Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

*R & R Perasing Bakal Bercahaya Selepas Persinggahan MB Razif*

$
0
0

PERKHABARAN gembira buat peniaga-peniaga KIOSK Hentian Rehat & Rawat (R&R), Perasing hari ini apabila selepas persingahan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu sabtu lalu maka telah didatangi pegawai dari kerajaan negeri Terengganu.

Pada sabtu lalu YAB MB telah mendengar sendiri permasalahan peniaga-peniaga tersebut dan jalan penyelesaian diambil segera dengan menelefon pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan membuat beberapa keputusan segera.

Hari ini peniaga-peniaga tersebut telah didatangi oleh Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu Tun Faisal Tun Abdul Razak yang menerima arahan YAB MB untuk menyediakan KIOSK Pelancongan dan beberapa perkara yang berkaitan bagi menarik pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) singgah di R&R Perasing.

Untuk perancangan awal sempena kedatangan bulan ramadhan tahun ini pihak pelancongan negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman akan mengaturkan pelbagai jualan sepanjang bulan puasa ini.

Kolibrasi diantara dua jabatan itu akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu ini menjelang sambutan bulan ramadhan.

Menurut Tun Faisal, pihaknya telah melihat dan menilai beberapa perkara untuk jangka masa yang terdekat ini dan seterusnya jangka masa sederhana dan perkara-perkara yang melibatkan jangka masa yang panjang.

Beliau turut melihat jalan altenatif iaitu jalan perhubungan dibawah selian kerajaan negeri ke LPT 2 yang mana akan memudahkan serta memendekkan masa perjalanan peniaga-peniaga kiosk untuk berulang alik mencari barangan bekalan harian untuk jualan mereka.

Katanya, untuk jangka masa yang panjang jalan tersebut akan dinilai dan akan disediakan kerana ianya akan menghubungkan R&R Perasing dengan kampung sekitarnya.

Tambahnya lagi, bagi pihak pelancongan sendiri, beliau akan membuka sebuah kiosk pelancongan dimana akan menempatkan barangan berkaitan pelancongan negeri Terengganu sempena tahun melawat Terengganu 2017 dan juga barangan cendehati negeri Terengganu di sini.

Ekoran khabar yang mengatakan R&R, Perasing, yang terletak di LPT2 mempunyai kisah-kisah mistik dan hantu telah menyebabkan perniagaan yang dibuka penduduk setempat hampir lumpuh kerana jumlah pendapatan yang terlalu sedikit.

Kesan daripada khabar angin itu memberi kesan kepada para peniaga yang mana rata-rata mereka menunggang kerugian sehingga ada yang hanya memperolehi pendapatan tidak sampai RM10 setiap hari.

Melalui tinjauan yang dilakukan oleh Terengganu Times hari ini, kesemua peniaga di R&R itu menafikan terdapatnya gangguan misteri atau hantu seperti yang dihebohkan oleh ramai sejak mereka mula berniaga pada Mei 2015.

Menurut Nur Akmal Alias, 36, seorang peniaga keropok, beliau kerap kali tidur di kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tidak pernah jumpa makhluk halus.

Seorang peniaga air minuman, Nurul Hafizah Abdul Karim turut menafikan terdapatnya gangguan mistik di R&R yang terbesar di Malaysia itu bahkan memberi jaminan tempat tersebut adalah selamat untuk disanggahi walaupun pada waktu malam.

Dalam masa yang sama peniaga di situ turut memberi cadangan kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk menjadikan Hentian R&R Perasing itu sebagai duta kecil untuk mempromosi Tahun Melawat Terengganu 2017 tersebut kerana ia merupakan salah satu pintu masuk ke negeri tersebut.

Para peniaga di situ mengharapkan keadaan akan berubah kerana setiap hari aliran trafik dan LPT2 adalah tinggi sehingga mencatatkan 300,000 pengguna dalam masa sebulan dan akan mencecah kepada 700,000 orang dalam masa sebulan jika musim perayaan dan cuti umum.

*7 NGO Negeri Terengganu Buat Laporan POLIS Terhadap Fariz*

$
0
0


7 NGO Negeri Terengganu Buat Laporan POLIS Terhadap Fariz

7 NGO Negeri Terengganu telah membuat laporan POLIS berkaitan isu peguam terhadap Fariz Irwan Mustafa yang membuat tuduhan yang tidak berasas diatas isu penipuan UMRAH Yayasan Bakti Negeri Terengganu (YBNT).

Menurut Pengerusi Kelab Generasi Baharu (KGB) Negeri Terengganu Mohd Johari Abu Bakar, apa yang dinyatakan oleh Fariz itu adalah satu tuduhan yang berniat jahat terhadap YAB Meneteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeru Terengganu Safruddin Ali Hussin.

Katanya, Isu ini dalam proses mahkamah dan kalu betul dia(Fariz) berniat untuk membantu mangsa tersebut dia bantu lah.... kenapa dia kaitan YAB MB Terengganu dan pengarah JPNT.

"YAB MB dan Pengarah JPNT tidak terlibat dalam kes berkenaan dan dia telah menerbitkan unsur-unsur fitnah terhadap dua orang yang dinyatakan tadi,

"Hari ini saya bersama ngo-ngo negeri Terengganu, mohon supaya pihak polis membuat siasatan terhadap Fariz Irwan kerana dengan niat menjatuhkan maruah YAB MB dan kita sama-sama menjaga insitusi Menteri Besar itu sendiri", ujurnya.

Turut sama membuat laporan POLIS hari ini,  Pesaka Negeri Terengganu,Pewaris Pekida Negeri Terengganu, Cemara Bugis Negeri Terengganu, MAYC  Negeri Terengganu, Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu dan Majlis Belia Daerah Kuala Terenngganu.

Selain itu, Setiausaha Pesaka Negeri Terengganu Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau dan rakan-rakan ngo yang ada mebuat laporan polis hari ini bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati berkaitan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan yang secara semberono serta melulu oleh Fariz.

"Beliau kononnya mengaku sebagai seorang peguam yang tidak tahu cara dan tatasusila guaman dan menjaga anak guamnya"

"Saya tertarik dengan kenyataan yang ditularkan oleh beliau dan menarik perhatian saya adalah... jikalau saya diberi peluang bertanding di Seberang Takir atas parti bebas..."

"Jikalau beliau hendak berpolitik... berpolitiklah diatas padang yang lapang... dan kalau anda seorang peguam serta bersikap adil dan bawalah perkara ini ke mahkamah..."

"Jangan bersikap semberona serta berniat jahat membuat fitnah tanpa bukti dan memburukkan YAB Menteri Besar kita...", ujurnya.

Sehubungan dengan itu, Fariz diberi masa 24 jam untuk memohon maaf  secara terbuka kepada YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bermula jam 2.00 petang ini.

PPBM Akan Keluar PH, Jika Mukhriz Tidak Dicalon Sebagai PM

$
0
0

Krisis dalaman Pakatan Harapan (PH) kian bertambah kronik dan menghampiri keretakan. Semuanya kerana berebut hendak menjadi Perdana Menteri.

Belum menang lagi pun, belum pilihanraya lagi pun, mereka sudah berebut kerusi. Nampak sangat parti parti dalam Pakatan Harapan, PH masing masing ada agenda peribadi dan tersendiri.

Terbaru menurut desas desus politik dari dapur pakatan pembangkang, Presiden PPBM, Muhyiddin akan membuat cadangan agar parti tersebut keluar dari PH sekiranya nama timbalan presiden mereka iaitu Mukhriz tiada sebagai calon PM.

Walaupun Muhyiddin sebelum ini dilihat turut mahu menjadi calon PM, namun cadangan ini terpaksa dilakukan demi menjaga kedudukannya dalam PPBM.

Difahamkan Muhyiddin telah diarah sedemikian sekiranya dia masih sayangkan jawatan Presiden PPBM. Kalau Muhyiddin enggan buat arahan itu, maka Mahathir akan gulingkan Muhyiddin dari dalam.

Dalam apa juga keadaan pun, Mahathir mahu gunakan tangan orang lain untuk laksanakan misi dan agenda peribadi. Mahathir tidak mahu tangan anaknya sendiri dikotori.

Tunku Abdul Rahman pada tahun 1990 pernah menyatakan bahawa ada dajal dalam UMNO. Entah kepada siapa Tunku maksudkan. Namun pada hari ini, selepas 27 tahun ramai boleh meneka "dajal" yang Tunku maksudkan tersebut.

Mahathir sanggup buat apa sahaja demi matlamatnya tercapai. "The end justify the means" Machiavelli.

Keluar dari PH adalah jalan penyelesaian terakhir untuk membolehkan agenda Mahathir jadikan Mukhriz sebagai PM dapat diteruskan.

Ini juga perlu dilakukan atas tekanan sumber kewangan parti. Syarikat syarikat yang menaja PPBM yang merupakan kroni Mahathir sebenarnya sedang diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana dipercayai tidak membayar cukai.

Mahathir berpuluh tahun secara sulit yang 'membela' syarikat-syarikat tersebut dari membayar cukai. Mahathir sudah akui semalam, beberapa syarikat penderma kepada PPBM sedang diburu LHDN.

Jika Mukhriz tidak dicalon sebagai PM, maka apa gunanya syarikat itu menjadi "funder" kepada PPBM?

Baik mereka jadi "funder" pada Wan Azizah atau Azmin jika PPBM nampak tidak kuat dan tiada hala tuju. Hari ini pun, beberapa orang jutawan yang dulunya rapat dengan Mahathir sudah lari kerana percaya perjuangan PPBM tidak boleh pergi jauh.

Satu mesyuarat khas juga bakal diadakan dalam dalam minggu ini untuk menentukan kedudukan PPBM dalam PH. Zaid Ibrahim yang baru masuk DAP kini menjadi harapan Mahathir untuk memujuk DAP agar kembali semula kepada perjanjian sulit yang asal.

PPBM yang baru 230 hari, sudah ramai yang keluar parti dan lari. Bukan ahli sahaja yang lari, "funder" politik juga lari. Rakan politik yang diajak bersubahat sama iaitu DAP pun dah mungkir janji.

Apa lagi yang Mahathir boleh buat untuk tutup kelemahan ini? Dengan membuat provikasi "gemok gedenpoi" agar semua orang serang balik isterinya, tidak menutup masalah besar yang sedang berlaku dalam PPBM.

Ugut keluar dari Pakatan Harapan adalah satu strategi untuk memastikan DAP dan PKR tidak menamakan calon PM untuk PH. Mahathir cukup alergik dengan nama Anwar.

Mahathir ingat bila dia "sign" setuju bebas Anwar, maka bolehlah memujuk PH namakan Mukhriz jadi PM.

Rupanya tidak, Anwar juga jadi pujaan hati. Itu yang Mahathir naik hangin. Silap silap bunga keluar dari PH disebabkan Mukhriz tidak jadi PM. Boleh jadi.

Teladan : Isteri Saya Alim Sangat, Solat Tak Pernah Tinggal.... Tapi Allah Tetap Maha Kuasa?

$
0
0

Gambar sekadar perhiasan.
SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.
Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi. Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga. Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis. Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga. Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun. Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini. Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali. Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya. Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain. Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?
Sumber: infoterbaru1malaysia

BAPA TERKEJUT MELIHAT BIL HOSPITAL ANAKNYA?

$
0
0
Seorang bapa, Philip Loh terkejut apabila bil hospital untuk anak lelakinya yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kecederaan teruk, hanya RM31 sahaja.
Menurut Loh, anak lelakinya dimasukkan ke Hospital Ampang selepas terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lengan kirinya berlubang hingga mencederakan saraf dan otot.
“Pakar bedah menjalankan pembedahan sehari selepas itu bagi memperbetulkan saraf serta ototnya dan anak lelaki saya dirawat dengan sangat baik oleh jururawat dan kakitangan perubatan.
“Dan apa yang paling mengejutkan ialah bil hospital untuk keseluruhan rawatan serta pembedahan itu hanya RM31 (atau kira-kira US$7,75 kepada rakan-rakan saya di Amerika Syarikat),” tulis Loh di Facebook yang turut menjadi viral serta dikongsi hampir 5,000 pengguna Facebook setakat berita ini ditulis.
“Anda tidak akan jumpa negara seperti Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang sangat baik kepada rakyatnya,” kata Loh.
Pada 12 Mei lalu, seorang lagi pengguna Facebook, Razali Raihayu turut berkongsi rasa syukurnya yang dia hanya perlu membayar RM31.80 bagi rawatan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia sedang beratur di depan kaunter pembayaran di HKL ketika membawa bapanya bagi mendapatkan rawatan radioterapi kanser.
“Kami sangat tidak berduit bulan itu. Saya hanya ada RM100 dalam poket saya (dan langsung tiada duit di dalam bank). Itu sahaja wang yang saya ada untuk makan tengahari dan bagi membayar tol untuk pulang ke Melaka,” tulis Razali.
Katanya, dia hampir pengsan apabila melihat bil yang diberikan berjumlah RM11,000.
Bagaimanapun kakitangan hospital memintanya agar tidak risau dan memintanya pergi ke kaunter pembayaran.
Di situ, selepas mengesahkan kerakyatan bapanya, dia diberi bil baharu dengan ditandakan sebagai ‘warganegara’ dan bil baharu itu hanya berjumlah RM31.80.
Razali berkata dia menangis di situ kerana sebak dan ketika mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, dia diberitahu semua warganegara Malaysia layak menerima rawatan perubatan yang murah di hospital kerajaan.
Pada 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyentuh mengenai hospital kerajaan berkata, jika warganegara Malaysia mendapatkan rawatan di pesakit luar, dia hanya dikenakan caj RM1 manakala caj bagi doktor pakar hanya RM5 dan ubat diberikan percuma.
“Secara amnya, subsidi perubatan di Malaysia adalah 98 peratus, bermakna 98 peratus kos perubatan untuk setiap pesakit warganegara Malaysia ditanggung kerajaan,” katanya.
Sementara itu di Pulau Pinang, kerajaan pimpinan DAP secara senyap-senyap menjual sebidang tanah di Peel Avenue bagi pembinaan hospital swasta mewah yang dijangka hanya memanfaatkan golongan berada sahaja.

REALITI Kehidupan Kita, Baca Baru Faham !!!

$
0
0
Foto Hiasan : Keluarga Adik Ustak Mat Ipang
Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, peringatanbersama memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi. 

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara ....... Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

#peringatanbersama

Arnab Disangka Kucing Dijual di Bazar Ramadhan

$
0
0
Gambar arnab panggang yang dijual di bazar Ramadan Guntong Luar Setiu, Terengganu menjadi tular di laman sosial. 
Seorang pembeli yang menggunakan pengenalan diri Long Kuning di Facebook telah memuat naik beberapa keping gambar makanan eksotik tersebut.
Bagaimanapun, netizen mula menyuarakan rasa tidak senang dengan gambar terbabit yang disifatkan menyerupai kucing panggang.
Sehubungan itu pemiliknya, Mohd Ebbie Shafiean tampil menjelaskan keadaan sebenar bahawa hidangan yang dijualnya adalah arnab panggang dan halal untuk dimakan.
“Jangan kecam ambo (saya), ambo jual arnab, barang halal, bukan barang haram,” tulisnya menerusi status di laman Facebook, semalam, seperti yang dipetik AstroGempak.
Mohd Ebbie turut menjelaskan bentuk arnab yang dijualnya lebih panjang daripada saiz asal haiwan itu kerana cara memasak dan sudut gambar diambil.
Dia turut memaklumkan disebabkan gambar tersebut menjadi tular telah membantu meningkatkan jualan arnab panggangnya.
Malah, semua stok hidangan itu telah habis dijual dan ditambah kuantiti jualan pada minggu hadapan

*Raya Tahun Ini Suram - SaitifuBahri*

$
0
0



*PAKA* - Semalam tersebar satu keratan aplikasi whatsapps yang dikatakan ditulis oleh mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Saitifu Bahri Mamat yang merasakan dirinya semakin suram dikala hari yang bahagia bagi umat Islam seluruhnya.

Kesuraman Hari Raya Aidilfitri kali ini mungkin diatas faktor beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu yang mana 3 tahun sebelum ini beliau tidak putus-putus dikunjungi oleh ahli-ahli PAS.

Akan tetapi raya tahun ini, perkara yang pernah berlaku sebelum ini sudah tidak berlaku pada tahun ini.

Menurut sumber berdekatan, beliau (Saitifu) sudah mula merasakan kehilangan sokongan politik di Terengganu hari ini kerana ahli-ahli di kawasan beliau sendiri sudah tidak macam dahulu lagi.

Katanya, kalau dahulu ada 2, 3 orangyang sentiasa bersama Saitifu setiap hari tetapi kini sudah menjauhkan diri kerana Saitifu sudah tidak mempunyai pengaruh politik dan juga kewangan yang kuat.

Saitifu yang kini sudah banyak kehilangan sokongan politik sehinggakan majlis hari raya beliau adakan dikatakan boleh dibilang dengan jari jumlah kehadiran ahli Pas kerumahnya.

Ramai yang meramalkan selepas ditamatkan menjadi pesuruhjaya Pas Terengganu dan kemungkinan besar nama beliau tiada dalam senarai calon Pas Terengganu bagi mewakili parti itu di kerusi dun Paka.

Dikatakan juga nama yang bakal naik di dun Paka mewakili Pas pada PRU 14 nanti iaitu Nazara Muda yang juga ketua penerangan Pas Dungun kini sedang menyusun strategi bagi melayakkan diri beliau mengambil alih kerusi dun Paka daripada Saitifu Bahri.

AMZAD AHMAD
Kampung Durian Mentangau, Dungun





*BELUM APA-APA SUDAH BERGADUH SESAMA SENDIRI - TOLOK PAKATAN HARAPAN PRU 14*

$
0
0
SEMALAM telah ditularkan satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu yang mana berkaitan dengan tularnya gambar-gambar hari raya pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM)Terengganu Razali Idris, Setiausaha Negeri PPBM Hambali Abdul Latif dan Ketua Penerangan PPBM Amir Long.

Dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa AMK amat kecewa dan berkecil hati diatas sikap Pengerusi PPBM ang tidak memikirkan sensitiviti anggota Keadilan seluruh negara kerana telah bergambar dan hadir ke majlis Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Saiful adalah orang yang bertanggungjawab meletakkan  Dato' Seri Anwar Ibrahim kedalam penjara Sungai Buloh selama 5 tahun walaupun sepanjang kes pertuduhan ini banyak keraguan yang wujud dimahkamah.

Menurut Abdul Rahman Yusuf, Ketua AMK  Terengganu, adalah tidak menjadi suatu kesalahan Untuk Pengerusi PPBM Terengganu menghadiri Majlis Saiful Bukhari tetapi tindakan bergambar bersama akan menyebabkan berlakunya salah faham dan rasa kurang senang dari kami sebagai anggota PKR.

Justeru itu kami mengutuk dan membidas tindakan Pengerusi PPBM Terengganu ini dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya Dan komponen Pakatan Harapan amnya kerana telah melukakan hati dan perasaan kami kerana Saiful Bukhari adalah musuh AMK dan PKR!.

 Image may contain: 5 people, people smiling, people standing

Kenyataan Media

AMK Negeri Terengganu Bidas Pengerusi PPBM Terengganu Tidak Peka Dan Sensitif

Kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu mengatakan amat kecewa dan berkecil hati diatas sikap Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Terengganu Dato Razali Idris yang tidak memikirkan sensitiviti anggota Keadilan seluruh negara kerana telah bergambar dan hadir ke majlis Saiful Bukhari Azlan.

Umum sedia maklum siapa dia Saiful Bukhari Azlan ini. Penama ini yang telah mengakibatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara walaupun sepanjang kes pertuduhan ini banyak keraguan yang wujud dimahkamah.

Tindakan Pengerusi PPBM ini tidak wajar memandangkan PPBM adalah salah satu parti komponen didalam Pakatan Harapan bersama-sama dengan PKR dan dimana Dato seri anwar masih  dipenjara!. Dato Razali seharusnya memikirkan dahulu tindakan beliau kerana ianya melibatkan hati dan perasaan semua anggota PKR seluruh negara memandangkan saiful Bukhari adalah musuh Kami.

Adalah tidak menjadi suatu kesalahan Untuk Pengerusi PPBM Terengganu menghadiri Majlis Saiful Bukhari tetapi tindakan bergambar bersama akan menyebabkan berlakunya salah faham dan rasa kurang senang dari kami sebagai anggota PKR.

Justeru itu kami mengutuk dan membidas tindakan Pengerusi PPBM Terengganu ini dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Anggota Parti Keadilan Rakyat khususnya Dan komponen Pakatan Harapan amnya kerana telah melukakan hati dan perasaan kami kerana Saiful Bukhari adalah musuh AMK dan PKR!.

KETUA AMK Negeri Terengganu,
ABDUL RAHMAN YUSUF

8 SYAWAL

Disokong Oleh :
TIMB.AMK NEGERI
S.U AMK NEGERI
SU.P NEGERI
AHLI-AHLI AMK NEGERI

TERENGGANU DARUL IMAN

Selamatkan Banggol Donas Atau Selamatkan PAS - Susur Keluar LPT2

$
0
0
Jalan Banggol Donas Dalam Sejarah Terengganu

SAMBUNGAN jalan selepas susur keluar dari Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Gemuruh ke Kuala Terengganu menuju Manir dan Kampung Losong seterusnya ke pusat Bandar Kuala Terengganu kini mengambil masa 10 minit sahaja.

