Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

#SAJAT : Amfibia Mapuh Tengoh Sungai?

$
0
0
Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah menyaksikan sendiri dan bersama-sama dengan bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan BOMBA dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pelancongan negeri bagi operasi simulasi latihan kecemasan dan ujian keupayaan badan bas serta laluan didalam air.

Ujian tersebut dilakukan disepanjang laluan menyelusuri sungai Terengganu antara jati 'slipway' Muzium Negeri hingga ke hadapan Masjid Kristal dan kali ini mengambil masa yang agak lama berbanding ujian yang pertama terdahulu.

Ujian ketahanan bas dan laluan tersebut yang diadakan itu berjalan dengan lancar dan MB Razif sendiri mengambil inisiatif untuk menyertainya sebelum ianya dibuka kepada orang ramai.

Latihan kecemasan sangat penting kepada mana-mana pengangkutan yang melibatkan kepenggunaan awam. Sebagai contoh monorel, LRT dan MRT diuji tahap keselamatan penggunaannya selama satu tahun sebelum ianya dibuka untuk kegunaan awam sepenuhnya.

Menurut Ketua Makanikal JKR Negeri Terengganu, Norhisham Launah simulasi yang dibuat petang semalam amat berjaya dan berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan oleh pihak beliau.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada MB Razif kerana sanggup untuk bersama ketika ujian ketahanan bas dan simulasi walaupun Menteri Besar Terengganu itu tahu akan risikonya.

Proses Simulasi Berjaya

Katanya Norhisham, satu pujian kepada YAB Menteri Besar yang sanggup luangkan masa melihat sendiri ujian dan latihan kecemasan dibuat sepertimana Perdana Menteri sendiri turut sama turun padang dalam sessi ujian.

‘Sebagai orang nombor satu dalam negeri Terengganu MB Razif sanggup mengambil risiko sebelum ianya diberi kelulusan untuk beropersi sepenuhnya.

‘Alhamdulillah… kita sudah berjaya dengan simulasi kali ini dan ianya sangat berjaya serta pihak kami amat berpuas hati, mengikut S.O.P yang telah ditetapkan, selama satu jam bas terapung :-

1. kita telah membuktikan bas amphicoach ini berada dalam 'high safety level' ketika di air dan di darat.

2. Pintu bas boleh dibuka dengan sempurna, bagi membolehkan penumpang keluar dengan selamat.

3. Walaupun dalam keadaan enjin mati, bas tetap timbul, ini dibuktikan hampir sejam lebih, kita berada dalam bas tadi.

4. Bas tersebut dapat di tarik (towing) hanya dengan bantuan sebuah bot sahaja.

5. Setelah sampai di jeti (ramp/slipway) Muzium Negeri di Losong Feri, bas dihidupkan semula tanpa bantuan mana-mana kenderaan.

6. Bas dapat bergerak pulang ke Depo JKR mekanikal dengan selamat dan lancar.

‘Pertamanya semasa ditengah sungai kita matikan enjin dan melakukan prosedur menyelamat, selepas semua penumbang dipindahkan ke dalam bot, bahagian makanikal menyelesai masalah yang di wujudkan sehingga menarik bas tersebut ke darat serta menggunakan kenderaan trak tunda (towing).

‘Selepas sampai jeti, kita menghidupkan enjin dan naik kedarat dan ianya satu kejayaan bagi simulasi kali,’ ujarnya.

Kesimpulan
Bas Amphibiacoach yang dibeli kerajaan menerusi perolehan Bahagian Kejuteraan JKR Negeri Terengganu bermula 2015 yang lalu, yang mana kini sudah berada dalam peringkat ujian di dalam air serta di darat menerusi beberapa peringkat termasuk simulasi keselamatan.

Kerajaan membeli bas dua alam itu bagi tujaan pelancongan negeri yang mana akan menarik pelancong dalam dan luar negeri ke Terengganu serta secara perkiraannya ekonomi rakyat setempat.

Tanggapan yang sangat meleset sama sekali dibuat rakyat terutamanya dari pembangkang di Terengganu yang mana menularkan video dan gambar tanpa tahu punca sebenarnya.
#LokKohoBodo


Raja Bahrin termalu sendiri apabila mencabar MB Razif

$
0
0
Kurang zat makanan: Raja Bahrin Cari populariti murahan

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang kian dihimpit populariti politik semakin merudum apabila melangkah meninggalkan Pas.

Beliau yang menang P036 Kuala Terengganu ada dari undi rakýat yang menyokong Pas di Kuala Terengganu dan juga mereka yang diatas pagar ketika itu.

Kini perkara itu mustahil baginya untuk mendapat sokongan padu seperti pilihanraya umum ke 13 yang lalu dan hanya bergantung kepada mereka yang kecewa serta meninggalkan Pas.

Kini melakukan 'Havoc' dengan mencabar YAB Menteri besar dengan isu yang telah dijawab sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Mohammad Omar pada awal mac ini dengan fakta yang tidak dapat disangkal lagi.

Raja Bahrin yang terkenal 'Speaker Hilux' itu cuba menangih simpati rakyat dengan mencabar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkenaan isu kononnya terlalu kritikal kepada rakyat Terengganu.

Hakikatnya beliau sendiri tidak mempunyai zat sehingga dikatakan termakan sumpah laknat 'Bai'ah' semasa menjadi wakil rakyat Pas seketika dulu sebelum menjadi katak lompat ke PAN.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Terengganu berada pada kedudukan kedua terendah kes kekurangan zat makanan (KZM) selepas Johor.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, hanya 1.15 peratus atau 226 orang dari 19,755 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di negeri ini mengalami masalah kekurangan zat makanan pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu menurutnya, 19 orang direkodkan sebagai kekurangan zat makanan teruk akibat kelainan kongenital iaitu kecacatan sejak lahir manakala 207 orang kurang zat makanan tahap sederhana.


