Kuala Terengganu : Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof yang mengadakan lawatan kerja sehari di negeri Terengganu semalam bagi meninjau beberapa projek dan melalui sendiri Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) disini.
Menurut Fadillah, kajian yang dibuat oleh Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sebelum ini mendapati kurang dari lima peratus jalan beralun di sepanjang 180 kilometer di LPT 2.
Beliau juga berkata dakwaan pengguna LPT 2 sebelum ini kononnya laluan berkenaan berbahaya sebagai tidak munasabah dan kes kemalangan yang berlaku di LPT 2 menjurus kepada kecuaian pemandu.
Bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh IKRAM itu bukan secara menyeluruh dan akan terus diperhalusi dan diperincikan selepas kajian fasa kedua selesai dalam tempoh terdekat.
Dato’ Seri Fadillah turut memberi jaminan bahawa LPT 2 masih selamat dan pembinaannya mengikut piawaian antarbangsa.