Serangan demi serangan keatas Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang mewakili PAS semasa PRU 13 yang lalu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang dikatakan oleh ahli-ahli JUMMUK Pro Ulama’ PAS bahawa beliau adalah Ketua Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi Negeri Terengganu.
Manakala Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun N16 Batu Buruk, Kuala Terengganu dikatakan sebagai Pengerusi GHB Kuala Terengganu yang mana telah 2 penggal bersama PAS di Batu Buruk dan kini bersama kumpulan professional yang kalah bertanding dalam Muktamar PAS jun lalu dengan bergerak GHB yang ditubuhkan beberapa bulan yang lalu.
Raja Bahrin dan Syed Azman kini dipulaukan oleh para pemimpin PAS Pro Haji Hadi Awang di negeri Terengganu kerana mereka melihat kedua-duanya telah memainkan peranan bergerak dengan GHB di Terengganu.
Dari pada sumber yang boleh dipercaya Raja Bahrin dan Syed Azman akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya pada Ahad ini secara bersama yang bakal dihadiri oleh Ustaz Ahmad Awang dan juga Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang kedua-duanya adalah pengasas Gerakan Harapan baru bagi PAS dalam Pakatan Rakyat.
Manakala dalam satu siri jelajah Penerangan Gerakan Harapan & Sambutan Hari Raya Peringkat negeri Terengganu semalam yang di adakan di Besut telah memberi satu nafas baru pergerakan tersebut di Terengganu.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu menyatakan GHB adalah untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan membela Nasib Rakyat.
PAS sudah tidak releven kerana sejak pemergiaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, PAS sudah bercelaru dan perlu perubahan oleh itu wujudnya GHB, Pertubuhan GHB mendapat sokongan DAP dan PKR, PAS hanya bersendirian.
Turut berucap, Ahmad Awang, Bekas Presiden ULAMA Malaysia mengajak rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan negetif pihak tertentu yang menuduh jemaah yang tinggalka PAS sebagai tiada pendirian serta merosakkan parti.
Dalam siri Jelajah tersebut beberapa barisan kepimpinan GHB yang turut hadir sallahudin Bin Ayub, Bekas Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Aziz Bekas AJK PAS Kawasan Besut, Azan Safar Pengerusi NGO dan Eng Chai Heng, Pengerusi DAP Terengganu.
Terdapat dua YB yang turut terlibat dalam Gerakan Harapan Baru Terengganu, YM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Syed Azman Syed Nawawi, ADUN Batu Buruk tidak dapat hadir bersama kerana mempunyai urusan lain.
Ketidak hadiran Raja Bahrin dan Syed Azman nyata membuat seluruh yang hadir bertanya akan kedua-duanya…..