Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

T-TEAM Tibang Kelantan di Kuala Terengganu

$
0
0
T-Team kalahkan Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pasukan kelab T-Team mempamerkan belang sebenar apabila bangkit dari ketinggalan menumbangkan Kelantan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berhati-hati dan sebahagian besar nampak seimbang pada separuh masa pertama.
Walau bagaimanapun Kelantan mencuri tumpuan apabila meledak jaringan pada minit ke-50 melalui Mohd Khairul Izuan Rosli mengelirukan penjaga gol T-Team, Mohd Suhaimi Husin untuk mendahului perlawanan.
Sebelas minit terakhir menjadi milik tuan rumah dengan pelbagai serangan bertali arus ke arah kubu Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.
T-Team berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Dilsod Sharofetdinov pada minit ke-79.
Pada minit ke-84 Muhammad Fauzi Abdul Kadir menanduk bola ke gawang pelawat untuk jaringan kedua tuan rumah.
Pemain import baharu Titans Yannick Ndjeng melngkapkan malam gemilang Titans menjadikan kedudukan 3-1 dengan menyumbang gol minit ke-89 permainan.
Kemenangan ini meletakkan T-Team di tangga ketujuh Liga Super dengan mengutip 19 mata dan ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim. – Terengganu Times


Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles