Pakatan yang sudah lebur.
Menyentuh tentang kedudukannya sebagai wakil tunggal PKR di Dewan Undangan Negeri Terengganu menjadi pembangkang bersendirian tidak bersama Pas setelah Pas tidak lagi berada dalam pakatan- Azan menjelaskan selama ini pun beliau bersendiri.
Tidak ada pre-council di pihak pembangkang yang melibatkannya- mungkin wakil-wakil pembangkang dari Pas ada “pre council” mereka, tetapi pernah menjemput saya- bermakna beliau bersendirian sebagai pembangkang sejak dulu lagi.
Ditanya apakah senario itu akan berterusan hingga ke Pilihanraya Umum ke 14- iaitu tanpa penglibatan Pas dalam pakatan Harapan Baru iaitu PKR-DAP-Parti Amanah, Azan menyatakan itu terpulang kepada pihak Pas.
Di pihak kami pakatan telah turut menjemput Pas untuk bersama, tetapi sehingga ini tiada apa-apa jawapan balas lagi.
Namun begitu kata Azan, pakatan pembangkang Harapan Baru (PKR-DAP- Amanah) kali ini telah ada persafahaman secara bertulis (dokumentasi) dalam menghadapi piliharanya secara bersama, pembahagian kerusi semasa bertanding, semasa menjadi kerajaan (jika menang) dan sebagainya.
Tujuannya agar tidak bercelaru bila segalanya didokumentasikan.
“Kita masih menunggu kalau Pas mahu menyertainya juga,” kata Pengerusi PKR Terengganu itu.
Menyentuh tentang sidang DUN Terengganu bagi Bajet 2016, beliau berterima kasih kerana Speaker DUN telah memberi peluang kepadanya terlebih awal di pihak pembangkang selepas penyokong kerajaan (Dun Air Putih).
Mengulas tentang TTB lagi berkaitan memasukkan pandangan dan cadangan rakyat, beliau menyarankan bahawa tidak semua pendapat rakyat; tetapi perlu ada 70 peratus dari pemerintah dan 30 peratus dari rakyat.
Apapun katanya, baguslah pandangan rakyat diambil kira, tetapi sikap rakyat Terengganu yang tidak ‘ekpressi’ iaitu malu-malu dalam menyatakan kehendak sebenar perlu diambil kira; bagaimana rakyat benar-benar dapat menyuarakan isi hati yang sebenar.
Katanya, Ahmad Razif berdepan dengan cabaran dan kesukaran dari segi situasi politik sekarang di peringkat pusat dan negeri, ekonomi (kekurangan pendapatan).
Itu terpulanglah kepada kebijaksanaan Menteri Besar itu mengendalikan negeri Terengganu ini.
“Sebagai Ceo (Ketua Pengawai Eksekutif) Negeri Terengganu saya berharap Menteri Besar tidak hilang tumpuan dalam membawa negeri Terengganu ke mercu kejayaan,” katanya yang mendakwa Terengganu masih lagi sejak dulu dilihat belum mencapai tahap yang dibanggakan.
Sumber : LangBayu