Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

DALIL 7 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
PAS PUNCA MRSM-YT DITUTUP

Bagi menutup kegagalan, menjadi kebiasaan Kerajaan Pas menyalahkan UMNO dan menuduh BN zalim. Isu penutupan MRSM-YT di Dungun dan Besut sebenarnya berpunca daripada pemimpin Pas.

Surat YT bertarikh 19 Disember 2002 mengarahkan MARA mengosongkan premis milik YT di Dungun dan berpindah ke sebuah lagi cawangan MRSM-YT di Besut selewat-lewatnya 5 Januari 2003.

Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Nazri Aziz bertindak sebagaimana arahan YT, keluarkan pelajar dengan segera sebelum 5 Januari 2003.

Faktor lain yang menamatkan kerjasama MARA dan YT adalah disebabkan Kerajaan Pas sendiri tidak mematuhi perjanjian dengan menyediakan peruntukkan bagi penyelenggaraan bangunan dan kawasan.

Kos bagi pendawaian semula elektrik, pembinaan tangki air di MRSM-YT Dungun, penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan lampu jalan ditanggung sepenuhnya oleh MARA, padahal mengikut perjanjian ia tanggungjawab pihak YT.


Agenda Pas cukup jelas iaitu mahu menguasai sebanyak mungkin institusi dengan apa cara sekali pun. Maka dengan itu tertubuhlah Kolej Sains al-Quran bagi mengisi kekosongan bangunan berkenaan serta melebarkan penguasaan Pas. 




Viewing all articles
Browse latest Browse all 490