Siapnya jalan tersebut telah banyak mengurangkan kesesakan jalan dalam bandar Kuala Terengganu yang mana sebelum ini setiap kali waktu puncak dan cuti umum jalan-jalan di Kuala Terengganu terutamanya di Jambatan Sultan Mahmud mengalami kesesakan yang teruk.

Jalan yang panjangnya lebih kurang 5.6 kilometer itu telah dibuka keseluruhannya pada 19 Jun 2017 yang lalu setelah penyambungan terakhir di Kampung Banggol Donas selesai setelah sekian lama tertangguh.

Projek jalan tersebut bermula pada tahun 2009 dan dijangka siapa pada peringkat awalnya pada tahun 2012 yang lalu tetapi malangnya proses itu tidak berjalan lancar kerana campur tangan parti politik pembangkang (PAS).

Projek yang tertangguh selama 5 tahun itu siap sepenuhnya pada 19 Jun 2017 yang mana telah disempurnakan perasmian pembukaannya oleh YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu.

Sebelum ini, punca tertangguhnya projek ini kerana kedegilan beberapa individu di Kampung Banggol Donas yang menyebabkan jalan itu tertangguh selama 5 tahun.

Kronologi Banggol Donas :-












8. SelamatkanBanggol Donas - PAS








Presiden Amerika Syarikat Tidak Percaya DoJ, Hanya Pembangkang Malaysia Ditipu DoJ

$
0
0
8 Julai 2017, Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat bertemu Vladimir Putin, Presiden Russia ketika persidangan G20 di Hamburg, Jerman. 

Vladimir Putin menjelaskan kepada Trump dalam pertemuan empat mata itu bahawa kerajaan Russia tidak campur tangan dalam kempen pilihanraya antara Hillary Clinton dan Donald Trump pada 2016. 

Menurut Sergey Lavrov, Menteri Luar Russia, Trump turut memberitahu Putin bahawa beliau juga mendengar tuduhan itu sejak berbulan yang lepas dan tiada satu bukti pun dibawa untuk membuktikan dakwaan campurtangan Russia itu. 

Trump menyatakan kepada Putin, yang beliau tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).

Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu. Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016. 

Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah. 

Hanya pembangkang di Malaysia yang mengambil dan memetik sumber dari DoJ untuk menjadikannya sebagai isu. Sebenarnya tiada asas pun untuk dijadikan isu. 

Ianya bukan isu, hanya persepsi yang dicipta dan direka DoJ semata mata. Mana dia gambar sebenar berlian yang didakwa? Mana dia bukti transaksi? Semuanya tiada. 

Hakikatnya, staff DoJ sendiri dipercayai melakukan kerja secara tidak jujur dan amanah. Hal ini diakui sendiri oleh Eric Holder, Peguam Negara, Amerika Syarikat. 

30 Jun 2017, Eric Holder dalam twitternya, memberi peringatan kepada semua staff DoJ dan FBI. Ujarnya, "tindakan kamu dan integriti kamu yang tidak adil akan disoal. Jaga jaga. Kerja. Maruah. Negara".

Amaran yang dibuat oleh Peguam Negara ini adalah amat keras sekali. Bermakna, integriti staff DoJ telah dipersoalkan. Eric Holder juga perlu siasat apakah ada bayaran masuk sejumlah USD$5 juta ke dalam Clinton Foundation dari Tun Daim untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib?

Apakah bayaran ini yang membuatkan staff DoJ tidak berintegriti? Kemudian staff DoJ itu membuat tuduhan untuk memburukkan Malaysia menerusi beberapa kenyataan media. 

Pada September 2015, ketika awal serangan Mahathir terhadap Najib,  Matthias dan Khairuddin, dua orang kanan Mahathir pernah terbang ke Amerika Syarikat dan dipercayai dibantu oleh Andrew McCabe, Timbalan Pengarah FBI. 

Dalam bulan yang sama juga, keluar cerita palsu di New York Times kononnya FBI hendak tangkap Datuk Seri Najib. Padahal bila Datuk Seri Najib ke New York pada 23 September 2015, untuk hadiri Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu tidak pula FBI menangkapnya. 

Ini bukti dakwaan New York Times itu fitnah semata mata. Apakah pengadu kepada New York Times itu adalah dua orang kanan Mahathir dengan dibantu oleh McCabe? 

Sama seperti kes DoJ. Siapa pengadu kepada DoJ belum lagi didedahkan identitinya. Besar kemungkinan pengadu itu ada agenda lain mahu menggulingkan Perdana Menteri dan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di Malaysia. 

10 Julai 2017, Trump mengesyaki James Comey, bekas pengarah FBI membocorkan dokumen penting pada media. Apakah McCabe juga bertindak sedemikian kepada media dengan matlamat menjatuhkan kerajaan Malaysia? 

Campur tangan asing di Malaysia diundang oleh pembangkang yang tidak sabar sabar menunggu pilihan raya dan proses demokrasi. Mereka sanggup terbang jauh ke London berjumpa Sarawak Report. Terbang ke New York berjumpa Wall Street Journal dan New York Times. 

Presiden Amerika Syarikat sendiri sudah sangsi dengan FBI dan DoJ. Peguam Negara Amerika juga sangsi. Hanya pembangkang di Malaysia yang masih sanggup jadi penjaja cerita persepsi dan tipu. Rakyat Malaysia kena nilailah sendiri, jangan tertipu dengan cerita cerita persepsi ini.

Jangan undang tangan tangan asing dalam menentukan hala tuju politik di Malaysia.

T-TEAM Tibang Kelantan di Kuala Terengganu

$
0
0
T-Team kalahkan Kelantan 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pasukan kelab T-Team mempamerkan belang sebenar apabila bangkit dari ketinggalan menumbangkan Kelantan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berhati-hati dan sebahagian besar nampak seimbang pada separuh masa pertama.
Walau bagaimanapun Kelantan mencuri tumpuan apabila meledak jaringan pada minit ke-50 melalui Mohd Khairul Izuan Rosli mengelirukan penjaga gol T-Team, Mohd Suhaimi Husin untuk mendahului perlawanan.
Sebelas minit terakhir menjadi milik tuan rumah dengan pelbagai serangan bertali arus ke arah kubu Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.
T-Team berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Dilsod Sharofetdinov pada minit ke-79.
Pada minit ke-84 Muhammad Fauzi Abdul Kadir menanduk bola ke gawang pelawat untuk jaringan kedua tuan rumah.
Pemain import baharu Titans Yannick Ndjeng melngkapkan malam gemilang Titans menjadikan kedudukan 3-1 dengan menyumbang gol minit ke-89 permainan.
Kemenangan ini meletakkan T-Team di tangga ketujuh Liga Super dengan mengutip 19 mata dan ketinggalan 17 mata di belakang pendahulu Johor Darul Takzim. – Terengganu Times

Lubuk Kelah Tasik Kenyir Tarikan Pelancong

$
0
0
 Dua lagi lubuk baharu ikan kelah bakal  dibuka berdekatan Santuari Ikan Kelah, Sungai Petang Tasik Kenyir, Jun tahun depan bagi menampung kedatangan pelancong yang meningkat untuk menikmati aktiviti bersama spises air itu.
 Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata dua lubuk itu iaitu Lubuk Kelah dan Lubuk Lampan yang terletak berdekatan pusat pemuliharaan dan rekreasi ikan kelah sedia ada di Lubuk Kejor.
“Dua lubuk yang diwujudkan ini bagi menampung permintaan pengunjung pada lubuk sedia ada (Lubuk Kejor) kerana pada ketika ini lubuk berkenaan kita hadkan hanya 100 pengunjung sehari.
 “Dengan kewujudan dua lubuk baharu itu kita jangka Santuari Kelah ini mampu menerima 200 lagi pelawat setiap hari untuk ke sini,” katanya kepada pemberita selepas program Kenali Kenyir 01 Bersama Media Terengganu di Tasik Kenyir di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Pengurus Promosi dan Korporat, Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Ketengah, Ahmad Fathil Abd. Ghani.
 Tengku Ahmad berkata tumpuan Ketengah ketika ini adalah pada kerja-kerja menjinakkan ikan kelah di lokasi yang telah dikenal pasti itu yang meliputi rutin memberi makan kepada hidupan air berkenaan bagi menyesuaikannya dengan kehadiran manusia.
 Katanya santuari kelah ini dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pengunjung terpaksa mengharungi laluan kira-kira 1.7 Kilometer untuk sampai ke santuari itu menggunakan ‘houseboat’ atau bot laju dan  setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang (Dewasa).

DAP fitnah ROS selepas penipuan terbongkar

$
0
0

DAP giat melancarkan serangan terhadap ROS supaya ahli parti tidak menyalahkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selepas pemilihan semula CEC pada 2013 dibatalkan.  Dua beranak itu melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap ROS untuk menutup penipuan mereka yang sudah mula terbongkar.

Mereka mencari alasan dan mengarahkan budak suruhan, Anthony Loke membuat kenyataan bodoh yang menuduh ROS tidak adil dan mempertikaikan mengapa ROS perlu mengambil masa 4 tahun untuk membatalkan pemilihan semula.

Sebenarnya, sejak pemilihan 2012, ROS telah memberi peringatan kepada DAP supaya mengadakan semula pemilihan.  

Tetapi penipuan berlaku sekali lagi semasa pemilihan semula 2013 dan ROS telah pun memberi amaran pada Sept tahun itu.

Sekarang DAP menuding jari kepada ROS untuk menutup penipuan mereka dan mengelak ahli parti tahu selama 4 tahun ini mereka hidup dalam penipuan dan pengkhianatan. 

Jika perkara sebegini pun mereka boleh menipu, apatah lagi jika memerintah negara. 

#KillDAP
#KillPakatan

*Raja Bahrin Sunyi Tanpa ISU Politik di Terengganu*

$
0
0

Ahli Parlimen Tunggal Pakatan Harapan bagi negeri Terengganu dari parti Amanah Negara (PAN) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad telah berjalan disekitar Kuala Terengganu baru-baru ini bagi membuat serta mencari isu untuk dipolitikkan.

Kali ini beliau telah memainkan sentimen bagi isu Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS- swasta) yang telah siap sepenuhnya pada 2017.

Hospital KTS itu dibina untuk golongan pertengahan dan keatas yang akan memilih untuk mendapat skim perubatan terbaik dalam negara ini terutamanya di Terengganu.

Bak kata orang tua-tua, hanya orang yang banyak duit sahaja akan pergi mendapat rawatan di KTS itu dan bukan pada rahyat marhaen atau golongan yang berpendapatan rendah.

Raja Bahrin yang lebih dikenali sebagai wakil rakyat yang memperjuangkan nasib-nasib golongan pertengahan atau berduit dan tidak menghiraukan nasib serta kehidupan rakyat marhaen di Kuala Terengganu khasnya dan amnya negeri Terengganu.

Bangunan yang disiapkan pada akhir tahun 2017 dan perlu mendapat kebenaran beroperasi serta inspection dari jabatan BOMBA perlu melalui beberapa proses biasa dan selepas itu akan ada penambahbaikan bagi memulakan operasi dibangunan tersebut.

Persoalannya, bagaimana seorang arkitek terkenal tidak pernah faham akan prosedur-prosedur bagi sesebuah bangunan yang dibina atau sahaja membuat isu muruhan kerana beliau sahaja ahli tunggal PAN di Terengganu kini.

KTS yang dibina itu untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada rakyat yang berkemampuan menjadi salah satu tempat mendapatkan khidmat atau rawatan yang terbaik bagi diri serta ahli keluarga yang mana berkemampuan.

YB mengejar supaya disegerakan operasi, tapi kalau ada masalah lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan awam nanti YB jugak yang bising serta tunding jari dan untuk jadikan isu seperti mana yang berlaki sebelum ini.

Alhamdulillah... kerajaan negeri bawah pimpinan Ahmad Razif sudah banyak melakukan naiktaraf keperluan perubatan di negeri Terengganu yang mesra rakyat. Pusat Hemo, Pusat Rehab, Hospital Bersalin HSNZ dan pelbagai lagi dalam kata pendeknya #molekdohlening

Penulis tahu Raja Bahrin kesunyian dalam politik di Terengganu ini setelah murtad dari ajaran PAS yang sebelum ini sanggup melakukan apa sahaja demi PAS.


Dalam siri ceramah Yb Raja Bahrin dengan HILUX pun tiada orang mahu dengar kerana rata-rata rakyat negeri ini menganggapnya perbuatan seorang yang gila untuk mencari glamour politik sahaja dan bukan untuk kepenting rakyat.

Beliau yang kini dilihat sebagai ahli parlimen mati pun susah, hidup pun susah" kerana untung nasib beliau di pilihanraya u"mum 14 nanti akan membuatkab beliau sendiri akan terkubur di tempat lahirnya sendiri.

Tindakan Sia-sia Mahathir Hanya Untuk Menghindari Penjara

$
0
0
Mahathir mahu RCI Forex kelihatan seperti penindasan politik, sebab itulah dia sengaja mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan barisan Pakatan Harapan jika mereka berkuasa selepas PRU14. Idea yang Mahathir ingin wujudkan adalah Najib menggunakan skandal forex Bank Negara sebagai alasan untuk meletakkannya di penjara. Kononnya, Najib cuba meletakkan Mahathir di penjara bukan kerana dia telah mencuri wang US $ 10 bilion daripada Bank Negara tetapi kerana dia akan membantu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi, dia ‘membunuh dua ekor burung dengan satu batu’. Dia menghentikan Anwar daripada memberi keterangan terhadapnya dan dia berlakon sebagai mangsa penganiayaan politik.

Sekiranya anda cuba ‘membaca’ langkah terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad secara semata-mata secara berasingan, ia akan kelihatan seperti perjalanan politik biasa. Walau bagaimanapun, apabila ia berkenaaan dengan Mahathir, ia bukan lagi perkara yang biasa atau pergerakan yang biasa-biasa. Setiap kali Mahathir berpusing ke kanan sebenarnya dia benar-benar mahu ke kiri.

