Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

POK WEIL Dipergunakan PAS Ala-Ala MAT Terey -

$
0
0

 PAS Kawasan Seberang Takir yang diterajui bekas calon PAS PRU 13, Zakaria Dagang telah meluluskan satu artikel di portal buletinonline dimana portal ini hak milik PAS Terengganu
.
Artikel yang bertajuk *"Dihalau MB Kerana Minta Bantuan Persekolahan"* itu yang disertakan video yang berdurasi 2 minit 12 saat yang mana menyatakan bahawa Pok Weil atau nama sebenar Wan Ismail Wan Awang,62, telah dihalau MB ketika pergi berjumpa untuk memohon bantuan persekolah untuk anaknya.

“saya nak minta bantuan (untuk) anak sekolah, saya orang yang (giliran) ketiga…….(bila) saya masuk…..dia kata tak ada bantuan,

“lepas tu dia hambat…..(lepas) tu saya pun lari, saya pun malaslah (nak tunggu),

Menurut wartawan Terengganu Times pagi ini telah kerumah Pok Weil untuk kesahihan berita tersebut, beliau mendakwa telah disuruh bercakap sepertimana dalam video berkenaan dan pakai berlogokan BN itu telah berikan oleh seorang yang bernama POK MAT.

Komspirasi yang berniat JAHAT itu terbongkar apabila telah disahkan oleh isteri beliau Maimun Taib,56, dimana pada 3 hari lepas POK WEIL telah didatangi oleh 2 orang yang tidak dikenalinya.

Kata Maimun, salah seorang yang datang itu bertubuh besar dan tinggi serta berkulit gelap dan mengikut kata Pok Weil pula orang itu dikenali beliau.

Pok Weil turut menyatakan 2 orang itu tinggal di Kampung Paya dan Kampung Duyong yang mana bersebelah dengan kampung beliau disini dan secara tidak langsung Pok Weil membawa wartawan Terengganu Times kerumah kedua-duanya.

Nyata dalam hal ini Pok Weil telah dipergunakan oleh PAS untuk politik jahat yang telah digunakan sejak sekian lama dan memburukan UMNO serta kerajaan BN Terengganu terutama ADUN Seberang Takir Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga Menteri Besar Terengganu.

Selain itu juga isteri beliau turut menceritakan kisah daya ingatan Pok Weil yang mana kemalangan beberapa tahun lalu dan kini kesan itu membuatkan Pok Weil mudah dipergunakan oleh orang yang berniat jahat kepadanya dan keluarga.

Katanya, adakalanya Pok Weil disuruh pergi ke pajabat DUN atau program-program yang mana orang ramai berkumpul dan meminta duit serta apa sahaja yang ada.

‘Pok Weil ni.. ingatan tidak berapa baik dan disebabkan kemalangan beberapa tahu lalu dan juga faktor usia beliau senang dipergunakan oleh individu untuk kepentingan’.

" Pok Weil kadang kala ingat... dok ingat apa yang dia cakap..., kadang-kadang dia cakap sorang-sorang dan merapu akibat dari kemalangan itu'", ujurnya lagi.


Bining Kedua Buleh Audi Q7, Bining Pertama Dapat Banglow???

$
0
0

Ustaz Ya Dagang Kenapa Tak Buat Ceramah?

Bising betul mulut celupar Zakaria Dagang suatu masa dahulu kononnya ADUN Seberang Takir ketika itu membeli beberapa buah kereta.

Sikap cemburunya beliau yang beberapa kali tewas pada pilihanraya di DUN Seberang Takir membawanya ke pentas ceramah didalam rumah Pok Harun belakang rumah ADUN Seberang Takir tersebut.

Dihentamnya Ahmad Razif bertubi-tubi, pembesar suara dipasang maksima dihala terus ke tingkat rumah ADUN tersebut yang sedang berduka kerana ayahandanya(kini arwah) sedang sakit ketika itu.

Dengan penuh kesabaran, Ahmad Razif meneruskan kehidupan walaupun aib dihina membawa cita-cita merubah Terengganu ke era baru.

Cemburunya Ya Dagang sehinggakan ADUN Seberang Takir membina rumah baru diatas runtuhan rumah usang dipenuhi anai-anai juga dijadikan isu ceramah.

Beberapa minggu ini media-media maya dipenuhi dengan kisah seorang Datin yang menerima hadiah sebuah Q7 yang dikatakan bernilai menghampiri setengah juta ringgit daripada seorang suami yang bergelar Yang Berhormat juga daripada Kampung Baru Seberang Takir.

Pelik dan menjadi persoalan yang besar betapa banyaknya duit beliau.
Berapa banyakkah duit beliau?

Dari sumber manakah?

Adakah beliau masih sempat berniaga dalam kesibukan menjadi ahli parlimen?

Atau kerana nak cari duit buat beli hadiah membuatkan beliau jarang-jarang berada di kampung?

Juga teramat hairan apabila Ya Dagang membisu tanpa keluarkan kenyataan.

Takkan Ya Dagang dah tak pandai berceramah kot?

Tapi mungkin Ya Dagang tak nak berceramah lagi kerana teringat kisah sebuah rumah di Teluk Ketapang yang disiapkan di zaman pemerintahan rejim PAS.

Entahlah….

YB 'Encik Somi' Jutawan Baharu Kosmetik Negara?

$
0
0


Bukan senang zaman teknologi di hujung jari ini untuk undurkan balik kata-kata sekiranya sudah 'terlepas cakap' di mana-mana medium internet. Walaupun ada 'butang delete' namun jangan lupa tentang 'butang-butang' yang lain termasuk alat perakam suara yang di halakan kepada kita terutamanya semasa ditemuramah.

Begitulah apa yang terpaksa dilalui oleh YB PAS Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin At Takiri dalam isu beliau menghadiahkan sebuah kereta mewah yang bernilai lebih dari RM 500 ribu, Audi Q7 kepada isteri keduanya.

Terbaharu Khairuddin menafikan beliau bersikap angkuh dengan mengeluarkan kenyataan berikut yang telah disiarkan:

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” - The Star Online.
Samada ini kenyataan umum atau sekadar satu perumpamaan bodoh, Khairuddin perlu sedar sebagai wakil kepada rakyat yang berbilang latar belakang termasuk warga miskin, mereka juga mempunyai hati dan perasaan seolah-olah YB PAS ini sudah begitu kaya sejak menjadi wakil rakyat?

Tidak salah kalau kita mampu miliki apa sahaja sekiranya kita mampu namun akan timbul 1001 pertanyaan kerana rakyat boleh menilai secara kasar pendapatan kita termasuk pencapaian perniagaan kita sekiranya kita seorang usahawan.

Bayangkan kalau bukan kerana isu "Audi Q7" yang dihadiahkan kepada isteri nombor 2, rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Terengganu tidak akan mengetahui sangat betapa wakil rakyat PAS ini seorang Presiden syarikat kosmetik - blessing in disguise

Mungkin syarikat tersebut milik isteri keduanya atau mungkin milik Khairuddin atau mungkin beliau dan isteri keduanya adalah rakan kongsi. Persoalan mudah, sejauh mana pencapaian syarikat kosmetik mereka? Apakah setaraf Qu Puteh atau Abang Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri? 

Paling menarik, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa wakil rakyat PAS ini mempunyai lebih dari seorang isteri.

Khairuddin wajar dedahkan kehebatan dan kejayaan produk kecantikan atau lebih mudah Khairuddin perlu tunjukkan bukti pencapaian syarikatnya itu. Kalau Qu Puteh dan Abang Terlajak Laris boleh di lihat di mana-mana sahaja termasuk sebagai penaja utama di hampir keseluruhan "channel" yang ada di negara ini, produk syarikat Khairuddin "rules" kat mana?

Kehebatan produk kecantikan bukan keluar di kaca TV sekadar membeli "air time" untuk iklan secara langsung namun lebih dari itu. Muncul 'live' untuk segmen memperkenalkan produk hanyalah sekadar iklan biasa-biasa namun kalau sudah mencapai tahap ada rancangan tajaan sendiri maka itu luar biasa.

Jadi Khairuddi At Takiri wajar buktuikan kepada semua rakyat Malaysia tentang cerita kejayaan produknya ini sekali gus membuktikan syarikatnya setaraf syarikat kosmetik yang seumpamanya.

Rakyat tidak kira apa juga lapisan latar belakang tidak akan persoalkan lagi kemampuan "YB Encik Somi" sekiranya pembuktian ini disegerakan.

Rakyat bersedia untuk mendesak SPRM dan LHDN sekiranya YB PAS ini hanya sekadar menepis isu dengan wujudkan isu yang lain pula.

Rakyat zaman digital sudah tahu berapa elaun bulanan seorang wakil rakyat parlimen.

Benarkah PAS Sedang Bergolak Sesama Sendiri?

$
0
0
Artikel ini diambil dalam seberan whatsapp yang dianggotai PENYOKONG AMANAH, BERSATU, PKR, UMNO dan juga PAS.

DALAMAN PAS KINI BERPECAH KEPADA 2 KEM

Parti Islam Semalaysia (PAS) kini mula terbahagi kepada 2 kem lagi selepas sebahagian ahlinya keluar membentuk Parti Amanah Negara (PAN) pada 2015 yang lalu.

Dahulunya dibuang pro anuwarinas dan kini adanya pro totok dan juga pro ulama moden yang mana sedang berperang dengan perasaan samada mengikut telunjuk Presiden Hj. Hadi atau berpegang pada pendirian Pas yang di tinggalkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Kepimpinan PAS hari ini jelas mempunyai perbedaan pendapat di antara Presiden dengan Timbalan Presiden (yang dianggap masih berpegang kuat dengan pendapat Al marhum Tok Guru Nik Aziz) di mana banyak kenyataan yang dikeluarkan kepada media sering tidak sehaluan pendapat.

Golongan Pro Presiden tergolong dari kalangan Pas Ortodoks akan menyokong segala tindakan Presiden Pas tanpa menilai semula keputusan tersebut dan di satu pihak lagi lebih berpegang kepada pegangan Pas yang asal dan ramai merasakan Pas yang ada hari ini telah jauh menyimpang dari perjuangannya yang asal.

Dikatakan juga sudah ada gerakan dari kalangan penyokong tegar PAS yang kini sudah hilang kepercayaan kepada presiden dan memilih untuk menyokong timbalan presiden bagi menghadapi muktamar yang dijangkakan pada mei akan datang.

Mungkin muktamar kali ini akan diadakan pertandingan jawatan presiden kerana ramai dari perwakilan yang telah digerakkan untuk menaikkan nama timbalan presiden kini sebagai wakil untuk jawatan  presiden parti itu.

Ada yang menyatakan bahawa sudah cukup masa untuk  Abdul Hadi Awang memegang jawatan presiden dan golongan penggerak ini mahukan Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi Awang yang kelihatan sangat lemah mengemudi jemaah PAS kebelakangan ini.

Ditambah pula Hadi yang sedang menjalinkan hubungan sulit dengan Umno dilihat semakin tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Ketika ini juga Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun mengorak langkah untuk menidakkan Hadi Awang untuk terus kekal di tapak presiden dan mahu mengurangkan kuasa Hadi dalam PAS.

Hadi akan ditempatkan sebagai Musyidul Am Pas yang baharu selepas muktamar yang bakal diadakan pada mei depan nanti.

*Jemaah Hijau*

PAS Terengganu Lancar 5 Manifesto ‘AUDI’?

