Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

VIDEO : Drama Air Mata Guang Eng Menangis Rayu Bantuan Kerajaan BN

$
0
0


GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang  terpaksa memohon bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi  membantu  pasukan penyelamat sedia ada yang kini sedang bertungkus lumus menyelamatkan  mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  dalam kenyataan menerusi  FB Livenya dipetik berkata, ia berikutan keadaan hujan lebat dan angin ribut yang semakin memburuk di negeri itu.
Guan Eng yang turun melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan berkata, keadaan banjir di negeri tu semakin membimbangkan apabila air naik sehingga paras 10 hingga 12 kaki dan melepasi bumbung rumah.
Dalam nada sedih, Guan Eng meminta semua penduduk di negeri itu khususnya yang terjejas banjir agar terus bersabar sementara Kerajaan Negeri akan  berusaha  untuk menyampaikan bantuan secepat mungkin.

"Keadaan kini bertambah genting air masih naik, angin ribut masih  kuat, air sampai 10 kaki 12 kaki melepasi bumbung, di Pulau Pinang pusat  pemindahan tak ada bekalan elektrik. Pulau Pinang minta bantuan dariada Angkatan Tentera Malaysia, saya telah berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan saya minta  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Terima kasih terima panggilan saya pada hampir jam  3.30 pagi dan beliau berjanji  akan menghantar Angkatan Tentera Malaysia  untuk selamatkan Pulau Pinang," kata Guan Eng.
Hujan lebat diikuti angin kencang  sejak tengah hari Sabtu menyebabkan Pulau Pinang lumpuh apabila sebahagian besar kawasan dinaiki air manakala banyak jalan terpaksa ditutup.
Keadaan turut diburukkan dengan kejadian puluhan pokok tumbang.

Tinjauan mendapati ratusan kenderaan terperangkap di dalam  banjir.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memberi amaran mengenai hujan yang sangat lebat dan berterusan berserta angin kencang sedang berlaku di negeri Pulau Pinang dan Kedah (daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) yang dijangka berterusan hingga Ahad.


Banjir aaa..., Parti Hijau Tak Hijau... - Guang Eng 2014

$
0
0

Ini Lim Guang Eng hati banyak hitam, jaga rakyat banyak susah...


#BANJIR_PULAU_PINANG
#DRAMA_AIR_MATA_LIM_GUAN_ENG

#DOA_KETIKA_HUJAN_YANG_MEMBAHAYAKAN

1. Lim Guan Eng yang terkenal dengan slogan "Jika tiada hujan maka tiada banjir" akhirnya mengaku kalah dengan banjir yang dia pernah perlekehkan sebelum ini.

2. Mungkin Lim Guan Eng lupa, tiada siapa yang mampu melawan kuasa Allah jika itu Allah kehendaki.

3. Tahniah kepada menteri kita, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana masih mengangkat telefon walaupun jam sudah 3.30 pagi dan berjanji akan menghantar bantuan ke kawasan banjir. Walaupun aku sedikit confuse bila Lim Guan Eng minta bantuan ATM dari Zahid Hamidi.

4. Drama air mata Lim Guan Eng yang seakan-akan meniru drama atok tidak akan mampu menyelesaikan masalah.

5. Lim Guan Eng dan kerajaan DAP telah memerintah 2 penggal namun masih gagal menyelesaikan masalah banjir.

6. Banyak masa dan dana telah dibazirksan hanya untuk pembangunan tidak terkawal yang tidak mampu pun dinikmati oleh rakyat marhean, dan dalam masa yang sama mengabaikan penambahbaikan sistem tebatan banjir, sistem saliran dan perparitan yang pastinya membantu memburukkan lagi musibah banjir apabila tiba musimnya.

7. Sejak 2006 kerajaan telah melaburkan sejumlah RM2.5 bilion ringgit untuk pelbagai projek, termasuk 29 projek besar untuk mitigasi banjir di Pulau Pinang.

8. Segala pelaburan ini menjadi sia-sia dengan sikap Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di atas.

9. Bagi umat Islam, ambillah iktibar dari musibah yang melanda dan bertaubatlah.

10. Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin berkata dalam khutbahnya yang berjudul Atsaril Ma'ashi,

"Sesungguhnya kebanyakan manusia sekarang menganggap bahawa musibah yang menimpa mereka baik di dalam bidang ekonomi, keamanan, atau politik disebabkan kerana faktor-faktor dunia semata.

Tidak diragukan bahawa semua ini merupakan kedangkalan kefahaman mereka dan lemahnya iman mereka serta kelalaian mereka dari merenungi al-Quran dan sunnah Nabi.

