Rafizi Ramli ..... siapakah pemilik nombor telefon yang didakwa telah mencabuli hak privasi rakyat Malaysia, malah ada mengatakan ianya cubaan mencabuli hak demokrasi mereka?
Jika kita
layari internet, rata-rata mereka yang dihubungi oleh pemilik nombor telefon 03-78902700 telah menuding jari kepada Barisan Nasional seperti printscreen di bawah :
![]() |
heng : annoying call frm bn |
![]() |
Simple : Received a voice recording call from BN, so annoying |
![]() |
Ad : The caller id shows Politik kotor BN |
![]() |
Daniel : I wonder if we can make a complaint against BN ... |
![]() |
Shasha : knpa BN mau call.. |
![]() |
Coffee : So supsrised BN doing this |
Pihak bernombor 0378902700 itu akan mengemukakan beberapa soal selidik untuk dijawab. Persoalannya,
1. Apakah benar pihak BN yang membuat soal selidik ini?
2. Jika bukan, apakah bentuk soalan yang dikemukakan sehingga BN dituduh yang bukan-bukan?
3. Kenapa pihak yang buat soal selidik ini gagal untuk berterus terang memperkenalkan diri mereka sehingga parti BN dikaitkan serta dipersalahkan?
Ada pihak yang mengatakan bahawa panggilan telefon untuk soal selidik itu adalah daripada Pusat Penyelidikan CPI.
![]() |
Angelia : ... survey from Pusat Penyelidikan CPI |
![]() |
hat : calling from pusat penyelidikan cpi |
Siapakah pemilik Pusat Penyelidikan CPI ini dan apakah benar mereka ini daripada parti BN?
Media melaporkan kenyataan seorang responden yang mendakwa soal selidik itu dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Invoke Malaysia.
Menurut responden berkenaan, dia mengetahui mengenai penglibatan NGO tersebut setelah pihak yang menghubunginya mengakui bahawa CPI ditubuhkan oleh Invoke Malaysia untuk menjalankan kajian berkaitan sosio-politik negara, selain mengumpul data untuk tujuan tertentu.
Tambah responden itu, sehingga kini CPI masih giat menghubungi rakyat Malaysia untuk menjalankan soal selidik tersebut yang tidak diketahui kepentingannya.
Invoke Malaysia sebenarnya diterajui oleh Rafizi Ramli dan merupakan platform yang digunakan untuk kepentingan Pakatan Pembangkang. Maka kerana itu, Rafizi mesti tampil ke hadapan untuk menjawab isu ini dengan segera. Apakah NGO beliau di belakang soal selidik tersebut?
Dalam masa yang sama, jika kita teliti lebih mendalam tentang NGO Invoke ini, di antara lain fungsinya ialah mengumpul, menyimpan dan mengendali maklumat peribadi individu-individu.
![]() |
Jenis maklumat peribadi yang INVOKE kumpulkan |
|
Ada beberapa cara NGO Rafizi ini mendapatkan maklumat tersebut. Di antaranya ialah dengan penyertaan anda di mana-mana kaji selidik, melawat atau melayari laman-laman web mereka.Malah
maklumat peribadi anda mungkindiperolehi daripada pihak-pihak ketigayang berurusan dengan mereka atau yang berkaitan dengan anda (agensi rujukan kredit atau institusi kewangan),Penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi juga dilakukan oleh NGO Rafizi ini.Bukan itu sahaja,
maklumat peribadi itu juga mungkin akan didedahkan kepada pihak-pihak ketiga dan pihak yang berkepentingan!Rafizi mendakwa operasi mengumpul maklumat peribadi itu mengikut undang-undang.
Ironinya, Rafizi ini juga didapati bersalah melanggar undang-undang kerana berbohong, menghasut dan menabur fitnah!
Baca : http://novandri.blogspot.com/2016/11/selepas-dihukum-rm200000-rafizi-pkr.html
So, bolehkah kita percaya si Rafizi dan aktiviti NGOnya itu? Atau apakah pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat NGO tersebut?
Hati-hati.