Saya terjumpa laporan US yang mengatakan bahawa pertubuhan Saudi ini membelanjakan berbilion setahun dalam memberi sumbangan kepada organisasi dan pergerakan, termasuk di Malaysia, yang berkongsi matlamat yang sama dan cita-cita yang melibatkan penyebaran Islam. Selalunya, ABIM dan beberapa gerakan Islam Malaysia yang lain serta kumpulan tertentu adalah dalam senarai penerima.
Persoalan sama ada RM2.6 bilion yang didakwa telah dipindahkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari 1MDB atau tidak nampaknya telah terjawab – jika apa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) katakan adalah betul.
Sudah tentu, masih terdapat beberapa orang yang tidak percaya apa yang SPRM katakan dan mereka tetap berpendapat yang SPRM berbohong. Mereka tidak akan percaya apa sahaja jawapan kerajaan, jadi tidak ada apa yang boleh dilakukan. Kesimpulannya mereka hanya boleh terima jika SPRM katakan wang tersebut datang dari 1MDB, mereka tidak boleh terima kenyataan lain selain dari itu.
Malahan mereka yang menerima kenyataan bahawa RM2.6 bilion itu bukan dari 1MDB tetapi merupakan sumbangan atau derma pun masih tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut kerana identiti penderma ‘misteri’ belum diberitahu. Tidak cukup SPRM berkata wang tersebut datang daripada seorang penderma atau beberapa orang penderma tetapi mereka yang meragui ingin tahu siapa penderma tersebut.
Bukan sahaja Umno tetapi semua parti politik di Malaysia yang menerima sumbangan tidak menyatakan siapa penderma tersebut. Ianya bertambah sensitif apabila penderma tersebut memberi wang kepada kedua-dua belah pihak politik, Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.
Ahli perniagaan licik biasanya akan menderma kepada kedua-dua pihak memandangkan mereka tidak benar-benar pasti siapa yang akan menang pilihanraya nanti. Jika anda ingin menderma kepada satu pihak dan pihak lain pula yang menang maka anda berada situasi yang buruk. Jadi, untuk selamat, anda menderma kepada kedua-dua belah pihak. Kemudian jika pihak yang satu lagi menang maka anda masih ‘selamat’.
Secara peribadi, saya tahu beberapa jutawan Cina yang berbuat demikian. Malah, jutawan Melayu juga melakukan perkara yang sama. Dengan itu kita faham bahawa mereka tidak mahu orang tahu bahawa mereka menyokong kedua-dua pihak dan jika ianya terdedah yang mereka menderma kepada kedua-dua pihak berkemungkinan mereka ini tidak mahu lagi menderma pada masa akan datang.
Isu kedua mengenai RM2.6 bilion ini adalah sama ada ia melibatkan pengubahan wang haram (lihat berita di bawah). Jika wang itu telah ‘diseludup’ ke Malaysia atau secara haram dipindahkan ke negara ini dan diletakkan di dalam akaun bank seorang proksi itu maka jawapannya adalah berkemungkinan besar ianya “money laundering”.
Walau bagaimanapun, dalam kes RM2.6 bilion ini, ia dilakukan ‘atas meja’ dan bukan ‘bawah meja’ dan ia telah diletakkan dalam akaun bank peribadi Najib dan tidak tersembunyi di dalam akaun bank proksi. Oleh itu Bank Negara perlu tahu mengenainya. Mereka tidak boleh tidak tahu bila angka itu adalah besar – RM2.6 bilion – tambahan pula ia melibatkan Perdana Menteri. Walaupun ia hanya RM2.6 juta, Bank Negara akan tetap tahu mengenainya.
Jadi, jika kita menolak bahawa ianya “wang kotor” atau “wang curi” dan memberikan Najib manfaat keraguan bahawa segala-galanya adalah mengikut peraturan dan undang-undang, dan dengan itu beliau menggunakan akaun bank peribadi dan bukannya menyembunyikan wang tersebut, maka kita perlu membuat spekulasi dari mana wang itu datang – mereka tidak memberitahu kita sumber tersebut.
Jika saya membuat spekulasi saya akan mengatakan bahawa wang tersebut mempunyai kaitan dengan perang antarabangsa terhadap keganasan. Saya juga mungkin akan mengatakan yang jumlahnya mungkin lebih daripada RM2.6 bilion. Tetapi saya hanya membuat spekulasi jadi mungkin dari masa ke masa kita akan tahu bukan sahaja sumber tetapi juga jumlah sebenar yang terlibat.
Lebih 30 tahun yang lalu, tidak lama selepas Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM untuk menyertai Umno, saya melawat sebuah organisasi tertentu di Arab Saudi bersama-sama dengan Presiden PAS yang telah meninggal dunia (terdapat empat orang lain dengan kita, semua masih hidup ). Bahawa organisasi Arab Saudi ini terlibat dalam pembiayaan organisasi dan pergerakan di seluruh dunia yang menyebarkan Islam. Pendek kata, ia telah membeli pengaruh atau sokongan.
Kemudian,
saya terjumpa laporan US yang mengatakan bahawa pertubuhan Saudi ini membelanjakan berbilion setahun dalam memberi sumbangan kepada organisasi dan pergerakan, termasuk di Malaysia, yang berkongsi matlamat yang sama dan cita-cita yang melibatkan penyebaran Islam. Selalunya, ABIM dan beberapa gerakan Islam Malaysia yang lain serta kumpulan tertentu adalah dalam senarai penerima.
Kemudian,
saya terjumpa laporan US yang mengatakan bahawa pertubuhan Saudi ini membelanjakan berbilion setahun dalam memberi sumbangan kepada organisasi dan pergerakan, termasuk di Malaysia, yang berkongsi matlamat yang sama dan cita-cita yang melibatkan penyebaran Islam. Selalunya, ABIM dan beberapa gerakan Islam Malaysia yang lain serta kumpulan tertentu adalah dalam senarai penerima.
Sejak peristiwa 911 apabila Amerika Syarikat mengistiharkan perang ke atas keganasan yang menjadi keutamaan nombor satu, Amerika Syarikat dan barat, ditambah pula Arab, pihak sekutu telah memberi tumpuan kepada memastikan bahawa fundamentalisme Islam atau pelampau disekat. Sebagai contoh, mereka yang memfokuskan penubuhan Negara Islam dengan menjatuhkan pemerintahan beraja Arab dan menghapuskan Islam Wahabi. Bukan sahaja orang Islam Sunni malahan Syiah juga dikatakan mahu menjatuhkan kerajaan Saudi.
Jika apa yang bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin katakan benar – bahawa RM2.6 bilion datang dari Timur Tengah – maka ini berkemungkinan merupakan bajet untuk membiayai perang antarabangsa terhadap keganasan. Dan hakikat bahawa Najib telah membuat beberapa perjalanan ke Arab Saudi untuk berjumpa secara peribadi dengan raja (saya rasa perjalanan tersebut dibuat beberapa bulan yang lalu dan ia dalam berita) teori sayaini mungkin tidak jauh lari dari semua bukti tersebut.
Mengapa Najib perlu berjumpa Raja Saudi secara peribadi? Dan berdasarkan kepada perjumpaan beliau dengan Raja Saudi beberapa bulan yang lalu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi,berada dalam delegasi tersebut. (Ya, Zahid dan bukan Muhyiddin – dari situ saya mula mengesyaki bahawa Zahid adalah pengganti Muhyiddin sebagai TPM dan saya ada menulis tentang kemungkinan tersebut).
Sebenarnya, ini bukanlah sesuatu yang baru. Arab Saudi telah membiayai organisasi antarabangsa dan pemimpin asing sekian lama sebelum Merdeka lagi, sejak kerajaan Saudi mula kaya dengan wang minyaknya. Itu berdasarkan kepada laporan yang saya baca.
Pendek kata, keluarga diraja Arab Saudi akan memastikan bahawamereka boleh terus memerintah secara mutlak tanpa demokrasi dan pilihanraya bebas dengan menyalurkan wang ke banyak negara, kerajaan dan pemimpin asing. Dan sebab itulah mengapa US banyak bercakap soal demokrasi dan pilihanraya bebas (dan juga menghantar tentera untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak demokratik) tetapi tidak sebut sepatah pun perkataan mengenai Arab Saudi.
Nah, itu sekadar teori dan spekulasi saya semata-mata. Walau bagaimanapun,dalam keadaan tanpa butir-butir dan pengesahan fakta, ianya merupakan satu-satunya penjelasan yang saya ada mengenai bagaimana RM2.6 bilion atau mungkin lebih masuk ke akaun bank peribadi Najib.
Namun mungkin juga saya salah tetapi mari kita lihat apa yang berlaku dan samada fakta-fakta sebenar akhirnya didedahkan.
*******************************************
RM2.6 billion donation to PM invites suspicion, group says(Malay Mail Online) – The mysterious RM2.6 billion donation to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak can raise questions on whether money laundering was involved, a group said today in pushing for the regulation of political financing.The Centre for A Better Tomorrow (CENBET), which promotes good governance and moderation, said proper guidelines on political contributions must be drawn up based on standards in developed countries, such as public disclosure on the sources of funds and how the money is used.“It is unusual for foreign entities to donate huge sums. This can give rise to questions about whether there’re any elements of money laundering, foreign interference and security risks,” CENBET co-president Gan Ping Sieu said in a statement.“For the first time, we learn of political donations to the tune of billions of ringgit, transferred into an individual’s account. This has given rise to suspicion about whether there are any strings attached, or the donor’s motives, given the staggering amount,” he added.The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) said yesterday that the RM2.6 billion channelled to Najib’s personal bank account did not come from state-owned 1Malaysia Development Berhad as alleged, but that it was a donation, without specifying who the donors were or how the money was used.Umno supreme council member Datuk Abdul Rahman Dahlan said yesterday that it was better for Najib, who is also Umno president, to hold the party’s money and assets in a trust account as it was more secure than having the funds parked under proxies.