UMNO Terengganu kukuh, tidak tergugat kerana rombakan kabinet - YB Hakim
Dalam Kenyataan yang di keluarkan oleh Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyatakan Kedudukan Politik Terengganu kelihatan mula terancam selepas rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selasa lalu.
Manakala ADUN Air Putih Merangkap Ketua Penerangan UMMO Terengganu,YB Haji Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar menyatakan UMNO Terengganu dalam keadaan kurang stabil di sebabkan UMNO hanya menang tipis dengan 17 kerusi manakala pembangkang 15 kerusi di Terengganu.
Dan ia bukan di sebabkan oleh rombakan kabinet dan berkait dengan penurunan Tan Sri muhyiddin Yassin sebagai Timbalam Perdana Menteri.
' Apa yang berlaku kepada Tan Sri Muhyidin Yassin adalah perkara normal, dalam Politik ada pasang dan surut tanpa mengira UMMO atau PAS, walaubagaimapun perkara ini tidak boleh di jadikan ukuran kepada Penganalisis Politik menyatakan kedudukan Terengganu tergugat'.
Tambahan beliau 'memang kita akui jika ada ADUN lompat Parti atau isytihar bebas kedudukan UMNO akan tergugat, tetapi perkara ini tidak akan berlaku memandang Semua ADUN telah berirkrar untuk terus bersama untuk menguatkan parti'
Saya percaya bukan saja Adun-adun di Terengganu sayang dan setia pada parti bahkan mereka juga sebagai yg beragama islam, sudah tentu mengambil serius dengan akur janji mereka hadapan PM yang dimulakan dgn Wallahi, Wabillahi, Wathallahi.. tidak akan mengkhianati parti".