Sesungguhnya di sebalik musibah ini terdapat faktor penyebab syarie yang lebih besar dari faktor-faktor duniawi. Allah berfirman,

ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾

"Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [QS ar-Rum 30:41]".

11. Wajib kita muhasabah di atas musibah yang sedang dilalui. Mohon keampunan dari Allah. Banyakkan taubat.

12. Umat Islam di sana juga disarankan untuk memperbanyakkan doa agar hujan dihentikan sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi sallallahu alaihi wa sallam,

اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

"Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari"

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan." [HR. Bukhari no. 1014]

13. Jika doa di atas dirasakan terlalu panjang, boleh juga dipendekkan. Dibaca bahagian hadapan sahaja,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami."

14. Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah berkata, "Maksud hadis ini adalah mengalihkan hujan dari pusat kehidupan, 'al-aakaam' adalah jamak dari 'akmah' dengan memfathahkan hamzah, iaitu gunung kecil atau apa yang tinggi di bumi (dataran tinggi). Adz dziraf maknanya adalah bukit yang kecil.

Adapun penyebutan lembah kerana di situlah tempat berkumpulnya air dalam waktu yang lama sehingga boleh dimanfaatkan oleh manusia dan binatang ternak." [Fathul Bari 2/505, Darul Ma'rifah, Beirut, 1379 H, syamilah].

15. Aku tertanya-tanya, adakah berkesan jika hujan dialihkan ditempat gunung kecil atau bukit atau dataran tinggi yang mana tempat inilah yang telah dijahanamkan oleh Lim Guan Eng hingga berlakunya musibah ini.

16. Namun aku tetap beriman dengan hadis Nabi ini dan tetap mengamalkan jika berlaku hujan yang membahayakan di kawasan aku dan berharap semoga Allah menyelamatkan kita.

17. Ibnul Qayyim mengatakan, "Ketika hujan semakin lebat, para sahabat meminta pada Nabi sallallahu alaihi wa sallam supaya berdoa agar cuaca kembali menjadi cerah. Akhirnya beliau membaca doa di atas." [Zaadul Ma'ad, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/439, Muassasah Ar Risalah, cetakan ke-14, tahun 1407 H].

18. Syaikh Soleh As Sadlan menyatakan bahawa doa di atas dibaca ketika hujan semakin lebat atau khuatir hujan akan membawa impak bahaya. [Lihat Dzikru wa Tadzkir, Sholih As Sadlan, hal. 28, Asy Syamilah].

19. Semoga Allah mengampunkan dosa dengan musibah yang dirasai.

20. Semoga Allah mengembalikan pemimpin dan kerajaan Pulau Pinang kepada pemerintah dan kerajaan pusat. 

KANTOI... DAP YANG TUBUH PPBM

Pas Guna Nama Sultan Terengganu Tarik Pengundi

$
0
0
PAS Terengganu Masih Kekal Rentak Memfitnah

Malam semalam berlangsung ceramah Parti Islam Se-Malaysia (Pas) di Perkarangan Markas PAS Kampung Rawai, Marang yang menampilkan beberapa orang pencerah dari parti itu.

Diantara nama besar yang hadir Ariffin Deraman Adun Alur Limbat dan Azman Shapawi Abdul Rani Ahli Jawatanluasa PAS Terengganu.

Dalam ceramah itu juga dihadiri lebih kurang 50 orang ahli Pas kawasan berkenaan dan sekitar parlimen Marang dimana kawasan pusat daérah mengundi yang Pas menang besar pada PRU 13 lalu.

Kedua-dua penceramah Pas itu tidak pernah lari dari memberi gambaran buruk dan fitnah apatah lagi memberi hujah-hujah ayat-ayat suci Al Quran untuk menguatkan fitnah mereka.

Tidak pernah menggunakan fakta atau bukti yang sahih ketika ceramah mereka dan memburukkan pihak lawan terutama pihak umno dan barisan nasional dengan pelbagai dakyah songsang sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran islam.

Ariffin turut memberi harapan kepada penyokonganya yang hadir seramai 50 orang bahawa mereka - Pas yakin dan mampu menawan Terengganu pada PRU 14 nanti sedangkan hanya 50 orang yang mendengarnya.

Dalam siri fitnah itu juga Ariffin yang dikenali oleh pengikutnya sebagai Ostak telah menafikan akan kekuasan yang maha esa dengan beberapa dalil memfitnah yang mana diluar batasan seorang manusia yang beragama islam.

Selain itu Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri, Azman Shapawi Abdul Rani mendakwa Pas turut mendapat perkenan Sultan Terengganu untuk mentadbir negeri selepas PRU 14 nanti.

Beliau turut membawa Sultan Terengganu dalam kancah politik bagi meraih sokongan pengundi setelah ramai dari kalangan ahlinya sudah berubah kepada parti serpihan mereka.

