28 PELAJAR TIADA SPM MASUK KUSZA
Kerajaan Pas telah mengarahkan KUSZA supaya mengambil 38 pelajar tanpa SPM daripada sekolah yang ditadbir Pas, Maahad Darul Quran yang beralamat di Masjid Rusila, Marang. Surat tawaran dikeluarkan oleh pihak Pendaftar KUSZA.
Hadi Awang yang juga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Terengganu mengarahkan yayasan itu mengeluarkan biasiswa kepada pelajar terbabit dengan wang pendahuluan RM500.
Tindakan Pas itu telah merosakkan nama baik KUSZA (Kini, Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana pengambilan pelajar tanpa SPM menyulitkan institusi itu mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).