puraan apabila bersama dalam satu majlis atau program anjuran PAS kawasan tersebut.

Belaiu yang juga diura-urakan kalangan penyokong tempat mahu menjadi calon di DUN Wakaf Mempelam bagi mengantikan Wahid Endut dimana mengikut perkiraan kawasan dun itu sangat mudah ditawan oleh PAS dan ditambahkan lagi mempunyai duit yang berjuta-juta untuk dilaburkan dalam PRU 14 nanti.

Sumber ahli PAS Wakaf Mempelam turut mengesahkan pada ketika ini ada mempunyai 2 kem didalam PAS kawasan tersebut dan satu memihak kepada beliau dan satu lagi semestinya kepada YB Abdul Wahid Endut.

Pada kebelakangan ini, Amzad kelihatan sangat takut PAS bersatu dengan UMNO yang mana telah ditunjukkan oleh presiden parti Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa siri bersama presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Tulisan :
Penyu Biru
PB101,Rabu
1 Februari 2017





Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles