Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Ape Kebende Pesona Terengganu Ning... Yang Duk Kecoh Sangat?

$
0
0
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), akan menyediakan pameran makanan tradisional negeri Terengganu sepanjang Pesona Terengganu 2015 yang mana akan diadakan pada 29 Oktober hingga 2 November 2015 nanti di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seramai 30 usahawan makanan Terengganu bakal menyajikan pelbagai hidangan tradisonal negeri dengan setiap sajian itu memberi kelainan kepada pengunjung pada hari berkenaan.

Menurut ketua Pegawai Eksekutif YPU, Marzuki Endut berkata, melalui ‘Terengganu Kitchen’ yang merupakan salah satu acara sampingan sempena program yang julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu, sebanyak 30 gerai disediakan untuk usahawan yang mengambil bahagian.

“Mereka akan menyajikan hidangan tradisi dan popular Terengganu termasuk nasi dagang, nasi minyak, nasi kuning serta nasi kunyit.

“Selain itu, ketupat sotong, keropok lekor, otak-otak, ikan celup tepung, laksa dan laksam Terengganu turut disediakan,” ujarnya.

Menurut Marzuki, selain ‘Terengganu Kitchen’ beberapa acara sampingan lain turut diadakan.

“Antaranya, persembahan kebudayaan, demostrasi masakan Terengganu oleh Chef Zamzani, demostrasi pembuatan seperti anyaman mengkuang, pembuatan keropok lekor dan pelbagai lagi,” ujarnya






Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles