SEMALAM telah ditularkan satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu yang mana berkaitan dengan tularnya gambar-gambar hari raya pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM)Terengganu Razali Idris, Setiausaha Negeri PPBM Hambali Abdul Latif dan Ketua Penerangan PPBM Amir Long.
Dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa AMK amat kecewa dan berkecil hati diatas sikap Pengerusi PPBM ang tidak memikirkan sensitiviti anggota Keadilan seluruh negara kerana telah bergambar dan hadir ke majlis Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, Saiful adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan Dato' Seri Anwar Ibrahim kedalam penjara Sungai Buloh selama 5 tahun walaupun sepanjang kes pertuduhan ini banyak keraguan yang wujud dimahkamah.
Menurut Abdul Rahman Yusuf, Ketua AMK Terengganu, adalah tidak menjadi suatu kesalahan Untuk Pengerusi PPBM Terengganu menghadiri Majlis Saiful Bukhari tetapi tindakan bergambar bersama akan menyebabkan berlakunya salah faham dan rasa kurang senang dari kami sebagai anggota PKR.
Justeru itu kami mengutuk dan membidas tindakan Pengerusi PPBM Terengganu ini dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya Dan komponen Pakatan Harapan amnya kerana telah melukakan hati dan perasaan kami kerana Saiful Bukhari adalah musuh AMK dan PKR!.

Kenyataan Media
AMK Negeri Terengganu Bidas Pengerusi PPBM Terengganu Tidak Peka Dan Sensitif
Kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu mengatakan amat kecewa dan berkecil hati diatas sikap Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Terengganu Dato Razali Idris yang tidak memikirkan sensitiviti anggota Keadilan seluruh negara kerana telah bergambar dan hadir ke majlis Saiful Bukhari Azlan.
Umum sedia maklum siapa dia Saiful Bukhari Azlan ini. Penama ini yang telah mengakibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara walaupun sepanjang kes pertuduhan ini banyak keraguan yang wujud dimahkamah.
Tindakan Pengerusi PPBM ini tidak wajar memandangkan PPBM adalah salah satu parti komponen didalam Pakatan Harapan bersama-sama dengan PKR dan dimana Dato seri anwar masih dipenjara!. Dato Razali seharusnya memikirkan dahulu tindakan beliau kerana ianya melibatkan hati dan perasaan semua anggota PKR seluruh negara memandangkan saiful Bukhari adalah musuh Kami.
Adalah tidak menjadi suatu kesalahan Untuk Pengerusi PPBM Terengganu menghadiri Majlis Saiful Bukhari tetapi tindakan bergambar bersama akan menyebabkan berlakunya salah faham dan rasa kurang senang dari kami sebagai anggota PKR.
Justeru itu kami mengutuk dan membidas tindakan Pengerusi PPBM Terengganu ini dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya Dan komponen Pakatan Harapan amnya kerana telah melukakan hati dan perasaan kami kerana Saiful Bukhari adalah musuh AMK dan PKR!.
KETUA AMK Negeri Terengganu,
ABDUL RAHMAN YUSUF
8 SYAWAL
Disokong Oleh :
TIMB.AMK NEGERI
S.U AMK NEGERI
SU.P NEGERI
AHLI-AHLI AMK NEGERI
TERENGGANU DARUL IMAN