Kepimpinan PAS telah mendapat sokongan daripada Sultan Terengganu untuk kembali memerintah negeri ini, katanya.

Katanya lagi, hanya Pas yang membawa Islam dalam negara ini dan perjuangan Pas diredhai Sultan.

Mungkin mereka lupa apa yang berlaku kepada mantan-mantan pemimpin mereka sebelum ini yang mana terlibaf dengan beberapa skandal seks dan zina.

KEKUATAN PAS MAKIN RAPUH, JENTERA DAN AKTIVIS AKAR UMBI KELIRU DENGAN TINDAKAN POLITIK HAJI HADI AWANG

$
0
0
Sepanjang dua bulan kebelakangan ini, pihak Ilham membuat tinjuan rambang terhadap perkembangan Pas di kawasan lingkaran Melayu di utara semenanjung iaitu di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Utara Perak. Tinjauan dilaljukan dengan menemui pimpinan yang memegang jawatan secara temu bual mendalam dan dilakukan secara rawak dan terpilih.

Dapatan kajian ini didapati sudah berlaku rungutan dan kebimbangan pimpinan bawahan parti seperti di peringkat cawangan mahupun kawasan terhadap perkembangan Pas mutakhir. Kebanyakan mereka yang ditemui ialah penyokong kem UG semasa Muktamar lepas. Kami dapat simpulkan dapatan tak rasmi adalah seperti berikut:

1) Pimpinan Pas peringkat tertinggi termasuk Ajk Pas Pusat sekarang kurang dikenali sejak menang dalam pemilihan muktamar lalu sehingga sekarang ini.

Jika dibuat perbandingan antara AJK Pas Pusat terdahulu dan diukur pada tempoh masa yang sama di dapati pimpinan sebelum ini lebih menonjol dan rajin memenuhi ceramah anjuran kawasan.

Pimpinan sekarang, tidak turun ke bawah dan tidak menonjol di media menyebabkan kewujudan mereka tidk dirasai. Sifat lebih elitis dan sukar memenuhi undangan untuk berceramah di kawasan-kawasan. Jika adapun, nama pimpinan tersebut tidak bersifat crowd puller. Ceramah hanya kepada ahli Pas sahaja. Gagal menarik minat pihak yang lain. Lebih malang, nama sebesar Ketua  Pemuda, Ketua Penerangan, kehadiran sekadar mereka yang hadir ke majlis tahlil sahaja.

Selain itu, Lujnah yang ditubuhkan  juga tidak berfungsi, malah tidak dirasai kewujudannya.

2) Pesuruhjaya Negeri tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu.

Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah.

Razman, PJ Perak. Lebih mengundang kontroversi daripada reputasi mengangkat imej parti di negeri yang mempunyai komposisi demografi Mini Malaysia.

3) Kerjasama Umno; rata2 sukar menerima pendirian parti terbaharu atas konsep taawun. Tiada penjelasan tuntas terhadap satu polisi besar ini. Ahli di bawah berbalah dan bertengkar atas perkara yang tidak difahami dgn jelas. Lebih malang pimpinan tertinggi tidak membuat pekeliling atau penjelasan rasmi parti.

Bagi sesetengah kawasan atau kampung yang sebelum ini memperlihatkan pertembungan ever green struktur sosial antara Pas dengan Umno seperti surau, kedai kopi, khairat kematian, tadika/pasti kini berada dalam dilema.

Bayangkan selama ini ahli Pas bertembung sengit dengan ahli Umno di kedai kopi, tiba-tiba sesi ini diminta 'bekerjasama' dengan Umno yang dahulunya musuh politik kepada mereka. Sebahagian memberikan gambaran akan tawaqquf sementara daripada gerak kerja parti ekoran pendirian Pas dengan Umno ini.

 4) Gerak kerja pilihan raya: Setakat ini, jentera pilihanraya Pas masih belum bergerak ke arah pilihan raya. Ada beberapa sebab antaranya aktivis atau penggerak sebenar jentera sudah berhijrah ke Parti Amanah Negara. Berbaki mereka yang tiada pengalaman dari aspek mengurus kendali modus operandi pilihan raya.

Organisasi pilihan raya negeri bermasalah dari peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan. Semua individu penting sama ada dari aspek menyusun strategi, taktikal, teknikal, penjanaan dana parti kelihatan tidak menjiwai atau memahami peranan. Nama hanya pada kertas untuk membuktikan ego Pas bahawa Pas masih belum lumpuh sepenuhnya walaupun pada hakikatnya, jentera pilihan raya Pas amat bermasalah.