Mereka yang betul-betul mengenali Mahathir telah banyak kali berkata sebelum ini: anda perlu menilai Mahathir bukan dengan apa yang dia katakan tetapi dengan apa yang dia tidak katakan – dan, tentu saja, dengan apa yang dia lakukan. Hanya dengan itu kamu tidak akan menjadi mangsa kepada kekejamannya. Mahathir boleh memeluk anda dan menobatkan anda sebagai penggantinya suatu hari dan kemudian memecat anda keesokan harinya sebagai orang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Jadi apa yang Mahathir akan caturkan dengan langkah terbaru mengumumkan kepimpinan Pakatan Harapan? Dan kita mesti perhatikan bahawa, yang pelik seperti yang dijangkakan, adalah Mahathir yang melakukan semua pengumuman walaupun dia bukan Ahli Parlimen dan melantik diri sendiri dan tidak pernah dipilih sebagai pemimpin parti.

Mudah. Mahathir mahu menjadikannya kelihatan seperti dia adalah bakal Perdana Menteri supaya jika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan bahawa dia telah melakukan jenayah bernilai AS $ 10 bilion yang ditanggung oleh Bank Negara, dan kerajaan memutuskan untuk mendakwa tindakan jenayah terhadapnya, dia akan melalak bahawa mereka mengambil tindakan terhadapnya bukan kerana dia telah melakukan jenayah tetapi kerana penganiayaan politik.


Mahathir ingin mencipta keadaan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap Pakatan Harapan supaya dia boleh mengatakan bahawa mereka akan mengejarnya kerana itu bukannya kerana wang Bank Negara bernilai AS $ 10 bilion yang ghaib entah kemana.

Mahathir tahu bahawa apa yang dipanggil barisan kepimpinan Pakatan Harapan ini tidak akan terjadi. Pertama sekali, Pakatan Harapan mesti menang sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen untuk berarak ke Putrajaya. Walau bagaimanapun, 112 kerusi terlalu berisiko sehingga mereka perlu mensasarkan sekurang-kurangnya 125 untuk selamat. Dan kini mereka bergelut untuk menang walaupun 85, apatah lagi 125. Apa yang mereka harapkan ialah ramai Anggota Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak akan belot menyokong Pakatan Harapan, memberi mereka tambahan 40 kerusi atau lebih yang diperlukan.

Pendek kata, Pakatan Harapan tidak akan memenangi kerusi dalam pilihan raya umum. Mereka berharap dapat memenangi kerusi tersebut melalui pembelotan, yang mana Rafizi Ramli sendiri mengesahkan. Dan ia tidak boleh hanya sedikit pembelotan tapi sekurang-kurangnya 40 atau lebih, yang datang kepada kira-kira 20% daripada Anggota Parlimen, bukan satu pencapaian yang mudah. Tetapi Pakatan Harapan sentiasa bermimpi di siang hari – seperti ketika mereka menjamin rakyat Malaysia bahwa 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan belot pada 16 September 2008 tetapi tidak pernah berlaku.

Bagaimanapun, kebanyakan dalam Pakatan Harapan tahu bahawa jangkaan untuk membentuk kerajaan seterusnya dengan 40 pembelotan adalah terlalu sukar. Dan tanpa pembelotan, tidak ada cara Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan persekutuan yang akan datang.

Jadi tidak mengapa Mahathir mahu mengumumkan bahawa beliau adalah Pengerusi Pakatan Harapan atau bahawa beliau adalah ‘Perdana Menteri yang menunggu’ atau bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri sementara ketujuh sambil mereka menunggu Anwar dibebaskan dari penjara untuk ambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan. Semuanya tidak akan berlaku dan itu hanya sandiwara untuk menipu orang Melayu suoaya mengundi Pakatan Harapan.

Dan apa pula ketua umum sebenarnya? Sistem itu berasal dari Indonesia dan bermaksud presiden partai. Dan jawatan itu dipilih dan bukan lantikan diri sendiri. Jadi anda mempunyai presiden parti dan kemudian anda mempunyai ketua umum, yang juga presiden parti, tetapi mandiri. Apa pembohongan yang mereka cuba paparkan di sini?


Mahathir berjanjikan dia akan membantu Anwar keluar dari penjara dengan harapan ini akan menghentikan Anwar daripada memberi keterangan di hadapan RCI yang menyiasat wang Bank Negara bernilai AS $ 10 bilion yang hilang

Tugas mendapatkan pembebasan Anwar akan berada di bawah Perdana Menteri yang baru. Dan jalan itu akan menjadi pengampunan dari Yang Mulia Agong. Mengapa Agong perlu mengampuni Anwar sedangkan pertamanya Anwar tidak meminta untuk diampuni? Memohon pengampunan mesti bermula dengan ekspresi taubat dan penyesalan dan Anwar tidak bertaubat atau menyesal. Malah, dia bertentangan dengan taubat dan penyesalan. Dia degil dan menentang dengan menegaskan dia tidak melakukan kesalahan dan menjadi mangsa perbicaraan palsu.

Syarat-syarat yang mana Anwar tidak meminta pengampunan tetapi masih mengharapkan seseorang itu diberikan maksudnya dia tidak akan mendapat pengampunan itu. Dan itu bermakna dia tidak akan menjadi Perdana Menteri kelapan. Jadi Mahathir bercakap kosong dan Pakatan Harapan tahu itu. Mahathir berpura-pura dia memanaskan kerusi untuk Anwar dan berpura-pura bahawa sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih dia akan memastikan bahawa usaha dibuat untuk mendapatkan Anwar dibebaskan dari penjara supaya dia boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Mahathir tahu dia tidak akan menjadi Perdana Menteri ketujuh dan Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri kelapan. Orang yang akan menjadi Perdana Menteri ketujuh adalah orang yang dikatakan DAP akan menjadi Perdana Menteri ketujuh – dan juga untuk timbalannya. DAP akan memenangi kira-kira 50 kerusi parlimen dan kerana itu bermakna mereka yang memenangi paling banyak kerusi yang akan dapat memutuskan siapa yang menjadi Perdana Menteri, sama seperti mereka memutuskan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak kembali pada tahun 2008.


Anwar mahu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Agong untuk memberikannya pengampunan tanpa membuat sebarang permohonan

Hakikatnya bahawa Mahathir ketika mula-mula mengumumkan bahawa akan ada Perdana Menteri sementara dan kemudian melakukan U-turn dan menarik balik kenyataannya menunjukkan bahawa DAP tidak bersetuju dengan ini. Tidak ada perkara seperti Perdana Menteri sementara. Dan parti dengan hanya satu kerusi parlimen bukan pembuat keputusan itu.

DAP tahu Mahathir hanya ‘menembak kosong’. Dia bertindak seperti dia bertanggungjawab dan dia yang membuat semua keputusan apabila parti yang memegang paling banyak kerusi di Parlimen, dan bukan parti yang hanya mempunyai satu kerusi, bertanggungjawab dan membuat semua keputusan. Tetapi DAP tidak ada masalah jika Mahathir mahu mendapatkan kepercayaan bahawa dia adalah pembuat keputusan. Selagi Mahathir terus menyerang Perdana Menteri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional, dia boleh berlakon sebagaimana yang dia mahukan dan melakukan apa sahaja, terutamanya jika ia dapat menarik undi orang Melayu.

