ZON Bebas Cukai Tasik Kenyir kini menjadi semakin popular di carian google selepas Pelancaran Jualan Zon Bebas Cukai yang lancarkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman pada 1 Ogos lalu.
Ramai yang ingin mengambil tahu akan perjalanan Zon Bebas Cukai tersebut dan tidak terlepas ada yang membuat rombongan untuk melihat dengan lebih dekat lagi apa yang ada di Tasik Kenyir.
Dari pandangan politik pihak lawan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), pembukaan Zon Bebas Cukai itu sedikit sebanyak akan menarik sokongan rakyat kepada BN dimana satu sistem ekonomi telah berjaya dilakukan oleh kerajaan BN untuk rakyat Teregganu khasnya dan rakyat Hulu Terengganu amnya mendapat manfaat dari pembukaan zon cecas cukai tersebut.
Memang tidak dinafikan pada peringkat awal ini, pelancaran itu dibuat di Pengkalan Gawi dimana ianya akan diteruskan dengan fasa yang kedua menjelang tahun hadapan.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Omar Ismail berkata, pihaknya menyasarkan untuk menarik seramai 750,000 pengunjung ke Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini yang akan turut bergandingan dengan tarikan sedia ada seperti Kenyir Island Hopping, Santuari Kelah dan Kenyir Elephant Conservation Village.
"KETENGAH yakin operasi zon bebas cukai ini akan menyemarakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, selain menyasarkan 750,000 pengunjung bagi tahun ini iaitu dengan nisbah 10 peratus pelancong yang berkunjung ke negeri ini akan ke Tasik Kenyir.
"Selain itu, penduduk tempatan juga akan menikmati hasil daripada pembangunan Tasik Kenyir, contohnya pengusaha rumah bot kini sebanyak 42 buah manakala bot laju sebanyak 72 buah dan ia membuka peluang perniagaan yang luas kepada penduduk," katanya.
![]() |
JIKALAU IANYA TERBENGKALAI, MAKA PROJEK INI TIADA PEKERJA LANGSUNG? |
Rakyat perlu melihat apa yang kerajaan buat untuk rakyat keseluruhannya dan bukan hanya memikirkan untuk kepentingan politik semata-mata dan seandainya parti pembangkang mahu membantu ekonomi rakyat dan negeri ini maka perbanyakkan rombongan ke Tasik Kenyir selepas ini.
Pengarah Plihan Raya Dewan Muslimat negeri, Shamsiah Abu Bakar selepas rombongan Che Kiah 3 Ogos lalu berkata, rakyat tertipu dengan pelancaran zon bebas cukai tasik kenyir dimana ianya adalah satu propaganda UMNO dan BN Terengganu.
Untuk makluman Shamsiah, Zon Bebas Cukai yang dilancarkan MB baru-baru ini di Pengkalan Gawi dan bukan di Pulau Bayas? dan SEMEK itu turut berkata projek itu terbengkalai sedangkan foto yang diambil oleh rombongan Che Kiah ada pekerja sedang melakukan tugas mereka??
JANGAN MALUKAN ORANG TRANUNG MEK WEHH....
JANGAN WAK MALU ORANG ISLAM DENGAN AKAL PENDEK MUNG MEK WEHHH...