$
0
0
SEMALAM telah ditularkan 5 keping foto info grafik dari parti PAS Terengganu yang menawarkan manifesto awal menjelang pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti yang juga telah di videokan oleh TV Harap 5.0 diadakan di Besut.
Temu ramah diantara Nazara Muda dan Saitiful Bahri Mamat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah membuat tawaran tersebut kepada pengundi Terengganu.
Manifesto yang bertemakan  ‘Maju Berkat Sejahtera’ yang akan dibawam untuk PRU 14 nanti seakan menafikan apa yang telah Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) lakukan selama ini.
Antara manifesto tersebut :
1    – Pemberian lot tanah’ rumah
Memastikan setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas memiliki satu lot tapak rumah atau satu unit rumah kediaman.
Penjelasan :
Kerajaan negeri Terengganu menerusi Pejabat Daerah dan Tanah telah mewujudkan Mesyuarat Tindakan Daerah yang diwakili oleh semua pemimpin kawasan dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan didalam jawatankuasa tersebut.
 Antara agenda mesyuarat tersebut juga melibatkan proses pemohonan tanah kerajaan yang diangkat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh jabatan serta kelulusan dari pejabat tanah dan daerah.
 Setiap bulan ada sahaja pemohonan tanah baru yang diminta rakyat untuk pelbagai tujuan dan mengikut kesesuai kawasan yang dipohon oleh rakyat.
 Kerajaan BN Terengganu juga telah melaksanakan pengagihan rumah dan tanah sebelum ini dengan terma syarat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.
 Pelbagai pembanguna  perumahan disediakan kerajaan BN untuk kemudahan rakyat negeri Terengganu, boleh rujuk link berkenaan :
KUALA TERENGGANU 20 JANUARY 2015. Projek perumahan daripad kerajaan pusat untuk rakyat Terengganu di Jalan Hiliran (Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Kuala Terengganu) yang siap dibina. NSTP/ASWADI ALIAS.
 2    – Membuka permohonan tanah dan memberi geran secara kekal
Penjelasan :
Kerajaan umno dan barisan nasional sejak dahulu lagi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah yang telah diberi mandap dalam setiap pru yang dijalankan.
 Umnobn sentiasa memikarkan akan kemudahan serta kebajikan kepada rakyat negeri serta negara ini secara keseluruhannya dimana telah mengagihan pemberian tanah serta perumahan kepada mereka yang betul-betul mempunyai kelayakan.
 Pelbagai konsep diguna pakai bagi memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat dari semua peringkat umur iaitu warga emas, miskin, ibubapa tunggal dan golongan belia yang berumur 40 tahun kebawah.
Semasa PAS mentadbir Terengganu 1999-2004, pelbagai kejadian menimpa rakyat terutama dari kalangan penyokong PAS yang sanggup berbalah sesama sendiri dan juga dengan jiran tetangga akibat manifesto lalu yang turut dijanjikan pemberian tanah dan rumah kepada rakyat.
 Ada yang sanggup bertetak dan berparang kerana telah menceroboh tanah yang sudah dimiliki orang lain, perkara ini boleh dirujuk dengan pejabat tanah setiap daerah.
Dan dalam masa yang sama juga, status pemberian tanah lot kepada generasi ke 2 felda di Kertah zaman pemerintahan PAS sehingga kini tidak selesai kerana ianya telah menjadi kes di MAHKAMAH.
Dikatakan 1,080 peserta yang melibatkan hampir RM1.4 juta wang genarasi ke 2 yang terlibat berkaitan pembahagian tanah tersebut dan sekarang wang untuk pemprosesan berkenaan turut sama terkubur dengan janji-janji manis PAS ketika itu.
ADAKAH RAKYAT MAHU DITIPU LAGI????
 3    – Menganjurkan karnival perkahwinan kali pertama kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga di setiap Dun.
Penjelasan :
Kerajaan Negeri Terengganu yang diamanahkan rakyat ketika ini sudah pun melaksanakan karnival perkahwinan sepertimana yang diberikan peranannya kepada Yayasan Pembangunan  Keluarga Terengganu  (YPKT) dan ianya diteruskan tahun 2017 ini serta termaktud dalam bajet tahunan kerajaan umno dan bn terengganu.
KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu telah pun melaksanakan program perkahwinan perdana secara percuma kepada pasangan pengantin kali pertama seperti mana yang tahun 2016.
 Sebanyak  216 pasangan yang berjaya mengikut terma dan syarat ditetapkan pihak kerajaan BN menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang melibatkan keseluruhan daerah.
 Bagi daerah Dungun(25 orang), Hulu Terengganu (21), Kuala Terengganu (33), Kemaman (26), Marang (29), Setiu (22), Kuala Nerus (37) dan Besut (23).
 Menurut Pengarah YPKT Mohd Shafaruddin Mustaffa, kerajaan akan terus melaksanakan program tersebut bagi tahun 2017 dan akan dibuka pendaftaran tidak lama lagi.
 YPKT terus diberi peranaan untuk menjayakan program tersebut dan ianya juga dapat membantu pasangan yang berpendapatan rendah diseluruh negara.
4    – Memberi bantuan bayaran caj wad kelas 3 secara percuma di semua hospital kerajaan
Penjelasan :
Bagi caj rawatan yang dikatakan dan dikenakan bayaran kepada pesakit kelas pertama sahaja dan kelas kedua mendapat 90% subsidi kerajaan.
Manakala bagi kelas 3, kerajaan umno bn telah mengumumkan sejak 60 tahun lalu bahawa senya caj kelas ini adalah subsidi kerajaan sepnuhnya apabila menerima rawatan dimana-mana hospital dan klinik kerajaan.
5    – Memperuntukkan RM300 untuk pemuda dan pemudi mendapatkan lesen motosikal
Penjelasan :
Melalui program BL1M yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri umno dan bn telah melaksanakan 2012 lagi yang mana memberi manfaat kepada warga emas, warga miskin, oku dan juga golongan belia yang tidak mempunyai kemampuan serta para pelajar sekolah yang cukup syaratnya.
BAGAIMANA MANIFESTO AWAL YANG DIUMUMKAN ITU DIIBARATKAN MENIRU APA SAHAJA UMNOBN LAKUKAN ?
APABILA DILIHAT KEMBALI DENGAN MANIFESTO AWAL ITU IANYA JELAS PAS TERENGGANU SUDAH TIDAK MEMPUNYAI IDEA UNTUK TERUS MANABUR JANJI-JANJI MANIS KEPADA RAKYAT MENJELANG PRU 14 NANTI.
 SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999 - 2004

NAJIB Menang Lagi

$
0
0

Nanyang Siang Pau, Editorial, Feb 28, 2017

Arab Saudi adalah tanah emas hitam. Ia menjadi sebuah negara terkaya Timur Tengah kerana mempunyai rizab minyak yang kaya. Ia diiktiraf di seluruh dunia sebagai “dewa nasib”.

Dan kini “dewa nasib” telah datang ke negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Najib.

Pada hari Ahad, Raja Arab Saudi, Raja Salman tiba di Kuala Lumpur selama empat hari untuk lawatan rasmi, beliau mengetuai delegasi lebih 600 orang. Delegasi Arab Saudi di sambut oleh sejumlah besar 100 buah kereta dan majlis sambutan itu sangat jarang dilihat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan Raja Salman dengan menggunakan protocol diplomatic antarabangsa yang tertinggi.

Rombongan ini terdiri daripada ahli-ahli kerabat diraja dan juga merupakan kali pertama jelajah Raja Salman ke Asia Tenggara sejak pertabalan beliau dalam tahun 2015. Ini bermaksud memberi banyak peluang kepada Malaysia. Jika kita menganalisis dari sudut yang lain, ia juga mencerminkan pengaruh Najib di negara Arab.


Najib, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah terikat dengan 1MDB dan isu “RM2.6 bilion sumbangan politik oleh seorang putera Arab”. Parti-parti pembangkang dan agensi tertentu telah menyerang beliau mengenai isu-isu ini.


Dan sekarang hakikatnya jelas bahawa Arab Saudi yang dikaitkan dengan dua isu ini tidak mengelak untuk bertemu Najib malah Raja Saudi sendiri mengetuai delegasi besar melakukan lawatan rasmi ke Malaysia ketika isu sensitif ini masih panas.

Dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa Raja Salman memberi sokongan kepada kepimpinan Najib. Tambahan pula, semua pihak memberi tumpuan sama ada isu-isu ini akan disentuh dalam perbincangan mereka semasa lawatan Raja Salman atau tidak, kerana isu ini adalah titik tumpuan utama masyarakat.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini berusia 91 tahun tidak menghalang penghinaan semasa lawatan Raja Salman malahan beliau juga bertanyakan Najib tentang apa lagi yang beliau cuba jual.


Pada malam Ahad, jamuan rasmi yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana, seorang lagi bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi telah dijemput untuk hadir. Bernama tidak menyebut Mahathir hadir.


Apapun, Raja Salman telah membawa masuk pelaburan besar-besaran, termasuk AS $ 7 bilion (kira-kira RM31.1 bilion) pelaburan dalam kilang penapisan minyak di bawah perjanjian antara Petronas dan Aramco untuk projek bersepadu Rapid di Pengerang, Johor.

Ini merupakan satu lagi pencapaian ekonomi yang besar oleh Najib setelah mendapat RM140 bilion pelaburan pada lawatannya ke China baru-baru ini. Beliau telah memenangi satu lagi pusingan, politik dan diplomatik.

Diterjemah oleh : MOF Comm

KENALI PAS YANG SEBENAR YANG MENJULANG ISLAM DITEMPAT TERTINGGI

$
0
0
KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU
MUKADDIMAH :

Sudah dua tahun Pas mentadbir Terengganu. Dalam masa dua tahun, pelbagai kezaliman berlaku. Di mana-mana sahaja, bumi Darul ]man dicemari dengan kuku besi' Pas. Rakyat semakin berpecah belah. Hidup rakyat menjadi tidak menentu. Pembangunan terabai. Dan agama semakin tercemar. 

Kenapa kejadian seumpama ini berlaku? lniIah akibat daripada pemerintahan yang tidak adil. Hawa nafsu dijadikan landasan pemerintahan. Apatah lagi didorong oleh politik sempit Pas.

Secara tepat, rakyat mula menyesal. Ingatkan pemerintahan Pas baik. Kononnya Islam dijadikan landasan oleh Pas. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah parah. Pemerintahan Pas mula berat sebelah. Kezaliman berlaku di mana-mana. Setiap rakyat mula gelisah. Apatah lagi rakyat yang menyokong UMNO. 

Hidup mereka tak ubah seperti merempat di bumi sendiri.Tersiksa jiwa mengenangkan pemerintahan Pas. Air mata rakyat menjadi saksi. Penyesalan rakyat menjadi bukti. Golongan tua terabal. Wanita semakin tertekan. 

Kanak kanak turut menjadi korban. Golongan belia tiada haluan. Kakitangan kerajaan dicengkam penderitaan. Rakyat awam terkapai-kapai kelemasan. Bak kata pepatah, semakin tiada haluan.

Bilakah penderitaan ini akan berakhir? Selagi tiada pilihanraya, rakyat akan terus menderita. Penyesalan rakyat tidak akan berkesudahan. Tetapi rakyat akur dengan kesilapan mereka. Penyesalan ini akan terbalas bila tiba hari pengundian.
Apakah kezaliman yang dilakukan oleh Pas? Tentu banyak sekali. Paling jelas ialah soal pemecatan imam dan perebutan kuasa di masjid. 

Pas mahu menjadikan masjid sebagai tempat memperkukuhkan pengaruhnya. Pas sanggup menggunakan apa saja. Kuasa mesti terus berada di tangan mereka. Walaupun terpaksa mengorbankan agama yang maha suci?

Akibat daripada itu, masjid menjadi korban. Sekaligus agama semakin tercemar. Islam dijadikan senjata untuk menikam sesama Islam. 

lnilah hakikat hidup di Terengganu. Bumi yang bertuah kerana digelar Serambi Madinah. Tetapi akhirnya terkorban kerana dek mainan kotor politik Pas. Rakyat mengalirkan airmata dengan tindakan zalim Pas.

lnilah akibatnya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak. Islam sudahpun memberi peringatan. Kata kitab suci al-Quran, tunggulah masanya bila negeri diserahkan kepada yang tidak berhak.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bertindak zalim terhadap bangunan Tadika Kemas. Sebab Kemas dimiliki oleh Kerajaan Pusat. Bangunan Kemas ditutup, pintu pagar dikunci dengan rantai besi. Kanak kanak dan guru Kemas dihalau keluar. Jangan duduk di bangunan Kemas. Sebab bangunan ini berada di atas tanah Kerajaan Pas. 

Amboi, begitu sekali kuasa JSR. Kuasa JSR melampaui batasan. Umpama si kudung mendapat cincin. Umpama beruk mendapat bunga. lnilah kuasa JSR di Terengganu. Walau bagaimanapun, UMNO tetap bersabar. Kezaliman tidak boleh dibalas dengan tindakan yang sama. Kata Islam, kesabaran akan membawa kejayaan. Tetapi sampai bila? Sabar juga ada hadnya.

Dalam masa bersabar, JSR meneruskan tindakan zalim mereka. Tanah milik rakyat yang menyokong UMNO dirampas. Rumah yang diduduki secara haram, diroboh. Bangunan UMNO diceroboh. Sebaliknya, rumah orang Pas yang menduduki status tanah yang sama, dibenarkan. IniIah ketidakadilan Pas. Politik yang bersifat berat sebelah. Politik yang tidak ada peri kemanusiaan.

Mungkin tindakan JSR ini direstui oleh pemimpin Pas. Sebabnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah melarang. Pemimpin Pas lain tidak pernah menasihat JSR. Akibatnya, jadilah JSR Sebagai 'beraja di mata, bersultan di hati'. Tindakan JSR makin menggila. Mereka bersifat ala samseng. Sifat tolak asur, lemah lembut dan sopan santun tidak ada lagi dalam diri mereka.

lnilah corak politik Pas Terengganu. Politik yang penuh dengan kezaliman. Penuh dengan tekanan. Dan sarat dengan pelbagai ketidakadilan. Tangan tangan Pas mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Doa orang yang dizalimi tiada hijabnya. lnilah janji Allah kepada umatNya. Paling penting, semua ini (termasuk sebesar zarah) akan disoal di akhirat kelak. Ingatlah wahai pemimpin Pas!

KEDAI KOPI JADI MANGSA

Pilu sungguh hati seorang tua. Mat Amin Salleh yang membina kedai di tepi jalan Bukit Payung telah menerima akibat rakus pemerintahan Pas. 

Pejabat Tanah Marang telah menggunakan jentolak bagi merobohkan kedai kopinya. 

"Tidak ada ganti rugi untuk pakcik. Paling sedih sebab sudah 50 tahun berniaga di kedai kopi itu. Memang saya bersalah sebab buat kedai di atas tanah kerajaan, tapi berilah sedikit imbuhan," jelasnya. 

Paling terkilan, kedai menjual buah buahan berhampiran tidak pula dirobohkan. lnilah nasib buruk yang melanda Pakcik Mat Amin. Nasib malang yang ditanggung rakyat setelah berada di bawah pemerintahan Pas.


KANAK-KANAK JADI MANGSA PAS


Bila mahu bertindak zalim, Pas tak kira siapa. Walaupun kanak kanak, Pas terus bertindak. 

Bagi Pas, tak ada gunanya 'menyimpan' baka UMNO. Seolah-olah orang UMNO tidak seagama dengan mereka. 

Akibat dari tindakan jahat tersebut, kanak- kanak pra sekolah terpaksa berpindah. 

Patutkah kanak kanak menjadi mangsa? Tetapi inilah corak dendam Pas yang terlalu kuat. Dendam Pas yang tidak akan berkesudahan.

RAKYAT MISKIN JADI MANGSA

Sudah 23 tahun rakyat miskin ini menduduki tanah jirat cina di Kampung titian Lembut. 

Mereka merupakan penyokong UMNO. Setelah mendapat notis, mereka membuat rayuan. Tapi tidak dilayan oleh pejabat tanah. Rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan. 

50 kakitangan pejabat tanah merobohkan rumah tersebut. Kenangan 23 Kuala Terengganu tahun hancur berkecai. Di mana mereka hendak mengadu? Beginilah jadinya bila berada di bawah pemerintahan Pas. Tidak adakah tolak ansur menurut Islam?

RAKYAT MISKIN KENA ZALIM

Sebaik sahaja Pas memerintah Negeri Terengganu, perkara pertama, mereka menzalimi rakyat miskin. 

Rakyat miskin yang dikenalpasti sebagai penyokong UMNO akan ditindas. Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dipotong. Nama mereka tidak diperlukan. Kerajaan Pas memberi pelbagai alasan untuk memotong bantuan tersebut.

Walaupun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada anak penerima datang ke pejabat kebajikan dengan menaiki Mercedes, tetapi itu adalah cerita basi. Pas ingin menutup kezaliman mereka. 

Tak rnungkin semua penerima bantuan kebajikan itu terdiri daripada anak yang rnempunyai kereta Mercedes. Ada juga yang benar benar miskin tetapi dinafikan hak mereka kerana parti.Berikut adalah di antara golongan rakyat miskin yang dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pas.

TERIMA PADAH DARIPADA KERAJAAN PAS

Walaupun hampir bersara, Zakaria Jusoh terpaksa menerima akibat buruk. Kerajaan Pas yang mendakwa ingin mentadbir secara Islam, tetap tidak mahu bertolak ansur. Usia persaraan tidak menjanjikan kebahagian bagi Zakaria. Ini kerana rumahnya yang dibuat di atas tanah kerajaan terpaksa dirobohkan.