5). Kenyataan bercanggah antara pimpinan adalah antara kekurangan paling ketara kepimpinan Pas kali ini. Kenyataan media yang kontradik antara satu sama lain sama ada antara Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden sesama Naib Presiden, Setiausaha Agung yang kelihatan bercanggah dan gagal diurus dengan baik.

Mesej yang dihantar kepada massa menggambarkan Pas tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri.

Hisommudin Bakar
ILHAM Centre

PAS dihalau menziarahi penduduk kampung

$
0
0

Tular satu video yang berdurasi 1 minit 55 saat didalam group aplikasi whatsapps dimana  satu rombongan che kiah untuk menziarahi penduduk di sebuah kampung.

Dalam rakaman itu jentera pilihan raya Pas yang cuba menziarahi penduduk yang berkemungkinan orang kampung tersebut(umno) yang telah menghalau mereka dari melakukan ziarah  tersebut.

Kata seorang, penduduk di kampung tersebut berkata, amanat yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas dulu masih belum ditarik balik.

'Saya tak mau cakap dengan awak... keluar ... tempat lain boleh lah....'

'Tak ada orang Pas kat sini... awak orang Pas mengkafirkan orang umno... bermakna ko dan aku bukan sedara tau...'

'bukan aku yang kafir... sebaliknya ko yang kafir tau...bukan orang islam tau... lebih teruk Pas daripada umno, mengundi Pas masuk syurga..'

'Apa hal orang arab sana takda Pas... orang indon tak ade Pas... tak masuk syurga lah... Nik Aziz masuk neraka selagi orang umno tidak ampunkan maafkan dia selagi itu die masuk nereka..'

'dua-dua kena mintak ampun, sama ada dengan tuhan dan sesama manusia..' katanya.


Canggih : Lori Dihidupkan Pakai Niat Sahaja

$
0
0


Sebuah lori yang dibawa oleh seorang perempuan diturlakan dalam garis masa facebook Abdul Hakim di dalam sebuah group Info Roadblock Di Kelantan (IRDK Crew) hari ini.

Katanya, YB ahli Parlimen rantau Panjang membawa lori sendiri untuk menghantar barang bantuan banjir di parlimen tersebut.

Apabila diamati betul-betul pada gambar yang ditularkan oleh Hakim itu nyata satu keajaiban berlaku apabila lori yang dipantu itu hanya menggunakan niat sahaja tanpa menggunakan kunci.

Perkara ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin dan ahli Pas Kelantan dan Terengganu sahaja serta sama sepertimana penemuan telaga minyak di negeri Kelantan beberapa tahu lalu.

Perkara ini boleh dimasukkan dalam majalah perkara-perkara ajaib dunia kerana membawa lori dengan menggunakan niat sahaja.

MACAM-MACAM ada di Kelantan


PAS dihalau menziarahi penduduk kampung

Tular satu video yang berdurasi 1 minit 55 saat didalam group aplikasi whatsapps dimana  satu rombongan che kiah untuk menziarahi penduduk di sebuah kampung.

Dalam rakaman itu jentera pilihan raya Pas yang cuba menziarahi penduduk yang berkemungkinan orang kampung tersebut(umno) yang telah menghalau mereka dari melakukan ziarah  tersebut.

Kata seorang, penduduk di kampung tersebut berkata, amanat yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas dulu masih belum ditarik balik.

'Saya tak mau cakap dengan awak... keluar ... tempat lain boleh lah....'

'Tak ada orang Pas kat sini... awak orang Pas mengkafirkan orang umno... bermakna ko dan aku bukan sedara tau...'

'bukan aku yang kafir... sebaliknya ko yang kafir tau...bukan orang islam tau... lebih teruk Pas daripada umno, mengundi Pas masuk syurga..'

'Apa hal orang arab sana tak de Pas... orang indon tak ade Pas... tak masuk syurga lah... Nik Aziz masuk neraka selagi orang umno tidak ampunkan, maafkan die... selagi itu die masuk nereka..'
http://www.kulihatlangitbiru.com/2017/11/pas-dihalau-menziarahi-penduduk-kampung.html

'dua-dua kena mintak ampun, sama ada dengan tuhan dan sesama manusia..' katanya.


Rakyat Terengganu ada 2 pilihan sahaja PRU 14 nanti - Syed Azman

$
0
0
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Adun Batu Burok dari parti Pas menyatakan bahawa pertandingan tiga penjuru Pakatan Harapan (PH), Pas dan Barisan Nasional (BN) akan memberi kemenangan kepada PH dalam pilihanraya umum nanti.

Katanya, kemungkinan besar pertandingan 3 penjuru akan berlaku dan rakyat akan memilih PH atau terus mengekalkan kerajaan memerintah hari ini.

'Rakyat akan membuat pilihan dengan pembentangan bajet yang dibuat oleh kerajaan BN dan juga pada PH'

'Bajet berkenaan juga telah dibentangkan makanisma terbaik untuk rakyat, pendapatan minima, GST dan lain-lain'

'Sebagai contoh di negeri Terengganu, kalu rakyat nak PH dengan janji 20 peratus tuntutan royalti minyak maka pilihlah PH dan jika mahu kekal 5 peratus seperti sekarang itu terserah kepada rakyat Terengganu, ia janji dalam pru,

'Rakyat Malaysia dan Terengganu hanya ada dua pilihan sama ada mahu mengubah samada PH ataupun BN dan tiada pilihan ketiga', katanya menerusi video Amanah berdurasi 1 minit 51 saat.




HUDUD bukan lagi keutamaan PAS Terengganu dalam Menifesto PRU 14

$
0
0
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) negeri Terengganu tidak mempertaruhkan agenda HUDUD didalam manifesto parti itu untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Mereka sudah tidak percaya bahawa manifestor HUDUD boleh menarik rakyat untuk menyokong parti itu sepertimana berlaku pada tahun 1999 yang mana manifestor tersebut menjadi keutamaan Pas.

Ketika itu, Pas berjaya menawan Terengganu dan dijanjikan ketika itu selepas berjaya menawan Terengganu HUDUD akan dilaksanakan menjelang ayam berkokok pada paginya.

Tetapi janji hanya tinggal janji dan ada yang menyatakan bahawa Pas cuba mempergunakan HUDUD itu untuk kepentingan parti itu sahaja bagi menarik undi kali kalangan melayu Islam.

Sehingga hari ini pun kerajaan Pas Kelantan tidak menjalankan hukuman HUDUD dan undang-undang HUDUD setelah 25 tahun menguasi kerajaan Kelantan yang mana didokong oleh parti Pas.

Disebabkan itu juga Pas Terengganu tidak memasukan HUDUD dalam manifestor kali ini kerana beberapa kenyataan presiden ketika bersama DAP telah memperkecilkan undang-undang Islam itu.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok.

Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan.

Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  – perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian – dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.


PEMIMPIN PAS TOLAK HUDUD

Mohamad Daud Iraqi pernah berkata: “Pelaksanaan hudud dan qisas bukan agenda utama PAS.” (27 Disember 2008) manakala AJK PAS Pusat, Mohamad Nizar Jamaluddin dilaporkan berkata: “Kita tak pernah janji pun mahu melaksanakan hudud” (3 Januari 2009).

Bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor beberapa kali menolak isu hudud dan negara Islam dalam pakatan pembangkang. Penggantinya, Datuk Seri Hadi Awang menganggap hudud cuma satu aspek 0.0001 peratus daripada hukum Islam (7 Mac 2000).

Sebelum ini mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan bangga berkata: “Bukan sahaja dalam manifesto, dalam Perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam. DAP boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” (4 Ogos 2001).

Semua orang masih ingat kata-kata Nik Aziz dan tentu masih ingat kritikan Sultan Kelantan terhadap beliau dan kerajaan pimpinannya yang gagal melaksanakan hudud walaupun baginda sudah bersetuju dan memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

 Peristiwa ini berlaku pada 19 Mei 1996 dan Nik Aziz berjanji akan mempercepat pelaksanaannya. Namun, sehingga beliau bersara pertengahan tahun ini, hudud di Kelantan masih pada peringkat perbincangan.

Ketua Hakim Syarie Kelantan berkata, PAS berdosa jika tidak laksana hudud seperti dijanjikan. Nik Aziz bagaikan ketuk kepala sendiri apabila berkata: “Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum hudud selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir.” (Harakah, 20 November 1998).

Pengakuan Nik Amar bahawa jawatankuasa teknikal ini akan merujuk pandangan pakar cukup memalukan. Rupa-rupanya tidak ada pakar hudud dalam PAS. Oleh kerana Nik Amar tidak menamakan pakar berkenaan, rakyat mengagak PAS kena rujuk kepada peguam di luar parti itu, termasuk PKR dan mungkin juga DAP. Kesimpulannya pasti sudah diketahui.  





KT Bypass: Kerajaan Negeri Terengganu Tidak Lepas Tangan - MB Razif

$
0
0
Sidang DUN Terengganu baharu saja melabuhkan tirainya dan setiap soalan dan pembentangan saling berbalas dengan jawapan rasmi di antara wakil rakyat.
Namun seperti kebiasaan, ada sahaja pihak yang menangguk di air keruh dan menjadikan isu yang dibahaskan dalam dewan sebagai modal untuk menyebarkan politik kebencian terhadap kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim melalui kenyataan yang disiarkan di sebuah portal pro PAS menyerang secara sembrono dengan niat menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar Terengganu.

Amzad di dalam kenyataan itu mendakwa MB Razif tidak mahu berjumpa rakyat sesama agama dan bangsa , bersandarkan kekecohan yang berlaku di perkarangan ruang legar Wisma Darul Iman ketika sidang DUN sedang berlangsung.

Sedangkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Dr Rozailan sendiri mewakili MB Razif bertemu dengan wakil mereka dan Menteri Besar sedang berada di dewan kerana sidang DUN masih berjalan.

Mungkin Amzad lupa, insiden kecoh di ruang legar tersebut bukannya tindakan spontan tetapi seakan wujud perancangan untuk menarik perhatian media dan ada yang cuba mendapat manfaat daripada kekecohan tersebut.

Menurut Menteri Besar Terengganu, yang menjawab isu tuntutan pampasan Projek KT Bypass, kes ini masih dalam tindakan Mahkamah dan sedang menunggu keputusan.

Tak puas hati pergilah Mahkamah bukan ajak berlawan di Mahkamah.

Kerana setakat ini, tidak pernah ada individu pun boleh mendahului perkara-perkara yang sedang melalui prosiding mahkamah.

Baik dia seorang Menteri, Menteri Besar mahupun Perdana Menteri sekalipun dan  ini bagi memberi keadilan dan ruang kepada semua pihak.

Dakwaan Amzad berhubung syarat tanah di kawasan-kawasan tertentu itu tentunya dia lebih tahu.

Mungkin kerana majoriti perkara itu berlaku di ‘kawasannya’ membuatkan dia ‘lebih’ tahu.

Tidak menghairankan kerana terdapat markas yang dibina atas tanah yang tidak mendapat kelulusan bangunan, maka tak perlulah hendak samakan UMNO dan PAS.

Apakah hanya kerana kes tuntutan ini masih dalam tindakan mahkamah, Menteri Besar Terengganu tiada empati terhadap rakyat?

Ini bukan sahaja tuduhan yang liar, malah paling jahat pernah dilakukan bagi seorang penunggang agama yang memegang lesen utama di bahagian Penerangan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin UMNO dan BN khususnya.

Kerajaan Negeri Terengganu adalah kerajaan yang prihatin dalam menunjukkan saluran yang betul bagi membolehkan sebarang tuntutan dan hak dibuat.

Ini bagi memastikan supaya mana-mana tuntutan tidak dikelirukan atau dimanipulasikan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

MB Razif memandang serius isu tersebut dan telah mengarahkan Yang Berhormat Dato’ Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya untuk mengetuai Jawatankuasa bagi membantu untuk menyelesaikan isu ini.

Kerajaan negeri Terengganu tidak akan lepas tangan begitu sahaja, baik di dalam kes ini maupun kes-kes yang bersangkut dengan masalah rakyat.

Agak pelik, mengapa Amzad tidak merujuk jawapan rasmi yang dibentangkan di dalam dewan?

Atau Amzad hanya merujuk kepada laporan ‘facebook’ atau laman sosial pro pembangkang yang jelas hanya berkepentingan politik?

(Baca laporan awal Terengganu News pada hari persidangan tersebut:


Mungkin Amzad buat-buat lupa, MB Razif juga pernah mengarahkan PBT, Majlis Bandaraya atau Majlis Daerah tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang berniaga di hadapan rumah selain mencadangkan beberapa lagi program Ekonomi Keperluan Rakyat antaranya Program 1Keluarga 1Usahawan, mewujudkan kiosk-kiosk perniagaan dan menambah peruntukan Bajet Terengganu 2018 bagi membantu golongan usahawan.

Ahli PAS bakal di hidang dengan santapan fitnah sekiranya kepala peneranga parti sekadar mencedok berita di laman sosial tanpa mendapatkan fakta yang tepat dari wakil rakyat mereka sendiri. Patutlah semakin ramai meninggalkan PAS.

UMNO Parti Karomah?

