PAS Terengganu sudah kemaruk untuk mentadbir negeri dengan menawarkan Mantan Menteri Besar Terengganu ke 13 Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.
Perkara itu telah disampaikan dalam sidang media yang dilakukan selepas selesai Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di U2 Wisma Darul Iman petang tadi.
Menurut Harakah Daily, Sahtiful Bahri Mamat, PAS sedia tawarkan jawatan itu kepada AhmaD Said jika beliau menyokong PAS dalam penukaran Menteri Besar kini.
Katanya, beliau akan menunggu keputusan Ahmad yang juga Adun Kijal menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian PAS terlebih dahulu.
“Kita akan membawa perkara ini kepada Tuanku Sultan Terengganu jika semua sudah bersedia untuk mengambil alih tapuk pimpinan negeri ini"
“Secara dasarnya Ahmad sudah bersedia untuk berbuat demikian jika segala syarat tersebut dipenuhi PAS"
Menurut beberapa sumber yang berada dalam dewan rakyat hari ini, perbuatan Ahmad itu sudah keterlaluan sebagai ahli parti yang membawa usul berkenaan.
Katanya juga, Ahmad takut dengan baying-bayang sendiri apabila membuat ugutan secara tidak rasional dengan bekerjasama dengan pembangkang mengaibkan pemimpin parti sendiri kerana dendam yang masih membara.
|SuaraBumi|