Zakaria hanya bekerja sebagai tukang kebun. Beliau mahukan sebuah rumah sebagai tempat berteduh. Tambahan lagi semasa usia pencen. Malangnya, rumah yang dibuat secara berdikit-dikit itu terpaksa dirobohkan atas arahan Pejabat Tanah Besut.

 Inilah corak Kerajaan Pas yang berjanji mahu membela rakyat. Janji hanya tinggal janji. Yang ada hanyalah pembohongan sahaja.

PAS BINA BERAPA MASJID DI TERENGGANU

Sudah dua tahun Pas mentadbir         pemimpin Pas. Cakap Islam berdegar degar. Rakyat boleh dengar pelbagai fatwa baru dari Pas. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh Pas. 

Cuma rakyat nak tanya Pas: Berapa buah masjid yang Pas bina di Terengganu? Yang rakyat dapat tahu, ada sebuah masjid Pas yang dinamakan masjid cermin di Kampung Nyiur, Paka (Dungun). Masjid ini masih tidak berdinding walaupun Pas sudah mentadbir Terengganu.

 Bila Adun UMNO, Datuk Abu Bakar Ali sebut dalam sidang dewan, barulah Pas ambil cakna. Nak tunggu wakil rakyat UMNO sebut dalam dewan, baru PAS buat kerja. Kalau begini, teruklah pemimpin PAS! Konon berjuang      untuk Islam, tapi rumah Allah bagaimana?

KEBUN PAK HASAN DIMUSNAH PAS

Semasa zaman Barisan Nasional dulu, kebunnya tidak diganggu gugat. 15 penduduk terlibat dalam penerokaan tanah kerajaan di Kampung Alor Serdang. Tanaman yang ditanam adalah duku, cempedak, rambutan dan petai. 

Akhirnya, peneroka tanah haram ini terpaksa menerima akibat buruk sebaik sahaja Pas mentadbir negeri. lsilah borang permohonan apapun, Pas tak peduli. Tindakan memusnahkan kebun ini berdasarkan politik balas dendam. 

Paling sedih kerana tanaman baru saja mengeluarkan hasil. Pas tak kira itu semua. Tanpa sokongan kepada Pas, tunggulah akibat buruknya!

PAS MUSNAHKAN KEBUN KELAPA SAWIT

Tanpa sebarang notis, Kerajaan Pas melalui Pejabat Tanah Marang telah memusnahkan kebun kelapa sawit rakyat. 

Tanah ini diusahakan oleh 30 peserta. Pelbagai tanaman ada seperti kelapa sawit, duku, cempedak dan sayur-sayuran. 

Sudah 20 tahun mengusahakan kebun ini, tetapi akhirnya berkecai dek tindakan Pas yang zalim itu. Lebih malang lagi, tiada notis rasmi diberikan. 

Nak berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi pun, tak boleh. Inikah corak Kerajaan Islam pimpinan Pas? Nampaknya, rakyat akan terus menderita.

PAS KORBAN TIANG DI TELUK IBAI

Bila berjaya memerintah Terengganu, macam macam Pas nak buat. Tapi malangnya, satupun tak jadi. Bila buang replika penyu, janji nak buat lampu isyarat, sampai sekarang tak jadi. 

Bila tiba Hari Raya Haji (Korban), nak buat Korban Perdana. Kononnya nak kumpul 1,000 ekor lembu untuk sembelih korban. Haji Hadi selaku Menteri Besar Terengganu nak jadi imam sembahyang Hari Raya Korban di Taman Rekreasi Teluk lbai. 

Batang batang kayu dipacak untuk memudahkan sembelihan lembu.Pas ingat rakyat banyak sokong mereka. 

Tentu boleh korban 1,000 ekor lembu. Malangnya, majlis tersebut dibatalkan. Sebab cuma ada 70 ekor lembu saja. Sepatutnya Haji Hadi kena sedar pengaruh PAS makin merosot. 

Rakyat Terengganu tak suka PAS peralat agama. Agama tak boleh dijadikan ‘senjata’ untuk ‘berperang’ dengan UMNO. Pendek kata, apa saja program PAS di Terengganu menemui kegagalan. Haji Hadi malu besar dengan kegagalan Korban Perdana PAS.

PEJABAT UMNO DIZALIMI PAS

UMNO Cawangan Kampung Getang boleh diberi pujian. Cawangan ini ada bangunan sendiri. Mereka berusaha mengutip derma. Hasil kutipan, RM40,000.00 digunakan untuk buat bangunan. Bolehlah dijadikan tempat bertemu sesama ahli. Malangnya, beberapa bulan selepas dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. 

Datuk Wira Mohd Ali Rustam, bendera UMNO yang berkibar megah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Papan tanda turut dimusnahkan. Dengki sungguh parti lawan kepada UMNO. Apakah sifat ini akan tersemat di jiwa Pas? Jika beginilah keadaannya, kezaliman akan terus berlaku.

MESIN JAHIT KEMAS JADI MANGSA JSR


Tidak cukup menghalau kanak kanak Tadika Kemas, bengkel jahitan pula jadi mangsa JSR. Susah sungguh hidup di atas tanah yang dikuasai Kuala Terengganu oleh Kerajaan Pas. Penuh dengan pelbagai kezaliman. Tekanan wujud di kiri dan kanan. Perjalanan hidup penuh onak dan duri. Bengkel jahitan Kemas di Kelab Aya, Kampung Duyung telah menjadi mangsa.

Mesin jahit milik bengkel jahitan Kemas telah diikat dengan wayar. JSR mahu halau orang yang belajar di bengkel jahitan Kemas itu. Balairaya milik Kerajaan Pas tak boleh digunakan. Mesti pindah ke tempat lain. Tak cukup dengan halau, JSR menggunakan wayar besi untuk ikat mesin jahit itu. Sedih sungguh berada dalam negeri milik Pas.


PAS TERUS ZALIMI KANAK-KANAK
Tadika Kemas Lubuk Lesong, Kemaman telah menjadi mangsa kezaliman Pas. Tindakan ini adalah ekoran Kerajaan Pas yang mempunyai kuasa ke atas tanah milik negeri. Bila dapat kuasa, beginilah jadinya kepada Pas. Mereka sanggup menzalimi Kemas kerana dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Padahal, apa salah kanak kanak yang belajar di Tadika Kemas? Bukannya mengganggu Pas. Tapi Pas sememangnya mempunyai dendam yang terlalu lama.

Kini mereka sudahpun membalas dendam tersebut walaupun UMNO tidak pernah menindas Parti mereka sebelum ini.

JSR KUNCI PAGAR TADIKA

Tindakan ini boleh dianggap paling 'ganas'. Kanak kanak di Tadika Kemas Kampung Sura Hujung tak boleh masuk ke kelas. 

Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) telah mengunci pagar tadika itu. Tanpa sebarang tolak ansur, JSR bertindak sesuka hati. Maklumlah, JSR berkuasa besar. Direstui pula oleh pemimpin Pas.

Akhirnya kanak kanak tadika terpaksa mendaftar di kedal kopi. Kenapalah kanak kanak pula yang menjadi mangsa. Sebab itu, JSR dibenci rakyat.

Mereka bertindak sesuka hati. Seolah olah negeri tidak ditadbir oleh orang Islam. Sedikit masa lagi, tungguIah  gelaran Serambi Madinah akan hilang di Terengganu.

PAS KUTIP HASIL RIBA RM 126,300.00

Semasa jadi pembangkang dulu, Pas Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup kata Kerajaan UMNO toghut, zalim dan tidak Islamik. Kata mereka, kerajaan pimpinan UMNO tidak hapuskan wang nba. 

Pajak gadai konvensional dibenarkan. Lesen arak berleluasa. nombor ekor masih ada. Tapi bila Pas dapat tubuh kerajaan di ada beza apa-apa. 

Sebab ini memang dibenarkan Terengganu, pajak gadal masih dibenarkan. Sebuah ada di Kemaman, di Dungun dan Hulu Terengganu. Kesemuanya menjadikan lima buah kedai pajak gadai cara nba. Kedai jual arak juga masih ada.          

Di Kuala Terengganu, itu menghasilkan lesen premis berjumlah RM84,000.00.

Di Hulu Terengganu, Pàs dapat kutip wang nba berjumlah RM5,500.00. di Kemaman dapat RM28000.00 dan Dungun pula sebanyak RM8,800.00 Kesemua jumlahnya RM126,300.00. 

Kesemua lesen premis mi diluluskan di bawah Kerajaan Pas melalui Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup lumayan Pas kutip wang tersebut.   
     
Apakah bezanya kutipan lesen premis di zaman Kerajaan UMNO dengan Kerajaan Pas sekarang? Kalau Pas kata dia buat akaun berasingan, Kerajaan UMNO dulupun, sama juga. Tak ada beza apa-apa. 

Sebab ini memang dibenarkan dalam Islam. Kerajaan UMNO juga ikut kehendak agama. Jangan ingat PAS saja pandai agama. Kenapa PAS tak hapuskan kedai pajak gadai tersebut? Inilah yang dikatakan konsep Islam ala PAS. Bila dengar dapt kutip wang, mata pemimpin PAS mula ‘kelabu’. 

Pemimpin PAS meletakkan hukum haram kepada UMNO saja.

Bila PAS tadbir negeri, semuanya jadi halal sebab dapat kutip duit. Inilah corak Membangun Menurut Islam ala PAS. Sebab itulah kerajaan PAS boleh disahkan sebagai zalim. Zalim kepada rakyat. PAS juga zalim kepada penyokongnya sendiri.

PAS TAKUT PADA BENDERA UMNO

 Nampaknya, JSR miik Pas sudah tidak ada kerja lagi. Kerja mereka hanya menzalimi orang UMNO. 

Bukan setakat orang UMNO jadi mangsa, bendera UMNO juga menerima akibatnya. Pas cukup takut dengan bendera UMNO. 

Bila bendera UMNO berkibar, JSR makin gementar. Maklumlah, pengaruh mereka semakin kurang dan UMNUO semakin berkembang maju.

Akhirnya mereka mengambil tindakan melampaui batasan - bendera UMNO dirosakkan. Tindakan dilakukan secara terang terangan. Inilah kezaliman yang ditunjukkan oleh Pas. Yang pastinya, Pas takut pada bendera UMNO.

PAS TINDAS PENYOKONG SENDIRI

Pepatah 'berani kerana benar', telah membawa padah buruk. Mahmud Mamat dan Kampung Anak Ikan, Setiu menerima akibat. Kebunnya yang seluas suku ekar menjadi sasaran Pas. Mahmud yang dikenali sebagai Pak Mud dizalimi oleh Pas kerana semata-mata ingin menegakkan kebenaran. 

BeIiau ingin memperbetuikan pentadbiran Pas. Tapi tanaman kontangnya di atas tanah kerajaan teIah dijadikan sasaran Pas. Walaupun permohonan untuk menanam telah dibuat , Pas tidak menghiraukannya. Permohonan ditolak tanpa alasan. Pak Mud berjuang dalam Pas lebih 30 tahun. 

Semasa Terengganu ditadbir oleh Barisan Nasional, kebunnya tidak pernah dikacau. Sudah dua tahun Pak Mud mengusahakan kebun itu. Kini segala-galanya telah musnah 200 pokok cili dan 1 000 tanaman timun musnah dalam sekelip mata. Kerugian ditaksirkan RM5,000.00. Inilah kekejaman Pas terhadap penyokong sendiri. Jenis apakah perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas? Nampaknya kezaliman Pas berleluasa di mana mana tanpa sekatan  
    .
KENA ZALIM DI KUBU PAS

Ustaz Yong Abdullah sudah lebih 30 tahun menduduki tanah ini. Beliau yang dikenali sebagai Pak Su Yong, menanam ubi, pisang, Iengkuas dan tebu. Walaupun sudah lama menduduki tanah tanpa geran ini, tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kebun Pok Su Yong dimusnahkan oleh jentolak. 

Tidak ada perikemanusiaan langsung. Inilah akibatnya bila Terengganu berada di bawah Pas. Tambahan lagi, Kampung Pengkalan Arang berhampiran dengan Kampung Batu Enam. Kampung ini merupakan kubu kuat Pas yang diketuai oleh Awang Bakar. 

Awang Bakar dikenali sebagai ‘tukul besi' Pas. Penduduk yang menyokong Pas di Kampung ini seringkali 'bersuku sakat' dalam segala kerja. 

Orang Pas dengan Pasnya. Manakala orang UMNO semakin jauh dengan pelbagai fatwa Awang Bakar.

PAS JADI PARTI HASAD DENGKI

Di sana sini, UMNO kena tindas di Terengganu. Pasang benderapun, menjadi kesalahan bagi Pas. Habis bendera UMNO kena tebas. 

Ada juga yang kena cincang dan dibuang ke sungai. Peristiwa hitam berlaku kepada bendera UMNO yang dinaikkan di Kampung Jejawi, Permaisuri. Pas cemburu melihat kibaran bendera UMNO. Akhirnya Pas menggunakan penguatkuasa Majiis Daerah Setiu untuk membuang bendera UMNO. 

Pas cukup dengki dengan kibaran bendera UMNO. Seolah-olah bendera UMNO boleh menjadi hantu kepada Pas. Habis 20 batang bendera UMNO yang berkibar telah dibuang. 

Kalau Pas buang kerana mengganggu lalu lintas, tentu tidak benar. Ini kerana bendera UMNO dipasang jauh dari kawasan laluan awam. Yang hairannya, bendera Pas tidak pula dibuang. Inilah yang dikatakan Islam penipu dalam Pas.

GUNA HARTA RAKYAT UNTUK PERIBADI

Bila dapat tubuh kerajaan, setiap Exco Pas dapat kereta. Kereta itu bertujuan untuk melawat rakyat. Kerja untuk rakyat. 

Pemimpin Pas cuma pandai bercerita soal perjuangan Islam. Pemimpin Islam sejati sanggup padam lampu bila bercakap soal peribadi. Tapi Pas tak ikut Islam.

Cakap saja pandai. Buatnya jauh sekali. Sebab itulah - Exco Pas, Tun SalIeh Abas guna kereta kerajaan pergi ke kebunnya. Bercakap soal undang-undang bijak, tapi harta rakyat disalahgunakan. Sudah banyak kali rakyat buat aduan tentang perkara ini. Tun SaIleh pergi ke kebunnya guna kereta TT 3. Akhirnya sempat juga gambar diambil. Kalau tak ambil gambar, tentu Pas kata Al-Haq penipu. Tapi kini mereka senyap saja sebab memang mereka salah. 

Macam mana Tun Salleh boleh di beri Jawatan Exco Hisbah,sedangkan dirinya sendiri tak betul dalam mengendalikan harta rakyat? Sebenarnya dia kena Hisbah dirinya terlebih dahulu sebelum melakukan hisbah terhadap diri orang lain. Ada juga rakyat ternampak TT 3 digunakan untuk membawa anak pokok buabuahan ke kebunnya. Apakah ini tugas rasminya sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Hisbah?

SURAU JADI TEMPAT TERNAK AYAM

Paling zalim - dalam banyak banyak kezaliman Pas, ternak ayam dalam surau paling zalim. Ini berlaku di Kampung  Tok Por, Sungai Ikan. Pas minta derma. Kemudian beli tanah untuk bina surau dan bangunan sekolah agama. Kononnya mahu mendidik agama kepada rakyat.

Malangnya, setelah hampir siap, bangunan itu tidak digunakan lagi. Kitab suci al-Quran bersepah di merata tempat. Surau dijadikan tempat menternak 4,000 ekor ayam. Kitab agama bertaburan di sana sini. Peralatan belajar seperti meja, kerusi dan almari dibuang begitu saja. 

Beginilah jadinya bila Pas diberi kuasa di Terengganu. Mereka bukan menjadikan agama sebagai landasan untuk memerintah Terengganu. Tapi menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai kuda tunggangan. Kalau Pas benar benar ingin memakmurkan Islam, bagaimana kejadian seburuk ini boleh berlaku? Salah seorang Exco Kerajaan Pas boleh menjawab persoalan ini.

RAKYAT DIZALIMI AMANAT HAJI HADI

Sehingga kini, banyak masjid di Terengganu berkecamuk. Ada orang Haji Mohd Nor Ismail dan Pas yang berebut ingin menjadi imam. Pada Pas, Amanat Haji Hadi mesti dipatuhi. Orang UMNO tidak boleh jadi imam masjid. 

OIeh itu, jawatan tersebut mesti dirampas dari mereka. Setelah Pas berjaya menawan Terengganu, pelbagai helah dilakukan oleh parti itu. Mereka mahu menguasai masjid. Amanat Haji Hadi telah menjadi faktor utama sehingga rakyat berpecah belah. 

Amanat Haji Hadi telah menjahanamkan kehidupan rakyat yang harmoni. Di kebanyakan masjid, berlaku perebutan untuk menjadi imam. Imam UMNO yang cukup umur dibersarakan. Dilantik imam baru yang pro Pas. Akhirnya, penduduk tidak oleh terima. Berlakulah pemulauan sembahyang Jumaat dan sebagainya. 

Rakyat telah dizalimi oleh Amanat Haji Hadi. Kita ikuti pengakuan benar penyokong Pas tentang Amanat Haji Hadi.

PREMIUM TANAH NAIK 700%

Kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Pas memang pelik. Mereka mahu membebankan rakyat dengan pelbagai kerja zalim. Mereka bagaikan broker tanah. Pas 'berniaga' tanah kepada rakyat. 

Mereka tidak ada duit, sebab itu mereka sanggup naikkan premium tanah kepada rakyat sehingga 700 peratus. lni boleh disahkan sebagai menzalimi rakyat untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Semasa Kerajaan Barisan Nasional dulu, premium tanah untuk lot rumah kosong ialah sekitar RM1 200 (satu lot). 

Tapi bila Kerajaan Pas tadbir negeri, premium tersebut meningkat kepada angka RM6,000.00 hingga RM7,800.00. Tanah lot rumah ini adalah untuk rakyat miskin. Mereka tidak ada tanah. 

Jadi, tidak sepatutnya Kerajaan Pas menzalimi mereka. Tambahan lagi, Kerajaan Pas hanya ‘cuci tangan' sahaja dengan menjual kawasan lot rumah yang telah disediakan oleh Kerajaan BN dulu.

KERAJAAN PAS ZALIMI KAWASAN HUTAN SIMPAN

Masuk tahun kedua pemerintahan Pas, pelbagai peristiwa zalim telah berlaku. Hampir setahun pemerintahannya, iaitu pada 15 November 2000, Kerajaan Pas telah meluluskan 10,000 ekar kawasan balak di Hulu Dungun kepada kroninya. Paling menyedihkan, kawasan balak ini telah digazetkan sebagai          Hutan Simpan Kekal. 

Kawasan Hutan Simpan Kekal ini telah diberikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai North East Plantation Sdn Bhd (NEP). Salah seorang orang kuat Pas yang menjadi lembaga pengarah NEP         ialah Datuk Hishamuddin Yahya. Datuk Hishamuddin juga adalah Pengarah Urusan Harakah.

Daripada seorang pengusaha surat khabar, Datuk Hishamuddin juga mampu mengendalikan            kawasan hutan     seluas 10,000 ekar di Dungun? Aneh dan pelik sekali kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Terengganu. Paling pelik kerana kawasan mi disahkan tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Jabatan Pertanian Terengganu membuat pengesahan itu kerana kecerunannya.


NEP yang diketuai oleh Datuk Hishamuddin juga        dijangka akan memelihara ternakan tetapi disahkan juga tidak sesuai oleh Jabatan Haiwan Terengganu. Tapi Kerajaan Pas tak ambil kira itu semua. Yang penting, kawasan tersebut mesti diberi kepada kroninya. Dan ini, keputusannya sudah dibuat untuk diberikan kepada NEP. 

Paling menyedihkan kerana Terengganu akant erdedah kepada banjir bila kawasan ini mula diterokai. Pas secara jelas telah gagal menunaikan janjinya meIaIui manifesto Pas iaitu melalui Fasa 11.1 yang menyatakan: "Kerajaan Pas akan mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan mempastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara". Di mana janji manifesto Pas itu?

RM 260 JUTA UNTUK KERAJAAN PAS MELALUI TENDER TERTUTUP

Hutan Simpan Tembat dan Petuang di Hulu Terengganu telahpun dijual secara tender tertutup oleh Kerajaan Pas. Jumlahnya adaah seluas 41,000 ekar clan dijual dengan harga RM260 juta. Lima syarikat yang dikenalpasti oleh Kerajaan Pas untuk membeli kawasan balak tersebut. 

Tetapi hampir kesemuanya tidak upaya untuk membuat pembelian tersebut kerana terma bayaran yang begitu besar. Pembeli dikehendaki membayar dengan tiga kali bayaran. Bayaran pertama dua peratus iaitu sebanyak RM5.2 juta; Kedua, RM80.6 juta dan ketiga RM1 74.2 juta. 

Sudah acapkali pembelian kawasan itu bertukar tangan. Akhirnya Kerajaan Pas menerima sebuah syarikat yang dikenali sebagai SKPPJ yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Malangnya, syarikat ini sudah tidak beroperasi lagi dan pejabatnya ditutup. Talian telefon telah dipotong tetapi Kerajaan Pas menyatakan syarikat ini berupaya untuk mengendalikan pembalakan di kawasan yang begitu luas. Atas alasan apakah Kerajaan Pas menjual kawasan balak ini kepada syarikat ini?

ANTARA MASJID YANG DIZALIMI KERAJAAN PAS DALAM PARLIMEN MARANG (DIWAKILI HAJI HADI)

MASJID PADANG MIDIN

Sudah berkali-kali PAS melalui Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mencuba untuk menguasai masjid Padang Midin. Sehinggakan rakyat menjadi gelisah. Penduduk kampung tersebut mula sedar tentang gelagat PAS yang zalim. PAS umpama berja di mata, bersultan di hati. Melalui JSR, PAS telah cuba mencadangkan nama jawatankuasa masjid yang baru. 

Cadangan jawatankuasa baru itu disokong sepenuhnya oleh Adun PAS, Yahya Ali. Tindakan mereka secara jelas untuk menzalimi rumah Allah. Apakah dosa yang dilakukan oleh jawatankuasa masid yang sedia ada? Sebab utamanya ialah pengerusi masjid, Datuk Wan Jaafar adalah orang yang pro kepada UMNO. 

Nasib baiklah tindakan zalim pAS itu berjaya dikesan oleh Jawatankuasa Padang Midin. Mereka telah bertindak dengan mengistiharkan masjid tersebut bebas dari kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

MASJID PULAU MANIS, SERADA

Di masjid inilah berlaku pertengkaran mulut antara Timbalan JSR dengan wakil penduduk berhubung dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa masjid yang baru. Keadaan menjadi hangat tetapi akhirnya reda.

MASJID BANGGOL KATONG

Masjid ini telah menjadi ‘huru-hara’ bila dizalimi PAS. JSR cuba mengistiharkan jawatankuasa masjid uang baru. Tapi dibantah oleh penduduk kampung. Sampai sekarang, JSR masih belum berjaya mengumumkan nama jawatankuasa yang baru. Tapi sampai bila keadaan ini akan aman? Cakap saja Islam tapi tindak tanduk macam orang yang bukan Islam.

MASJID BELADAU SELAT

Dengan sebulat suara, penduduk kampung ini mahukan agar jawatankuasa lama dikekalkan. Mereka menentang sekeras kerasnya tindakan JSR yang mahu jawatankuasa itu ditukarkan kepada yang baru. 

Pada pendapat penduduk kampung, jawatankuasa lama tidak ada cacat celanya. Kenapa mahu ditukarkan? Tapi memang kerja Pas bila dapat kuasa, mereka akan pastikan masjid berada di bawah telunjuk mereka. Mereka tak kira siapa. Yang penting, rumah Allah menjadi alat untuk Pas memperkuatkan pengaruhnya.

MASJID KAMPUNG BARU, SERADA

Di masjid ini, Pas melalui JSRnya telah berjaya memecat hampir keseluruhan jawatankuasa lama. Mereka bagaikan 'singa lapar' menerkam mangsa. Akhirnya jawatankuasa lama terbuang dan digantikan dengan jawatankuasa baru yang pro Pas. Mudahlah bagi Pas membaca khutbah untuk kepentingan parti mereka.

MASJID BANDAR MARANG

Ini adalah Bilal Masjid Bandar Marang, Abu Bakar Mohamad yang menunjukkan salman laporan polis yang dibuatnya berhubung dengan tindak tanduk imam masjid tersebut yang membelakangkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Nampaknya kebanyakan masjid di Terengganu telah cuba diganggu gugat oleh Pas. Mereka menggunakan JSR untuk menjayakan hasrat bagi menawan rumah Allah.

KEZALIMAN PAS TERHADAP RUMAH ALLAH

PAS GANGGU MASJID KELOLAAN ISTANA

Masjid Ikhlas di Kampung Buluh Gading Manir ini berada di bawah kelolaan istana. Ianya dibina oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah. Pengerusi masjid ini Datuk Wan Jaafar Sulaiman. Untuk melebarkan pengaruh politiknya, PAS telah menggunakan segala saluran yang ada. 

Mereka cuba untuk menukarkan jawatankuasa masjid yang sedia ada dengan orang-orang yang pro PAS. Mereka tidak sedar bahawa masjid ini adalah kelolaan istana. PAS tidak kira, dengan istana pun mereka akan berbalah demi untuk menegakkan parti yang berpura-pura untuk menegakkan Islam.

MPKT MENGAMUK KERANA PAS

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke  Terengganu, bendera UMNO dinaikkan. Sepanjang jalan, bendera UMNO berkibar megah. Malangnya kibaran bendera UMNO telah menakutkan Exco Kerajaan Pas. Beliau meminta agar MajIis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) membuang bendera tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, kakitangan MPKT terpaksa mengamuk. Habis bendera UMNO dibuang. Tapi bendera Pas yang berada di tiang yang sama tidak pula dibuang. 

Kakitangan MPKT kata, Exco Pas takut dengan bendera UMNO. Bila bersalah, Exco Pas mula takut. Maklumlah, kerja untuk rakyat tak ada. Yang PAS boleh buat ialah buang bendera UMNO. Kakitangan MPKT tak salah. Yang hati busuk ialah pemimpin PAS.

MASJID UNTUK ORANG PAS SAHAJA

200 penduduk kampung kena halau dari masjid. Penduduk datang dari Kampung Tasik Tok Lebai, Gong Ubi Keling, Gong Berangan dan Tempinis. Mereka tak boleh berbuka di dalam masjid. Jadi kena hampar plastik dan tikar untuk berbuka di perkarangan masjd ini kerana JSR tak benar penduduk berbuat demikian. 

JSR halau sebab JKKK yang anjurkan majils berbuka puasa itu.     Walaupun JKK tak ada niat lain, tapi majlis itu tak dibenarkan. JSR bimbang dengan rakyat yang sokong UMNO. Sebelum apa-apa, lebih baik JSR halau. JSR sanggup berbuat apa saja sebab direstui oleh pemimpin Pas.         

  
JSR HALAU PENDUDUK BERBUKA PUASA

Kira-kira 150 rakyat di Kampung Durian Telor kecewa dengan JSR. Mereka dihalau begitu saja. JSR kata tak boleh buat majlis berbuka puasa di dalam masjid. Majlis anjuran JKKK ini diumumkan seminggu sebelum majlis berbuka dibuat. Jadi ramai yang bawa hidangan ke masjid. Sejam sebelum berbuka, JSR datang bawa makanan mereka. JSR halau rakyat yang bersama JKKK. Terpaksalah rakyat dan JKKK berpindah tempat berbuka di kelas al-Quran. Kalau beginilah sikap JSR, Islam semakin jauh. Kata pemimpin ' Pas untuk menjadikan Islam sebagai ad-din jauh panggang dari api. Pemimpin Pas termasuk Datuk Seri Abdul Hadi tak mungkin berani menengur JSR. Sebab JSR sudah jadi raja di kampung.

UMNO KENA ZALIM DI BUMI SENDIRI

Di Terengganu, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) paling berkuasa. Masuk saja kampung, JSR jadi raja. Apa yang mereka nak buat, mesti jadi. Apa yang mereka kata tak boleh buat, jangan buat. Mujurlah orang UMNO baik hati. Bersedia untuk bertolak ansur.

Di Masjid Kampung Bukit Tanah, JKKK yang ingin membuat majlis berbuka puasa dihalau begitu saja. JSR kata, tak boleh buat majils berbuka puasa di masjid. Masjid, JSR punya. Jadi, JKKK dan 250 penduduk yang menyertai majlis berbuka puasa terpaksa menghampar plastik dan tikar di tepi masjid. Orang UMNO tak boleh berbuka puasa di atas masjid. Beginilah akibatnya bila Pak Pandir jadi raja. Habis jadi rosak binasa. Negeri Jadi huru hara.