Beliau berkata, jumlah itu turun 100 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding 2.48 peratus pada tahun 2013.

Pencapaian ini katanya adalah lebih baik dari negeri-negeri maju di pantai barat seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka dan purata kes KZM seluruh Malaysia pada tahun lepas adalah 2.26 peratus.

“80 peratus punca masalah ini berlaku disebabkan sikap ibu bapa tidak mengambil berat soal pemakanan anak-anak selain memberi makanan tidak berkhasiat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu katanya, dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah seramai 26 peratus kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di Terengganu dilaporkan mengalami KZM adalah tidak benar.

Menurut Dr Mohammad, kerajaan sentiasa cakna dan prihatin dengan perkembangan kesihatan kanak-kanak dengan menyediakan bantuan khas sebanyak RM200 sebulan kepada mangsa KZM.

Bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan itu meliputi pembelian makanan berkhasiat agar kanak-kanak terbabit bebas dari rekod kekurangan zat makanan.

“Jika mereka mampu, kita hanya beri RM100 sebulan sebagai tambahan untuk membeli susu tepung menambah berat badan.

“Bukan itu saja, kakitangan kita juga pergi ke rumah ajar cara masak makanan dengan betul agar anak-anak dapat menikmati makanan berkhasiat. Sampai begitu sekali kita jaga pesakit KZM,” katanya.

Pemakanan kanak-kanak kekurangan zat makanan turut dipantau oleh kakitangan kesihatan setiap enam bulan dan lazimnya 60 hingga 70 peratus mereka akan naik berat badan.

“Masalah kita sekarang bukan kekurangan zat makanan sebaliknya terlebih makan di mana 0.4 hingga 0.5 peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun negeri ini disahkan mengalami obesiti,” katanya.

Nurul Izzah Undang Campur Tangan Asing Lagi Dalam Pilihan Raya

$
0
0

Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) macam-macam tuduhan dilemparkan oleh pembangkang dengan tuduhan paling epik dalam sejarah negara ialah `pilihan raya paling kotor'. Boleh dikatakan semua pilihan raya di negara ini tidak pernah bersih bagi pembangkang walaupun mereka menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pembangkang sebenarnya yang main kotor. Ajak orang asing untuk campur tangan di negara ini.

20 Mac 2018 di parlimen, Mahathir sudah akui menggunakan media asing untuk campuri urusan di negara ini. Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1810195629000906&id=697192853634528

Tuduhan pilihan raya paling kotor itu bukan baru, malah sudah berzaman dikemukakan oleh pembangkang. Atas sebab itu mereka mengemukakan macam-macam permintaan kononnya dengan mengikut kehendak mereka, pilihan raya itu akan jadi bersih.

Masalahnya, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raa (SPR) mengikut cadangan yang dikemukakan pembangkang, tapi apabila mereka kalah, keadaan sama juga tetap juga kata PRU kotor.

Dulu pembangkang main isu 40,000 Bangla dibawa masuk sebagai pengundi hantu, kemudian isu elektrik terputus pula dimainkan, kini mereka meminta supaya pemerhati asing dibawa masuk untuk memantau perjalanan pilihan raya negara ini.

Jika campur tangan asing itu dibenarkan, di manakah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat sampai terpaksa meminta pihak asing memantaunya.

Tapi itu yang diminta oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ketika berbahas di Parlimen semalam. Sebenarnya dari tahun lepas lagi, Nurul Izzah memainkan isu kononnya PRU14 ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Sedangkan dalam PRU sebelum inipun, memang SPR telah mengundang pemerhati asing.

Pada PRU13 lalu, seramai 18 pemerhati antarabangsa masuk untuk menyaksikan proses pilihan raya umum itu berjalan. Mereka ini terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.

Bukan itu sahaja, 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan telah dijemput untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini berintegriti, pada PRU13 lalu, tapi hasilnya, pembangkang dan BERSIH masih menganggap pilihan raya di Malaysia yang paling kotor.

Nurul Izzah agaknya terlupa di mana beliau terpaksa meminta maaf kepada Raja Nong Chik selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr. Ismail, iaitu sehari sebelum PRU-13.

``Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu," kata Nurul Izzah ketika membacakan kenyataan maaf itu.

Permohonan maaf itu terpaksa dibuat selepas Raja Nong Chik, pada Julai 2013 telah memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu itu.

Jadi dalam hal pemerhati asing ini, SPR tiada masalah untuk menjemput mereka namun bolehkah pembangkang menerima keputusan PRU14 nanti? Kalau dilayan permintaan pembangkang ini, memang pening SPR kerana apa jua yang dilakukan mereka tidak akan puas hati, jadi lebih elok diabaikan cadangan-cadangan mereka ini.

Dulu pembangkang minta SPR celup jari dengan dakwat kekal kerana kononnya ada pengundi hantu. Bila dah celup jari pun mereka masih tidak puas hati lagi. Lepas ini, eloklah celup terus kepala geng geng pembangkang ini terus dalam dakwat kekal.

Mungkin itulah sahaja cara untuk membuatkan mereka puas hati.



