Sidang DUN Terengganu baharu saja melabuhkan tirainya dan setiap soalan dan pembentangan saling berbalas dengan jawapan rasmi di antara wakil rakyat.
Namun seperti kebiasaan, ada sahaja pihak yang menangguk di air keruh dan menjadikan isu yang dibahaskan dalam dewan sebagai modal untuk menyebarkan politik kebencian terhadap kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim melalui kenyataan yang disiarkan di sebuah portal pro PAS menyerang secara sembrono dengan niat menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar Terengganu.
Amzad di dalam kenyataan itu mendakwa MB Razif tidak mahu berjumpa rakyat sesama agama dan bangsa , bersandarkan kekecohan yang berlaku di perkarangan ruang legar Wisma Darul Iman ketika sidang DUN sedang berlangsung.
Sedangkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Rozailan sendiri mewakili MB Razif bertemu dengan wakil mereka dan Menteri Besar sedang berada di dewan kerana sidang DUN masih berjalan.
Mungkin Amzad lupa, insiden kecoh di ruang legar tersebut bukannya tindakan spontan tetapi seakan wujud perancangan untuk menarik perhatian media dan ada yang cuba mendapat manfaat daripada kekecohan tersebut.
Menurut Menteri Besar Terengganu, yang menjawab isu tuntutan pampasan Projek KT Bypass, kes ini masih dalam tindakan Mahkamah dan sedang menunggu keputusan.
Tak puas hati pergilah Mahkamah bukan ajak berlawan di Mahkamah.
Kerana setakat ini, tidak pernah ada individu pun boleh mendahului perkara-perkara yang sedang melalui prosiding mahkamah.
Baik dia seorang Menteri, Menteri Besar mahupun Perdana Menteri sekalipun dan ini bagi memberi keadilan dan ruang kepada semua pihak.
Dakwaan Amzad berhubung syarat tanah di kawasan-kawasan tertentu itu tentunya dia lebih tahu.
Mungkin kerana majoriti perkara itu berlaku di ‘kawasannya’ membuatkan dia ‘lebih’ tahu.
Tidak menghairankan kerana terdapat markas yang dibina atas tanah yang tidak mendapat kelulusan bangunan, maka tak perlulah hendak samakan UMNO dan PAS.
Apakah hanya kerana kes tuntutan ini masih dalam tindakan mahkamah, Menteri Besar Terengganu tiada empati terhadap rakyat?
Ini bukan sahaja tuduhan yang liar, malah paling jahat pernah dilakukan bagi seorang penunggang agama yang memegang lesen utama di bahagian Penerangan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin UMNO dan BN khususnya.
Kerajaan Negeri Terengganu adalah kerajaan yang prihatin dalam menunjukkan saluran yang betul bagi membolehkan sebarang tuntutan dan hak dibuat.
Ini bagi memastikan supaya mana-mana tuntutan tidak dikelirukan atau dimanipulasikan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.
MB Razif memandang serius isu tersebut dan telah mengarahkan Yang Berhormat Dato’ Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya untuk mengetuai Jawatankuasa bagi membantu untuk menyelesaikan isu ini.
Kerajaan negeri Terengganu tidak akan lepas tangan begitu sahaja, baik di dalam kes ini maupun kes-kes yang bersangkut dengan masalah rakyat.
Agak pelik, mengapa Amzad tidak merujuk jawapan rasmi yang dibentangkan di dalam dewan?
Atau Amzad hanya merujuk kepada laporan ‘facebook’ atau laman sosial pro pembangkang yang jelas hanya berkepentingan politik?
(Baca laporan awal Terengganu News pada hari persidangan tersebut:
Mungkin Amzad buat-buat lupa, MB Razif juga pernah mengarahkan PBT, Majlis Bandaraya atau Majlis Daerah tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang berniaga di hadapan rumah selain mencadangkan beberapa lagi program Ekonomi Keperluan Rakyat antaranya Program 1Keluarga 1Usahawan, mewujudkan kiosk-kiosk perniagaan dan menambah peruntukan Bajet Terengganu 2018 bagi membantu golongan usahawan.
Ahli PAS bakal di hidang dengan santapan fitnah sekiranya kepala peneranga parti sekadar mencedok berita di laman sosial tanpa mendapatkan fakta yang tepat dari wakil rakyat mereka sendiri. Patutlah semakin ramai meninggalkan PAS.