
Pernah atau tidak anda membayangkan bagaimana keadaan jika artis popular Hollywood seperti Angelina Jolie, Rihanna, Mike Tyson, Kim Kardashian dan Pamela Anderson ditahan pihak polis Indonesia atas dakwaan pelbagai kes kesalahan masing-masing.
Sementara anda cuba membayangkannya, jurugambar dan illustrator terkenal negara itu, Agan Harahap sudah pun siap memvisualkan apa yang mungkin anda bayangkan dalam sebuah gambar yang disunting menggunakan aplikasi Adobe Photoshop.
Apa yang mencuri tumpuan, hasil kreativiti Agan mengenai artis-artis Hollywood ditahan pihak polis negara itu menarik perhatian media antarabangsa sekaligus gambar-gambar berkenaan menjadi viral di Internet.









"Ya, saya Angelina Jolie mengaku bersalah"