PART 1 : KAFIRKAH AKU - C.N AL-AFGHANI

$
0
0

DALAM SINARAN BULAN PURNAMA


Saya menyertai Pas awal 1985 ketika masih berkhidmat sebagai seorang guru. Walaupun belum lagi aktif, tetapi mula mengenali agak rapat dengan pimpinan Pas Kedah ketika itu, kerana saya berusaha menubuhkan badan penyokong Pas terdiri dari penjawat awam yang dikenali sebagai JPPP @ J3P (Jawatankuasa Pegawai Penyokong Pas). Saya adalah setiausahanya. Bila menyertai Pas, saya mulai membiasakan diri dengan memakai serban, seperti kebanyakan ahli-ahli Pas yang lain. Ramai di kalangan guru-guru yang cenderung pada Pas memakai serban. Pengetua dan PPD tak dapat buat apa-apa, sekadar keluar pekeliling etika berpakaian bagi guru.

Boleh kata, suara kami guru-guru yang sokong Pas didengari. Apa sahaja ko-kurikulum yang tidak sesuai dengan syariat, kami tentang atau boikot. Aktiviti sukan juga kami yang meletakkan garis panduan latihan. Pelajar lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur dalam apa-apa latihan dan pelajar perempuan wajib menutup aurat. Kami juga berjaya membentuk usrah di kalangan pelajar. Pelajar dan waris secara jelas mengetahui kami dari parti mana. Bercakap tentang Pas dan Umno dalam kelas dan bilik guru telah lumrah bagi kami.
Pada tahun 1986 saya terpilih menjadi Ketua Pemuda  dalam  mesyuarat agung Pemuda Pas Kawasan Padang Terap. Sejak itulah saya benar-benar menumpukan perhatian kepada aktiviti Pas. Seluruh kehidupan saya berada dalam sinaran Bulan Purnama. Terlibat secara serius apa juga program anjuran sama ada dari Pas kawasan, negeri mahupun pusat.

Semangat pengorbanan terhadap parti dipupuk semahu-mahunya. Saya sanggup meninggalkan tugas untuk menghadiri program parti. Kerjaya sudah menjadi nombor dua dalam hidup  masa itu. Semangat ini semakin berkobar-kobar lagi bila berlakunya peristiwa rampasan tanah milik Pas Kedah di Batu 14, Pokok Sena pada awal 1987 oleh Kerajaan Negeri Kedah yang ketika itu MBnya Datuk Paduka Osman Arof. Setelah berkalikali rundingan antara kedua pihak tidak berhasil, maka Pas bertegas mempertahan tanah tersebut.
Sistem kawalan sepanjang masa yang melibatkan kawasan-kawasan seluruh Kedah di atur. Ahli-ahli Pas yang berdekatan telah jadikan muasasah itu sebagai rumahtangga mereka. Setengahnya berpesan pada isteri yang mereka turun dari rumah dengan niat untuk mati syahid di muasasah itu. Dewan Pemuda Pas kawasan Padang Terap ditugaskan menjaga keselamatan kerana tapak muasasah berada dalam kawasan parlimen Padang Terap (sekarang di bawah kawasan parlimen Pokok Sena). Selaku Ketua Pemuda kawasan, saya dilantik sebagai ketua keselamatan Muasasah, termasuk keselamatan pimpinan yang hadir di situ.
Ogos 1988, saya ambil keputusan berhenti mengajar tanpa maklum pada jabatan pendidikan hingga sekarang. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan ketika itu. Bila isteri merungut, saya katakan yang saya terpaksa berkorban untuk parti yang berjuang kerana Islam. Saya katakan juga kalau tidak kita, siapa lagi yang akan berjuang menegakkan hukum Allah. Keputusan saya adalah muktamad.
Sepanjang bersama Pas, saya telah melalui beberapa proses pembinaan jati diri ahli. Ketika itu  penekanannya menjurus kepada kekuatan akidah. Sesuai dengan itu, terbentuklah tema-tema pada muktamar Pas seperti ‘Menggempur Pemikiran Assobiyyah’, ‘Meroboh Rangkaian Penindas’ dan ‘Bertindak Menentang Kezaliman’. Apa juga program ke arah motivasi dan ceramah ketika itu, menghuraikan sedalam-dalamnya maksud assobiyyah, taghut, munafik dan juga kezaliman. Ayat-ayat Quran dan hadis yang di ketengahkan juga semuanya berkait rapat dengan isu itu.
Pimpinan Pas masa itu mahu ahlinya benar-benar bersih akidah. Bukan sahaja membuang fikiran assobiyyah dan sekularisme, malah juga membuang fitrah pertubuhan Islam lain seperti Abim, Al-Arqam, Tabligh, Jim, Hamim, Berjasa dan lain-lain yang tak sehaluan dengan Pas. Pas benar-benar bersendirian dalam arena dakwah dan berpolitik. Pas langsung tidak dapat menerima DAP waktu itu. Seperti kunyit dengan kapur atau kucing dengan anjing.
Ketegasan Pas ini menyebabkan beberapa isu kontroversi berlaku antara Umno dan Pas. Masyarakat ketika itu dengan mudah dapat membezakan antara orang Pas dan Umno. Pimpinan dan ahli Pas seolah-olah mewajibkan diri untuk memakai serban. Paling kurang pun kupiah putih. Begitu juga dengan janggut, yang ada seurat dua pun simpan juga, jangan nak cari yang berdagu licin. Kebanyakan pula memilih serban warna hitam dan merah. Lambang peperangan dan keberanian.
Sewaktu menjadi perwakilan Pas Kawasan Padang Terap dalam muktamar tahun 1987, saya mengenakan pakaian serba hitam sepanjang 3 hari bersidang. Dari serban hingga ke kasut semuanya hitam. Sementara semua perwakilan Dewan Pemuda Pas Terengganu pula, mengenakan serban Palestin warna merah yang  di ketuai Ustaz Abu Bakar Abdullah. Majoriti perwakilan dan pimpinan Pas berserban, tak seorang pun yang berani memakai kupiah hitam, apa lagi tanpa kupiah.
Perbahasan para perwakilan pula sungguh bersemangat, pernah berlaku mesyuarat berlangsung hingga jam 2 pagi. Waktu itu sedang panas dengan isu kristianisasi. Usul ini dibahas dengan penuh panjang lebar. Pembahas utama adalah Mohamad Sabu yang berlawan hujah dengan Khalid Samad. Kedua-duanya mempunyai penyokong yang sangat hebat berhujah. Waktu itu, hal-hal berkaitan akidah, amat sensitif bagi pemuda Pas. Sanggup mati bila-bila masa. Perkataan jihad dan syahid meniti setiap bibir perwakilan yang berbahas. Menghentam Umno dan media yang pro pemerintah sudah lumrah.
Setiap muktamar ada sahaja usul boikot media pro pemerintah.
Pimpinan Pas atau ahli sama sekali tidak akan berani memakai baju batik, baju berlengan pendek hatta kot sekali pun. Ada tok guru dan ustaz yang memberi fatwa, memakai tali leher boleh rosak akidah, kerana simpulan bahagian atasnya berbentuk salib. Topi keledar dianggap haram, kerana menyamai orang kafir. Banyak jugalah kes saman hingga bawa ke mahkamah berkaitan isu topi keledar ini.
Tidak keterlaluanlah kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilahnya ‘orang kita’. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri dari ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih Umno tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu, tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas.
Selalu ditekankan oleh penceramah dan tok guru Pas, antaranya tentang hukum kafir kepada pemerintah yang tidak melaksanakan perundangan Islam, sebaliknya mengamalkan undang-undang ‘Lord Reid’. Begitu juga dengan mengambil atau memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin. Juga haram di sisi Islam. Antara ayat yang di jadikan dalil adalah, Surah al-Nisa’ ayat 144,
‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu’.
Surah al-Maidah ayat 44,
‘Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah di turunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir’.
Surah at-Taubah awal ayat 29,
‘Perangilah orang yang tidak beriman pada Allah dan tidak beriman pada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang di haramkan oleh Allah dan RasulNya.’
Demikian juga dengan kepimpinan Islam. Pas mempertikaikan apabila Umno meletakkan calon wanita dalam pilihanraya. Hadis Imam Bukhari dijadikan dalil,
‘Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada kaum wanita.’
Selain dari Umno, pihak polis juga menjadi sasaran kebencian ahli Pas. Sebab itu, kalau ada program ceramah Pas dan ada pula sekatan polis, lebih ramailah yang datang. Dengan niat ingin bertembung dengan pihak polis yang setengahnya menganggap anggota polis ini sebagai ‘talibarut atau anjing kerajaan BN/Umno’. Menanam rasa benci ahli Pas dengan sistem kehakiman negara juga sudah lumrah ketika itu. Apa juga keputusan hakim yang tidak memihak pada mereka, akan dikecam Umno sebagai dalang.

PART 2 : KAFIRKAH AKU - ISLAM..HUDUD..ISLAM

$
0
0

ISLAM… HUDUD…ISLAM

Justeru itu, ketegasan dalam isu akidah yang dibawa oleh Pas di awal era kepimpinan ulama, amat memberi kesan pada ahli. Ketaksuban pada parti dan pimpinan waktu itu, bukan lagi lakonan. Sehingga lahirnya mujahid-mujahid yang sanggup berkorban nyawa seperti dalam peristiwa Lubuk Merbau, tragedi Memali, isu perobohan Institut Berakan di Kuala Terengganu dan rampasan tapak muasasah di Kedah. Semua ini berlaku kerana tebalnya sifat kasih sayang ahli terhadap parti dan pimpinan.
Ahli-ahli Pas sanggup lakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini,  menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh Umno. Pendek kata, mereka sanggup mati kerana Pas. Hendak lihat Pas menang besar kerana mahu sama ada Ustaz Fadzil atau Hj Hadi menjadi PM. Mereka yakin jika mati berjuang dalam Pas, akan dapat syahid, walau mati jatuh pokok ketika memasang bendera Pas sekali pun. Apa lagi bila  difatwakan oleh setengah ulama Pas bahawa undi Pas itu boleh masuk syurga. Jika masih bertolak ansur dengan Umno, selagi itulah ruang ke syurga masih tertutup.
Inilah yang kami faham dan difahamkan semasa awal kepimpinan ulama. Dengan kefahaman inilah saya dan kawan-kawan lain penjawat kerajaan sanggup meninggalkan jawatan. Jawatan itu dianggap sebagai penghalang perjuangan dalam parti. Masingmasing dengan ikhlas berkorban mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang syumul atau sempurna. Seringkali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada jam 12 tengah malam, maka undang-undang Islam akan terlaksana pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud itu terlaksana. Selagi hudud tidak terlaksana, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makanan tidak bergaram, minuman tak bergula.
Pimpinan Pas juga mengatakan bahawa Umno gagal melaksanakan hudud kerana takut kepada orang bukan Islam. Umno dikatakan bimbang hilang undi masyarakat bukan Islam. Pimpinan Pas juga tidak menerima alasan dari mantan PM Malaysia sejak Tunku Rahman hingga Tun Dr. Mahathir, yang mereka sukar laksana hudud sebab Malaysia negara majmuk. Hujah PM ini ditolak dengan alasan bahawa ketika Kota Madinah di perintah oleh nabi dulu pun, masyarakatnya majmuk. Selain Islam ada Yahudi dan Kristian. Tetapi tidak melantik orang-orang kafir ini sebagai pemimpin kerajaan Islam. Alasan PM ketika itu dianggap sebagai takut kepada manusia, bukannya takut pada Allah. Lalu akidah PM dan ahli Umno disebut sebagai tidak betul. Atas alasan ini, mengundi Umno adalah haram.
Juga dijanjikan bila Pas berkuasa pemimpin-pemimpin kerajaan Pas sama ada PM, MB, KM, Exco dan pegawai kanan kerajaan, akan hidup secara sederhana.Tidak ada kereta mewah, rumah mewah, perabot mewah kalau boleh biar duduk atas lantai sahaja. Hingga ada yang kata kalau boleh mereka akan pergi ke pejabat dengan basikal, kononnya nak ikut  negara Cina. Mereka akan jadikan diri sebagai hamba kepada rakyat bukannya menghambakan rakyat. Pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz akan dijadikan model. Kezuhudan Ayatullah Khomenei akan dijadikan ikutan.
Demi menyelamatkan akidah orang-orang Melayu Umno, demi menyelamatkan rakyat dari kezaliman BN /Umno, demi menyelamatkan wang rakyat dari kerakusan pimpinan BN/Umno, demi menyelamatkan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu, seperti yang dikata, saya dan sebilangan rakan-rakan mengambil keputusan berhenti dari penjawat awam. Kami nak bergerak laju, agar negara Islam di bawah pentadbiran Pas segera terbentuk. Bertambah kuat azam kami untuk berjuang demi agama, demi bangsa dan rakyat tanpa ragu-ragu lagi, kerana habuan yang akan kami perolehi kelak adalah syurga. Apa akan berlaku pada masa depan kami dan anak isteri dengan kehilangan pekerjaan adalah tidak penting, tawakal sahaja. Allah Maha Mengetahui.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, apa juga halangan pasti akan ditempuh. Kata orang ‘membujur lalu, melintang patah’. Siapa juga yang menjadi penghalang akan ditentang. Bukan sekadar sahabat handai, saudara mara atau jiran, malah ibu bapa sekali pun yang menghalang tidak akan diendahkan. Ini bukanlah kehendak Pas, tetapi kehendak Islam. Begitulah kata pemimpin Pas dengan mengemukakan dalil-dalil seperti dalam ayat 24 pada surah at-Taubah bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabnya); kerana Allah tidak akan beri petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka).’
Atas kefahaman ini, atas pegangan ini, atas prinsip ini dan atas perjuangan ini untuk apa lagi kami hendak menentang arahan parti. Tidak ada sebab lagi untuk kami mempertikaikan setiap janji pimpinan. Sebagai ahli yang ikhlas dalam perjuangan, tetap wala’ pada parti, wala’ pada pimpinan, biarpun siapa sahaja pimpinan itu. Matlamat jatuhkan BN/Umno yang sekular  perlu diutamakan, pemerintahan Islam harus disegerakan. Pada minda ahli ketika itu hanyalah ‘Islam, hudud … Islam  hudud…hudud dan hudud.’

"Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda." - TMJ

$
0
0
Kita tidak dapat menafikan bahawa Manifesto Barisan Nasional adalah satu perancangan yang sangat baik serta merangkumi kesemua rakyat Malaysia tidak mengira usia, kaum dan agama. Bersama BN Hebatkan NegaraKu.


Ianya mengandungi 364 inisiatif yang akan dapat meningkatkan pendapatan isi rumah, meluaskan peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan dan menambah bilangan rumah mampu milik.

Kia juga percaya Manifesto BN akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, pengagihan kemakmuran ekonomi negara yang sekata dan tertumpu kepada golongan yang lebih memerlukan termasuk macai-macai puak pembangkang.

Penulis tertarik dengan dokumen Manifesto BN itu sendiri yang structured serta mudah untuk difahami. Tidak ada satu pun pihak yang tertinggal dan berlaku pengagihan bantuan kepada pihak yang lebih memerlukan. Cuma font peruntukan yang tertera di dalam dokumen itu sepatutnya bold dan lebih besar supaya pembaca turut fokus kepada nilai-nilai tersebut.
Di antara 364 inisiatif itu:

Manifesto BN Terengganu PRU 14 Lebih Baik Dari PAS

$
0
0


5 TERAS AKU JANJI BN TERENGGANU
MASA HADAPAN, KITA BINA BERSAMA

1.    Memartabatkan AGAMA ISLAM dan KEHARMONIAN BERAGAMA
2.    Meningkatkan usaha MERINGANKAN BEBAN RAKYAT
3.    Membina generasi TN50 KE ARAH REVOLUSI INDUSTRI 4.0
4.    Memperkasa PENDIDIKAN sebagai asas kecermelangan sumber manusia
5.    Menyerlahkan lagi penglibatan aktif golongan WANITA dalam pelbagai bidang