PAS SALAH GUNA MASJID

Bila Pas dapat kuasa di Terengganu, paling cepat mereka pecat JKKK. Tindakan zalim kedua ialah menukar imam dan AJK masjid. Pas mahu cari pengaruh melalui masjid. Bila dapat kuasai masjid, Pas guna khatibnya untuk berkhutbah. Khutbah memang memihak kepada Pas.

Bila Pas pecat imam, berlakulah perpecahan. Di Pengkalan Merbau, penduduk makin berpecah. Orang UMNO tak mahu terima imam Pas. Sebab imam Pas pernab kata orang UMNO kafir. Bila tiba sembahyang Jumaat, orang UMNO sembahyang zohor. Macam mana nak sembahyang dengan orang yang kata UMNO kafir? Pemimpin Pas ambil mudah saja soal imam masjid. Sebab itu mereka boleh pecat imam begitu saja. Kemudian ganti dengan imam Pas yang tak disokong oleh rakyat setempat. Agama boleh mereka peralat, inikan pula masjid.

KENAPA PAS TIPU RAKYAT

Hampir 400 orang peneroka Felda Neram 1, Kemaman berada dalam keadaan gelisah. Mereka ditipu oleh Kerajaan Pas. Pas cuba menggunakan taktik kotor untuk mendapat sokongan rakyat. Mereka beri geran 'palsu' kepada peneroka Felda Neram 1. Geran itu tidak ada pelan. Macam mana rakyat mahu tahu kawasan tanah milik mereka jika tidak ada pelan? Tapi Pegawal Daerah Kemaman kata, pelan akan dibuat kemudian. Adakah begitu caranya Kerajaan Pas melakukan kerja untuk rakyat?

Peneroka Felda Neram 1 juga dikehendaki hadir untuk ambil geran daripada Menteri Besar Terengganu di Dewan Orang Ramai, Felda Neram 1 pada 14 November 2001. Tapi malangnya, Menteri Besar Terengganu tidak hadir. Dia telah diberitahu bahawa peneroka akan boikot majlis tersebut kerana geran tak ada pelan. Wan Mutalib yang hadir sebagai 'Pak Sanggup'.

Kemudian, Pejabat Tanah hantar surat kepada peneroka berkenaan agar mengambil geran masing-masing dalam masa tiga bulan. Dalam mana mana negeri pun, tidak ada undang-undang seperti ini. Rakyat berhak mengambil geran itu bila bila masa sahaja yang mereka kehendaki. Tapi bila Kerajaan Pas memerintah Terengganu. Macam macam kerja pelik (di luar undang - undang) yang mereka lakukan.

TADIKA KEMAS DIZALIMI PAS

Ada kira-kira 15 orang murid di Tadika Ladang Jaya. Bermula awal 2002, Tadika terima surat supaya berpindah. Pihak ladang mahu buka tadika sendiri. Ladang ini dikuasai oleh Kerajaan Pas yang dinamakan Ladang TDM Plantation Sdn Bhd.
Tadika Kemas terpaksa berpindah ke rumah buruk. Tingkap cermin sudah tiada. Air dan elekirik juga tiada. Terpaksalah kanak kanak belajar dalam serba kepayahan. Malangnya, ada sembilan (9) orang saja di Tadika yang diuruskan oleh pihak Ladang TDM. Apa salahnya jika beri peluang kepada Tadika Kemas yang sedia ada? Tetapi inilah hakikatnya bila berada di bawah pemerintahan Pas.

PAS SINGKIR TADIKA LADANG BARI

Bila Pas          mentadbir negeri, segala-galanya mereka nak bolot. Pas telah menjadi manusia yang tamak haloba. Soal tadika juga dijadikan mangsa politik. Tadika Kemas Ladang Bari telah dipaksa berpindah. Sebab, pihak ladang yang dikuasai oleh Pas mahu buat tadika sendiri. Malangnya, bila Tadika Kemas sudah pindah, tidak ada pula tadika Pas. Sebab pihak peker ja ladang tak mahu anak mereka dihantar di tadika ladang. Tapi Pas tahu caranya. Pihak pekerja dipaksa menghantar anak mereka di            tadika milik Pas. Sehingga kini, Tadika Kemas berpindah ke rumah guru tanpa sebarang kemudahan. Sebaliknya bangunan tadika lama terbiar. Dendam Pas tetap membara. Kezaliman Pas terus         merata.         Beginilah jadinya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak.           

PAS PAKSA MURID BELAJAR DALAM SETOR

Kanak kanak di Tadika Kemas Wakaf Tengah terpaksa berpindah ke sebuah setor untuk belajar. Sebab pengurusan Tadika Kemas di sini masih belum memperolehi kawasan baru yang sesuai.
JSR kampung tersebut sudah menghantar notis agar berpindah, tapi masa yang diberi agak suntuk. Jadi, dalam masa pihak pengurusan ingin mencari tempat yang sesuai. JSR tak boleh sabar lagi. Mereka mengarahkan agar Tadika Kemas itu dipindahkan segera. Akhirnya kanak kanak Kemas dizalimi dan terpaksa belajar di setor untuk sementara waktu.

DI MANA WAKIL RAKYAT PAS?

Semasa nak bertanding, semua calon PAS berjanji mahu menjaga rakyat. Mereka mahu jaga golongan miskin.   Nak bantu Iebih daripada apa yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tapi bila berjaya menjadi wakil rakyat batang hidung pun tak nampak. Semuanya            banyak kerja. Kerja untuk kepentingan din, bukannya untuk jaga rakyat miskin.     Contoh terdekat, Adun Pas Kawasan Permaisuni, Ghazali Mohamad tidak pernah  menjejakkan kakinya di rumah rakyat miskin. Berikut adalah rintihan oleh rakyat miskin di kawasannya. 
           
                                   
                                   
                                   


41 Keratan Akhbar Dan Surat Rasmi Kerajaan Pas Terengganu 1999-2004


Senarai Kezaliman PAS Terengganu 1999-2004

$
0
0
KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

Sudah dua tahun Pas mentadbir Terengganu(ketika itu 2001). Dalam masa dua tahun, pelbagai kezaliman berlaku. Di mana-mana sahaja, bumi Darul ]man dicemari dengan kuku besi' Pas. Rakyat semakin berpecah belah. Hidup rakyat menjadi tidak menentu. Pembangunan terabai. Dan agama semakin tercemar. 

Kenapa kejadian seumpama ini berlaku? lniIah akibat daripada pemerintahan yang tidak adil. Hawa nafsu dijadikan landasan pemerintahan. Apatah lagi didorong oleh politik sempit Pas.
Secara tepat, rakyat mula menyesal. Ingatkan pemerintahan Pas baik. Kononnya Islam dijadikan landasan oleh Pas. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah parah. Pemerintahan Pas mula berat sebelah. Kezaliman berlaku di mana-mana. Setiap rakyat mula gelisah. Apatah lagi rakyat yang menyokong UMNO. Hidup mereka tak ubah seperti merempat di bumi sendiri.Tersiksa jiwa mengenangkan pemerintahan Pas. Air mata rakyat menjadi saksi. 

Penyesalan rakyat menjadi bukti. Golongan tua terabal. Wanita semakin tertekan. Kanak kanak turut menjadi korban. Golongan belia tiada haluan. Kakitangan kerajaan dicengkam penderitaan. Rakyat awam terkapai-kapai kelemasan. Bak kata pepatah, semakin tiada haluan.


Bilakah penderitaan ini akan berakhir? Selagi tiada pilihanraya, rakyat akan terus menderita. Penyesalan rakyat tidak akan berkesudahan. Tetapi rakyat akur dengan kesilapan mereka. Penyesalan ini akan terbalas bila tiba hari pengundian.

Apakah kezaliman yang dilakukan oleh Pas? Tentu banyak sekali. Paling jelas ialah soal pemecatan imam dan perebutan kuasa di masjid. 

Pas mahu menjadikan masjid sebagai tempat memperkukuhkan pengaruhnya. Pas sanggup menggunakan apa saja. Kuasa mesti terus berada di tangan mereka. Walaupun terpaksa mengorbankan agama yang maha suci?

Akibat daripada itu, masjid menjadi korban. Sekaligus agama semakin tercemar. Islam dijadikan senjata untuk menikam sesama Islam. lnilah hakikat hidup di Terengganu. Bumi yang bertuah kerana digelar Serambi Madinah. Tetapi akhirnya terkorban kerana dek mainan kotor politik Pas. Rakyat mengalirkan airmata dengan tindakan zalim Pas.

lnilah akibatnya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak. Islam sudahpun memberi peringatan. Kata kitab suci al-Quran, tunggulah masanya bila negeri diserahkan kepada yang tidak berhak.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bertindak zalim terhadap bangunan Tadika Kemas. Sebab Kemas dimiliki oleh Kerajaan Pusat. Bangunan Kemas ditutup, pintu pagar dikunci dengan rantai besi. Kanak kanak dan guru Kemas dihalau keluar. Jangan duduk di bangunan Kemas. Sebab bangunan ini berada di atas tanah Kerajaan Pas. 

Amboi, begitu sekali kuasa JSR. Kuasa JSR melampaui batasan. Umpama si kudung mendapat cincin. Umpama beruk mendapat bunga. lnilah kuasa JSR di Terengganu. Walau bagaimanapun, UMNO tetap bersabar. Kezaliman tidak boleh dibalas dengan tindakan yang sama. Kata Islam, kesabaran akan membawa kejayaan. Tetapi sampai bila? Sabar juga ada hadnya.

Dalam masa bersabar, JSR meneruskan tindakan zalim mereka. Tanah milik rakyat yang menyokong UMNO dirampas. Rumah yang diduduki secara haram, diroboh. Bangunan UMNO diceroboh. Sebaliknya, rumah orang Pas yang menduduki status tanah yang sama, dibenarkan. IniIah ketidakadilan Pas. Politik yang bersifat berat sebelah. Politik yang tidak ada peri kemanusiaan.

Mungkin tindakan JSR ini direstui oleh pemimpin Pas. Sebabnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah melarang. Pemimpin Pas lain tidak pernah menasihat JSR. Akibatnya, jadilah JSR Sebagai 'beraja di mata, bersultan di hati'. Tindakan JSR makin menggila. Mereka bersifat ala samseng. Sifat tolak asur, lemah lembut dan sopan santun tidak ada lagi dalam diri mereka.

lnilah corak politik Pas Terengganu. Politik yang penuh dengan kezaliman. Penuh dengan tekanan. Dan sarat dengan pelbagai ketidakadilan. Tangan tangan Pas mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Doa orang yang dizalimi tiada hijabnya. lnilah janji Allah kepada umatNya. Paling penting, semua ini (termasuk sebesar zarah) akan disoal di akhirat kelak. Ingatlah wahai pemimpin Pas!

KEDAI KOPI JADI MANGSA

Pilu sungguh hati seorang tua. Mat Amin Salleh yang membina kedai di tepi jalan Bukit Payung telah menerima akibat rakus pemerintahan Pas. 

Pejabat Tanah Marang telah menggunakan jentolak bagi merobohkan kedai kopinya. "Tidak ada ganti rugi untuk pakcik. Paling sedih sebab sudah 50 tahun berniaga di kedai kopi itu. Memang saya bersalah sebab buat kedai di atas tanah kerajaan, tapi berilah sedikit imbuhan," jelasnya. 

Paling terkilan, kedai menjual buah buahan berhampiran tidak pula dirobohkan. lnilah nasib buruk yang melanda Pakcik Mat Amin. Nasib malang yang ditanggung rakyat setelah berada di bawah pemerintahan Pas.

KANAK-KANAK JADI MANGSA PAS

Bila mahu bertindak zalim, Pas tak kira siapa. Walaupun kanak kanak, Pas terus bertindak. Bagi Pas, tak ada gunanya 'menyimpan' baka UMNO. Seolah-olah orang UMNO tidak seagama dengan mereka. Akibat dari tindakan jahat tersebut, kanak- kanak pra sekolah terpaksa berpindah. Patutkah kanak kanak menjadi mangsa? Tetapi inilah corak dendam Pas yang terlalu kuat. Dendam Pas yang tidak akan berkesudahan.

RAKYAT MISKIN JADI MANGSA

Sudah 23 tahun rakyat miskin ini menduduki tanah jirat cina di Kampung titian Lembut. Mereka merupakan penyokong UMNO. Setelah mendapat notis, mereka membuat rayuan. Tapi tidak dilayan oleh pejabat tanah. Rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan. 

50 kakitangan pejabat tanah merobohkan rumah tersebut. Kenangan 23 Kuala Terengganu tahun hancur berkecai. Di mana mereka hendak mengadu? Beginilah jadinya bila berada di bawah pemerintahan Pas. Tidak adakah tolak ansur menurut Islam?

RAKYAT MISKIN KENA ZALIM

Sebaik sahaja Pas memerintah Negeri Terengganu, perkara pertama, mereka menzalimi rakyat miskin. Rakyat miskin yang dikenalpasti sebagai penyokong UMNO akan ditindas. Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dipotong. Nama mereka tidak diperlukan. Kerajaan Pas memberi pelbagai alasan untuk memotong bantuan tersebut.

Walaupun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada anak penerima datang ke pejabat kebajikan dengan menaiki Mercedes, tetapi itu adalah cerita basi. 

Pas ingin menutup kezaliman mereka. Tak rnungkin semua penerima bantuan kebajikan itu terdiri daripada anak yang rnempunyai kereta Mercedes. Ada juga yang benar benar miskin tetapi dinafikan hak mereka kerana parti.Berikut adalah di antara golongan rakyat miskin yang dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pas.

TERIMA PADAH DARIPADA KERAJAAN PAS

Walaupun hampir bersara, Zakaria Jusoh terpaksa menerima akibat buruk. Kerajaan Pas yang mendakwa ingin mentadbir secara Islam, tetap tidak mahu bertolak ansur. Usia persaraan tidak menjanjikan kebahagian bagi Zakaria. Ini kerana rumahnya yang dibuat di atas tanah kerajaan terpaksa dirobohkan.
Zakaria hanya bekerja sebagai tukang kebun. 

Beliau mahukan sebuah rumah sebagai tempat berteduh. Tambahan lagi semasa usia pencen. Malangnya, rumah yang dibuat secara berdikit-dikit itu terpaksa dirobohkan atas arahan Pejabat Tanah Besut. Inilah corak Kerajaan Pas yang berjanji mahu membela rakyat. Janji hanya tinggal janji. Yang ada hanyalah pembohongan sahaja.

PAS BINA BERAPA MASJID DI TERENGGANU

Sudah dua tahun Pas mentadbir         pemimpin Pas. Cakap Islam berdegar degar. Rakyat boleh dengar pelbagai fatwa baru dari Pas. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh Pas. Cuma rakyat nak tanya Pas: Berapa buah masjid yang Pas bina di Terengganu? Yang rakyat dapat tahu, ada sebuah masjid Pas yang dinamakan masjid cermin di Kampung Nyiur, Paka (Dungun). 

Masjid ini masih tidak berdinding walaupun Pas sudah mentadbir Terengganu. Bila Adun UMNO, Datuk Abu Bakar Ali sebut dalam sidang dewan, barulah Pas ambil cakna. Nak tunggu wakil rakyat UMNO sebut dalam dewan, baru PAS buat kerja. Kalau begini, teruklah pemimpin PAS! Konon berjuang      untuk Islam, tapi rumah Allah bagaimana?

KEBUN PAK HASAN DIMUSNAH PAS

Semasa zaman Barisan Nasional dulu, kebunnya tidak diganggu gugat. 15 penduduk terlibat dalam penerokaan tanah kerajaan di Kampung Alor Serdang. Tanaman yang ditanam adalah duku, cempedak, rambutan dan petai. Akhirnya, peneroka tanah haram ini terpaksa menerima akibat buruk sebaik sahaja Pas mentadbir negeri. lsilah borang permohonan apapun, Pas tak peduli. Tindakan memusnahkan kebun ini berdasarkan politik balas dendam. Paling sedih kerana tanaman baru saja mengeluarkan hasil. Pas tak kira itu semua. Tanpa sokongan kepada Pas, tunggulah akibat buruknya!

PAS MUSNAHKAN KEBUN KELAPA SAWIT

Tanpa sebarang notis, Kerajaan Pas melalui Pejabat Tanah Marang telah memusnahkan kebun kelapa sawit rakyat. Tanah ini diusahakan oleh 30 peserta. Pelbagai tanaman ada seperti kelapa sawit, duku, cempedak dan sayur-sayuran. Sudah 20 tahun mengusahakan kebun ini, tetapi akhirnya berkecai dek tindakan Pas yang zalim itu. Lebih malang lagi, tiada notis rasmi diberikan. Nak berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi pun, tak boleh. Inikah corak Kerajaan Islam pimpinan Pas? Nampaknya, rakyat akan terus menderita.

PAS KORBAN TIANG DI TELUK IBAI

Bila berjaya memerintah Terengganu, macam macam Pas nak buat. Tapi malangnya, satupun tak jadi. Bila buang replika penyu, janji nak buat lampu isyarat, sampai sekarang tak jadi. Bila tiba Hari Raya Haji (Korban), nak buat Korban Perdana. Kononnya nak kumpul 1,000 ekor lembu untuk sembelih korban. 

Haji Hadi selaku Menteri Besar Terengganu nak jadi imam sembahyang Hari Raya Korban di Taman Rekreasi Teluk lbai. Batang batang kayu dipacak untuk memudahkan sembelihan lembu.Pas ingat rakyat banyak sokong mereka. Tentu boleh korban 1,000 ekor lembu. Malangnya, majlis tersebut dibatalkan. Sebab cuma ada 70 ekor lembu saja. 

Sepatutnya Haji Hadi kena sedar pengaruh PAS makin merosot. Rakyat Terengganu tak suka PAS peralat agama. Agama tak boleh dijadikan ‘senjata’ untuk ‘berperang’ dengan UMNO. Pendek kata, apa saja program PAS di Terengganu menemui kegagalan. Haji Hadi malu besar dengan kegagalan Korban Perdana PAS.

PEJABAT UMNO DIZALIMI PAS

UMNO Cawangan Kampung Getang boleh diberi pujian. Cawangan ini ada bangunan sendiri. Mereka berusaha mengutip derma. Hasil kutipan, RM40,000.00 digunakan untuk buat bangunan. Bolehlah dijadikan tempat bertemu sesama ahli. Malangnya, beberapa bulan selepas dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. 

Datuk Wira Mohd Ali Rustam, bendera UMNO yang berkibar megah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Papan tanda turut dimusnahkan. Dengki sungguh parti lawan kepada UMNO. Apakah sifat ini akan tersemat di jiwa Pas? Jika beginilah keadaannya, kezaliman akan terus berlaku.

MESIN JAHIT KEMAS JADI MANGSA JSR

Tidak cukup menghalau kanak kanak Tadika Kemas, bengkel jahitan pula jadi mangsa JSR. Susah sungguh hidup di atas tanah yang dikuasai Kuala Terengganu oleh Kerajaan Pas. Penuh dengan pelbagai kezaliman. Tekanan wujud di kiri dan kanan. Perjalanan hidup penuh onak dan duri. Bengkel jahitan Kemas di Kelab Aya, Kampung Duyung telah menjadi mangsa. 

Mesin jahit milik bengkel jahitan Kemas telah diikat dengan wayar. JSR mahu halau orang yang belajar di bengkel jahitan Kemas itu. Balairaya milik Kerajaan Pas tak boleh digunakan. Mesti pindah ke tempat lain. Tak cukup dengan halau, JSR menggunakan wayar besi untuk ikat mesin jahit itu. Sedih sungguh berada dalam negeri milik Pas.


PAS TERUS ZALIMI KANAK-KANAK

Tadika Kemas Lubuk Lesong, Kemaman telah menjadi mangsa kezaliman Pas. Tindakan ini adalah ekoran Kerajaan Pas yang mempunyai kuasa ke atas tanah milik negeri. Bila dapat kuasa, beginilah jadinya kepada Pas. Mereka sanggup menzalimi Kemas kerana dikuasai oleh Kerajaan Pusat. 

Padahal, apa salah kanak kanak yang belajar di Tadika Kemas? Bukannya mengganggu Pas. Tapi Pas sememangnya mempunyai dendam yang terlalu lama. Kini mereka sudahpun membalas dendam tersebut walaupun UMNO tidak pernah menindas Parti mereka sebelum ini.

JSR KUNCI PAGAR TADIKA

Tindakan ini boleh dianggap paling 'ganas'. Kanak kanak di Tadika Kemas Kampung Sura Hujung tak boleh masuk ke kelas. Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) telah mengunci pagar tadika itu. Tanpa sebarang tolak ansur, JSR bertindak sesuka hati. Maklumlah, JSR berkuasa besar. 

Direstui pula oleh pemimpin Pas.
Akhirnya kanak kanak tadika terpaksa mendaftar di kedal kopi. Kenapalah kanak kanak pula yang menjadi mangsa. 

Sebab itu, JSR dibenci rakyat. Mereka bertindak sesuka hati. Seolah olah negeri tidak ditadbir oleh orang Islam. Sedikit masa lagi, tungguIah  gelaran Serambi Madinah akan hilang di Terengganu.

PAS KUTIP HASIL RIBA RM 126,300.00


Semasa jadi pembangkang dulu, Pas Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup kata Kerajaan UMNO toghut, zalim dan tidak Islamik. Kata mereka, kerajaan pimpinan UMNO tidak hapuskan wang nba. Pajak gadai konvensional dibenarkan. Lesen arak berleluasa. nombor ekor masih ada. Tapi bila Pas dapat tubuh kerajaan di ada beza apa-apa. 

Sebab ini memang dibenarkan Terengganu, pajak gadal masih dibenarkan. Sebuah ada di Kemaman, di Dungun dan Hulu Terengganu. Kesemuanya menjadikan lima buah kedai pajak gadai cara nba. Kedai jual arak juga masih ada.           Di Kuala Terengganu, itu menghasilkan lesen premis berjumlah RM84,000.00. 

Di Hulu Terengganu, Pàs dapat kutip wang nba berjumlah RM5,500.00. di Kemaman dapat RM28000.00 dan Dungun pula sebanyak RM8,800.00 Kesemua jumlahnya RM126,300.00. Kesemua lesen premis mi diluluskan di bawah Kerajaan Pas melalui Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup lumayan Pas kutip wang tersebut.     
   
Apakah bezanya kutipan lesen premis di zaman Kerajaan UMNO dengan Kerajaan Pas sekarang? Kalau Pas kata dia buat akaun berasingan, Kerajaan UMNO dulupun, sama juga. 

Tak ada beza apa-apa. Sebab ini memang dibenarkan dalam Islam. Kerajaan UMNO juga ikut kehendak agama. Jangan ingat PAS saja pandai agama. Kenapa PAS tak hapuskan kedai pajak gadai tersebut? Inilah yang dikatakan konsep Islam ala PAS. 

Bila dengar dapt kutip wang, mata pemimpin PAS mula ‘kelabu’. Pemimpin PAS meletakkan hukum haram kepada UMNO saja.
Bila PAS tadbir negeri, semuanya jadi halal sebab dapat kutip duit. 

Inilah corak Membangun Menurut Islam ala PAS. Sebab itulah kerajaan PAS boleh disahkan sebagai zalim. Zalim kepada rakyat. PAS juga zalim kepada penyokongnya sendiri.

PAS TAKUT PADA BENDERA UMNO

 Nampaknya, JSR miik Pas sudah tidak ada kerja lagi. Kerja mereka hanya menzalimi orang UMNO. Bukan setakat orang UMNO jadi mangsa, bendera UMNO juga menerima akibatnya. Pas cukup takut dengan bendera UMNO. Bila bendera UMNO berkibar, JSR makin gementar. Maklumlah, pengaruh mereka semakin kurang dan UMNUO semakin berkembang maju.

Akhirnya mereka mengambil tindakan melampaui batasan - bendera UMNO dirosakkan. Tindakan dilakukan secara terang terangan. Inilah kezaliman yang ditunjukkan oleh Pas. Yang pastinya, Pas takut pada bendera UMNO.

PAS TINDAS PENYOKONG SENDIRI

Pepatah 'berani kerana benar', telah membawa padah buruk. Mahmud Mamat dan Kampung Anak Ikan, Setiu menerima akibat. Kebunnya yang seluas suku ekar menjadi sasaran Pas. 

Mahmud yang dikenali sebagai Pak Mud dizalimi oleh Pas kerana semata-mata ingin menegakkan kebenaran. BeIiau ingin memperbetuikan pentadbiran Pas.

 Tapi tanaman kontangnya di atas tanah kerajaan teIah dijadikan sasaran Pas. Walaupun permohonan untuk menanam telah dibuat , Pas tidak menghiraukannya.

 Permohonan ditolak tanpa alasan. Pak Mud berjuang dalam Pas lebih 30 tahun. Semasa Terengganu ditadbir oleh Barisan Nasional, kebunnya tidak pernah dikacau. 

Sudah dua tahun Pak Mud mengusahakan kebun itu. Kini segala-galanya telah musnah 200 pokok cili dan 1 000 tanaman timun musnah dalam sekelip mata. Kerugian ditaksirkan RM5,000.00. 

Inilah kekejaman Pas terhadap penyokong sendiri. Jenis apakah perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas? Nampaknya kezaliman Pas berleluasa di mana mana tanpa sekatan.
KENA ZALIM DI KUBU PAS

Ustaz Yong Abdullah sudah lebih 30 tahun menduduki tanah ini. Beliau yang dikenali sebagai Pak Su Yong, menanam ubi, pisang, Iengkuas dan tebu. Walaupun sudah lama menduduki tanah tanpa geran ini, tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kebun Pok Su Yong dimusnahkan oleh jentolak. Tidak ada perikemanusiaan langsung. Inilah akibatnya bila Terengganu berada di bawah Pas. Tambahan lagi, Kampung Pengkalan Arang berhampiran dengan Kampung Batu Enam. Kampung ini merupakan kubu kuat Pas yang diketuai oleh Awang Bakar. 

Awang Bakar dikenali sebagai ‘tukul besi' Pas. Penduduk yang menyokong Pas di Kampung ini seringkali 'bersuku sakat' dalam segala kerja. Orang Pas dengan Pasnya. Manakala orang UMNO semakin jauh dengan pelbagai fatwa Awang Bakar.

PAS JADI PARTI HASAD DENGKI

Di sana sini, UMNO kena tindas di Terengganu. Pasang benderapun, menjadi kesalahan bagi Pas. Habis bendera UMNO kena tebas. Ada juga yang kena cincang dan dibuang ke sungai. Peristiwa hitam berlaku kepada bendera UMNO yang dinaikkan di Kampung Jejawi, Permaisuri. Pas cemburu melihat kibaran bendera UMNO. Akhirnya Pas menggunakan penguatkuasa Majiis Daerah Setiu untuk membuang bendera UMNO. 

Pas cukup dengki dengan kibaran bendera UMNO. Seolah-olah bendera UMNO boleh menjadi hantu kepada Pas. Habis 20 batang bendera UMNO yang berkibar telah dibuang. Kalau Pas buang kerana mengganggu lalu lintas, tentu tidak benar. Ini kerana bendera UMNO dipasang jauh dari kawasan laluan awam. Yang hairannya, bendera Pas tidak pula dibuang. Inilah yang dikatakan Islam penipu dalam Pas.

GUNA HARTA RAKYAT UNTUK PERIBADI

Bila dapat tubuh kerajaan, setiap Exco Pas dapat kereta. Kereta itu bertujuan untuk melawat rakyat. Kerja untuk rakyat. Pemimpin Pas cuma pandai bercerita soal perjuangan Islam. Pemimpin Islam sejati sanggup padam lampu bila bercakap soal peribadi. Tapi Pas tak ikut Islam. Cakap saja pandai. 

Buatnya jauh sekali. Sebab itulah - Exco Pas, Tun SalIeh Abas guna kereta kerajaan pergi ke kebunnya. Bercakap soal undang-undang bijak, tapi harta rakyat disalahgunakan. Sudah banyak kali rakyat buat aduan tentang perkara ini. Tun SaIleh pergi ke kebunnya guna kereta TT 3. Akhirnya sempat juga gambar diambil. Kalau tak ambil gambar, tentu Pas kata Al-Haq penipu. 

Tapi kini mereka senyap saja sebab memang mereka salah. Macam mana Tun Salleh boleh di beri Jawatan Exco Hisbah,sedangkan dirinya sendiri tak betul dalam mengendalikan harta rakyat? Sebenarnya dia kena Hisbah dirinya terlebih dahulu sebelum melakukan hisbah terhadap diri orang lain. Ada juga rakyat ternampak TT 3 digunakan untuk membawa anak pokok buabuahan ke kebunnya. Apakah ini tugas rasminya sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Hisbah?

SURAU JADI TEMPAT TERNAK AYAM

Paling zalim - dalam banyak banyak kezaliman Pas, ternak ayam dalam surau paling zalim. Ini berlaku di Kampung  Tok Por, Sungai Ikan. Pas minta derma. Kemudian beli tanah untuk bina surau dan bangunan sekolah agama. Kononnya mahu mendidik agama kepada rakyat.

Malangnya, setelah hampir siap, bangunan itu tidak digunakan lagi. Kitab suci al-Quran bersepah di merata tempat. Surau dijadikan tempat menternak 4,000 ekor ayam. Kitab agama bertaburan di sana sini. Peralatan belajar seperti meja, kerusi dan almari dibuang begitu saja. 

Beginilah jadinya bila Pas diberi kuasa di Terengganu. Mereka bukan menjadikan agama sebagai landasan untuk memerintah Terengganu. Tapi menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai kuda tunggangan. Kalau Pas benar benar ingin memakmurkan Islam, bagaimana kejadian seburuk ini boleh berlaku? Salah seorang Exco Kerajaan Pas boleh menjawab persoalan ini.

RAKYAT DIZALIMI AMANAT HAJI HADI

Sehingga kini, banyak masjid di Terengganu berkecamuk. Ada orang Haji Mohd Nor Ismail dan Pas yang berebut ingin menjadi imam. Pada Pas, Amanat Haji Hadi mesti dipatuhi. Orang UMNO tidak boleh jadi imam masjid. OIeh itu, jawatan tersebut mesti dirampas dari mereka. Setelah Pas berjaya menawan Terengganu, pelbagai helah dilakukan oleh parti itu.

 Mereka mahu menguasai masjid. Amanat Haji Hadi telah menjadi faktor utama sehingga rakyat berpecah belah. Amanat Haji Hadi telah menjahanamkan kehidupan rakyat yang harmoni. Di kebanyakan masjid, berlaku perebutan untuk menjadi imam. Imam UMNO yang cukup umur dibersarakan. Dilantik imam baru yang pro Pas. Akhirnya, penduduk tidak oleh terima. Berlakulah pemulauan sembahyang Jumaat dan sebagainya. Rakyat telah dizalimi oleh Amanat Haji Hadi. Kita ikuti pengakuan benar penyokong Pas tentang Amanat Haji Hadi.

PREMIUM TANAH NAIK 700%

Kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Pas memang pelik. Mereka mahu membebankan rakyat dengan pelbagai kerja zalim. Mereka bagaikan broker tanah. Pas 'berniaga' tanah kepada rakyat. Mereka tidak ada duit, sebab itu mereka sanggup naikkan premium tanah kepada rakyat sehingga 700 peratus. lni boleh disahkan sebagai menzalimi rakyat untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. 

Semasa Kerajaan Barisan Nasional dulu, premium tanah untuk lot rumah kosong ialah sekitar RM1 200 (satu lot). Tapi bila Kerajaan Pas tadbir negeri, premium tersebut meningkat kepada angka RM6,000.00 hingga RM7,800.00. Tanah lot rumah ini adalah untuk rakyat miskin. Mereka tidak ada tanah. Jadi, tidak sepatutnya Kerajaan Pas menzalimi mereka. Tambahan lagi, Kerajaan Pas hanya ‘cuci tangan' sahaja dengan menjual kawasan lot rumah yang telah disediakan oleh Kerajaan BN dulu.

KERAJAAN PAS ZALIMI KAWASAN HUTAN SIMPAN

Masuk tahun kedua pemerintahan Pas, pelbagai peristiwa zalim telah berlaku. Hampir setahun pemerintahannya, iaitu pada 15 November 2000, Kerajaan Pas telah meluluskan 10,000 ekar kawasan balak di Hulu Dungun kepada kroninya. Paling menyedihkan, kawasan balak ini telah digazetkan sebagai          Hutan Simpan Kekal. 

Kawasan Hutan Simpan Kekal ini telah diberikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai North East Plantation Sdn Bhd (NEP). Salah seorang orang kuat Pas yang menjadi lembaga pengarah NEP         ialah Datuk Hishamuddin Yahya. 

Datuk Hishamuddin juga adalah Pengarah Urusan Harakah.
Daripada seorang pengusaha surat khabar, Datuk Hishamuddin juga mampu mengendalikan            kawasan hutan     seluas 10,000 ekar di Dungun? Aneh dan pelik sekali kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Terengganu. 

Paling pelik kerana kawasan mi disahkan tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Jabatan Pertanian Terengganu membuat pengesahan itu kerana kecerunannya. NEP yang diketuai oleh Datuk Hishamuddin juga        dijangka akan memelihara ternakan tetapi disahkan juga tidak sesuai oleh Jabatan Haiwan Terengganu. 

Tapi Kerajaan Pas tak ambil kira itu semua. Yang penting, kawasan tersebut mesti diberi kepada kroninya. Dan ini, keputusannya sudah dibuat untuk diberikan kepada NEP. Paling menyedihkan kerana Terengganu akant erdedah kepada banjir bila kawasan ini mula diterokai. 

Pas secara jelas telah gagal menunaikan janjinya meIaIui manifesto Pas iaitu melalui Fasa 11.1 yang menyatakan: "Kerajaan Pas akan mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan mempastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara". Di mana janji manifesto Pas itu?

*RM 260 JUTA UNTUK KERAJAAN PAS MELALUI TENDER TERTUTUP*

Hutan Simpan Tembat dan Petuang di Hulu Terengganu telahpun dijual secara tender tertutup oleh Kerajaan Pas. Jumlahnya adaah seluas 41,000 ekar clan dijual dengan harga RM260 juta.

Lima syarikat yang dikenalpasti oleh Kerajaan Pas untuk membeli kawasan balak tersebut.

Tetapi hampir kesemuanya tidak upaya untuk membuat pembelian tersebut kerana terma bayaran yang begitu besar. Pembeli dikehendaki membayar dengan tiga kali bayaran. Bayaran pertama dua peratus iaitu sebanyak RM5.2 juta; Kedua, RM80.6 juta dan ketiga RM1 74.2 juta.

Sudah acapkali pembelian kawasan itu bertukar tangan. Akhirnya Kerajaan Pas menerima sebuah syarikat yang dikenali sebagai SKPPJ yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Malangnya, syarikat ini sudah tidak beroperasi lagi dan pejabatnya ditutup.

Talian telefon telah dipotong tetapi Kerajaan Pas menyatakan syarikat ini berupaya untuk mengendalikan pembalakan di kawasan yang begitu luas. Atas alasan apakah Kerajaan Pas menjual kawasan balak ini kepada syarikat ini?

ANTARA MASJID YANG DIZALIMI KERAJAAN PAS DALAM PARLIMEN MARANG (DIWAKILI HAJI HADI)

MASJID PADANG MIDIN

Sudah berkali-kali PAS melalui Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mencuba untuk menguasai masjid Padang Midin. Sehinggakan rakyat menjadi gelisah. Penduduk kampung tersebut mula sedar tentang gelagat PAS yang zalim. PAS umpama berja di mata, bersultan di hati. Melalui JSR, PAS telah cuba mencadangkan nama jawatankuasa masjid yang baru. Cadangan jawatankuasa baru itu disokong sepenuhnya oleh Adun PAS, Yahya Ali. Tindakan mereka secara jelas untuk menzalimi rumah Allah. Apakah dosa yang dilakukan oleh jawatankuasa masid yang sedia ada? Sebab utamanya ialah pengerusi masjid, Datuk Wan Jaafar adalah orang yang pro kepada UMNO. Nasib baiklah tindakan zalim pAS itu berjaya dikesan oleh Jawatankuasa Padang Midin. Mereka telah bertindak dengan mengistiharkan masjid tersebut bebas dari kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

MASJID PULAU MANIS, SERADA

Di masjid inilah berlaku pertengkaran mulut antara Timbalan JSR dengan wakil penduduk berhubung dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa masjid yang baru. Keadaan menjadi hangat tetapi akhirnya reda.

MASJID BANGGOL KATONG

Masjid ini telah menjadi ‘huru-hara’ bila dizalimi PAS. JSR cuba mengistiharkan jawatankuasa masjid uang baru. Tapi dibantah oleh penduduk kampung. Sampai sekarang, JSR masih belum berjaya mengumumkan nama jawatankuasa yang baru. Tapi sampai bila keadaan ini akan aman? Cakap saja Islam tapi tindak tanduk macam orang yang bukan Islam.

MASJID BELADAU SELAT

Dengan sebulat suara, penduduk kampung ini mahukan agar jawatankuasa lama dikekalkan. Mereka menentang sekeras kerasnya tindakan JSR yang mahu jawatankuasa itu ditukarkan kepada yang baru. Pada pendapat penduduk kampung, jawatankuasa lama tidak ada cacat celanya. Kenapa mahu ditukarkan? Tapi memang kerja Pas bila dapat kuasa, mereka akan pastikan masjid berada di bawah telunjuk mereka. Mereka tak kira siapa. Yang penting, rumah Allah menjadi alat untuk Pas memperkuatkan pengaruhnya.

MASJID KAMPUNG BARU, SERADA

Di masjid ini, Pas melalui JSRnya telah berjaya memecat hampir keseluruhan jawatankuasa lama. Mereka bagaikan 'singa lapar' menerkam mangsa. Akhirnya jawatankuasa lama terbuang dan digantikan dengan jawatankuasa baru yang pro Pas. Mudahlah bagi Pas membaca khutbah untuk kepentingan parti mereka.

MASJID BANDAR MARANG

Ini adalah Bilal Masjid Bandar Marang, Abu Bakar Mohamad yang menunjukkan salman laporan polis yang dibuatnya berhubung dengan tindak tanduk imam masjid tersebut yang membelakangkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Nampaknya kebanyakan masjid di Terengganu telah cuba diganggu gugat oleh Pas. Mereka menggunakan JSR untuk menjayakan hasrat bagi menawan rumah Allah.

KEZALIMAN PAS TERHADAP RUMAH ALLAH
PAS GANGGU MASJID KELOLAAN ISTANA

Masjid Ikhlas di Kampung Buluh Gading Manir ini berada di bawah kelolaan istana. Ianya dibina oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah. Pengerusi masjid ini Datuk Wan Jaafar Sulaiman. Untuk melebarkan pengaruh politiknya, PAS telah menggunakan segala saluran yang ada. Mereka cuba untuk menukarkan jawatankuasa masjid yang sedia ada dengan orang-orang yang pro PAS. Mereka tidak sedar bahawa masjid ini adalah kelolaan istana. PAS tidak kira, dengan istana pun mereka akan berbalah demi untuk menegakkan parti yang berpura-pura untuk menegakkan Islam.

MPKT MENGAMUK KERANA PAS

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke  Terengganu, bendera UMNO dinaikkan. Sepanjang jalan, bendera UMNO berkibar megah. Malangnya kibaran bendera UMNO telah menakutkan Exco Kerajaan Pas. Beliau meminta agar MajIis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) membuang bendera tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, kakitangan MPKT terpaksa mengamuk. Habis bendera UMNO dibuang. Tapi bendera Pas yang berada di tiang yang sama tidak pula dibuang. Kakitangan MPKT kata, Exco Pas takut dengan bendera UMNO. Bila bersalah, Exco Pas mula takut. Maklumlah, kerja untuk rakyat tak ada. Yang PAS boleh buat ialah buang bendera UMNO. Kakitangan MPKT tak salah. Yang hati busuk ialah pemimpin PAS.

MASJID UNTUK ORANG PAS SAHAJA

200 penduduk kampung kena halau dari masjid. Penduduk datang dari Kampung Tasik Tok Lebai, Gong Ubi Keling, Gong Berangan dan Tempinis. Mereka tak boleh berbuka di dalam masjid. Jadi kena hampar plastik dan tikar untuk berbuka di perkarangan masjd ini kerana JSR tak benar penduduk berbuat demikian. JSR halau sebab JKKK yang anjurkan majils berbuka puasa itu.     Walaupun JKK tak ada niat lain, tapi majlis itu tak dibenarkan. JSR bimbang dengan rakyat yang sokong UMNO. Sebelum apa-apa, lebih baik JSR halau. JSR sanggup berbuat apa saja sebab direstui oleh pemimpin Pas.         


 JSR HALAU PENDUDUK BERBUKA PUASA

Kira-kira 150 rakyat di Kampung Durian Telor kecewa dengan JSR. Mereka dihalau begitu saja. JSR kata tak boleh buat majlis berbuka puasa di dalam masjid. Majlis anjuran JKKK ini diumumkan seminggu sebelum majlis berbuka dibuat. Jadi ramai yang bawa hidangan ke masjid. Sejam sebelum berbuka, JSR datang bawa makanan mereka. JSR halau rakyat yang bersama JKKK. Terpaksalah rakyat dan JKKK berpindah tempat berbuka di kelas al-Quran. Kalau beginilah sikap JSR, Islam semakin jauh. Kata pemimpin ' Pas untuk menjadikan Islam sebagai ad-din jauh panggang dari api. Pemimpin Pas termasuk Datuk Seri Abdul Hadi tak mungkin berani menengur JSR. Sebab JSR sudah jadi raja di kampung.

UMNO KENA ZALIM DI BUMI SENDIRI

Di Terengganu, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) paling berkuasa. Masuk saja kampung, JSR jadi raja. Apa yang mereka nak buat, mesti jadi. Apa yang mereka kata tak boleh buat, jangan buat. Mujurlah orang UMNO baik hati. Bersedia untuk bertolak ansur.

Di Masjid Kampung Bukit Tanah, JKKK yang ingin membuat majlis berbuka puasa dihalau begitu saja. JSR kata, tak boleh buat majils berbuka puasa di masjid. Masjid, JSR punya. Jadi, JKKK dan 250 penduduk yang menyertai majlis berbuka puasa terpaksa menghampar plastik dan tikar di tepi masjid. Orang UMNO tak boleh berbuka puasa di atas masjid. Beginilah akibatnya bila Pak Pandir jadi raja. Habis jadi rosak binasa. Negeri Jadi huru hara.

PAS SALAH GUNA MASJID

Bila Pas dapat kuasa di Terengganu, paling cepat mereka pecat JKKK. Tindakan zalim kedua ialah menukar imam dan AJK masjid. Pas mahu cari pengaruh melalui masjid. Bila dapat kuasai masjid, Pas guna khatibnya untuk berkhutbah. Khutbah memang memihak kepada Pas.

