Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

POK WEIL Dipergunakan PAS Ala-Ala MAT Terey -


 PAS Kawasan Seberang Takir yang diterajui bekas calon PAS PRU 13, Zakaria Dagang telah meluluskan satu artikel di portal buletinonline dimana portal ini hak milik PAS Terengganu
.
Artikel yang bertajuk *"Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan"* itu yang disertakan video yang berdurasi 2 minit 12 saat yang mana menyatakan bahawa Pok Weil atau nama sebenar Wan Ismail Wan Awang,62, telah dihalau MB ketika pergi berjumpa untuk memohon bantuan persekolah untuk anaknya.

“saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan,

“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),

Menurut wartawan Terengganu Times pagi ini telah kerumah Pok Weil untuk kesahihan berita tersebut, beliau mendakwa telah disuruh bercakap sepertimana dalam video berkenaan dan pakai berlogokan BN itu telah berikan oleh seorang yang bernama POK MAT.

Komspirasi yang berniat JAHAT itu terbongkar apabila telah disahkan oleh isteri beliau Maimun Taib,56, dimana pada 3 hari lepas POK WEIL telah didatangi oleh 2 orang yang tidak dikenalinya.

Kata Maimun, salah seorang yang datang itu bertubuh besar dan tinggi serta berkulit gelap dan mengikut kata Pok Weil pula orang itu dikenali beliau.

Pok Weil turut menyatakan 2 orang itu tinggal di Kampung Paya dan Kampung Duyong yang mana bersebelah dengan kampung beliau disini dan secara tidak langsung Pok Weil membawa wartawan Terengganu Times kerumah kedua-duanya.

Nyata dalam hal ini Pok Weil telah dipergunakan oleh PAS untuk politik jahat yang telah digunakan sejak sekian lama dan memburukan UMNO serta kerajaan BN Terengganu terutama ADUN Seberang Takir Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu.

Selain itu juga isteri beliau turut menceritakan kisah daya ingatan Pok Weil yang mana kemalangan beberapa tahun lalu dan kini kesan itu membuatkan Pok Weil mudah dipergunakan oleh orang yang berniat jahat kepadanya dan keluarga.

Katanya, adakalanya Pok Weil disuruh pergi ke pajabat DUN atau program-program yang mana orang ramai berkumpul dan meminta duit serta apa sahaja yang ada.

‘Pok Weil ni.. ingatan tidak berapa baik dan disebabkan kemalangan beberapa tahu lalu dan juga faktor usia beliau senang dipergunakan oleh individu untuk kepentingan’.

" Pok Weil kadang kala ingat... dok ingat apa yang dia cakap..., kadang-kadang dia cakap sorang-sorang dan merapu akibat dari kemalangan itu'", ujurnya lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 490

Trending Articles