Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

BR1M Rasuah Adalah Mereka Yang Buta Mata Hati, Berjuta Rakyat Golongan Sasar Mendapat Manfaat

$
0
0
Berjuta Rakyat Terima Manfaat BR1M

   
PENDEKATAN kerajaan melaksanakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bertujuan menolong 40 peratus rakyat yang berpendapatan rendah.

Misinya jelas, bukan hendak membeli undi dan bermotifkan politik.

Bantuan ini adalah jaringan sosial rakyat dan menjadi kaedah kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada orang ramai.

Bagaimanapun, sedih apabila pelbagai dakwaan dilemparkan kepada usaha kerajaan itu termasuklah rakyat dikatakan menjadi pengemis apabila meminta bantuan itu.

BR1M juga dikatakan sebagai rasuah yang mana mereka yang menerimanya pula dikatakan sebagai mudah termakan umpan serta tiada maruah.

Tetapi apabila dilawan dengan hujah bernas, individu terbabit yang juga tokoh besar suatu masa dahulu membuat pusingan U dan mahu BR1M diteruskan pula andai pakatan pembangkang berkuasa.

Baru-baru ini, menjadi tular di laman media sosial bahawa permohonan BR1M ditolak kerana pemohon berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Adakah SSM menjadi punca utama BR1M ditolak?

Menjelaskan mengapa lebih 600,000 pemohon BR1M ditolak, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu, mereka ini didapati berpendapatan antara RM5,000 hingga lebih RM10,000 sebulan.

Selain daripada itu, terdapat juga permohonan ditolak kerana gagal memberikan maklumat penuh termasuk dokumen perincian pendapatan.

Langsung tidak ada kena mengena dengan SSM malah ada dalam kalangan mereka berdaftar dengan SSM mendapat BR1M kerana mereka memberi maklumat penuh seperti yang diminta kerajaan pada 31 Disember 2016.

Di sebalik tohmahan konon BR1M adalah rasuah, ada pemohon yang memiliki penyata kewangan lebih RM200,000 turut memohon bantuan itu.

Perkara tersebut didedahkan Johari selepas kerajaan mengenakan syarat dokumen sokongan terhadap permohonan berkenaan mulai tahun 2016.

Apakah tujuan syarat dokumen sokongan itu dibuat?

Tujuan utama perkara itu dibuat adalah bagi mengelakkan golongan kaya turut mendapat bantuan berkenaan tatkala ramai lagi rakyat marhaen yang sepatutnya memerlukan tidak pula mendapat BR1M.

Johari turut mendedahkan ada di dalam kalangan pemohon BRIM yang diterima untuk diproses daripada mereka yang berpendapatan bulanan melebihi RM10,000.

Adakah golongan itu layak untuk menerima BR1M?

Secara keseluruhan, seramai 6,320,769 permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 yang merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,242,048 penerima isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bantuan RM900 kepada 291,918 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000, dan bantuan RM450 kepada 2,786,803 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 bilion.

Adakah kerajaan mengamalkan sikap pilih kasih atau mengetepikan pihak tertentu dalam pemberian bantuan berkenaan?

Johari juga telah menjelaskan daripada 7,280,340 penerima BR1M yang layak, Selangor yang diperintah kerajaan negeri PKR adalah penerima BR1M tertinggi dengan jumlah 1,017,403 orang.

Ini membuktikan kerajaan tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan berpendapatan rendah tidak kira di mana mereka tinggal, kaum apakah mereka atau parti mana yang mereka undi.

Sejak dilaksanakan pada 2012, BR1M mendapat pengiktirafan Bank Dunia sebagai program pindahan tunai yang berjaya sampai kepada 90 peratus golongan yang memerlukan dan juga diiktiraf sebagai sangat progresif dan bukannya regresif seperti subsidi petrol dan diesel berbentuk pukal.

Bank Dunia juga menyatakan BR1M merupakan penyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan dan sekiranya BR1M dan bayaran kebajikan yang lain tidak dilaksanakan, kadar kemiskinan di negara ini akan lebih tinggi.

Selain Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) juga mengiktiraf BR1M sebagai program jaringan keselamatan sosial yang memberi manfaat kepada golongan yang terdedah kepada kemiskinan.