20 TOUCH POINTS
MANIFESTO TAMBAHAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU

1.    Mewujudkan 40,000 PELUANG PEKERJAAN
2.    Membina tambahan 20,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK
3.    Mewujudkan ONESTOP CENTER (JOBSTERENGGANU)
4.    Mewujudkan PELAN STRATEGIK REVOLUSI INDUSTRI 4.0 untuk generasi TN50
5.    Menjadikan SUKAN BERMOTOR DAN E-SPORTS sukan berimpak tinggi
6.    Mewujudkan PUSAT PEMINDAHAN BANJIR BERSEPADU (P2B) disetiap daerah
7.    Meluaskan RANGKAIAN PENGANGKUTAN AWAM di kawasan tumpuan ramai
8.    Mewujudkan SEKOLAH RENDAH IMTIAZ (SERI)
9.    Mewujudkan PUSAT HEMODIALISIS di setiap daerah
10. MENURUNKAN BAYARAN TOL LPT 2 sebanyak 50% secara berperingkat
11. MEMBINA RUMAH-RUMAH PPR disetiap daerah
12. MENUKAR STATUS RUMAH PPR daripada SEWA kepada SEWA BELI
13. MEMBINA LPT 3
14. Memperluaskan BANTUAN PROGRAM TARANSFORMASI GERAI untuk penjaja kecil dan usahawan mikro
15. Memperkasa PUSAT PENGAJIAN AGAMA  HARIAN untuk golongan dewasa di setiap daerah
16. Memperkenalkan KAD HARGA PATUT kepada mereka dalam SENARAI E-KASIH, OKU, IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM
17. Memperluaskan PROGRAM JUALAN SENTUHAN RAKYAT ke semua daerah
18. Memastikan peluang pekerjaan & perniagaan mengutamakan rakyat TERENGGANU dalam PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)
19. Meningkatkan PENGLIBATAN GOLONGAN WANITA yang berkelayakan dalam pentadbiran Kerajaan dan GLC
20. Mewujudkan PUSAT TAHFIZ DARUL IMAN di setiap daerah





























PENGKHIANATAN HADI AWANG YANG MENJADI PUNCA PAS BERPECAH

$
0
0

Biar ahli-ahli PAS marah pada saya! Kerana sayang pada PAS terpaksa dedahkan ini:

PENGKHIANATAN HADI AWANG YANG MENJADI PUNCA PAS BERPECAH SEHINGGA LAHIR PARTI AMANAH:

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara, tiga dun di Terengganu dan dua dun lagi PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi penggulungan muktamar 2014 cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN, DAP dan PKR bantah persempadanan kawasan pilihanraya.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa.

19. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

20. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?. 

Credit To : Kamal Koh


SAYA TINGGALKAN MAHATHIR KERANA DIA MAHU HANCURKAN ISLAM DAN MURTADKAN UMAT ISLAM - ANINA

$
0
0
Saya perlu bercakap benar kepada semua rakyat Malaysia hari ini. Ketika kami bekerjasama dengan BERSIH, saya difahamkan bahawa ianya hanya untuk menarik sokongan untuk Deklarasi Rakyat. Malah Dr Mahathir juga memberitahu BERSIH bukanlah parti politik.

Namun, tiba-tiba nama Ambiga timbul kembali apabila beliau mencadangkan supaya Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 7. Saya mulai hairan bagaimana BERSIH masih ada suara di dalam PAKATAN HARAPAN. Ianya membuatkan saya semakin curiga dan percaya pasti mereka ada agenda tersembunyi.

Ini adalah antara sebab utama kenapa saya tidak lagi boleh bersama PPBM dan Dr Mahathir.

Berikut adalah 14 tuntutan sulit Bersih iaitu:

1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa dia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Salah seorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah mempunyai dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana dana yang dikhaskan untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenar untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya juga digunakan untuk keperluan orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

BERSIH juga sangat akrab dengan tuntutan yang diperjuangkan oleh COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) yang melibatkan 54 NGO pada tahun 2013 dulu. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah atau RUU 355 di Dewan Rakyat pada 6 April 2017 dan ianya dicemari dengan gangguan oleh Lim Kit Siang, Golbind Singh Deo dan Lee Boon Chye. Ini menampakkan bahawa umat Islam akan ditindas di bawah PAKATAN HARAPAN yang didominasikan oleh DAP.

Isu derma politik RM2.6 billion dan 1MDB adalah propaganda Dr Mahathir yang menggunakan Sarawak Report untuk menabur fitnah. Dr Mahathir pernah berpesan kepada saya supaya sentiasa bercakap benar walau tidak disukai oleh orang lain. Hari ini saya memilih untuk terus bercakap benar walau tidak disukai oleh Dr Mahathir sendiri.

Saya mengumumkan keluar dari PPBM pada 16 September 2017

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

RASMI KINI KERAJAAN MALAYSIA DIDOMINASI OLEH BUKAN ISLAM

$
0
0
Tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff

RASMI KINI KERAJAAN MALAYSIA DIDOMINASI OLEH BUKAN ISLAM

Walaupun bersungguh-sungguh benar pemimpin dan penyokong Islam dalam Pakatan Harapan menafikannya sebelum ini, ternyatalah bahawa keputusan PRU 14 yang baru berlalu menyaksikan buat pertama kalinya kerajaan yang didominasi oleh golongan bukan Islam berjaya ditubuhkan di Malaysia walaupun penduduk Islam adalah majoriti di negara ini.

Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR dan berdasarkan perkembangan semasa yang menunjukkan bahawa Ahli Parlimen SOLIDARITI di P.180 – Keningau, iaitu Jeffrey Kitingan, akan bergabung dengan Pakatan Harapan maka bilangan kerusi Parlimen bukan Islam di dalam kerajaan baru ini adalah 66 berbanding 58 kerusi Parlimen Islam.