Mahathir begitu takut dengan apa yang akan diumumkan oleh RCI. Dia tahu bahawa dia tidak akan dibebaskan begitu mudah seperti dalam kes-kes Perwaja dan PKFZ di mana semua yang perlu beliau lakukan ialah mengatakan dia terlupa dan mereka menutup fail-fail tersebut. Kali ini mereka tidak sekadar hanya untuk mendakwanya tetapi mereka akan cuba untuk mendapatkan kembali semua kekayaan yang dicuri juga. Dan kita bercakap tentang sepuluh bilion.

Jadi Mahathir perlu membina ilusi ini bahawa dia adalah Perdana Menteri yang menunggu, dia akan memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan kelapan, dan dia akan memastikan bahawa Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara tidak lama selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan.

Mahathir mahu supaya RCI Forex kelihatan seperti penindasan politik, sebab itulah dia sengaja mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan barisan Pakatan Harapan jika dan apabila mereka berkuasa selepas PRU14. Kesan Mahathir yang ingin dicipta adalah Najib menggunakan skandal forex Bank Negara sebagai alasan untuk meletakkannya di penjara.

Kononnya, Najib cuba meletakkan Mahathir di penjara bukan kerana dia telah mencuri wang US $ 10 bilion daripada Bank Negara tetapi kerana dia akan membantu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Maka, dia membunuh dua burung dengan satu batu. Dia menghentikan Anwar daripada memberi keterangan terhadapnya dan dia berlakon sebagai mangsa penganiayaan politik.


PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal The Mahathir Gambit Is Merely To Stay Out Of Jail. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak kulihatlangitbiru.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak kulihatlangitbiru.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

*MENGAPA Pembagkang(PAS) Terkesan Dengan Bebas Cukai Tasik Kenyir?*

$
0
0

SEMALAM satu lagi sejarah dicipta di bumi Terengganu Darul Iman dengan perasmian kawasan BEBAS CUKAI yang pertama di negeri ini.

Lantaran itu, ada buih-buih iri hati dan dengki dengan kejayaan kerajaan Terengganu berjaya membawa masuk kaedah perniagaan baru ke negeri ini dan secara automatiknya ekonomi rakyat dikawasan itu akan bertambah baik selepas itu.


Terbaca satu tulisan seorang YB Pembangkang yang mempertikaikan kenapa dibuat di Pengkalan Gawi sedangkan Pulau Bayas Tasik Kenyir yang digezetkan untuk perniagaan bebas Cukai masih belum siap sedang wang sudah banyak wang yang dilaburkan.

Mengikut sumber, Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya(JKR) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), setiap projek pembinaan yang melibatkan pulau-pulau di Tasik Kenyir dulu dan kini memerlukan peruntukan yang banyak.

Katanya, kos pembinaan akan meningkat tiga kali ganda berbanding dengan kos pembinaan di kawasan tanah rata berbanding di pulau yang ada dikawasan itu dan dari segi fasiliti juga memainkan peranan kepada kemajuan projek-projek yang sedang dibangunkan selama ini.

JADI andaian yang diberikan oleh YB PAS hari ini tidak mencerminkan beliau seorang yang terbuka dan berfikiran jauh kedepan dalam melihat sesuatu yang dilakukan kerajaan negeri dan juga apa yang rakyat akan perolehi dimasa akan datang.

Mereka hanya tahu membuat kritikan demi kritikan dan tiada pandangan yang boleh membantu kerajaan dan rakyat untuk membina masa depan secara amnya.

Nyata PAS Terengganu hanya pandai bermain kata-kata dan penulisan sahaja dan tidak pernah untuk berfikir mambantu rakyat dalam menghadapi dunia har ini yang semakin mencabar dengan keadaan ekonomi semasa.

Semalam juga di umumkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkaitan peluang kerja untuk siswazah menganggur dalam bidang pelancongan.

Katanya, Mahasiswa menganggur akan diberi peluang jadi pemandu pelancong oleh kerajaan negeri Terengganu dalam sektor pelancongan melalui skim Siswazah menganggur.

Inilah salah satu contoh usaha kerajaan bagi membantu rakyatnya dalam bidang pekerjaan dan ianya disambut baik oleh semua.

APA yang pasti dengan pembukaan secara rasminya zon bebas cukai Tasik Kenyir semalam telah membuatkan tempat itu lebih popular selepas ini dan ianya bakal menjadi HUB perniagaan khas bagi rakyat negeri Terengganu. - kllb








Zahid Mat Arip Bangsatkan Parti Bunga Dengan Skandal Rasuah

$
0
0

Penahanan Zahid Mat Arip yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, bukti parti pimpinan Mahathir itu dipenuhi dengan orang bermasalah dan penuh dengan skandal.

Semua jenis ada dalam parti Mahathir. Ada yang skandal dengan isteri orang, ada yang kuat berdisko, ada yang "klimaks 4 kali" dengan boyfriend, ada yang bankrap dan ada yang terbabit dengan skandal rasuah.

Zahid Mat Arip sebelum ini adalah bekas Pegawai Khas Kepada bekas Pengerusi FELDA. Ahli majlis tertinggi PPBM itu disiasat dalam kes pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Zahid Mat Arip dalam satu video ceramahnya di Sabah menyatakan bahawa tanda tanda pilihanraya umum ke 14 akan diadakan bila ada jerung besar ditangkap oleh SPRM. Zahid Mat Arip ketika ceramah itu menggunakan pentas ceramah PPBM.

Memang benarlah jerung besar itu adalah dirinya sendiri. Memang Zahid Mat Arip tahu dia telah melakukan kesalahan rasuah dan memang menunggu tangkapan dilakukan SPRM terhadapnya.

Zahid Mat Arip sengaja buat kenyataan "pre emptive" untuk mengaitkan tangkapan itu nanti dengan teori konspirasi. Itu bukan tanda pilihanraya makin dekat dan konspirasi, itu maksudnya Zahid Mat Arip sendiri tahu dia sudah kantoi dalam isu rasuah. Zahid Mat Arip ditangkap kerana ada bukti dan asas.

28 Julai 2017, SPRM telah menyerbu dua  pejabat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dalam pembelian hotel empat bintang di Kuching, Sarawak.

Dua pejabat itu adalah sebuah pejabat perakaunan di Taman Tun Dr Ismail, dan sebuah pejabat peguam di Damansara, Selangor. 27 Julai 2017, SPRM berkata hotel bertaraf empat bintang yang terletak di Kuching, Sarawak itu dipercayai dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga asal.

Selepas dua pejabat di TTDI dan Damansara  itu diserbu, 5 hari selepas itu Zahid Mat Arip dicekup. Mungkin Zahid Mat Arip dicekup berdasarkan bukti yang ada menerusi dua pejabat terbabit. Oleh itu, puak parti bunga janganlah membuat teori konspirasi yang tidak masuk akal berkenaan tangkapan Zahid Mat Arip ini.

Mungkin ini satu kifarah kepada Zahid Mat Arip. Dalam satu rakaman video Zahid Mat Arip membidas Zahid Hamidi, beliau berkata dengan nada begitu angkuh mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri adalah seorang pemimpinn bersifat 'Low Class'.