Pastinya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberitahu bantuan seumpama itu turut disalurkan kepada rakyat miskin di Arab Saudi, ia sekali gus menutup mulut individu yang selama ini menghentam kerajaan dengan tuduhan melulu dan negatif terhadap BR1M itu sendiri.

DALIL 11 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
PECAT, TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK


Pemerintahan Pas di Terengganu penuh dengan dendam!




DALIL 12 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
EXCO ARAH ANAK SYARIKAT, BADAN BERKANUN AMBIL FIRMA GUAMAN SENDIRI

Exco Kerajaan Pas, Dato’ Wan Abd. Muttalib Embong mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri (EPIC Berhad) dan badan berkanun negeri (Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu) mengambil firma guaman miliknya, Wan Abd. Muttalib & Co. sebagai panel peguam.


Mungkin ini antara contoh ‘ketelusan’ yang mahu ditonjolkan oleh pemimpin Pas setelah mendapat kuasa! 


DALIL 13 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
6 ENAKMEN SYARIAH TIRU UNDANG-UNDANG ISLAM PUSAT

Kerajaan Pas Terengganu mendakwa 6 Enakmen Islam yang baru akan dibentangkan dan Terengganu menjadi negeri Islam pertama melaksanakan undang-undang itu.

Apabila dibentangkan di DUN pada 25 Ogos 2001, pecahlah tembelang apabila didapati lima daripada enam enakmen itu diceduk terus daripada Akta Parlimen yang diluluskan sejak tahun 1993 untuk Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.


Exco Kerajaan Pas, Dato’ Harun Taib tidak mengaku dengan berkata, “Kita tidak langsung mencedok dan meniru. Kecuali Penasihat Undang-Undang kata dia tiru, tak tahulah”



DALIL 14 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
PENEROKA FELDA KENA TIPU GERAN KOSONG

Kerajaan PAS Terengganu menjadikan ‘surat tanah’ dan geran tanah untuk maraih sokongan rakyat. Geran ‘palsu’ yang diterima hampir 400 peneroka Felda Neram 1 di Kemaman dilihat mahu memperbodohkan warga Felda.


Geran kosong yang tidak ada pelan diagihkan kepada peneroka Felda pada 14 November 2001 di Dewan Orang Ramai, Felda Neram 1. Adakah pemimpin PAS merasakan orang Felda mudah untuk ditipu? Kenapa PAS sanggup tipu peneroka?




DALIL 15 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
ISTERI YB PAS DILANTIK AHLI LEMBAGA YPKT

Bukan sahaja kroni dan anak-beranak malah isteri kepada YB-YB PAS turut diberi ‘habuan’ oleh Kerajaan PAS Terengganu.

Isteri Exco negeri, Dato’ Harun Taib iaitu Fatimah Ibrahim dan isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad iaitu Dr. Noraini Hashim dilantik sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Ismail Dagang, iaitu adik kepada calon PAS yang kalah di DUN Seberang Takir, Zakaria Dagang pula dilantik Pengarah YPKT, manakala bekas calon PAS  yang kalah dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1995, Baharuddin Mohamad dilantik Timbalan Pengarah YPKT.


Ketua Muslimat PAS Terengganu ketika itu, Safinah Jusoh turut dilantik sebagai ahli lembaga YPKT.


DALIL 16 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
KHUTBAH : YB PAS LANGGAR TITAH SULTAN

Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Shukrimun Shamsuddin tidak melepaskan peluang untuk tunjuk ‘angkuh dan biadap’ dengan mencampakkan teks Khutbah yang disediakan JHEAT di Masjid Mukim Teluk Pasu.


Perbuatan yang melanggar Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran JHEAT 1986 sekali gus melanggar titah Sultan Terengganu kerana tidak menggunakan teks khutbah yang dikeluarkan JHEAT.

DALIL 17 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
HUDUD PAS BERCANGGAH

Hudud PAS versi Terengganu (Tahun 2002) bernama ‘Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) 1423H/2002M mengandungi 67 fasal.

Manakala, Hudud PAS versi Kelantan (Tahun 1993) bernama ‘Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993’ pula mengandungi 72 fasal. Kenapa ia berbeza?

Apabila Hudud yang digubal PAS dipersoalkan, pemimpin PAS terus menuduh UMNO kafir seperti yang dikeluarkan oleh EXCO Pas Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik terhadap orang UMNO dan peguam, Dato’ Shukri Mohamad. 

Qazaf Rogol (Fasal 9) sangat mengelirukan: (1) Bagaimanakah boleh sama Qazaf Rogol dengan Qazaf Zina? (2) Apakah rogol itu termasuk dalam Hukum Hudud? (3) Mengapakah peruntukan itu tiada dalam EKJS (II) 1993 Kelantan.


Hudud PAS tidak menepati Hudud Allah yang mengetepikan ‘keadilan sejagat’ : (1) Apakah adil hanya orang Islam sahaja yang kena Hudud - Fasal 59 (1), (2) Adakah adil wanita hamil tanpa suami disabitkan zina? – Fasal 49 (2), dan (3) Bagaimana boleh jamin keadilan, hakim tidak ikut syarat Islam? – Fasal 66.




DALIL 18 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
NOTIS 24 JAM PECAT CEO TATI

Tidak sampai dua tahun PAS mentadbir Terengganu, 20 pegawai dan kakitangan TATI serta anak syarikat ditamatkan perkhidmatan.

Pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TATI, Prof. Dr. Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 2002 dan Pengurus Besar TATI, Ariffin Mohamad pada 31 Disember 2002 kerana tidak menyerahkan wang ihsan yang disalurkan Kerajaan Pusat untuk institut berkenaan kepada Kerajaan PAS Terengganu.


Rakyat bertanya, apakah tiadakan PAS yang disifatkan sebagai ‘tidak bertamadun’ itu dituntut oleh agama? Apakah sikap menghina dan tunjuk kuasa ia diredai Allah dan dihalalkan oleh Islam?




DALIL 19 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
IMAM, BILAL SOKONG UMNO DIPECAT

Dato’ Harun Taib mengaku, Kerajaan Pas telah menamatkan perkhidmatan ke atas 26 orang imam dan tiga bilal sehingga April 2001.

Bahasa ulama ‘putar’ menafikan imam, bilal dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan! Apa beza antara dipecat dan ditamat? Pemimpin Pas gagal memperbodohkan rakyat dalam perkara ini.

Antara penipuan Kerajaan Pas ialah pemecatan Imam Masjid Kampung Pujuk, Kuala Terengganu yang berkuatkuasa 1 November 2011. Surat bertarikh 26 Disember 2001 atau 11 Syawal 1422 itu mendakwa Encik Junus @ Abdul Razak Bin Muda diwajibkan bersara kerana umur mencapai 65 tahun.

Encik Junus (No. Kad Pengenalan 421022-11-5083) yang beralamat di No. 4898, Kg. Dusun Melintang, Manir, pada ketika itu berumur 59 tahun, bukan lebih 65 tahun seperti didakwa.

Bilal dari Masjid Kg. Pulau Kerengga, Marang, Azahari Muda, 42 tahun ditamatkan perkhidmatan sehingga membawa kepada laporan polis pada 5 Mei 2001.


Selain itu, kerakusan Kerajaan Pas memecat Bilal Masjid Kg. Getang, Kuala Berang, Tengku Dagang Tengku Wok melalui surat bertarikh 17 September 2001 telah mengundang bantahan kariah kampung berkenaan.






DALIL 20 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
HASIL BALAK UNTUK PARTI PAS

Sumbangan atau Rasuah? Pendedahan bagaimana permohonan kawasan balak seluas 200 ekar di Sungai Patang, Tebak, Kemaman oleh Wan Osman Wan Omar yang disokong para pemimpin Pas untuk disalurkan kepada JSR dan parti Pas.

Perjanjian ‘rasuah’ antara Wan Osman dibuat dengan Yang Dipertua Pas Kemaman merangkap ADUN Chukai yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB. Awang Dagang Jusoh, ADUN Pas Kijal, YB. Mehamad Sulong, ADUN Pas Air Putih, YB. Ismail Harun, Penyelaras Pas DUN Kemasik, Che Alias Hamid dan Ahli Parlimen PKR Kemaman, Abdul Rahman Yusof.

Adakah YB-YB PAS dan PKR turunkan tandatangan sebagai menyokong aktiviti rasuah! Turut terlibat, Pengerusi-Pengerusi JSR dari beberapa buah kampung.

