Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

PROSEDUR DAN KRONOLOGI TEST POWER - #BASSAJAT

$
0
0

1. BAS dua alam Amphibiacoach atau orang Terengganu panggil #BasSAJAT mula tiba di Port Klang pada pertengahan Januari 2018 dan dibawa ke Negeri Terengganu pada 17 Februari 2018 selepas selesai semua prosedur berkaitan dengan Pihak Port Klang.

2. Bas Sajat tersebut ditempatkan di Depo JKR memandangkan urusan pembelian awal yang telah diselarasksn oleh JKR negeri Terengganu dari mula lagi dan kini masih dibawah seliaan JKR negeri.

3. Pada jam 9.00 pagi 21 Februari 2018 pihak JPJ  membuat prosedur biasa dengan kenderaan baru serta membuat penandaan yang tepat(penuh) terhadap bas berkenaan dengan pemeriksaan setiap item yang ada pada bas tersebut.

4. Pemeriksaan keseluruhan selesai pada jam 12.30 tengahari didepo JKR Kuala Terengganu dan juga pemeriksaan  Jabatan Laut kerana bas itu juga akan berada diatas permukaan air.

5. Selesai semua pemeriksaan bas tersebut dibawa Sungai Terengganu di pengkalan berhampiran Muzium Negeri Terengganu di Kampung Losong Muzium.

6. Sampai di pengkalan itu, pemandu bas berkenaan yang juga Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith membuat ujian terhadap waterjets dan juga sistem blower yang digunakan.

7. Smith mengundurkan bas tersebut ke permukaan air bsgi memastikan semua sistem dalam air berfungsi dengan baik dan membuat ujian kepada waterjets dan blower. (tular video bas tidak boleh naik ke darat itu satu fitnah kerana hanya sekerat sahaja video berkenaan diambil).

8. Selepas semuanya selesai Smith membawa bas sajat berkenaan menyusuri Sungai Terengganu dengan selamat dan bergaya sekali dan menutup mulut-mulut pengkritik yang tidak bertauliah dan bukan dalam bidanh berkaitan.

9. Tetapi malangnya, mereka yang tidak berada di tempat uji pandu berkenaan membuat spekulasi sendiri sehingga timbul pelbagai fitnah yang dibawa ke dalam ceramah-ceramah politik terutamanya Ketua Penerangan Pas Terengganu Mohd Nor Hamzah.

10. Semasa bas sajat itu di uji didarat dan juga didalam air,  Pengarah JPJ Terengganu, Pegawai BOMBA Terengganu, Pegawai APM Terengganu, Pegawai Jabatan Laut, Pegawai Pelacongan Negeri, Pegawai JKR negeri dan wartawan turut berada didalam bas berkenaan.

11. Untuk mendapat perkara-perkara yang tepat tentang bas sajat tersebut boleh rujuk dengan pegawai bil. 10 untuk mendapat pengesahan yang tepat dan ini hanya penjelasan yang saya dan team bersama sepanjang bas sajat ini diuji pandu. Wallahuakhlam...tq

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles