PERKHABARAN gembira buat peniaga-peniaga KIOSK Hentian Rehat & Rawat (R&R), Perasing hari ini apabila selepas persingahan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu sabtu lalu maka telah didatangi pegawai dari kerajaan negeri Terengganu.
Pada sabtu lalu YAB MB telah mendengar sendiri permasalahan peniaga-peniaga tersebut dan jalan penyelesaian diambil segera dengan menelefon pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan membuat beberapa keputusan segera.
Hari ini peniaga-peniaga tersebut telah didatangi oleh Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Tun Faisal Tun Abdul Razak yang menerima arahan YAB MB untuk menyediakan KIOSK Pelancongan dan beberapa perkara yang berkaitan bagi menarik pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) singgah di R&R Perasing.
Untuk perancangan awal sempena kedatangan bulan ramadhan tahun ini pihak pelancongan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman akan mengaturkan pelbagai jualan sepanjang bulan puasa ini.
Kolibrasi diantara dua jabatan itu akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu ini menjelang sambutan bulan ramadhan.
Menurut Tun Faisal, pihaknya telah melihat dan menilai beberapa perkara untuk jangka masa yang terdekat ini dan seterusnya jangka masa sederhana dan perkara-perkara yang melibatkan jangka masa yang panjang.
Beliau turut melihat jalan altenatif iaitu jalan perhubungan dibawah selian kerajaan negeri ke LPT 2 yang mana akan memudahkan serta memendekkan masa perjalanan peniaga-peniaga kiosk untuk berulang alik mencari barangan bekalan harian untuk jualan mereka.
Katanya, untuk jangka masa yang panjang jalan tersebut akan dinilai dan akan disediakan kerana ianya akan menghubungkan R&R Perasing dengan kampung sekitarnya.
Tambahnya lagi, bagi pihak pelancongan sendiri, beliau akan membuka sebuah kiosk pelancongan dimana akan menempatkan barangan berkaitan pelancongan negeri Terengganu sempena tahun melawat Terengganu 2017 dan juga barangan cendehati negeri Terengganu di sini.
Ekoran khabar yang mengatakan R&R, Perasing, yang terletak di LPT2 mempunyai kisah-kisah mistik dan hantu telah menyebabkan perniagaan yang dibuka penduduk setempat hampir lumpuh kerana jumlah pendapatan yang terlalu sedikit.
Kesan daripada khabar angin itu memberi kesan kepada para peniaga yang mana rata-rata mereka menunggang kerugian sehingga ada yang hanya memperolehi pendapatan tidak sampai RM10 setiap hari.
Melalui tinjauan yang dilakukan oleh Terengganu Times hari ini, kesemua peniaga di R&R itu menafikan terdapatnya gangguan misteri atau hantu seperti yang dihebohkan oleh ramai sejak mereka mula berniaga pada Mei 2015.
Menurut Nur Akmal Alias, 36, seorang peniaga keropok, beliau kerap kali tidur di kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tidak pernah jumpa makhluk halus.
Seorang peniaga air minuman, Nurul Hafizah Abdul Karim turut menafikan terdapatnya gangguan mistik di R&R yang terbesar di Malaysia itu bahkan memberi jaminan tempat tersebut adalah selamat untuk disanggahi walaupun pada waktu malam.
Dalam masa yang sama peniaga di situ turut memberi cadangan kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Hentian R&R Perasing itu sebagai duta kecil untuk mempromosi Tahun Melawat Terengganu 2017 tersebut kerana ia merupakan salah satu pintu masuk ke negeri tersebut.
Para peniaga di situ mengharapkan keadaan akan berubah kerana setiap hari aliran trafik dan LPT2 adalah tinggi sehingga mencatatkan 300,000 pengguna dalam masa sebulan dan akan mencecah kepada 700,000 orang dalam masa sebulan jika musim perayaan dan cuti umum.