$
0
0
Inilah yang disebut oleh Dato Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO, 2017 di Dewan Merdeka, PWTC.
Rangkap ke 220 hingga ke 221, Dato Seri Najib mengucapkan :
“Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh “Urang Urang Sabah”, yang pantang seinci pun tanah Lahad Datu dirampas orang. Setinggi itulah juga, kita kembangkan layar bahtera besar parti UMNO dan Barisan Nasional menuju gerbang kemenangan”
“Seraya itu, ayuhlah, ayuhlah kita buktikan bahawa UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional, tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya adalah parti berkaromah untuk seluruh rakyat Malaysia”
Karomah bermakna kemuliaan dan penghormatan. UMNO adalah parti yang penuh karomah (kemuliaan dan penghormatan) bukan sahaja bagi orang Melayu Bumiputera tetapi buat semua rakyat Malaysia. Inilah faktanya.
Oleh kerana itulah, UMNO sebelum ini memang digelar dan dikenali sebagai parti keramat. Parti yang diasaskan di istana. Parti yang ada agenda yang jelas untuk bangsa dan negara. Bukannya seperti parti yang diasaskan di atas jalan, diasaskan kerana agenda peribadi dan kroni.
UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional sudah melaksanakan semua janji janji dalam PRU13 yang lepas kepada rakyat. Akujanji yang dibuat pada 6 April 2013, mengandungi 17 inisiatif serta 156 inisiatif strategik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sehingga 15 November 2017, sejumlah 5,043 projek untuk rakyat sudah disiapkan atau 83.4% janji dalam PRU13 sudah dilaksanakan.
Tidak sama seperti janji yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor. Janji hendak hapus tol, pendidikan percuma dan rumah mampu milik gagal dilaksanakan oleh pembangkang di dua negeri tersebut.
Parti UMNO yang karomah inilah yang membantu semua rakyat yang ada di negara ini. Memberi bantuan BR1M kepada 7 orang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Semua jenis sekolah di negara ini mendapat peruntukan projek khas bernilai RM1.07 billion melibatkan 4,931 sekolah kebangsaan, 4,225 SJK (Cina), 836 sekolah SJK (Tamil), 440 projek sekolah agama bantuan kerajaan, 1,106 sekolah agama rakyat dan 78 sekolah MRSM.
UMNO komited membantu rakyat merentasi agama dan kaum. Parti karomah inilah yang mahu dipelajari cara berpolitiknya oleh 95 orang delegasi luar negara mewakili 20 parti dari 16 buah negara.
“Keistimewaan Nabi dengan mukjizat, kelebihan umat dengan muafakat” kata Dato Seri Najib ketika ucapan tadi.
Kekuatan parti karomah adalah pada usaha dan semangat ahli yang istiqomah. Ahli UMNO perlu jadi umpama gergaji tajam yang gagah. Pulang dan perginya membawa hasil yang manfaat untuk umat sejagat.

DAP tetap dominasi pakatan harapan PRU14

$
0
0

JANGAN TERTIPU DENGAN AGIHAN KERUSI PAKATAN HARAPAN KERANA DAP TETAP AKAN MENDOMINASI

Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang tertipu dengan persepsi yang cuba dibina oleh persepakatan dan persetujuan yang terhasil daripada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, hari ini, khususnya yang membabitkan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen antara PPBM, PKR, DAP dan AMANAH?

Berdasarkan “Muafakat Pakatan Harapan” yang ditandatangani oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, jelas dinyatakan bahawa:         

“Sebagai persiapan Pakatan Harapan menghadapi dan memenangi PRU 14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu yang melibatkan 165 kerusi, seperti berikut:
a. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 52 kerusi
b. Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 51 kerusi
c. Parti Tindakan Demokratik (DAP) – 35 kerusi
d. Parti Amanah Negara (AMANAH) – 27 kerusi”

Ada yang terdiam dan terpesona dengan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen ini kerana kononnya ia adalah bukti bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP kerana kononnya jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP hanyalah 35 berbanding jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM, iaitu 52.

Walaupun begitu, perkara penting pertama yang perlu diingati adalah bahawa, daripada 35 kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 31 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh DAP di dalam PRU 13 lalu, iaitu:

(1) Kerusi-kerusi P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjong, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor di Pulau Pinang.
(2) Kerusi-kerusi P60 Taiping, P64 Ipoh Timor, P65 Ipoh Barat, P66 Batu Gajah, P68 Beruas, P70 Kampar dan P76 Telok Intan di Perak.
(3) Kerusi P80 Raub di Pahang.
(4) Kerusi-kerusi  P102 Serdang, P103 Puchong, P106 Petaling Jaya Utara dan P110 Klang di Selangor.
(5) Kerusi-kerusi P114 Kepong, P117 Segambut, P120 Bukit Bintang, P122 Seputeh dan P123 Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
(6) Kerusi-kerusi P128 Seremban dan P130 Rasah di Negeri Sembilan.
(7) Kerusi P138 Kota Melaka di Melaka.
(8) Kerusi-kerusi P145 Bakri, P152 Kluang, P162 Gelang Patah dan P163 Kulai di Johor.

Ini jauh berbeza dengan PPBM di mana daripada 52 kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini, 0 daripadanya adalah kerusi yang telah sedia dimenangi oleh PPBM di dalam PRU 13 lalu (tetapi 1 daripadanya adalah kerusi yang telah dimenangi oleh calon PPBM di atas tiket BN , iaitu kerusi P143 Pagoh di Johor).

