HALA TUJU HIMPUNAN MARUAH MELAYU
1. Menzahirkan amaran keras kepada bangsa Cina berideologi DAP supaya jangan menghina pemimpin Melayu dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Menghimpun umat Melayu bagi menunjukkan solidariti kami mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
3. Mendesak Kerajaan supaya bertindak tegas kepada pengkhianat negara yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan dan mahu menjatuhkan Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem Pilihanraya.
4. Mendesak Kerajaan melaksanakan Sekolah Satu Aliran tanpa kompromi untuk memupuk perpaduan dan toleransi ke arah pembentukan bangsa Malaysia.
5. Menuntut Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar seperti yg telah dijamin oleh Perlembagaan khususnya dalam perkara-perkara yg bersangkutan dengan pembelaan dan hak keistimewaan Melayu/Bumiputra.
6. Menyarankan kepada Kerajaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan sebagai satu langkah dalam usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan dan keamanan serta ketenteraman dalam negara sentiasa terjamin.
7. Memupuk dan menzahirkan semangat Patriotik dan cintakan Negara dalam jati diri rakyat Malaysia demi menuju ke arah satu Perpaduan Nasional yang mantap.
8. Mempastikan tiada lagi Pehimpunan seperti Bersih di masa2 akan datang.
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menasihatkan pihak yang berniat mencetuskan isu perkauman pada Himpunan Rakyat Bersatu, 16 September ini supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.
Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mahu perhimpunan tersebut diadakan secara aman sebagai solidariti rakyat Malaysia dalam mempertahankan perpaduan, pemimpin negara dan prinsip Rukun Negara.
“Bagi yang nak buat kacau, jangan hadir. Kita mahu perhimpunan ini berlangsung secara aman,” katanya pada sidang media di Stadium Titiwangsa di sini, Sabtu.
Menurut beliau, Pesaka terpanggil untuk mengadakan perhimpunan aman itu kerana tercabar dengan tindakan penyokong Bersih 4 yang menggunakan demonstrasi jalanan untuk menggulingkan kerajaan.
“Dah buat empat kali, tapi kita tak nak bergaduh, kita biarkan sahaja, yang kedua dan ketiga serta terbaharu keempat, mana pergi maruah kita.
“Mereka terus cabar maruah kita, tak boleh tahan. Sebab itu kita nak buat (himpunan) secara aman ikut undang-undang,” katanya.
Justeru, beliau berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan permohonan permit badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk berhimpun di Padang Merbok.
“Saya dah hantar permohonan (permit) pada 8 September lalu, tetapi sehingga hari ini masih belum dapat persetujuan DBKL.
“Saya minta bagilah kita permit, kita bukan nak gaduh, nak jalan-jalan. Kita nak duduk secara aman di Padang Merbok,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menasihatkan perhimpunan tersebut diadakan di tempat tertutup, Mohd Ali berkata Pesaka tiada masalah untuk berhimpun di Stadium Merdeka.
“Kita dah tengok keadaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara ada banyak kerja-kerja pembinaan sedang dilakukan. Tapi kalau Stadium Merdeka boleh digunakan, kita tiada masalah kerana itu lokasi pilihan utama kita sebelum ini,” katanya.
Pada masa sama, beliau menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyertai perhimpunan tersebut.
“Kita terbuka kepada rakyat Malaysia, semua boleh menyertai perhimpunan ini,” katanya.
-mstar