66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:
41 kerusi Parlimen bukan Islam milik DAP
20 kerusi Parlimen bukan Islam milik PKR
2 kerusi Parlimen bukan Islam milik WARISAN
2 kerusi Parlimen bukan Islam milik BEBAS
1 kerusi Parlimen bukan Islam milik SOLIDARITI

66 kerusi Parlimen bukan Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

KEDAH: 2 (PKR 2)

P.009 – Alor Setar: Chan Ming Kai (PKR)
P.017 – Padang Serai: Karupaiya A/L Mutusami (PKR)

PULAU PINANG: 8 (DAP 7, PKR 1)

P.043 – Bagan: Lim Guan Eng (DAP)
P.045 – Bukit Mertajam: Sim Chee Keong (DAP)
P.046 – Batu Kawan: Kasthuriraani A/P Patto (DAP)
P.048 – Bukit Bendera: Wong Hon Wai (DAP)
P.049 – Tanjong: Chow Kon Yeow (DAP)
P.050 – Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (DAP)
P.051 – Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (DAP)
P.052 – Bayan Baru: Sim Tze Tzin (PKR)

PERAK: 10 (DAP 7, PKR 3)

P.060 – Taiping: Teh Kok Lim (DAP)
P.062 – Sungai Siput: Kesavan A/L Subramaniam (PKR)
P.064 – Ipoh Timor: Wong Kah Woh (DAP)
P.065 – Ipoh Barat: M.Kulasegaran A/L V.Murugeson (DAP)
P.066 – Batu Gajah: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu (DAP)
P.068 – Beruas: Ngeh Koo Ham (DAP)
P.070 – Kampar: Su Keong Siong (DAP)
P.071 – Gopeng: Lee Boon Chye (PKR)
P.076 – Teluk Intan: Nga Kor Ming (DAP)
P.077 – Tanjong Malim: Chang Lih Kang (PKR)

PAHANG: 1 (DAP 1)

P.089 – Bentong: Wong Tack (DAP)

SELANGOR: 9 (PKR 5, DAP 4)

P.094 – Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui (PKR)
P.097 – Selayang: William Leong Jee Keen (PKR)
P.102 – Bangi: Ong Kian Ming (DAP)
P.103 – Puchong: Gobind Singh Deo (DAP)
P.104 – Subang: Wong Chen (PKR)
P.106 – Damansara: Pua Kiam Wee (DAP)
P.107 – Sungai Buloh: Sivarasa A/L K.Rasiah (PKR)
P.110 – Klang: Charles Anthony A/L R.Santiago (DAP)
P.112 – Kuala Langat: Xavier Jayakumar A/L Arulanandam (PKR)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 7 (DAP 5, PKR 1, BEBAS 1)

P.114 – Kepong: Lim Lip Eng (DAP)
P.115 – Batu: Prabakaran A/L M Parameswaran (BEBAS – KUNCI)
P.116 – Wangsa Maju: Dr.Tan Yee Kew (PKR)
P.117 – Segambut: Yeoh Tseow Suan (DAP)
P.120 – Bukit Bintang: Fong Kui Lun (DAP)
P.122 – Seputeh: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P.123 – Cheras: Tan Kok Wai (DAP)

NEGERI SEMBILAN: 2 (DAP 2)

P.128 – Seremban: Loke Siew Fook (DAP)
P.130 – Rasah: Cha Kee Chin (DAP)

MELAKA: 1 (DAP 1)

P.138 – Kota Melaka: Khoo Poay Tiong (DAP)

JOHOR: 7 (PKR 2, DAP 5)

P.140 – Segamat: Santhara Kumar A/L Ramanaidu (PKR)
P.142 – Labis: Pang Hok Liong (DAP)
P.145 – Bakri: Yeo Bee Yin (DAP)
P.152 – Kluang: Wong Shu Qi (DAP)
P.158 – Tebrau: Choong Shiau Yoon (PKR)
P.162 – Iskandar Puteri: Lim Kit Siang (DAP)
P.163 – Kulai: Teo Nie Ching (DAP)

SABAH: 7 (DAP 3, WARISAN 2, PKR 2, SOLIDARITI 1)

P.172 – Kota Kinabalu: Chan Foong Hin (DAP)
P.174 – Penampang: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)
P.179 – Ranau: Jonathan Bin Yasin (PKR)
P.180 – Keningau: Jeffrey Kitingan (SOLIDARITI)
P.181 – Tenom: Noorita Binti Sual (DAP)
P.185 – Batu Sapi: Liew Vui Keong (WARISAN)
P.186 – Sandakan: Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP)
P.190 – Tawau: Christina Liew Chin Jin (PKR)

SARAWAK: 11 (DAP 6, PKR 4, BEBAS 1) 

P.192 – Mas Gading: Mordi Anak Bimol (DAP)
P.195 – Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
P.196 – Stampin: Chong Chieng Jen (DAP)
P.198 – Puncak Borneo: Willie Anak Mongin (PKR)
P.205 – Saratok: Ali Anak Biju (PKR)
P.208 – Sarikei: Wong Ling Biu (DAP)
P.209 – Julau: Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (BEBAS – KERUSI)
P.211 – Lanang: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
P.212 – Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
P.214 – Selangau: Baru Bian (PKR)
P.219 – Miri: Michael Teo Yu Keng (PKR)
58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut parti adalah terdiri daripada:

27 kerusi Parlimen Islam milik PKR
13 kerusi Parlimen Islam milik PPBM
11 kerusi Parlimen Islam milik AMANAH
6 kerusi Parlimen Islam milik WARISAN
1 kerusi Parlimen Islam milik DAP

58 kerusi Parlimen Islam ini mengikut negeri pula adalah terdiri daripada:

PERLIS: 1 (PKR 1)

P.002 – Kangar: Noor Amin Bin Ahmad (PKR)

KEDAH: 8 (PKR 4, PPBM 3, AMANAH 1)

P.004 – Langkawi: Mahathir Bin Mohamad (PPBM)
P.005 – Jerlun: Mukhriz Mahathir (PPBM)
P.006 – Kubang Pasu: Amiruddin Bin Hamzah (PPBM)
P.008 – Pokok Sena: Mahfuz Bin Omar (AMANAH)
P.010 – Kuala Kedah: Azman Bin Ismail (PKR)
P.014 – Merbok: Nor Azrina Binti Surip (PKR)
P.015 – Sungai Petani: Johari Bin Abdul (PKR)
P.018 – Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Nasution Bin Ismail (PKR)

PULAU PINANG: 3 (PKR 3)

P.044 – Permatang Pauh: Nurul Izzah Binti Anwar (PKR)
P.047 – Nibong Tebal: Mansor Bin Othman (PKR)
P.053 – Balik Pulau: Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik (PKR)

PERAK: 3 (AMANAH 2, PPBM 1)

P.057 – Parit Buntar: Mujahid Bin Yusof (AMANAH)
P.063 – Tambun: Ahmad Faizal Bin Azumu (PPBM)
P.074 – Lumut: Mohd Hatta Bin Md Ramli (AMANAH)

PAHANG: 4 (PKR 2, DAP 1, AMANAH 1)

P.080 – Raub: Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji (DAP)
P.082 – Indera Mahkota: Saifuddin Bin Abdullah (PKR)
P.083 – Kuantan: Fuziah Binti Salleh (PKR)
P.088 – Temerloh: Mohd. Anuar Bin Mohd Tahir (AMANAH)

SELANGOR: 11 (PKR 5, AMANAH 5, PPBM 1)

P.093 – Sungai Besar: Muslimin Bin Yahaya (PPBM)
P.096 – Kuala Selangor: Dzulkefly Bin Ahmad (AMANAH)
P.098 – Gombak: Mohamed Azmin Bin Ali (PKR)
P.099 – Ampang: Zuraida Binti Kamaruddin (PKR)
P.100 – Pandan: Wan Azizah Binti Wan Ismail (PKR)
P.101 – Hulu Langat: Hasanuddin Bin Mohd Yunus (AMANAH)
P.105 – Petaling Jaya: Maria Chin Binti Abdullah (PKR)
P.108 – Shah Alam: Khalid Bin Abd Samad (AMANAH)
P.109 – Kapar: Abdullah Sani Bin Abdul Hamid (PKR)
P.111 – Kota Raja: Mohamad Bin Sabu (AMANAH)
P.113 – Sepang: Mohamed Hanipa Bin Maidin (AMANAH)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 4 (PKR 3, PPBM 1)

P.118 – Setiawangsa: Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (PKR)
P.119 – Titiwangsa: Rina Binti Mohd Harun (PPBM)
P.121 – Lembah Pantai: Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil (PKR)
P.124 – Bandar Tun Razak: Kamarudin Bin Jaffar (PKR)

NEGERI SEMBILAN: 3 (PKR 1, PPBM 1, AMANAH 1)

P.129 – Kuala Pilah: Eddin Syazlee Bin Shith (PPBM)
P.132 – Port Dickson: Danyal Balagopal Abdullah (PKR)
P.133 – Tampin: Hasan Bin Bahrom (AMANAH)

MELAKA: 3 (PKR 2, PPBM 1)

P.135 – Alor Gajah: Mohd Redzuan Bin Md Yusof (PPBM)
P.136 – Tangga Batu: Rusnah Binti Aluai (PKR)
P.137 – Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin (PKR)

JOHOR: 11 (PPBM 5, PKR 5, AMANAH 1)

P.141 – Sekijang: Natrah Binti Ismail (PKR)
P.143 – Pagoh: Mahiaddin Bin Md Yasin (PPBM)
P.144 – Ledang: Syed Ibrahim Bin Syed Nor (PKR)
P.146 – Muar: Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman (PPBM)
P.149 – Sri Gading: Sharuddin Bin Md Salleh (PPBM)
P.150 – Batu Pahat: Mohd Rashid Bin Hasnon (PKR)
P.151 – Simpang Renggam: Maszlee Bin Malik (PPBM)
P.159 – Pasir Gudang: Hassan Bin Abdul Karim (PKR)
P.160 – Johor Bahru: Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir (PKR)
P.161 – Pulai: Salahuddin Bin Ayub (AMANAH)
P.165 – Tanjung Piai: Md Farid Bin Md Rafik (PPBM)

SABAH: 7 (WARISAN 6, PKR 1)

P.169 – Kota Belud: Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy (WARISAN)
P.171 – Sepanggar: Mohd Azis Bin Jamman (WARISAN)
P.173 – Putatan: Awang Husaini Bin Sahari (PKR)
P.175 – Papar: Ahmad Bin Hassan (WARISAN)
P.188 – Silam: Mohamaddin Bin Ketapi (WARISAN)
P.189 – Semporna: Mohd Shafie Bin Apdal (WARISAN)
P.191 – Kalabakan: Ma'mun Bin Sulaiman (WARISAN)

Sama-samalah kita tunggu dan lihat kebijaksanaan Perdana Menteri kerajaan baru ini, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang parti yang beliau ketuai, PPBM, hanya memenangi 13 kerusi daripada 124 kerusi yang dimenangi oleh gabungan PKR, DAP, PPBM, AMANAH, WARISAN, BEBAS dan SOLIDARITI, di dalam mengemudi tanah air kita selepas ini.

Dan semoga keputusan PRU 14 ini akan mengukuhkan lagi tekad umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka selaras dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan Islam sebagai “agama bagi Persekutuan” dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada tiap-tiap orang untuk “menganuti dan mengamalkan agamanya”.

Nota: Sehingga kini masih belum dapat dipastikan dengan jelas hala tuju Ahli Parlimen BEBAS (KUNCI) yang menang di kerusi P.203 – Lubok Antu, iaitu Jugah AK Muyang.

Dr Kamarul Zaman Yusoff
Viewing all 490 articles
Browse latest View live