Dalam perjanjian itu, antara yang menerima termasuklah 67 buah cawangan Pas di Kemaman akan menerima RM46,900, sejumlah RM51,100 untuk 73 buah JSR, Pas Kemaman terima RM700 serta 4 pejabat MTD (ADUN Pas) sebanyak RM2,800.


Malangnya, agihan untuk PKR Kemaman sebanyak RM10,000 dipotong. Jumlah keseluruhan ‘rasuah’ sebanyak RM154,200.



DALIL 21 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

$
0
0
10,000 EKAR UNTUK PENGERUSI HARAKAH

Pas mungkir janji! Manifesto Pas Fasa 11.1 yang menyatakan : “Kerajaan Pas akan mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan mempastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara”

Pada 15 November 2000, Kerajaan Pas telah meluluskan 10,000 ekar di Hutan Simpan Sungai Paka, Mukim Besol, Dungun kepada kroninya, Dato’ Hishamuddin Yahaya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Pengerusi Harakah melalui syarikat North East Plantation Sdn. Bhd. (NEP).

Hishamuddin juga merupakan calon Pas dalam Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Pahang pada tahun 2004.

Apakah tujuan sebenar di sebalik kelulusan itu? Adakah benar untuk tujuan perladangan kelapa sawit dan ternakan lembu? Atau untuk kayu balak?

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada masa itu mengesahkan projek berkenaan tidak sesuai atas faktor kecerunan dan kawasan tadahan banjir.



Calon Pas, Dato’ Hishamudin Yahaya (Kanan) dan calon BN, Ustaz Redzwan Harun (kiri) selepas penamaan calon dalam pilihanraya kecil DUN Sanggang, Pahang pada tahun 2004.



Razali Malu Target 2000 Orang GAGAL di Ajil

$
0
0
MELIHAT satu artikel yang di muat naik oleh sebuah portal yang menjadi rujukukan pembaca media sosial Terengganu menerusi laman-laman berita terkini di Terengganu Times yang telah mendapat hampir 1,500 tular kini.

Diantara pilihan yang ada di Negeri Terengganu adalah portal berita tersebut  yang banyak memaparkan berita-berita berkaitan negeri Terengganu dan secara langsung berita-berita politik semasa.

Berkaitan berita politik juga, mereka telah memuatnaik ceramah PPBM yang diadakan di Pekan Ajil pada khamis malam lalu dengan meletakan tajuk “400 Orang Sambut Mahathir dan Anaknya di Ajil” telah menjadi kerisauan para pengerak PPBM Terengganu.
  
Menurut beberapa sumber dalam PPBM, Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu malu apabila jangkaan awal malam tersebut seramai  2000 orang.

Tetapi malangnya, telah diperkecilkan oleh portal berkenaan dalam satu artikel lagi olehtheturtlekick.blogspot.com juga telah memuatnaik artikel ceramah tersebut yang mana menyatakan kehadiran malam itu seramai 5000 orang.

Menurut sumber lagi, pada peringkat awal Datuk Razali Idris telah berjanji akan menurunkan seramai 2000 orang ke program sulung yang dianggap besar di Terengganu tetapi GAGAL.

Ramai rakyat yang hadir malam itu ingin mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir dimana akan dinilai oleh rakyat negeri ini kelak.

Sebelum itu, Razali yakin dapat menurunkan 2 ribu orang  tetapi meleset dan jumlah keseluruhannya tidak sampai 1 ribu orang.

Razali yang telah menerima tawaran lumayan dari pemimpin PPBM  sebelum meninggalkan umno dan perjanjian itu telah menawarkan bahawa beliau akan  menjadi pengerusi negeri serta sejumlah wang yang agak lumaya dan berjanji akan mengeluarkan 2000 orang malam tersebut.

Dengan kehadiran rangkain 3M PPBM yang hebat seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir tidak dapat menanrik lebih ramai rakyat negeri ini untuk mendengar ceramah mereka.

Dan sepatutnya dengan kehadiran 3M itu, paling kurang 10 ribu orang dating mendengar ceramah tersebut...

GAGAL... GAGAL... GAGAL... itu yang sedang bermain dari ahli baru PPBM Terengganu kini.



