KUALA TERENGGANU : Satu perhimpunan aman yang sedang diadakan diperkarangan U2 Wisma Darul Iman sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 13 penggal ke 4 berlangsung .
Sidang DUN masuk hari ke 3 yang mana sedikit kekecohan yang berlaku didalam dewan semalam dengan usul undi tidak percaya terhadap YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dibawa oleh Adun Kijal.
Kelihatan ahli-ahli parti, sayap parti (Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu dan ahli, Pergerakan Puteri UMNO Negeri dan ahli, Pergerakan Wanita dan ahli) serta turut ngo-ngo negeri berada di lobi U2 ini untuk menantikan ketibaan YAB Menteri Besar dan adun Barisan Nasional yang lain.
Dikatakan, perhimpunan aman ini dilakukan bagi menyokong penuh YAB Menteri Besar selaku pemimpin utama negeri dan juga parti UMNO di Negeri Terengganu.
Ahli-ahli parti pelbagai lapisan umur hadir memberi sokongan padu kepada YAB MB dan sekaligus menidakkan apa yang diperkatakan oleh Pesuruhjaya PAS semalam bahawa YAB MB sudah hilang sokongan dari ahli parti.
Semalam dengan lantangnya Sahtifu Bahri Mamat juga adun Paka menyatakan Ahmad Razif sudah hilang sokong dari adun-adun BN negeri ini dan PAS telah mengambil kesempatan diatas usul yang dibawa oleh adun Kijal itu.
PAS sememangnya sudah tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu selepas kali pertama pentadbiran mereka gagal kerana kerakus parti itu menjana duit rakyat untuk poket sendiri.
Kezaliman PAS pada 1999 hingga 2004 masih tersemak didalam fikiran dan hati rakyat negeri ini dengan pelbagai penipuan secara besar besar dilakukan PAS dibawah kepimpinan Dato' Seri Abdul Hadi Awang ketika itu(Ulama').