Kerajaan Negeri Terengganu dibawah Barisan Nasional (BN) telah mengariskan 3 transformasi didalam pentadbiran negeri hari ini.
Transformasi Kerajaan diletakkan asas yang kuat bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat untuk terus berdaya saing bagi membangunkan negeri secara bersama dan telah melibatkan agensi-agensi serta jabatan yang ada dalam perkhidmatan kerajaan.
Manakala transformasi ekonomi juga telah banyak membantu kerajaan dan rakyat di negeri ini bagi menzahirkan kesan ekonomi yang kini sedikit menurun.
Akan tetapi dengan pelan yang strategik kerajaan telah berjaya mengekalkan pencapai yang baik dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu dengan pertumbuhan dari masa ke semasa.
Dalam perkembangan ekonomi negeri dan rakyat Terengganu, kerajaan telah melaksanakan beberapa program dengan jayanya bagi memberi kesan yang menyeluruh dengan trasformasi ekonomi yang dijalankan selama ianya dilaksanakan.
Banyak yang telah dilaksanakan dan ianya telah membuahkan hasil dengan kadar pertumbuhan KDNK sehingga pencapai lebih 5% bagi berakhir 2016 dan target pencapaian bagi 2017 sebanyak 5.6%.
Hari ini sejarah berlaku lagi dibumi TerengganuDarul Iman dengan transformasi ke 3 iaitu Transformasi Politk yang telah diterbitkan dengan beberapa program serta melihat kebersamaan dalam menjayakan khidmat kepada rakyat Terengganu khasnya.
Pagi ini berlangsungnya program dibawah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang mana menyaksikan Ahli Parlimen BN Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyaksikan tandatangan persefahaman MOU Tukun Rig To Reef (R2R) dan diantara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas.
Abdul Hadi dijangka akan meluangkan masa selama satu hari untuk mengikuti program bersama Shabery sepertimana yang telah dibuat perancangan oleh pihak urusetia program.
Hadir sama EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang merangkap Adun Pengkalan Berangan, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusoff dan Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin. - Terengganu Times