Ustaz Ya Dagang Kenapa Tak Buat Ceramah?
Sikap cemburunya beliau yang beberapa kali tewas pada pilihanraya di DUN Seberang Takir membawanya ke pentas ceramah didalam rumah Pok Harun belakang rumah ADUN Seberang Takir tersebut.
Dihentamnya Ahmad Razif bertubi-tubi, pembesar suara dipasang maksima dihala terus ke tingkat rumah ADUN tersebut yang sedang berduka kerana ayahandanya(kini arwah) sedang sakit ketika itu.
Dengan penuh kesabaran, Ahmad Razif meneruskan kehidupan walaupun aib dihina membawa cita-cita merubah Terengganu ke era baru.
Cemburunya Ya Dagang sehinggakan ADUN Seberang Takir membina rumah baru diatas runtuhan rumah usang dipenuhi anai-anai juga dijadikan isu ceramah.
Beberapa minggu ini media-media maya dipenuhi dengan kisah seorang Datin yang menerima hadiah sebuah Q7 yang dikatakan bernilai menghampiri setengah juta ringgit daripada seorang suami yang bergelar Yang Berhormat juga daripada Kampung Baru Seberang Takir.
Pelik dan menjadi persoalan yang besar betapa banyaknya duit beliau.
Berapa banyakkah duit beliau?
Dari sumber manakah?
Adakah beliau masih sempat berniaga dalam kesibukan menjadi ahli parlimen?
Atau kerana nak cari duit buat beli hadiah membuatkan beliau jarang-jarang berada di kampung?
Juga teramat hairan apabila Ya Dagang membisu tanpa keluarkan kenyataan.
Takkan Ya Dagang dah tak pandai berceramah kot?
Tapi mungkin Ya Dagang tak nak berceramah lagi kerana teringat kisah sebuah rumah di Teluk Ketapang yang disiapkan di zaman pemerintahan rejim PAS.
Entahlah….