Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

SAHTIPU Sahkan PAS Tetap Jahil - Sidang Dun

SATIPU KATA PAS TIDAK AKAN BERSATU DENGAN UMNO, SEBALIKNYA HENDAK MENUMBANGKAN KERAJAAN UMNO

BEZA PEMIMPIN UMNO DENGAN PAS!

Dengan nada yang sayu dan penuh tawadduk, Ahmad Razif (Menteri Besar) ketika menyampaikan ucapan penggulungan bajet hari ini menyatakan, soal perpaduan adalah penting.

Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh agama; jadi walaupun pihak pembangkang menolak untuk bersatu tetapi kita perlu sedar ia adalah ajaran agama kita supaya umat Islam bersatu.

Ahmad Razif merujuk kepada Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.

Apa yang disuarakan oleh Dato’ Seri Ahmad Razif sebenarnya pendekatan yang sungguh murni dan ikhlas, biarpun beliau berada di barisan kerajaan, tetapi masih sedia menawarkan perpaduan dengan pembangkang.

Berbanding dengan sikap pembangkang Pas khususnya yang agak keras, Yang Dipertua Pas  Terengganu YB Satipul Bahri Mamat (Adun Paka) yang sama sekali menolak sebarang pakatan serta perpaduan.

“Kita hendak tumbangkan UMNO/BN dan kita hendak memerintah yakni menubuhkan kerajaan sendiri, jadi tidak timbul soal kerajaan perpaduan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita semalam.

Selaku pembangkang dan penasihat boleh kita mainkan peranan sebagaimana Umno juga di sidang Dun Kelantan.

Hubungan kerajaan sesame kerajaan- kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pulau Pinang dan Pusat berjalan sepertimana biasa G-to G kata Satipul.

Namun untuk berpadu dan berpakat dalam parti tidak sama sekali.

Di sini jelaslah bahawa apa yang disebut dan dipalaorkan selama ini kononnya Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang tentang bersedia untuk bersatu dan membantukerajaan dan sedia menjadi penasihat kepada kerajaan hanyalah sandiwara semata-mata.

Sumber : LangBayu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles