Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Gagasan Sejahtera, Gabungan PAS Dan IKATAN Terkubur Sebelum PRU14

$
0
0
Tanggal 13 Ogos 2016 lalu PAS telah mula bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) sebagai sebuah blok ketiga politik di negara kita.

Dikenali sebagai Gagasan Sejahtera, fungsi mereka adalah untuk "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Walau bagaimanapun, kira-kira 32 minggu selepas itu, Haji Abdul Hadi Awang berkata bahawa partinya akan bergerak sendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PAS itu berkata pada 25 Mac 2017, parti itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya.

Katanya lagi, PAS juga tidak boleh menyertai Barisan Nasional (BN) kerana masih terdapat halangan dalam melaksanakan dasar dan matlamat parti itu.

Hadi Awang juga berkata jika masuk Pakatan Harapan, ianya umpama menanggung "biawak hidup". Maknanya Hadi Awang tahu bagasi skandal Mahathir amat besar bila PPBM masuk sama dalam PH.

PAS "lone ranger". PAS telah meninggalkan IKATAN bagi menghadapi PRU akan datang.

Antara sebab yang dilihat menjadi punca perpecahan terbaharu blok alternatif pembangkang ini adalah kerana Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh untuk bertanding dalam merebut kerusi di PRU akan datang.

Telahan lagi, jika ingin dibandingkan secara konsesus, kekuatan jentera yang dimiliki oleh kepimpinan Abdul Hadi adalah jauh lebih kuat berbanding yang dipunyai Abdul Kadir dalam IKATAN.

Sehinggakan, ada cakap-cakap politik mengatakan bahawa IKATAN tiada jentera dan ahli, hanya sekadar presiden seorang sahaja menjadi pengikut dan pejuang parti serpihan itu.

Kadir juga tidak tampil pertahankan Hadi dan PAS bila diserang dan diasak oleh PAN, DAP dan PPBM. Hadi keseorangan.

Menjelang PRU ke 14 yang bakal tiba tidak lama lagi,  perpecahan parah telah berlaku dalam kedua-dua blok pembangkang, sama ada pada Pakatan Harapan mahupun yang terbaru pada Gagasan Sejahtera.

Hanya yang tinggal kuat, utuh dan terus istiqomah dalam perjuangan sehingga ke hari ini adalah 14 parti politik yang membentuk satu barisan diberi nama Barisan Nasional (BN).

Rakyat kena buat pilihan yang betul untuk masa depan negara. Parti yang tidak stabil tidak akan menjadikan negara ini lebih baik. Kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara hanya boleh diteruskan oleh parti yang stabil dan kukuh.

BUNGE Terengganu Layu Sebelum MEKAR

$
0
0
DESAS-desus pergeseran pemimpin penaja dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi negeri Terengganu sedang bergaduh sesama sendiri akibat perebutan jawatan peringkat bahagian mahu pun negeri.

Ada yang menyatakan PPBM Terengganu kini sudah mempunyai 2 kem, satu kem pengerusi penaja baru dan satu kem pengerusi penaja pendaftaran ahli parti tersebut.

Bagi pengerusi penaja keahlian PPBM Terengganu pula tidak berpuas hati apabila Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden yang telah melantik Razali sebagai Pengerusi PPBM bagi negeri Terengganu dan juga timbalannya Mohd Yusop Majid.

Menurut sumber PPBM, pengerusi penaja keahlian parti itu mengamuk setelah diumumkan nama Razali sebagai pengerusi negeri dan terus melarikan diri dari majlis yang dihadiri.

Tambahnya, pemilihan Razali telah dilihat apabila beberapa program yang diatur melibatkan  timbalan PPBM ke Terengganu dan memilih kediaman Razali sebagai tempat persinggahan.


Dan yang terbaru program diadakan di Ajil itu menyerlahkan lagi bahawa Razali akan dilantik oleh pimpinan pusat bagi negeri Terengganu setelah Razali memainkan peranan yang penting serta ditambah dengan kekuatan ekonomi beliau (kewangan).

PAS Mahu Panggung Wang Di TUTUP - Ariffin Deraman

$
0
0

Kerajaan diminta kaji balik tentang panggung wayang yang dibuka semula selepas 22 tahun ditutup sebelum ini.

Cadangan itu disebut dalam perbahasan dari ADUN Alur Limbat , Ariffin Deraman petang ini, katanya banyak kemungkaran yang berlaku didalam panggung wayang tersebut.

"saya dimaklumkan bahawa panggung wayang tersebut mempunyai 11 buah dewan kesemuanya dan boleh memuatkan seramai 1,700 orang.

"dan ianya dibuka dari pagi(jam tidak dinyatakan) hingga jam 1.00 pagi dan akan membahayakan kepada muda mudi negeri ini..."

Katanya lagi, panggung wayang itu turut dibuka sepanjang bulan ramadhan ini mengikut apa yang maklumat beliau terima dan hanya tutup pada jam 6.00 petang hingga 9.00 malam.

"jadi apabila panggung ini dibuka pada bulan puasa, ramailah yang tidak sembahyang sunat tarawih nanti,

"kita juga dimaklumka panggung wayang ini, masih lagi beroperasi dalam keadaan GELAP dan pengasingan lelaki serta perempuan masih belum dijalankan sepertimana yang dinyatakan," katanya.


Beliau turun mencadangkan supaya kerajaan tarik balik pembuakaan panggung wayang tersebut didalam dewan undang negeri petang ini. - kulihatlangitbiru.com

*PAS AKAN TUTUP PANGGUNG WAYANG JIKA MENANG TERENGGANU PRU 14*

$
0
0
PAS Terengganu telah mengambarkan akan menutup panggung wayang di Kuala Terengganu ini selepas PRU 14 nanti.

Perkara itu telah dizahirkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu petang tadi dengan menyatakan kerajaan perlu kaji semula tentang pembukaan panggung wayang tersebut.

Katanya, panggung wayang Terengganu telah ditutup sejak 22 tahun lalu dan kini dibuka kembali oleh kerajaan.

Beliau turut membuat bayangan akan menutup segala pusat hiburan yang ada di Terengganu jika PAS berkuasa nanti sepertimana dilakukan pada 1999-2004 tetapi pusat nombor ekor masih berjalan ketika itu.

Tambahnya, panggung wayang ini akan mengundangkan MAKSIAT kepada muda mudi rakyat Terengganu kerana ianya diadakan dalam keadaan GELAP berbeza dengan negeri lain.

YB Ariffin Deraman (Pas-Alur Limbat) meminta pihak kerajaan mengkaji balik dan menutup panggung wayang yang dikhuatiri menyebabkan gejala sosial yang serius berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja.

'Saya mengharapkan supaya membincangkan kembali dan menarik balik panggung wayang yang sudah 22 tahun ada di sekitar Kuala Terengganu ini'.

Beliau turut mengecam waktu tayangan yang tamat jam 1 pagi yang menyebabkan penonton seperti duduk berdua-duaan yang bukan muhrim ketika pulang lewat malam.

Ariffin bimbang ketika bulan Ramadhan ditutup hanya jam 6 petang hingga 9 malam yang mengakibatkan penonton tidak solat terawih dan menghabiskan masa di pawagam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa penayangan panggung wayang dalam keadaan gelap tidak seperti panggung negeri lain yang dibuat secara terang benderang.


Ariffin bimbang kewujudan panggung wayang akan menyumbang gejala sosial seperti peningkatan anak tidak saf taraf akibat pergaulan bebas dan mahu panggung wayang ditutup serta merta. - kulihatlangitbiru.com

Anak Butir Taik Di Pusat Tetapi Di Selangor PAS Dan DAP Bercium Mulut

$
0
0


Satu perkara yang jadi masalah kepada PAS ialah mereka bercakap di depan macam harimau, tapi di belakang mereka berkelakuan macam kucing bila berdepan dengan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Rusila, Terengganu 10 April lepas menggelarkan DAP sebagai parti 'anak butir taik' parti PAP di Singapura.

Menurutnya, PAP adalah bapa kepada DAP di negara republik berkenaan dan PAP merupakan Kerajaan Pusat di Singapura.

"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana di sana.

Ia difahamkan diadakan sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355) di Dewan Rakyat di Parlimen.

Apakah PAS benar benar benci kepada DAP kerana dilihat gelaran itu hanya ditujukan kepada DAP dalam lingkup nasional sahaja sedangkan di negeri Selangor, PAS dan DAP masih lagi berhubungan erat dan bekerjasama erat dalam kerajaan negeri.

Boleh dikatakan kerjasama PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan DAP umpama seperti sedang bercium mulut dan sukar untuk dipisahkan.

PAS sudah dituduh sayangkan jawatan dan kerusi dalam Kerajaan Negeri kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS memegang jawatan dalam Exco Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kerajaan negeri, ada tiga Exco wakil dari PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut, Iskandar sebelum ini mereka hanya menunggu arahan daripada Presiden iaitu Abdul Hadi sama ada perlu terus kekal atau keluar dari kerajaan negeri.

Ini hanya alasan sahaja yang diberikan Iskandar. Diam diam Iskandar "kawtim" dengan PKR dan DAP di belakang Hadi.

Jika begitu, maksudnya gelaran 'anak butir taik' yang dilemparkan oleh Abdul Hadi kepada DAP adalah sekadar omong kosong sahaja selagi Hadi tidak membuat arahan supaya semua wakil rakyat PAS keluar dari kerajaan negeri di Selangor.

Hari ini, Azmin Ali mempertahankan DAP berunding dengan negara asing dan menempelak tuduhan yang dibuat Hadi Awang. Nampaknya Hadi Awang takut untuk membalas balik serangan Azmin ini. Iskandar pula diam sahaja, mahu jaga jawatan.

Biarpun PAN sudah tekad akan tanding semua kerusi PAS di Selangor, tetapi hubungan PAS dengan PAN dan DAP di Selangor masih lagi berjalan seperti biasa.

Di peringkat Persekutuan, DAP dan PAS sudah tidak mempunyai hubungan kerana DAP sudah memutuskan hubungan dengan mereka ketika dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemudian menubuhkan Pakatan Harapan (PH) tanpa ada PAS di dalamnya.

Pemerhati politik mahu PAS sedar diri dan segera memutuskan hubungan secara betul-betul dengan DAP di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri Selangor.

Jangan berdrama di atas pentas ceramah tapi sebenarnya erat berpegangan tangan serta berpelukan di belakang tanpa pengetahuan para penyokong PAS yang lain.

Lihatlah lakonan PAS Selangor, mereka bukan berimamkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS tetapi kerana kedudukan dan jawatan, mereka pilih mengikut telunjuk pak lebai bernama Azmin Ali. Hadi Awang dah kena main.

Menutup Imbuhan Jawatan Dengan Viral Menjual Jawatan RM 250 Ribu?

$
0
0
Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu?

Tawaran menjual jawatan ketua bahagian dengan harga RM250,000 menerusi WhatsApp didedahkan sumber kepada Sinar Harian.

SHAH ALAM - Belum pun reda kemelut ahli keluar parti, Bersatu terpalit pula dakwaan wujud aktiviti jual jawatan tertinggi peringkat bahagian di Johor.

Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, sumber yang berkepentingan dalam parti itu mendakwa, seorang individu telah ditawarkan jawatan ketua bahagian Bersatu di negeri itu namun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu.


Beliau mendakwa, antara syarat tawaran yang diberikan menerusi aplikasi WhatsApp itu ialah individu itu perlu membayar RM250,000 untuk mendapatkan jawatan tersebut selain syarat sampingan yang perlu dipatuhi ketika jawatan itu menjadi miliknya.

"Selain wang tunai yang perlu diberikan, syarat lain yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan pejabat kekal, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut ranking, memberikan gaji kepada setiausaha dan meneruskan serta menambah program di bahagian tersebut.

“Itu baru satu bahagian. Bagaimana pula dengan bahagian Bersatu yang lain?,” dedahnya kepada Sinar Harian.

Sumber tersebut turut mendedahkan, ada kalangan ketua bahagian parti itu berstatus muflis tetapi tetap dilantik.

“Malah, beberapa ketua bahagian juga didakwa mempunyai rekod dikehendaki polis.  Bagaimana lantikan dan sumpah ikrar terhadap presiden parti itu boleh dilakukan sekiranya ada ketua bahagian muflis dan mempunyai rekod polis?

“Sebelum lantikan dibuat, seharusnya kesemua calon ketua bahagian diselidik latar belakang mereka. Tidak sukar untuk menyemak sejumlah nama ini,” katanya.

Sementara itu, sumber tersebut mempersoalkan adakah pucuk pimpinan tertinggi Bersatu menyedari perkara tersebut atau adakah lantikan itu dilakukan secara tangkap muat bagi membuktikan bahawa mereka merupakan parti yang sudah bersedia berdepan PRU14 nanti.

“Pucuk pimpinan tertinggi Bersatu seharusnya memandang serius berhubung apa yang berlaku di negeri ini. Jangan kerana nila setitik, perjuangan Bersatu terus berkubu,” katanya.

Katanya, tindakan beberapa individu ini telah merosakkan parti dan ia telah melemahkan semangat akar umbi.

“Mereka membawa budaya politik dari parti-parti tertentu. Kita di bawah mahukan pemimpin yang benar-benar ikhlas bagi membawa negara ke arah yang tepat,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan respons Bersatu berhubung dakwaan ini. -Sinar

Naikkan 4 Kali Surcaj Air, Guan Eng Terus Cekik Darah Rakyat

$
0
0


Siapa kata DAP tidak mahir menipu rakyat? Lihat bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng cuba membebankan rakyat negeri itu melalui surcaj air.

Pada 2 Jun 2011, roketkini.com ada melaporkan bahawa DAP tidak akan sesekali menaikkan tarif air di Pulau Pinang. Bagi terus memancing kepercayaan rakyat, Malaysiakini pula sekali lagi melaporkan Pulau Pinang kekalkan tarif air pada tahun 2015.

Namun sebenarnya semua itu adalah penipuan kepada rakyat. Pada tahun 2010, Guan Eng mengenakan surcaj pengurusan air (SPA) 24 sen untuk setiap 1,000 liter penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan.

2013, sekali lagi Guan Eng menipu rakyat. Kerajaan DAP Penang telah menaikkan surcaj air sebanyak 100% kepada 48 sen. Dua tahun berikutnya DAP tipu rakyat lagi dengan kenaikan 16.7% surcaj air. Manakala terbaru pada 2017 ini, sekali lagi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan lebih 100% hanya dengan alasan tidak mahu pembaziran.

Alasan Guan Eng, langkah ini diambil hasil daripada nasihat NGO yang tidak mahu air dibazirkan. Namun, sejak bila Guan Eng mendengar nasihat orang? Bukankah NGO Alam Sekitar dan NGO pengguna Pulau Pinang acapkali menasihati Guan Eng mengenai isu-isu alam sekitar dan kepenggunaan? Tidak pula dia endah?

Persoalannya, apakah tujuan sebenar tindakan kejam Guan Eng ini? Adakah kenaikan ini untuk menampung gaji dan elaun para pegawai dan pengikut setianya? Adakah ia untuk disalurkan kepada gaji dan elaun gaji Mohamad Sabu dan Saifuddin Nasution?

Atau adakah Guan Eng mahu menggunakan dana itu untuk menampung kerugian kos kajian terowong bawah tanah di Pulau Pinang? Adakah PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan pegangan saham majoriti 55% dijadikan 'tempat penarik wang' untuk tujuan tertentu?

Setiap tahun PBA Holdings Berhad untung puluhan juta. Hasil PBA Holdings Berhad selama empat tahun  (2011-2015) adalah seperti berikut ;

2011: RM236 juta
2012: RM244 juta
2013: RM251 juta
2014: RM261 juta
2015: RM300 juta

Keuntungan bersih PBA Holdings (2011-2015):
2011: RM45 juta
2012: RM29 juta
2013: RM27 juta
2014: RM24 juta
2015: RM38 juta

Hasil dan untung PBAHB ratusan juta ringgit dan terus meningkat. Kemanakah wang rakyat ini akan digunakan? Adakah untuk kepentingan para pegawai dan pengikut setianya?

Dalam Buku Jingga pada 2013 bukan main lagi berjanji mahu turunkan bil air. Bila sudah perintah dua penggal, DAP perintah secara diktator. Ini baru tadbir Penang, belum lagi Putrajaya.

Sudah sudahlah percayai DAP. Masa sudah sampai untuk rakyat ajar mereka ini.

PKR Porak Peranda Kerana Kes Rasuah Adam Rosly

$
0
0


Hanya kerana seorang Ketua AMK Bahagian Ampang, Parti Keadilan Rakyat hari ini menyerlahkan bahawa parti beridealogikan Anwar Ibrahim itu sedang bergolak. Selama ini, PKR berusaha menyembunyikan masalah dalaman partinya. Kali ini tidak boleh sembunyi lagi.

Hanya disebabkan Adam, maka terserlahlah dua kem utama yang kini wujud dalam PKR. Kem Azmin dan Kem Wan Azizah.

Serangan dimulakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menempelak cara Adam Rosly mengumpulkan kekayaan luar biasanya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Rafizi berkata, sama ada seseorang itu menjawat jawatan awam atau pun tidak, seseorang yang memegang jawatan dalam parti, tidak boleh dilihat mengumpul kekayaan yang tidak boleh diterangkan kepada rakyat.

Rafizi berkata benar dalam isu ini. Namun, kenyataan ini pantas dibidas oleh Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang. Zuraida berkata, kaya bukan satu jenayah.

Adam tidak perlu mengisytiharkan hartanya kerana Adam bukanlah penjawat awam. Rafizi kemudian terus serang lagi dengan mengatakan jangan libatkan rasuah Adam Rosly dengan PKR.

Lebih menambah rencah dan rasa, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali nyata berang dengan sikap Rafizi. Azmin melihat Rafizi sengaja mahu buat kacau di Selangor.

Rafizi dilihat sengaja mahu cetus ketegangan antara PKR dan PAS, selain mahu membuat kacau "membunuh" orangnya di Selangor.

Apa sudah jadi dengan PKR? Dalam konflik dalaman PKR ini, masing-masing cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Di pihak Rafizi, dia sedaya upaya mahu merosakkan pentadbiran Azmin dan barisan penyokongnya dengan pelbagai dakyah dan tuduhan.

Jika masih ingat, Rafizi adalah individu yang mula-mula sekali mendedahkan bahawa wujud salah laku rasuah kewangan dan seks di dalam kerajaan negeri Selangor. Semua ini terdedah setelah satu transkrip whatsapp terdedah kepada umum tahun lalu.

Bagi Azmin pula, Rafizi harus dihancurkan. Ini kerana Azmin mempercayai Rafizi mempunyai perancangan untuk menjatuhkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Ini bersandarkan kepada penglibatan Rafizi di dalam Langkah Kajang untuk menjadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Tetapi Langkah Kajang Rafizi itu gagal, Azmin potong "tang corner". Azmin akhirnya diangkat menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah pasti dendam Rafizi dengan Azmin masih belum lagi habis.

Nampaknya, sebaik sahaja Anwar sekali lagi “menginap” dirumah keduanya di Penjara Sungai Buloh, masa depan PKR yang dibina hasil dari kebencian dan dendam, kini sedang menuju kehancuran.

Kes melibatkan Adam Rosly hanyalah penyebab dan punca terdedahnya konflik dalaman PKR yang amat sukar untuk diselamatkan walaupun Anwar dibebaskan kelak.

Pergaduhan PKR di Selangor sudah jadi macam gusti "Royal Rumble". Masing masing mahu menjatuhkan yang lain untuk dapat tali pinggang. Di tepi gelanggang,  PAS pula sudah umum mahu tanding 45 kerusi di DUN Selangor.

PAS sedang melihat pergaduhan itu dan akan mengambil peluang bila yang sedang bergaduh di atas gelanggang itu sudah penat dan lelah. Bila PAS masuk sahaja, PAN pula di sudut gelanggang satu lagi sedang melihat juga pergaduhan ini. PAN hanya setia pada DAP yang akan mengambil untung dari semua pergaduhan ini.

Rakyat Selangor kena buka mata pasal pergaduhan mereka ini. PKR bukan hendak sangat jadi wakil rakyat di Selangor. Mereka mahu rampas apa yang ada di Selangor. Adam Rosly sudah jadi satu contoh bagaimana harta rakyat dikaut dengan rakusnya demi kepentingan diri.

Transformasi Politik : Shabery, Abdul Hadi Terjemahkannya di Marang Hari Ini

$
0
0
Kerajaan Negeri Terengganu dibawah Barisan Nasional (BN) telah mengariskan 3 transformasi didalam pentadbiran negeri hari ini.

Transformasi Kerajaan diletakkan asas yang kuat bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat untuk terus berdaya saing bagi membangunkan negeri secara bersama dan telah melibatkan agensi-agensi serta jabatan yang ada dalam perkhidmatan kerajaan.

Manakala transformasi ekonomi juga telah banyak membantu kerajaan dan rakyat di negeri ini bagi menzahirkan kesan ekonomi yang kini sedikit menurun.

Akan tetapi dengan pelan yang strategik kerajaan telah berjaya mengekalkan pencapai yang baik dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Terengganu dengan pertumbuhan dari masa ke semasa.

Dalam perkembangan ekonomi negeri dan rakyat Terengganu, kerajaan telah melaksanakan beberapa program dengan jayanya bagi memberi kesan yang menyeluruh dengan trasformasi ekonomi yang dijalankan selama ianya dilaksanakan.

Banyak yang telah dilaksanakan dan ianya telah membuahkan hasil dengan kadar pertumbuhan KDNK sehingga pencapai lebih 5% bagi berakhir 2016 dan target pencapaian bagi 2017 sebanyak 5.6%.

Hari ini sejarah berlaku lagi dibumi TerengganuDarul Iman dengan transformasi ke 3 iaitu Transformasi Politk yang telah diterbitkan dengan beberapa program serta melihat kebersamaan dalam menjayakan khidmat kepada rakyat Terengganu khasnya.

Pagi ini berlangsungnya program dibawah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang mana menyaksikan Ahli Parlimen BN Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Parlimen Marang Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyaksikan tandatangan persefahaman MOU Tukun Rig To Reef (R2R) dan diantara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Petronas.

Abdul Hadi dijangka akan meluangkan masa selama satu hari untuk mengikuti program bersama Shabery sepertimana yang telah dibuat perancangan oleh pihak urusetia program.

Hadir sama EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang merangkap Adun Pengkalan Berangan, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehemi Yusoff dan Pengerusi FAMA Tan Sri Badruddin Amiruldin. - Terengganu Times










#LogoPHMcmTaik #LogoPHBuruk #LogoPHodoh : TROLL Logo Pakatan Harapan Menjelang PRU 14

$
0
0
LOGO yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan Malaysia yang mana akan digunakan dalam Pilihan Raya UMUM Ke 14 nanti ibarat kain buruk yang sedang dijenamakan oleh kepimpinan pembangkang.

Ramai natizen mengutuk akan kewibaan pemilihan logo berkenaan yang kelihatan tidak bermaya dan sangat lemah dari segi persepsi imej yang ditonjolkan.

ADAKAH tanda-tanda awal mereka ini akan di TOLOK secara menyeluruh dengan imej yang demikan rupa?
  


UNDI LOGO PAKATAN HARAPAN YANG ANDA SUKA

Pakatan Harapan akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti PH dalam tempoh 2 minggu. Majlis Presiden minggu lalu telah bersetuju menyenaraipendek logo-logo berikut untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumbalas.

Undi logo PH yang anda gemari dengan menaip (di ruang komen):

#LogoPHMcmTaik #LogoPHBuruk #LogoPHodoh






Minyak Turun, Ringgit Mengukuh, Punca Logo Pakatan Harapan "Macam Tahi"

$
0
0
LOGO Pakatan Harapan Untuk PRU 14


Bermula tengah malam tadi, rakyat menerima berita gembira dua minggu berturut-turut apabila harga minyak turun 10 sen. Petrol RON95 kini berharga RM2.11 sen

Harga baru petrol RON97 juga turun 10 sen dari RM2.49 kepada RM2.39. Manakala harga diesel turun 6 sen daripada RM2.14 kepada RM2.08 seliter. Diam sekejap semua "timeline twitter" dan "wall facebook" puak puak pembangkang.

Bukan hanya harga minyak turun, mata wang negara Ringgit Malaysia juga mengukuh berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) Selasa lepas.

Pada pukul 6 petang, 4 Mei 2017 Ringgit ditutup pada 4.3260 berbanding Dolar AS berbanding 4.49 pada 4 Januari 2017. Naik 3.3% dalam masa 4 bulan ini.

Dengan semua keadaan menjadi semakin baik dan persepsi negatif ke atas kerajaan semakin lenyap, apakah lagi yang boleh dijaja sebagai bahan kempen dan cacian pembangkang?

Mulalah Rafizi masuk kelas melukis pula, memandai mandai membuat logo Pakatan Harapan tanpa bertanyakan dulu persetujuan dua orang penasihat PH.

Rafizi fikir apa yang dia buat maka rakyat akan terus percaya dan ikut bulat bulat. Apa Rafizi ingat sel sel otak rakyat tidak berfungsikah menerima apa sahaja yang dia cakap dan sebut?

Rakyat dah mulai cerdik. Semalam di Facebook dan Twitter, Rafizi kena "troll" kerana cadangan logo bodohnya itu. Hodoh dan buruk #LogoPHodoh #LogoPHBuruk

Pada 30 April 2017, Presiden PKR berkata PH telah sama-sama setuju untuk menghantar permohonan logo untuk diluluskan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa dua minggu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan tiga reka bentuk logo yang disenaraipendek dan kesemuanya ditolak mentah-mentah oleh para netizen.

Dua rekaan awal yang tidak melambangkan apa-apa mesej cuma perkataan Harapan yang tertera besar telah ditolak oleh para netizen.  Malahan yang ketiga itu tidak hebat langsung malahan diciplak pula dari logo kacang menglembu terkenal iaitu kacang cap Ngan Yin.

Malahan PH menjadi bahan jenaka sindiran bila memperkenalkan logo dengan rekaaan yang sebegitu rupa kepada rakyat.

Tak perlu tengok lama-lama pun, sekilas pandang sudah boleh diketahui PH tidak ada idea kreatif langsung.
Mereka buat rekaan logo pun macam untuk suka-suka sahaja. Macam logo PKR lah, bulan yang terpecah dua. Tidak beri apa apa maksud pun.

Dalam hal buat logo pun, PH tidak boleh berpakat dan bermesyuarat bersama. Malah buruk lagi hasilnya. Apatah lagi kalau mentadbir negara. Hancur teruk jadinya.

Ini bukti Pakatan Harapan tiada hala tuju jelas dan tidak serius untuk berpolitik di negara ini. Mereka hanya hendak rampas kuasa semata mata, lepas rampas silap silap mereka boleh bergaduh sesama sendiri.

Hari ini pun dah nampak mereka gaduh sesama mereka. Biarlah Kerajaan BN dengan sistem yang ada terus mentadbir negara ini.

Tidak perlu teori Rafizi pun untuk turun harga minyak. Tidak perlu tukar kerajaan pun, ringgit sudah makin mengukuh.

Malah IMF telah memuji ekonomi Malaysia sebagai kekal berkembang biarpun keadaan ekonomi global yang perlahan.

Buntulah puak puak PH, apa lagi mereka hendak serang? Maka mereka mulalah buat logo untuk tarik perhatian.

Lain yang datang, bukan perhatian yang datang tetapi serangan dan kutukan yang datang. Itulah kententuan yang kena pada pembangkang. Selama ini seronok sangat "troll" orang lain, akhirnya semalam mereka pula yang kena "troll". Padan muka.

Apakah Yang Dimaksudkan RIG TO REEF

$
0
0
PEMBANGUNAN TUKUN TIRUAN DARIPADA PELANTAR MINYAK TERPAKAI DI NEGERI SARAWAK (RIG TO REEF)

‘Rig to Reef’ialah satu konsep dimana pelantar minyak terpakai yang telah dinyahtauliah kemudiannya dilabuhkan menjadi tukun tiruan dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan ia selamat untuk hidupan marin.

Objektif pembangunan tukun tiruan negara adalah untuk :
• Mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari.
• Menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan hidupan marin.
• Memulih dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti manusia dan bencana alam.

Faedah yang diperoleh melalui pembangunan tukun tiruan ini adalah:

• Memulihara dan meningkatkan sumber perikanan.
• Menghalang dan mengawal aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat tunda di pesisiran pantai.
• Mewujudkan benteng penghalang ombak/arus bagi mengawal hakisan pantai.
 • Melaksanakan kajian dan penyelidikan saintifik ke atas ekosistem tukun tiruan.
• Mewujudkan kawasan agropelancongan untuk aktiviti perikanan rekreasi dan selam skuba.

Projek seumpana ini telah lama dijalankan di luar negara seperti di Teluk Mexico, Amerika Syarikat.

Sejak 1980, lebih 100 pelantar minyak yang dinyahtauliah telah dibangunkan menjadi tukun tiruan. Di Brunei, sebanyak tujuh pelantar minyak terpakai telah dibangunkan menjadi tukun tiruan sejak 1988.

Projek Rig to Reef pertama di Malaysia telah dilaksanakan pada 16 November 2004 apabila pelantar minyak terpakai yang dinyahtauliah telah dilabuhkan di perairan Baram dan dinamakan sebagai Rig to Reef Baram-8 (BA-8).

Projek ini melibatkan kerjasama antara Jabatan Perikanan Laut Sarawak, PETRONAS, Lembaga Pelancongan Sarawak dan SHELL.

Pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia mendapati tukun tiruan ini telah menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan dan menjadi suatu kawasan rekreasi perikanan yang menarik terutamanya bagi penyelam skuba.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA PROGRAM PEMBANGUNAN
TUKUN TIRUAN DARIPADA STRUKTUR PELANTAR MINYAK DINYAHTAULIAH
(RIG TO REEF)

Perbincangan awal bagi mengadakan kerjasama pembangunan tukun tiruan daripada struktur pelantar minyak dinyahtauliah ini telah bermula sejak 22 Disember 2014 di Pejabat Perikanan Negeri Johor.

Dalam perbincangan ini, pihak PETRONAS telah memberi cadangan untuk menyerahkan pelantar minyak dinyahtauliah ini kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk dijadikan tukun tiruan.

Selepas itu, beberapa siri perbincangan telah diadakan yang akhirnya mencapai persetujuan untuk mewujudkan satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Perjanjian Akuan Penyerahan bagi menjelaskan maksud kerjasama pembangunan Tukun Tiruan Rig To Reef(R2R).

Pada 6 April 2017, klausa-klausa dalam Memorandum Persefahaman telah berjaya dimuktamadkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu Jabatan Perikanan Malaysia dan PETRONAS.


Dengan rasa penuh kesyukuran, Projek R2R ini dapat direalisasikan dengan termetrainya Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.





PERSAMAAN PERLEMBAGAAN PARTI AMANAH NEGARA DENGAN PERLEMBAGAAN DAP

$
0
0

Ramai sedia maklum bahawa pindaan perlembagaan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia yang diputuskan oleh Kongres Luar Biasanya pada 25 Ogos dan 8 September 2015 telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 Oktober 2015.

Pindaan perlembagaan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia ini di antara lainnya menukar nama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara di samping menukar peruntukan lain bagi disesuaikan dengan kehendak para pemimpin barunya.

Malangnya, walaupun setelah lebih setahun setengah Parti Amanah Negara beroperasi, ramai yang tertanya-tanya mengapa Parti Amanah Negara masih gagal mendedahkan kandungan perlembagaannya untuk pengetahuan seluruh rakyat Malaysia seperti dibuat parti lain.

Saya sendiri telah lama berkesempatan untuk melihat butiran pindaan perlembagaan Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia yang diputuskan oleh Kongres Luar Biasanya dan yang telah diluluskan oleh ROS sekali gus menjadi asas pembentukan Parti Amanah Negara.

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya setelah meneliti butiran Perlembagaan Parti Amanah Negara ini adalah betapa dekatnya ia dengan Perlembagaan DAP dan betapa jauhnya ia dengan Perlembagaan PAS sehubungan dengan cara pemilihan pemimpinnya.
   
Mengikut Perlembagaan PAS, pemegang jawatan tertinggi di dalam PAS, iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden PAS, selain 18 Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hendaklah dipilih oleh Muktamar Tahunan PAS pada setiap dua tahun sekali.

Mengikut Perlembagaan DAP pula, pemegang jawatan tertinggi di dalam DAP, termasuklah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, lima Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan Bendahari DAP, hendaklah dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dari kalangan 20 mereka setelah mereka dipilih oleh Kongres Kebangsaan DAP pada setiap tiga tahun sekali.

Meneliti Perlembagaan Parti Amanah Negara, ternyata pemegang jawatan tertinggi Parti Amanah Negara dipilih mengikut kaedah yang digunakan oleh DAP kerana Perlembagaan Parti Amanah Negara memperuntukkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presidennya  hendaklah dilantik oleh 25 Ahli Jawatankuasa Tertingginya dari kalangan 25 mereka setelah mereka dipilih oleh Kongres Kebangsaannya pada setiap tiga tahun sekali.

Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara dengan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi  DAP ini adalah satu kebetulan atau dirancang?

-Dr. Kamarul Yusoff

Kedudukan Bulan dan Matahari Selari Berjaya dirakam di German

$
0
0
SEORANG juru foto German telah merakamkan sekeping gambar yang sangat menarik dengan menggunakan 16 buah kamera miliknya.

Menurut sumber, juru foto berkenaan mahu mengambil foto terbaik fenomena matahari dan bulan yang berkedudukan selari pada waktu pagi di tempatnya di German.

Beliau turut mengambil masa selama 62 hari bagi merakamkan waktu yang bermakna dalam dirinya.

Kata sumber lagi, juru foto itu berjaya dengan salah satu kamera yang dipasang dan imej matahari dan bulan tersebut dapat dirakam dengan sempurna.

Fenomena itu berlaku hari ini dan dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2035 akan datang serta juru foto berkenaan mengabadikan saat ini bersama seluruh rakyat didunia yang telah dimuat naik di www.reddit.com

Pas tidak Menolak Kerjasama dengan UMNO

$
0
0

Pas tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa depan.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini kerana parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan dengan mana-mana pihak namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut beliau, dalam soal itu, pendirian serta sokongan yang ditunjukkan UMNO terhadap isu membabitkan umat Islam sekali gus memungkinkan wujud kerjasama sedemikian dengan parti itu.

“Kalau kita tengok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet turut menggunakan beberapa istilah Islam serta kata-kata yang pernah diucapkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang disiarkan di seluruh negara,” katanya.

Hashim ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pas Kawasan Kepala Batas di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, terlerainya tahaluf siyasi dengan PKR bukan bermakna perjuangan parti itu akan ter­halang, sebaliknya akan membuka ruang serta peluang kepada Pas untuk mewujudkan kerjasama baharu.

Sebagai contoh, kata beliau, Pas ketika ini menjalin kerjasama dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat terhadap parti itu selain Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk PCM yang menunjukkan minat,” katanya.

Semoga Haji Hadi Kembali Sembuh

$
0
0
Kenyataan Media
PAS Selangor
14 Mei 2017

Bagi menjawab balas Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar

YB Tan Sri Noh Omar adalah manusia paling kecewa dan gagal bila PAS dan 3 exco kekal dlm kerajaan selangor.

Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar Pengerusi Bn Selangor tentang Pas Selangor Dayus adalah ibarat "meludah ke langit" dan menggambarkan kekecewaan beliau kerana gagal  memecahkan kerajaan Selangor seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno. Yb Tan Sri Noh Omar sepatutnya melihat UMNO dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap  kelemahan Kerajaan Persekutuaan. PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini. Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan.

Yb Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar tentang makna Tahaluf dan Taawun, kejahilan untuk memahami inilah menyebabkan beliau minta Exco PAS supaya meletakkan jawatan. Keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa. Sejarah telah membuktikan,  di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan,  bila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu,  PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat.

YB Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar sejarah,  PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan Menteri Besar,  disaat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid,  PAS tidak turut berpakat. Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting.  Bila Menteri Besar baru YAB Dato Seri Azmin Ali dilantik,  PAS terus teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Inilah PAS yang YB Tan Sri Noh Omar perlu belajar daripadanya.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Salam Hormat

Yang Berhormat
Ustaz Sallehin Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor.

Wan Azizah Tukang Panas Kerusi Sahaja, Jadi Siapa Sebenarnya Calon PM Pakatan Harapan?

$
0
0

Rakyat Malaysia jangan ambil risiko. Temubual Al Jazeera dengan Wan Azizah mendedahkan segalanya.

Ternyata Wan Azizah sekadar pemanas kerusi sahaja, sanggup jadi PM sementara sahaja jika Pakatan Harapan memerintah.

Akan berulanglah cerita PRK Permatang Pauh pada 2009, bila Anwar layak semula bertanding selepas bebas dari penjara pada 2005. Azizah letak jawatan dan beri Anwar jadi Ketua Pembangkang.

Itu hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja, tidak menjadi satu "big deal" bagi DAP. Namun kini, jawatan Perdana Menteri, ianya tidak boleh dibuat semudah itu.

Kalau Anwar bebas pada 2018, Anwar perlu jalani tempoh pergantungan selama lima tahun hingga tahun 2023. Bermakna pada PRU15 baru Anwar boleh aktif balik. Ketika itu usia Anwar sudah 76 tahun dah.

Harus diingat, kerusi terbanyak di pihak pembangkang sekarang adalah DAP. Apakah DAP akan biarkan sahaja perkara ini terjadi dengan begitu mudah?

Mahathir pula mahu tengok sahaja keadaan ini? Mahathir juga mahu anaknya jadi PM. Tidak mustahil Mahathir sanggup jatuhkan PM masa itu pula nanti.

Akan berlakulah perebutan kuasa di kalangan Pakatan Harapan. Ini boleh membahayakan negara kita. Ketidakstabilan ini sudah pasti akan menjejaskan juga pelaburan dan ekonomi negara.

Jawatan Perdana Menteri bukan bahan mainan dan milik keluarga Anwar sahaja. Berapa lama Wan Azizah mahu panas kerusi dan mengipas sahaja?

Wan Azizah telah gagal menjadi wakil rakyat di Kajang dan Permatang Pauh. Banjir dan isu isu rakyat banyak tidak selesai. Wan Azizah habiskan banyak masa di Sungai Buloh sahaja.

Apakah rakyat Malaysia mahu lihat seorang PM yang banyak habiskan masanya di Sungai Buloh sahaja berbanding Putrajaya?

Wan Azizah dikawal dari jauh sahaja jika menjadi PM. Alat kawalan itu dikawal oleh DAP. Jadi Presiden parti pun gagal, hendak jadi PM pula.

Apabila DAP mahu memberhentikan separuh kakitangan kerajaan yang majoritinya Melayu , Wan Azizah lah yang akan laksanakan agenda DAP itu.

Kenapa DAP mesti bantu Wan Azizah bebaskan Anwar,  jika Wan Azizah dapat mereka manipulasikan sama semacam Nizar Jamaluddin di Perak dahulu?

Yang kepit Nizar dulu Nga dan Ngeh. Yang akan kepit Wan Azizah nanti adalah Kit Siang & Guan Eng.

DAP sudah  tunggu berpuluh tahun , kenapa jika mereka tawan Putrajaya mereka mesti serahkan kepada acuan Anwar atau pun Mahathir?

Dalam Mahathir menghalang Pakatan Harapan dari menamakan calon PM kerana beliau sendiri ada muslihat di saat akhir. DAP pula segera menamakan Wan Azizah untuk “locked” sebarang tindakan “potong corner” oleh Mahathir nanti.

Sambil itu DAP secara sulit belum tentu akan membantu Anwar mendapat pengampunan segera menggantikan Wan Azizah kerana kerja itu dianggap bodoh oleh DAP.

Akhirnya rakyat juga yang rugi, dalam kemelut dan krisis kepimpinan ini. Rakyat tidak dapat kerajaan yang stabil kerana masing masing sibuk merebut kuasa.

Jadi atas sebab ini jangan mimpi DAP akan bantu bebaskan Anwar. Pada waktu itu, Mahathir bolehlah tukar skrip membenci DAP pula kemudian nanti.

Ketika itu menyesal sudah tidak berguna lagi dan sudah terlambat. Siapa yang jadi "screw" DAP untuk dapat undi Melayu? Mahathir, Wan Azizah dan wakil Melayu dalam Pakatan Harapan lah yang harus dipersalahkan.

Pakatan Harapan bukanlah pilihan terbaik. Jangan jadikan PRU14 satu eksperimen. Tersilap undi boleh hancur negara jika Pakatan Harapan perintah.

Satu penggal pertama mereka akan berebut jadi PM dan jawatan sahaja. Sekarang pun hendak sebut satu nama calon PM pun susah.

Logo, perlembagaan dan warna PH pun belum selesai. Ini bukti mereka tidak serius hendak perintah negara, mereka hanya serius untuk rebut jawatan sahaja.



David Teo Ahli DAP Seumur Hidup?

$
0
0

Video : Salah Tempat Mahu Tunjuk Pailang David Teo




Sudah kerap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dihina dan di provok oleh mereka yang langsung tidak mengenal erti hormat. Tindakan biadab mereka ini tidak terhad di dalam media sosial sahaja malah ianya turut dilakukan secara berhadapan jika mereka mempunyai peluang.

Dalam sesi dialog TN50 yang dihadiri oleh para karyawan tanahair, tiada siapa menyangka bahawa akan berlaku insiden pergaduhan kecil di hadapan Perdana Menteri. Semuanya bermula apabila pemilik sebuah syarikat perfileman terkemuka tanahair, Metrowealth Pictures, David Teo secara tiba-tiba bangkit mempertikaikan cara Perdana Menteri menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan.
Dalam situasi yang agak tegang berkenaan, moderator majlis, Datuk Rosyam Nor cuba untuk menenangkan David sebelum menyerahkan mikrofon untuk membolehkan David mengemukakan soalannya kepada Perdana Menteri.

Namun, disebabkan perlakuan biadabnya sebelum itu, ianya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak sebelum pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over menyerbu kearah David dan menampar penerbit berkenaan. Insiden berkenaan berlaku dihadapan Perdana Menteri dan hadirin yang hadir di Seri Perdana berkenaan.

Lihat sahaja bagaimana biadabnya seorang ahli seumur hidup DAP ini terhadap Perdana Menteri. Jika sebelum ini semua pihak cuba bersabar dengan provokasi melampau dari mereka yang membenci kerajaan, namun malam ini, kesabaran berkenaan sudah sampai ke satu tahap yang tidak boleh dikawal lagi.

Walaupun tindakan Mat Over ini boleh dianggap agak melampau, namun, sekalung tahniah diucapkan keatasnya kerana setidak-tidaknya, dia mempertahankan maruah Perdana Menteri dari terus dihina dan diprovok oleh seorang penerbit filem yang telah meraih kekayaan hasil daripada memerah keringat anak-anak Melayu yang berlakon dalam filemnya.

Dalam perkembangan yang sama, ketegangan yang tercetus antara Mat Over dan David Teo akhirnya tamat setelah kedua-duanya dapat ditenteramkan dan berdamai ditepi pentas utama. Perdana Menteri dilihat cukup tenang menerima permohonan maaf dari kedua-dua individu berkenaan dan sikap tenangnya cukup dikagumi oleh para hadirin dan penonton yang menyaksikan insiden berkenaan.

Ahmad Razif Sedia Terima Tindakan Undang-Undang Isu Berkait YBNT

$
0
0
Saya tidak takut sekiranya peguam pemerhati kepada guru yang terbabit dengan  kes penipuan Umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saya, tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

 Menurutnya, kerajaan negeri tidak perlu campur tangan kerana tidak terlibat dalam isu itu, malah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan siasatan polis.

"Jika mereka nak mengambil tindakan undang-undang, silakan.. saya bersedia kerana ia tidak membabitkan kerajaan, malah sudah diambil tindakan oleh pihak polis, reman juga sudah dibuat dan kini sedang tunggu pertuduhan.

"Macamana saya nak bela mereka sedangkan saya tidak tahu apa isunya kerana tidak pernah seorang wakil mangsa pun datang berjumpa kerajaan dan saya anggap isu ini sudah selesai.

"Lagipun ianya telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan jika tak puas hati, gunakan prosedur sepatutnya untuk tindakan susulan. Kalau kerajaan campur tangan, seolah-olah kerajaan pula yang terlibat dalam perkara ini," tegas beliau lagi.

Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Padang Bola Sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab isu yang dibangkitkan wakil peguam mangsa penipuan umrah YBNT yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Razif.

Terdahulu, satu sidang media telah diadakan pagi tadi oleh wakil peguam berkenaan bagi menjelaskan isu kerajaan tidak memberi pembelaan kepada mangsa penipuan dan seolah-olah melindungi YBNT.

Dalam sidang media tersebut, peguam pemerhati berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis sekiranya pihak Menteri Besar tidak mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam bermula jam 12:30 hari ini.

Fariz Irwan Mustafa Mahu Lenyapkan Legasi Zakaria Dagang Di Seberang Takir

$
0
0
CABARANdan ugutan yang dilontarkan oleh seorang PEGUAM yang diberi nama Fariz Irwan Mustafa dimana beliau menyebut mewakili mangsa penipuan UMRAH oleh Yayasan Bakti Negeri Terengganu (YBNT) sebelum ini.

Katanya, seramai 4000 mangsa yang terlibat keseluruhannya dinegeri Terengganu dan selepas 6 bulan report polis dilakukan mangsa-mangsa tetapi masih belum ada yang dihadapkan ke mahkamah.

Beliau turut menyatakan bahawa, beliau dan barisan peguam yang lain mempunyai bukti yang kukuh bahawa Ahmad Razif terlibat bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin.

JIKA BELIAU MEMPUNYAI BUKTI? BOLEH DIAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERUS DENGAN BUKTI YANG ADA?

Beliau juga menyatakan akan bertanding di DUN Seberang Takir pada PRU 14 diatas tiket CALON BEBAS  jika diberi keizinan oleh pucuk pimpinan PAS negeri Terengganu dan juga presiden parti itu Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Didalam gerakkan yang dilakukan Fariz kini menyerlahkan bahawa beliau ingin menarik perhatian presiden Pas untuk nama beliau diangkat sebagai calon Pas dalam PRU 14 lagi.

Kawasan yang dipilih untuk bertanding itu adalah kawasan Ahmad Razif dan  juga kerusi milik turun temurun keluarga ZAKARIA DAGANG.

ADAKAH beliau sudah hilang pertimbangan untuk membuang Zakaria sebagai CALON HAKIKI Seberang Takir yang kononnya diatas kekuatan isu YBNT boleh menarik pengundi seberang takir menyokong beliau.

ADAHKAH Zakaria Dagang akan dan rela melepaskan kerusi tersebut kepada beliau(Fariz) dan mengetepikan Zakarian ataudirinya serta anaknya menjadi CALON dikawasan itu.

ISU tipu umrah itu diatas kerelaan pemohon dan bukan paksaan dari JPNT atau kerajaan negeri serta MB Terengganu.

Nyata isu berkenaan tidak kuat untuk mengaitkan MB dan Pengarah JPNT dan seterusnya Fariz juga tahu ISU berkenaan akan membuat beliau gigit jari kerana tidak dapat bayaran yang diharapkan diatas ISU atau kes berkenaan.

JADI jalan penyelesaiannya, beliau mengheret pemohon-pemohon yang ditipu PAKEJ UMRAH untuk sama-sama dengan beliau agar melihatkan kekuatan serta sokongan kepada beliau untuk menjadi calon PRU 14 nanti.


Semuanya kerana termakan dengan pakej yang murah dan tanpa pertimbangan terus mendaftar tan membuat pemeriksaan sebelum melakukan urusniaga.

Viewing all 490 articles
Browse latest View live