Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

PAS Letakan Calon Muka Baru Kuala Terengganu?

$
0
0


Mengikut apa yang disebarkan dalam media sosial semalam yang mana senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke 14  (PRU 14) dijangka akan diadakan pada tahun 2018  ini dan Pas telah menyenaraikan muka baru di Kuala Terengganu.

Pas melihat kerusi yang ada patut dikekalkan dan pertambahan calon muka baru dari kalangan Orang muda  amat wajar diketengahkan parti itu.

Di Parlimen Kuala Terengganu Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim dipertanggungjawabkan mempertahan kerusi yang dikianati oleh mantan ahli Parlimen parti Pas yang kini sedang dirawat diunit CCU Hospital Dubai, Arab Saudi.

Manakala bagi peringakat dun dalam parlimen P.036 Kuala Terengganu Pas akan mempertaruhkan di Wakaf Mempelam Wan Mohd Faizul Wan Abas mantan Ketua Pemuda Pas pada sesi 2013/15 yang lalu, di dun Bandar Khairuddin Muhamad, Ladang Pas akan meletakkan calon ulama’ yang disukai orang muda Ustaz Azhar Idrus dan Batu Burok akan diisi oleh ketua pemuda dun Wan Muhammad Mizan yang kini sedang merapatkan jentera diperingkat dun itu.

Adun-adun Pas Kuala Terengganu ketika ini sudah tidak dapat kepercayaan Presiden Parti itu kerana mereka kelihatan menjurus kepada parti serpihan Pas yakni Parti Amanah Negara(PAN) yang diketuai oleh Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Adun Wakaf Mempelam yang sudah 6 penggal menjadi wakil rakyat tunggul kayu tidak tersenarai lagi kerana turut dibayangi dengan PAN, Tengku Hassan dan Syed Azman juga dikaitkan dengan parti serpihan PAS itu.

Selain Kuala Terengganu, semua calon kitar semula pada pilihan raya umum ke 13 yang lalu masih diberi kepercayaan bagi merebut kerusi di kesemua dun di Terengganu ini.

Sementara itu, dilihat semua jentera Pas Kuala Terengganu sudah digerakkan dan markas sekarang ini dibuka di Surau Kampung Durian Burung yang berdekatan dengan kawasan calon Pas Kuala Terengganu Ahmad Amzad.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 490