Sudahnya, beliau yang low class apabila ditahan dan digari oleh Pegawai SPRM kerana ditahan atas kes rasuah. Malah dipakaikan baju lokap oren SPRM. Lebih "low class" bila buat cerita konspirasi atas pentas ceramah PPBM untuk tutup dosa rasuah diri sendiri.

Kes Zahid membawa lumpur rasuah yang terpalit kepada partinya PPBM yang dipengerusikan oleh Mahathir. Kerana kes Kutty, Zahid Mat Arip buat video kecam Zahid Hamidi.

Hendak lawan buat apa perkara yang memang sah benar dan betul. Memang keluarga Mahathir kalau ikutkan sejarah di Rumah Kelahiran Mahathir di Alor Setar berasal dari Kerala, India. Kenapa mahu sensitif bila disebut "kutty"?

Patutnya lebih sensitif bila terpalit isu rasuah dan dipakai baju lokap SPRM berwarna oren. Ini lebih memalukan.

Akhirnya, orang yang mengutuk Timbalan Perdana Menteri itu sebenarnya yang lebih buruk perangainya. Rupa rupanya terpalit dengan skandal rasuah.

Pemimpin PPBM sibuk menuduh pemimpin kerajaan melakukan rasuah dan sebagainya, tapi sebenarnya Zahid Mat Arip, ahli majlis tertinggi PPBM yang menjadi dalang sebenar mengamalkan rasuah ketika berkhidmat dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Tony Pua tidak sempat hendak cari pemimpin yang rasuah sebegini dalam PPBM. Bolehlah Zahid Mat Arip berjiran dengan Guan Eng nanti. Sama sama pakai uniform oren, baju lokap SPRM.

Dalam manifesto Pakatan Harapan, mereka berjanji mahu pulihkan Felda. Kini Felda sudah dipulihkan sebenarnya bila tertangkapnya Zahid Mat Arip, ahli majlis tertinggi parti PPBM dalam skandal rasuah Felda.

Imej PPBM, Mahathir, Presidennya, Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Mukhriz tercalar teruk kerana skandal rasuah Zahid Mat Arip ini.

Jangan dilupakan, Pengerusi PPBM, Mahathir juga hanya menunggu masa untuk dipanggil dan disiasat pula oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan skandal dagangan mata wang asing (FOREX).

Mahathir sudah pasti akan buang Zahid Mat Arip ini. Baginya kes rasuah Zahid Mat Arip tentunya dosa besar bagi PPBM. Dosa yang lebih besar dari skandal kerugian Forex Bank Negara.

Ainina yang "klimaks 4 kali" sudah kena pecat. Zahid Mat Arip pula akan kena selepas ini. Rasuah Zahid Mat Arip ini sudah membangsatkan parti bunga.

MB umum berita baik, 50% daripada 5,939 tanah untuk rakyat Terengganu 41 tahun atas

$
0
0
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan satu lagi berita baik apabila memberitahu kerajaan negeri akan memperuntukkan 50 peratus daripada 5,939 lot tanah Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) akan diberikan kepada rakyat Terengganu berumur 41 tahun ke atas.

Menurutnya keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat EXCO hari ini yang bertujuan bagi membantu rakyat berumur 41 tahun dan ke atas yang layak dan masih belum memiliki tanah sendiri.

‘Hasil daripada mesyuarat EXCO hari ini saya ingin mengumumkan satu lagi berita baik kepada mereka 41 tahun ke atas iaitu akan mendapat 50 peratus daripada 5,939 lot tanah kosong manakala selebihnya 50 peratus untuk peringkat umur 21 hingga 40 tahun’.

‘Bermakna semua rakyat yang memenuhi semua syarat permohonan mereka layak untuk memohon dan insyaallah mereka akan dapat tanah yang kerajaan iklankan mulai jam 5 petang hari ini, katanya selepas Pelancaran Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Sementara itu Ahmad Razif juga memberitahu bagi pemilik tanah atau rumah yang terlibat pengambilan tanah dalam Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan diberi tanah ganti dengan bayaran yang sewajarnya.

‘Selain itu daripada mesyuarat EXCO hari ini kerajaan bersetuju untuk mengenal pasti tanah-tanah yang perlu dibuat persediaan sebagai ganti kepada mana-mana tanah terutama kediaman yang terlibat dengan pembangunan ECRL kerana kita sudah dapat senarai kawasan yang dicadangkan untuk diambil balik oleh kerajaan pusat untuk pembangunan East Coast Rail Link’.

‘Kerajaan akan cuba menyediakan tanah ganti terutama yang melibatkan perumahan bagi memastikan mereka yang diambil tanah ini supaya mereka tinggal tidak jauh dari tapak asal’.

‘Kawasan yang terlibat masih di peringkat cadangan dan belum digazetkan dan kita akan lihat balik secara terperinci’ katanya lagi.

Beliau menambah Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Terengganu juga akan diteruskan kembali dan bakal dimasukkan dalam Bajet 2018 dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan membina rumah mereka.

Ia selaras dengan usaha kerajaan negeri menangani 3P iaitu menangani kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan yang diperjuangkan dalam membantu rakyat selama ini. – Terengganu Times

5,939 lot tanah untuk rakyat Terengganu boleh dipohon mulai hari ini – MB

$
0
0
Sebanyak 5,939 lot tanah kosong dalam program Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang ditawarkan untuk rakyat Terengganu boleh dimohon mulai hari ini (2 Ogos 2017) bermula jam 5 petang.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh melayari laman web https://tanahrtb.terengganu.gov.my untuk permohonan secara online.

Jumlah 5,939 lot tanah kekosongan yang ditawarkan dalam RTB adalah di Kuala Terengganu (109 lot), Kemaman (928 lot), Dungun (1332 lot), Besut (69 lot), Hulu Terengganu (34 lot) , Marang (71 lot), Setiu ( 3362 lot) dan Kuala Nerus (34 lot).

‘Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah mengenal pasti sebanyak 5,939 lot di setiap daerah negeri Terengganu’.

‘Untuk mereka yang cukup syarat insyaallah tiada masalah dan ada peluang untuk mendapat tanah tersebut kerana tanah dari bulan ke bulan kita akan sentiasa maklumkan bermakna hari ini kita maklum 5939 dan bulan depan mungkin akan bertambah’.

‘Kerajaan juga akan kenal pasti tanah kepunyaan di bawah pusat atau sebagainya untuk dijadikan sebagai tanah lot untuk kita agih kepada rakyat yang memerlukan’ katanya ketika di sidang media Pelancaran Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman sebentar tadi.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan) Jahani Ismail.

Ahmad Razif turut memberitahu proses setiap permohonan bergantung kepada jumlah permohonan bagi setiap kawasan lot yang dipohon.

‘Kita akan tengok kepada permohonan sebagai contoh satu lot hanya seorang sahaja yang mohon dan kita akan terus beri kepada pemohon ini kerana tiada persaingan tetapi ada juga permohonan sehingga 10,000 permohonan yang layak dan ini memerlukan proses temu duga dan memakan masa serta tidak menentu’.

‘Mana yang boleh selesai segera kita akan selesai segera bermakna 5,939 bukan kita buat pemberian one-off kerana kita akan ikut prosedurnya maksudnya diprose secepat yang mungkin maknanya kita akan permudahkan proses permohonannya’ tambahnya. – Terengganu Times
Viewing all 490 articles
Browse latest View live