Razali BLUR Dalam Politik, Sebab Tu Dok Layak Duduk Dalam UMNO

$
0
0
SATU kenyataan yang dimuat naik oleh Razali Idris dalam akaun facebook miliknya yang menyatakan "RUU355 !!! Umno diperkudakan oleh MCA dan MIC manakala Melayu Islam Suffer"

Razali mungkin sudah berkecimpung dalam politik sudah agak lama, tetapi beliau sendiri tidak tahu membezakan yang mana isu berkaitan politik dan isu negara.

Seperti mana contoh isu RUU355 yang dimainkan pembangkang dimana pindaan akta RUU355 yang bakal dikuatkuasakan kepada umat islam dinegara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

RUU355 adalah pindaaan kepada akta sedia ada yang mana akan memberi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah diman sebelum ini dianggapkan agak ringan dan tidak menjadi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah.

Sejak kebelakangan ini, Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Nerus, Razali Idris sengaja mencari publisiti murahan dengan mengkritik kerajaan tanpa mengemukakan fakta yang bernas.

Beliau sebenarnya ‘blur’ dengan isu-isu politik negara malah mungkin dia ‘tinggal bas’ macam orang Terengganu kata.

Slogan "berani berubah" yang cuba dibawa beliau adalah sama slogan kempen Mukhriz Mahathir ketika kalah jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disebabkan berbau slogan parti rasis DAP ‘Ubah’.

 Razali yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO Marang dan tindakan menyertai PPBM yang jelas ditolak rakyat hanya perjuangan sia-sia untuk kepentingan legasi Mahathir semata-mata.

Daripada Razali sibuk ‘bising dalam facebook’, baik beliau jelaskan kenapa dia tidak dilantik sebagai Pengerusi PPBM Marang tetapi ditendang ke kawasan Kuala Nerus sedangkan beliau asal dari Marang.

Manakala PPBM pula hanya parti kuli dalam Pakatan Pembangkang dan takut kepada DAP dan ini terbukti DAP jadi ketua dalam Pakatan dan bukan PPBM.

Keadaan ini tidak sama dengan UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.

PPBM BERMIMPI DISIANG HARI UNTUK MENJADI CALON PERDANA MENTERI

$
0
0

PAGI ini telah tersebar surat persetujuan diantara PKR, DAP, PAN dan PPBM  di media sosial dimana pembahagian kerusi bagi Pakatan Harapan yang telah dijenamakan sebagai Barisan Rakyat (BR).

Didalam sebaran itu jelas tercatit pembahagian kerusi-kerusi parlimen sebanyak 222 yang dibahagikan kepada 4 parti gabungan pembangkang.

Susulan dari surat yang diedarkan tersebut menyatakan Pakatan Harapan telah sebulat suara bersetuju meletakkan calon dari PAN dan PPBM untuk bertanding di setiap konstituensi milik PAS sebelum ini.

Dalam sebaran itu juga turut disertakan jumlah pembahagian kerusi parlimen yang di dahului PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Agihan Kerusi PRU14 : Jumlah kerusi yang dipersetujui oleh DAP & PKR untuk PAN & BERSATU

1. PKR - 98 kerusi
2. DAP - 51 kerusi
3. PAN - 37 kerusi
4. PPBM - 36 kerusi

JUMLAH = 222 kerusi
#BeraniBerubah

FELDA UNTUK SEMUA ? - Agenda DAP

$
0
0


BEBERAPA keping poster telah dikesan berada dalam pasaran Malaysia kini terutama di pantai barat semenanjung yang mengekplotasi FELDA untuk kepentingan politik parti pembangkang.

Felda yang dikendalikan sepenuhnys oleh Tun Abdul Razak pada tahun1956 melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) dan kini dikenali sebagai Federal Land Development Authority (FELDA).

Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958 di Lembah Bilut, Bentong, Pahang melibatkan seramai 400 orang peneroka yang rata-ratanya bumiputera melayu ISLAM.

Peneroka rancangan FELDA ketika itu terdiri daripada rakyat miskin luar Bandar yang mana berusaha membuka tanah-tanah hutan untuk dimajukan dengan penanaman getah dan juga kelapa sawit.

