BERI ZAKAT KEPADA ANAK EXCO
Kerajaan Pas melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang dipegerusikan MB telah luluskan peruntukkan zakat di bawah asnaf ‘fi sabilillah’ kepada EXCO, iaitu Dato’ Abu Bakar Chik dan Abu Bakar Abdullah.
Ketika pendedahan dibuat, Hadi buat penafian dan minta bukti dalam tempoh 24 jam.
Setelah dibuktikan, Hadi jawab EXCO berkenaan tidak tahu anak mereka perolehi zakat daripada Maidam dan sanggup bayar balik.
Kata Hadi, “Wakil rakyat kita nak bayar balik. Dia dah tahu (anak ambil wang zakat), dia nak bayar balik”.
Dua orang anak Abu Bakar Chik terima wang zakat iaitu Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan Abdullah Basri Abu Bakar. Manakala tiga orang anak Abu Bakar Abdullah, Tuan Noor Fadhilah Abu Bakar, Tuan Izzuddin Abu Bakar dan Tuan Mohd Mujahid Abu Bakar.
Anak EXCO begitu mudah dapat wang zakat, sedangkan orang miskin yang sangat memerlukan terpaksa merayu setelah namanya tercicir. Alasanya kerana permohonan itu tidak disertakan surat sokongan daripada parti Pas.
Zaman pemerintahan Pas, syarat layak zakat ialah mempunyai surat sokongan daripada parti Pas?