Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Hanfiah Mat Menanti Musibah(Bala) Allah

$
0
0
Mungkin hari ini pemimpin Pas sudah tidak berpadukan Al-Quran dan hadis apa bercakap dan menyebarkan serta membuat fitnah sesuka hati didalam media yang serba canggih ketika ini.

Sesuatu berita atau khabaran angin itu terus disebarkan tanpa usul periksa dengan kesahihan sesuatu berita itu.

Dan mungkin Adun Chukai itu terlupa akan sepotong ayat dalam surah  Al Hujurat ayat yang ke 6 dan Allah SWT telah berfirman :

“Wahai orang orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujarat: 6)


Ayat diatas ini sudah tiada dalam KAMUS perjuangan ISLAM PAS terutama Pas Terengganu yang mana telah mengabaikan firman Allah SWT ini dan mereka TIDAK takut dengan Bala Allah yang mana telah dijanjikan dalam Al Quran.


Dalam kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Pas Chukai) Hanafiah Mat menyifatkan mesej tentang pemecatan pemimpin Umno yang beredar di ‘alam maya’ bertepatan dengan kenyataannya sebelum ini.

 “Kita tunggu dan lihat………mesej tentang pemecatan pemimpin Umno sedang bertebaran sekarang ini,” katanya.

 Menurut Hanafiah dalam sebuah blog pro pembangkang, mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal antara pemimpin Umno yang ‘panas’ kerana menunjukkan sokongannya secara terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin.

Secara kebetulan, kata beliau, nama Ahmad Said juga disenaraikan dalam mesej yang tersebar melalui aplikasi ‘whatsapp’.

Jadi jelaslah pemimpin Pas ini lebih suka kepada ‘mesej yang tersebar melalui aplikasi whatsapp dengan membelakangi pesanan Allah di dalam Al-Quran melalui surah Al-Hujarat itu.

Naib Presiden Umno, Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussien sudah menyatakan bahawa sebaran berita pemecatan itu tidak berasas sama sekali, sedangkan agenda mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September ini belum pun diketahui lagi.

Jadi pemimpin Pas Terengganu janganlah bertindak semberono dalam menyebarkan berita palsu dan fitnah yang mencerminkan bahawa mereka tidak lagi berlandaskan ajaran Islam.

Mereka sedang berhadapan dengan (Gerakan Harapan Baru)  GHB dan parti baru pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas sendiri Haji Mohd Sabu yang suatu ketika dahulu diagung-agungkan oleh Pas sendiri.

Mereka juga berdepan dengan malapetaka “biah taklik talak tiga isteri’ yang diperkenalkan oleh ulamak Pas yang kini telah meninggal dunia, tetapi malapetakanya sedang ditanggung oleh Pas sekarang.

Oleh itu, tumpulah kepada menyelesaikan kepada perkara itu, bukannya cuba mengalih pandangan awam kepada isu yang diada-adakan berkaitan kononnya berlaku pemecatan dalam Umno.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490