Tun Abdul Razak memainkan peranan yang cukup penting menaik serta mengembangkan FELDA semasa menjadi Perdana Menteri yang ke 2 banyak membantu rakyat luar Bandar membuka tanah-tanah rancangan FELDA di semenanjung Malaysia.

TETAPI kini, rancangan tanah yang dibangunkan bumiputera itu tegugat dengan kelantangan parti pembangkang yang cuba merosakkan FELDA yang mana dibangunkan sejak 60 tahun lalu serta banyak mengubah sosio ekonomi masyarakat melayu luar bandar khasnya.

Kini dikesan beberapa poster yang yang ditabur untuk merosakkan pemikiran generasi ke 2 dan ke 3 FELDA yang mana parti pembangkang mahukan tanah rancangan itu dibuka kepada semua KAUM.

SETELAH susah payah para peneroka awal membangunkan tanah rancangan itu dan kini kaedah dan cara pembangunan yang moden telah membuatkan pembangkang yang dimanopoli DAP untuk mengambil alih FELDA jika mereka menguasai pentadbiran Putrajaya kelak.

Poster berkenaan nyata mahu membuka seluas-luasnya tanah rancangan itu kepada semua kaum dinegara ini jika mereka berkuasa nanti. Mereka juga turut menggunakan anak-anak FELDA bagi menjatuhkan FELDA itu sendiri sepertimana yang kita lihat hari ini.

Pelbagai cara untuk melemahkan FELDA sejak pakatan pembangkang yang tahu keupayaan FELDA membantu MELAYU di luar Bandar tetapi rakyat masih buta untuk menilainya. - kulihatlangitbiru.com

JAWAPAN UNTUK SEMUA ISU FELDA

$
0
0

Baru-baru ini, perbincangan hal ehwal FELDA di peringkat BN dari awal penubuhan tidak bermusim, perihal jatuh bangun suka duka kejayaan dan kegagalan cukup panjang dan perlu dijelaskan kepada warga FELDA bahawa Kerajaan BN tetap bersama dan tidak masuk akal jika kerajaan sendiri ingin melakukan sesuatu tindakan memusnahkannya.

Menjelang pilihanraya FELDA akan menjadi idaman pihak pembangkang yang ingin menjadi juara dalam memperkatakan isu-isu yang berkaitan FELDA.

Program Ramah Mesra (25 Mac 2017) YB Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Warga Felda Wilayah Jengka telah menjelaskan beberapa perkara berbangkit meliputi beberapa perkara iaitu :-

1. PENSTRUKTURAN FELDA

– diistruktur semula supaya mempunyai struktur yang jelas sebagai sebuah syarikat meliputi untung rugi sesuai sebagai sebuah syarikat perniagaan.

-Felda Technoplant (FTP) sebagai contoh yang menguruskan hampir 440,000 hektar tanah tidak mengambil sebarang keuntungan dalam operasi mengurus sebaliknya dilihat lebih kepada CSR menyebabkan efisiensi FTP merosot.

– Penstrukturan FTP kepada syarikat akan meningkatkan mutu dan moral pekerja untuk memastikan efisiensi FTP menguruskan ladang secara lebih teratur.

2. BAYARAN BTS

– masalah ini tidak melibatkan kesemua warga FELDA. Daripada 112,000 peneroka sebanyak16,000 peneroka memilih untuk keluar dari pengurusan FELDA dengan menanam sendiri dan menguruskan ladang sendiri terutama di Kelantan seperti di FELDA Kemahang.

– Bakinya 97,000 peneroka masih bersama FELDA dan majoriti mereka menyerahkan kepada FELDA 100% untuk diuruskan melibatkan pembayaran sebulan sekali dan tiada masalah dengan sistem pembayaran

– Masalahnya ada kelompok yang pada awalnya memilih untuk bersama FELDA bermula dari penanaman semula dan menerima sara hidup sebaliknya memilih untuk menguruskan sendiri dan tidak bersama FELDA.Mereka ini memerlukan wang untuk belanja menguruskan ladang dan keperluan peribadi.

– YB Dato Razali Ibrahim akan membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh YAB PM selaku Menteri FELDA agar mereka ini diberikan pendahuluan namun pembayaran tetap dilakukan dua kali sebulan. Bakinya akan ditolak berdasarkan BTS yang dihantar.