Bila Pas pecat imam, berlakulah perpecahan. Di Pengkalan Merbau, penduduk makin berpecah. Orang UMNO tak mahu terima imam Pas. Sebab imam Pas pernab kata orang UMNO kafir. Bila tiba sembahyang Jumaat, orang UMNO sembahyang zohor. Macam mana nak sembahyang dengan orang yang kata UMNO kafir? Pemimpin Pas ambil mudah saja soal imam masjid. Sebab itu mereka boleh pecat imam begitu saja. Kemudian ganti dengan imam Pas yang tak disokong oleh rakyat setempat. Agama boleh mereka peralat, inikan pula masjid.

KENAPA PAS TIPU RAKYAT

Hampir 400 orang peneroka Felda Neram 1, Kemaman berada dalam keadaan gelisah. Mereka ditipu oleh Kerajaan Pas. Pas cuba menggunakan taktik kotor untuk mendapat sokongan rakyat. Mereka beri geran 'palsu' kepada peneroka Felda Neram 1. Geran itu tidak ada pelan. Macam mana rakyat mahu tahu kawasan tanah milik mereka jika tidak ada pelan? Tapi Pegawal Daerah Kemaman kata, pelan akan dibuat kemudian. Adakah begitu caranya Kerajaan Pas melakukan kerja untuk rakyat?

Peneroka Felda Neram 1 juga dikehendaki hadir untuk ambil geran daripada Menteri Besar Terengganu di Dewan Orang Ramai, Felda Neram 1 pada 14 November 2001. Tapi malangnya, Menteri Besar Terengganu tidak hadir. Dia telah diberitahu bahawa peneroka akan boikot majlis tersebut kerana geran tak ada pelan. Wan Mutalib yang hadir sebagai 'Pak Sanggup'.

Kemudian, Pejabat Tanah hantar surat kepada peneroka berkenaan agar mengambil geran masing-masing dalam masa tiga bulan. Dalam mana mana negeri pun, tidak ada undang-undang seperti ini. Rakyat berhak mengambil geran itu bila bila masa sahaja yang mereka kehendaki. Tapi bila Kerajaan Pas memerintah Terengganu. Macam macam kerja pelik (di luar undang - undang) yang mereka lakukan.

TADIKA KEMAS DIZALIMI PAS

Ada kira-kira 15 orang murid di Tadika Ladang Jaya. Bermula awal 2002, Tadika terima surat supaya berpindah. Pihak ladang mahu buka tadika sendiri. Ladang ini dikuasai oleh Kerajaan Pas yang dinamakan Ladang TDM Plantation Sdn Bhd.
Tadika Kemas terpaksa berpindah ke rumah buruk. Tingkap cermin sudah tiada. Air dan elekirik juga tiada. Terpaksalah kanak kanak belajar dalam serba kepayahan. Malangnya, ada sembilan (9) orang saja di Tadika yang diuruskan oleh pihak Ladang TDM. Apa salahnya jika beri peluang kepada Tadika Kemas yang sedia ada? Tetapi inilah hakikatnya bila berada di bawah pemerintahan Pas.

PAS SINGKIR TADIKA LADANG BARI

Bila Pas          mentadbir negeri, segala-galanya mereka nak bolot. Pas telah menjadi manusia yang tamak haloba. Soal tadika juga dijadikan mangsa politik. Tadika Kemas Ladang Bari telah dipaksa berpindah. Sebab, pihak ladang yang dikuasai oleh Pas mahu buat tadika sendiri. Malangnya, bila Tadika Kemas sudah pindah, tidak ada pula tadika Pas. Sebab pihak peker ja ladang tak mahu anak mereka dihantar di tadika ladang. 

Tapi Pas tahu caranya. Pihak pekerja dipaksa menghantar anak mereka di            tadika milik Pas. Sehingga kini, Tadika Kemas berpindah ke rumah guru tanpa sebarang kemudahan. Sebaliknya bangunan tadika lama terbiar. Dendam Pas tetap membara. Kezaliman Pas terus         merata.         Beginilah jadinya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak.           

PAS PAKSA MURID BELAJAR DALAM SETOR

Kanak kanak di Tadika Kemas Wakaf Tengah terpaksa berpindah ke sebuah setor untuk belajar. Sebab pengurusan Tadika Kemas di sini masih belum memperolehi kawasan baru yang sesuai.

JSR kampung tersebut sudah menghantar notis agar berpindah, tapi masa yang diberi agak suntuk. Jadi, dalam masa pihak pengurusan ingin mencari tempat yang sesuai. JSR tak boleh sabar lagi. Mereka mengarahkan agar Tadika Kemas itu dipindahkan segera. Akhirnya kanak kanak Kemas dizalimi dan terpaksa belajar di setor untuk sementara waktu.

DI MANA WAKIL RAKYAT PAS?

Semasa nak bertanding, semua calon PAS berjanji mahu menjaga rakyat. Mereka mahu jaga golongan miskin.   Nak bantu Iebih daripada apa yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tapi bila berjaya menjadi wakil rakyat batang hidung pun tak nampak. Semuanya            banyak kerja. Kerja untuk kepentingan din, bukannya untuk jaga rakyat miskin.     Contoh terdekat, Adun Pas Kawasan Permaisuni, Ghazali Mohamad tidak pernah  menjejakkan kakinya di rumah rakyat miskin. Berikut adalah rintihan oleh rakyat miskin di kawasannya. 
           
                                   
                                   
                                   


Lagi Keratan Akhbar dan Info Grafik Kezaliman PAS Terengganu 1999-2004

$
0
0
PAS sememangnya bukan seperti mana yang digambar sebelum mendapat kuasa mentadbir negeri kononnya berlunaskan Al Quran dan Hadis.

Kongsi Tular ini untuk melihat siapa sebenarnya PAS Terengganu...

















DALIL 1 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0



BERI ZAKAT KEPADA ANAK EXCO

Kerajaan Pas melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang dipegerusikan MB telah luluskan peruntukkan zakat di bawah asnaf ‘fi sabilillah’ kepada EXCO, iaitu Dato’ Abu Bakar Chik dan Abu Bakar Abdullah.

Ketika pendedahan dibuat, Hadi buat penafian dan minta bukti dalam tempoh 24 jam.

Setelah dibuktikan, Hadi jawab EXCO berkenaan tidak tahu anak mereka perolehi zakat daripada Maidam dan sanggup bayar balik.

Kata Hadi, “Wakil rakyat kita nak bayar balik. Dia dah tahu (anak ambil wang zakat), dia nak bayar balik”.

Dua orang anak Abu Bakar Chik terima wang zakat iaitu Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan Abdullah Basri Abu Bakar. Manakala tiga orang anak Abu Bakar Abdullah, Tuan Noor Fadhilah Abu Bakar, Tuan Izzuddin Abu Bakar dan Tuan Mohd Mujahid Abu Bakar.

Anak EXCO begitu mudah dapat wang zakat, sedangkan orang miskin yang sangat memerlukan terpaksa merayu setelah namanya tercicir. Alasanya kerana permohonan itu tidak disertakan surat sokongan daripada parti Pas.


Zaman pemerintahan Pas, syarat layak zakat ialah mempunyai surat sokongan daripada parti Pas? 


DALIL 2 :Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

WANG ZAKAT BAYAR ELAUN KADER PAS

Kerajaan Pas telah melantik 320 orang seluruh negeri, iaitu 10 orang bagi setiap DUN bagi membantu YB dan pemimpin Pas.

Mereka bergerak seluruh negeri membuat sesi penerangan dan ceramah bagi pihak Pas dengan menggunakan nama mubaligh, tetapi sebenarnya kader politik.


Setiap kader dibayar dengan wang zakat antara RM600 hingga RM800 sebulan atas nama musafir. Zaman pemerintahan Pas, duit zakat digunakan bagi tujuan propaganda dan gerak saraf politik! 

DALIL 3 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

RAMPAS WANG EHSAN UNTUK KUSZA, TATI DAN SEKOLAH AGAMA


Rakyat telah sedar bahawa setiap tindak tanduk Kerajaan Pas telah merosakkan system pendidikan di Kolej Agma Sultan Zainal Abidin (KUSZA)(kini Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Institut Lanjutan Teknikal Terengganu (TATI) (kini Kolej Universiti TATI). 

DALIL 4 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

28 PELAJAR TIADA SPM MASUK KUSZA

Kerajaan Pas telah mengarahkan KUSZA supaya mengambil 38 pelajar tanpa SPM daripada sekolah yang ditadbir Pas, Maahad Darul Quran yang beralamat di Masjid Rusila, Marang. Surat tawaran dikeluarkan oleh pihak Pendaftar KUSZA.

Hadi Awang yang juga Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Terengganu mengarahkan yayasan itu mengeluarkan biasiswa kepada pelajar terbabit dengan wang pendahuluan RM500.

Tindakan Pas itu telah merosakkan nama baik KUSZA (Kini, Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana pengambilan pelajar tanpa SPM menyulitkan institusi itu mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).



DALIL 5 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
PENSYARAH KUSZA TANPA SPM

Kerajaan BN yang bina, pemimpin Pas yang rosakkan!

Itu gambaran yang boleh diberikan berkenaan tindakan Kerajaan Pas terhadap KUSZA. Peraturan dan kelelayakkan ditolak ketepi dan biarkan kewibawaan KUSZA tercalar, asalkan Pas dapat melebarkan pengaruhnya ke merata institusi yang mereka kuasai.

Exco Kerajaan Pas yang menjaga hal pendidikan, Dato’ Harun Taib tidak sepatutnya menyamakan pengurusan KUSZA dengan sekolah milik beliau di Kubang Lembik, Manir.

KUSZA dirosakkan, tiba-tiba sekolah yang diuruskan parti Pas itu dijadikan Kolej Universiti dengan nama Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah. Siapa yang mengiktiraf penubuhan kolej universiti itu?



DALIL 6 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

KUNCI BALAIRAYA, HALAU MURID TADIKA Politik balas dendam Kerajaan Pas tidak kira siapa, kanak-kanak tadika pun menjadi mangsa. Kemenangan Pas di Terengganu menjadi ‘habuan’ buat pemimpin hingga kepada penyokong bawahan, iaitu mereka boleh tunjuk kepada UMNO dan BN bahawa Pas ada kuasa!
 Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) di setiap kampung ‘naik toncang’ dengan mengunci balai raya, tempat kanak-kanak tadika belajar. Pelajar dan guru dihalau! Turut terkena tempias ‘kemakmuran’ pemerintahan Pas, tadika di ladang-ladang milik TDM.
 10,000 kanak-kanak yang tidak faham ‘Apa Itu Politik?’ di 391 buah tadika menjadi mangka kezaliman Kerajaan Pas Terengganu. 
Akhirnya, keegoan membawa padah! Pas tumbang pada 2004 disebabkan kezaliman, kerakusan dan tindakan yang tidak berperi kemanusiaan.
 



DALIL 7 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
PAS PUNCA MRSM-YT DITUTUP

Bagi menutup kegagalan, menjadi kebiasaan Kerajaan Pas menyalahkan UMNO dan menuduh BN zalim. Isu penutupan MRSM-YT di Dungun dan Besut sebenarnya berpunca daripada pemimpin Pas.

Surat YT bertarikh 19 Disember 2002 mengarahkan MARA mengosongkan premis milik YT di Dungun dan berpindah ke sebuah lagi cawangan MRSM-YT di Besut selewat-lewatnya 5 Januari 2003.

Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Nazri Aziz bertindak sebagaimana arahan YT, keluarkan pelajar dengan segera sebelum 5 Januari 2003.

Faktor lain yang menamatkan kerjasama MARA dan YT adalah disebabkan Kerajaan Pas sendiri tidak mematuhi perjanjian dengan menyediakan peruntukkan bagi penyelenggaraan bangunan dan kawasan.

Kos bagi pendawaian semula elektrik, pembinaan tangki air di MRSM-YT Dungun, penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan lampu jalan ditanggung sepenuhnya oleh MARA, padahal mengikut perjanjian ia tanggungjawab pihak YT.


Agenda Pas cukup jelas iaitu mahu menguasai sebanyak mungkin institusi dengan apa cara sekali pun. Maka dengan itu tertubuhlah Kolej Sains al-Quran bagi mengisi kekosongan bangunan berkenaan serta melebarkan penguasaan Pas. 



DALIL 8 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

SELAMA 4 TAHUN, PAS HANYA BINA SATU RANGKA MASJID

Kerajaan Pas hanya ada satu pilihan iaitu menyalahkan UMNO apabila Masjid Kampung Gemuruh di Tepuh tidak mampu disiapkan, padahal masjid itu terletak bersebelahan dengan masjid lama dan rumah Exco Kerajaan Pas, Abu Bakar Abdullah.


Penduduk Kampung Penarik di Setiu juga turut menjadi ‘mangsa kelentong’ Kerajaan Pas yang dibuat sendiri ADUN Pas Permaisuri ketika itu, Rozali Muhammad. 


DALIL 9 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0

BERI TANAH KEPADA KRONI, ORANG KAYA

Zaman Kerajaan Pas, tanah yang diagihkan kepada rakyat yang menyokong UMNO dirampas dan tanaman dimusnahkan seperti yang berlaku kepada 15 penduduk di Kampung Alor Serdang, Setiu dan 30 peneroka di Kampung Kubu, Marang.

Bagi penyokong Pas, ‘habuan’ dari sebuah Kerajaan yang dijaja sebagai adil dan menurut Islam ialah lot-lot tanah kerajaan termasuk tanah yang dikosongkan untuk tujuan pembinaan sekolah, padang ragut dan kawasan riadah oleh Kerajaan BN sebelum ini.


Pas bukan setakat bagi tanah kepada penyokong-penyokong mereka tetapi kepada individu yang sudah ada tanah, orang kaya serta kroni. 

DALIL 10 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
 LANTIK ANAK-BERANAK EXCO JADI PENGARAH

Wan Hassan Wan Embong, adik kepada Exco Kerajaan Pas, Dato’ Wan Muttalib Wan Embong dilantik sebagai:

1.      Pengarah TDM Sdn. Bhd.
2.      Pengarah TD Poultry Sdn. Bhd.
3.      Jawatankuasa Audit TDM Bhd.

Najman Kamaruddin, anak saudara kepada Exco Kerajaan Pas, Dato’ Harun Taib turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di empat anak syarikat TDM yang mana Harun merupakan Pengerusi TDM.

1.      TDM Trading Sdn. Bhd.
2.      TDM Properties Sdn. Bhd.
3.      TDM Helling Sdn. Bhd.
4.      TD Ijarah Sdn. Bhd. 

Viewing all 490 articles
Browse latest View live