– FELDA Jengka 4 akan dijadikan ‘pilot projek’ bagi menangani masalah kelompok yang terjejas tetapi ianya bukanlah dasar FELDA buat masa namun akan melihat keberkesanannya.

– Pembayaran secara mingguan akan menyebabkan Pengurus FELDA yang sepatutnya melakukan tugas mengurus hal ehwal tanah rancangan terganggu kerana terpaksa dalam masa yang sama menguruskan pembayaran BTS secara mingguan.

– Pembayaran secara mingguan juga melibatkan soal keselamatan seperti kecurian dan rompakan.

3. HUTANG PENEROKA

– Arahan telah dikeluarkan kepada pengurusan FELDA supaya perincian penyata yang dahulunya 13 penyata kepada hanya 1 penyata diberikan kepada peneroka

– maklumat diperlukan untuk memuktamadkan jumlah sebenar hutang peneroka dan mereka yang merasakan jumlah adalah terlalu tinggi perlu berjumpa dengan pengurus dirancangan masing masing dengan mengemukakan bukti bagi menunjukkan berapakah hutang sebenar mereka.

-Penyelesaian kepada masalah ini secara jangkamasa panjang adalah FELDA melalui FTP perlu mendekati golongan peneroka yang memilih untuk menguruskan ladang sendiri kembali menyerahkankan kepada FTP tetapi dengan syarat FTP terlebih dahulu perlu meningkatkan efisiensi mereka.

– Penyelesaian j/pendek FELDA memberikan peneroka wang pendahuluan bagi mereka menguruskan ladang dan hal peribadi tetapi bayaran tetap dilakukan 2 kali sebulan dan baki ditolak pendahuluan yang telah diambil dan ianya hanya melibatkan kawasan rancangan yang terjejas dan bukan melibatkan keseluruhan rancangan FELDA yang tidak terjejas.

4. PERUMAHAN GENERASI KEDUA FELDA (PGBF)

– 11,000 buah rumah masih belum dilaksanakan dari 20,000 yang disasarkan manakala bakinya telah dilaksanakan samada yang telah diduduki mahupun yang terbengkalai.

– Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah diminta untuk bekerjasama dengan FELDA bagi melaksanakan PGBF.Walaupun SPNB hanya membina rumah tetapi FELDA pula akan membina infra berkaitan perumahan.

– Pemberian tanah tanah lot akan dipertimbangkan berdasarkan kemuafakatan kepimpinan setempat kerana bukan semua tanah rancangan sesuai dilaksanakan.

5.PENJELASAN ISU YANG DIMAINKAN PEMBANGKANG

– Pembangkang berniat memecahkan perpaduan dikalangan peneroka FELDA kerana menyedari FELDA adalah kubu kuat BN.

-TABUNG HAJI,MARA dan LTAT menjadi sasaran kerana disitu terletak kekuatan Melayu dan FELDA tak terlepas dari sasaran tohmahan.

– YB Rafizi sebagai contoh telah mengemukakan laporan kewangan FELDA 2014 tentang kehilangan RM100 juta walhal yang sebenarnya ianya tidak hilang sebaliknya dicatatkan kegunaan PGBF yang diberikan subsidi yang tidak perlu diletakkan didalam penyata.

-Pelaburan didalam Rajawali di Indonesia yang dikatakan telah menggunakan wang FELDA adalah tidak benar.Penguasaan 37% saham didakwa membeli dengan harga tinggi sebanyak US 505 juta dan 172% lebih tinggi dari harga premium pasaran juga menunjukkan kedangkalan pembangkang berfikir.

– Pembelian bukanlah berdasarkan premium harga tetapi saiz tanah yang bakal dimiliki berjumlah 320,000 hektar dan daripada jumlah itu145,000 hektar merupakan pokok yang hampir matang.

-Purata RM16,000 seekar tanah di Indonesia adaah transaksi yang paling murah di Indonesia jika hendak dibandingkan pengeluaran hasil tanah 10 ekar mencecah 32 tan kerana kesuburan tanah berbanding di Malaysia yang purata maksima hanya sekitar 25 tan bagi 10 ekar.

-Harga sawit pula semakin baik berikutan faktor cuaca El Nino menyebabkan tiada lambakan pengeluaran.

– Lawatan DS Najib ke China baru baru ini telah mebawa kepada peningkatan jumlah import minyak sawit dari Malaysia yang dahulunya banyak di beli dari Indonesia.

– Harga sawit yang telah stabil kebelakangan ini berikutan penubuhan Majlis Pengeluar Minyak Sawit Dunia secara tak langsung telah meningkatkan hasil kumpulan FELDA termasuk FGV .

Sejak tahun 1996 FELDA tidak pernah menerima apa apa peruntukkan dari Kerajaan Persekutuan berbanding agensi lain seperti RISDA,FELCRA dan KEJORA menunjukkan kebolehupayaan FELDA.

Walaupn menghadapi tohmahan FELDA tetap memberikan pinjaman kepada peneroka melalui tanaman semula dan wang sara hidup dan ini tidak dirasai oleh mana mana pekebun kecil dibawah agensi yang lain

Sampai ke hari ini, FELDA memberikan hutang kepada peneroka lebih RM 1.4 billion yang melibatkan hutang operasi antaranya kos tanam semula dan kos sara hidup.Ini tidak termasuk hutang pembinaan rumah dan pendidikan.
 
-pru14.tv-

Pendedahan Kekayaan Keluarga Mahathir

$
0
0
Pendedahan Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan berkaitan kekayaan keluarga Tun Dr. MAHATHIR MOHAMAD.

Abdul Hadi Tinggalkan Dewan DUN Sebelah Pagi

$
0
0
PRESIDEN PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dilihat meninggalkan sidang dewan undangan negeri (DUN) penggal ke 13 pagi ini selepas dewan berhenti rehat pada jam 10.30 pagi.

Menurut sumber yang ada di dewan pagi ini menyatakan Abdul Hadi meninggalkan dewan kerana masalah kesihatan yang dialami oleh beliau.

Dalam soalan lisan pagi tadi kelihatan raut wajah beliau sedikit lemah dan tidak bermaya. Semoga Presiden PAS kembali pulih seperti sediakala, insyaallah..

*HAK Sama Rata Di Perjuangkan Pakatan Harapan Kini Setelah Menerima PPBM*

$
0
0



TUN Mahathir Mohamad benggang dengan sikap prajudis ahli-ahli pakatan harapan yang tidak memenuhi kehendak beliau yang mahu tahalusiasi baru bentuk kini.

Menurut sumber yang berada dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin kanan pakatan harapan semalam, Mahathir melahirkan riaksi wajah yang kurang menyenangkan dan sedikit kecewa.

Pemohonan beliau yang mahu pemimpin melayu PPBM membawa pakatan harapan untuk menghadapi PRU 14 nanti menentang UMNO dan BN serta PAS nanti.

Dalam mesyuarat itu juga telah dipersetujui  5 perkara teras bagi pakatan harapan yang dibentuk pada kali ini.

1. Liberal, Sekular. Tidak Berteraskan Melayu
2. Semua Kaum Sama Taraf
3. Semua Agama Sama Taraf
4. Sistem Monarki Bukan Sistem Mutlak
5. Semua Bangsa Layak Jadi Perdana Menteri.

5 perkara tersebut telah dipersetujui oleh DAP. PKR, PAN dan PPBM semalam yang mana kekuatan mereka ini akan menidakan kuasa melayu Islam keseluruhannya.

Dari apa yang tertera itu, nyata  secara jelas ianya akan melanggar pelembangaan negara yang ada dan secara langsung memperlihatkan dimana kuasa bumiputera dimasa akan datang datang jika benar-benar pakatan harapan berjaya mengambil tapuk tertinggi negara.

PPBM dan PAN yang rata-rata dianggotai MELAYU ISLAM tidak mempunyai suara dalam pakatan kerana mereka ini boleh dikatakan AYAM BARU dalam pembangkang berbanding DAP dan PKR.

RAKYAT keseluruhan boleh melihat dengan jelas hala tuju pakatan harapan untuk membawa Malaysia kearah mana dan berkemungkinan bumiputera di suatu masa nanti akan menjadi minoriti di tanah air sendiri. - kulihatlangitbiru.com


Viewing all 490 articles
Browse latest View live