Jadi, walaupun bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di Semenanjung di dalam PRU 14 ini adalah lebih banyak berbanding bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP, iaitu pada kadar 52:35, status quo kemenangan kedua-dua parti di Semenanjung pula adalah 31:0 untuk DAP.

Perkara penting kedua yang perlu diingati adalah bahawa PPBM telah mengumumkan bahawa ia tidak akan meletakkan sebarang calon di di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14. Ini menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 kekal pada tahap 52.

Sebaliknya, di dalam PRU 13 lalu, DAP telah meletakkan 4 calon di Sabah, iaitu di kerusi-kerusi P171 Sepanggar, P172 Kota Kinabalu, P173 Putatan dan P186 Sandakan (dan menang di kerusi-kerusi P172 Kota Kinabalu dan P186 Sandakan).

Pada 30 Disember 2016 lalu pula, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa DAP akan menggandakan bilangan kerusi Parlimen (dan kerusi Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandinginya di dalam PRU 14 di Sabah, bermakna bahawa bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah di dalam PRU 14 ini ialah 8.

Di dalam PRU 13 lalu juga, DAP telah meletakkan 11 calon di Sarawak, iaitu di di kerusi-kerusi P192 Mas Gading, P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P199 Serian, P208 Sarikei, P211 Lanang, P212 Sibu, P213 Mukah, P215 Kapit, P217 Bintulu dan P222 Lawas (dan menang di kerusi-kerusi P195 Bandar Kuching, P196 Stampin, P208 Sarikei, P211 Lanang dan P212 Sibu).

Pada 30 April 2016 lalu juga, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengisytiharkan bahawa strategi DAP Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 adalah bagi menyediakan DAP Sarawak untuk memenangi Kerajaan Negeri Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021, sekali gus menjadikan kemungkinan untuk DAP menandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak di dalam PRU 14 itu ada.

Oleh itu, paling tidak sekalipun, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14 ini adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 meningkat menjadi 54.

54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia di dalam PRU 14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM di seluruh Malaysia, apatah lagi dengan status quo kemenangan kedua-dua parti di seluruh Malaysia adalah 38:0 untuk DAP.

Berdasarkan kepada penjelasan ini, nyatalah bahawa cubaan “Muafakat Pakatan Harapan” yang diumumkan oleh Konvensyen Pakatan Harapan hari ini untuk mengelabui mata rakyat Malaysia bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP, jelas gagal.

Ini kerana yang akan kekal mendominasi Pakatan Harapan ialah parti bukan Melayu bukan Islam DAP.

Apa pula ceritanya dengan sebuah parti lagi, iaitu PKR?

Memang betul PKR juga meletakkan calon di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 13, tetapi PKR di Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjug pun, bukanlah parti Melayu Islam. Lihatlah sahaja siapa Pengerusi PKR Sarawak, bukankah beliau si evangelis Kristian tegar yang bernama Baru Bian?

Lihatlah sahaja nama-nama yang tertera di dalam senarai 15 calon Parlimen PKR di Sarawak di dalam PRU 13 ini:

P193 Santubong: Zulrusdi Bin Mohamad Hol
P194 Petra Jaya: Ahmad Nazib Bin Johari
P198 Mambong: Willie Anak Mongin
P201 Batang Lupar: Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh
P202 Sri Aman: Nicholas Mujah Anak Ason
P203 Lubok Antu: Nicholas Bawin Anak Anggat
P204 Betong: Cecilia Siti Una @ Sittie Endek
P205 Saratok: Ali Anak Biju
P209 Julau: Wong Hong Yu
P210 Kanowit: Thomas Laja Anak Besi
P214 Selangau: Joshua Anak Jabing @ Joshua Jabeng
P216 Hulu Rajang: Abun Sui Anyit
P. 219 Miri: Michael Teo Yu Keng
P. 220 Baram: Roland Engan
P. 221 Limbang: Baru Bian

Apatah lagi dengan PKR Sabah yang akan menghadapi PRU 14 dengan diketuai oleh seorang yang bernama Christina Liew setelah ia di dalam PRU 13 dulu diketuai oleh seorang yang bernama Datuk Lajim Ukin.

Bagaimana pula dengan sebuah parti lagi, iaitu AMANAH?

Sampaikan salam takziah pun sudah cukup agaknya.

Ahli Pas mengukutuk Pesuruhjayanya sendiri

$
0
0
Dato’ Husein Awang menerangkan, kesanggupan beliau menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu adalah kerana arahan pimpinan dan tanggungjawab terhadap Jemaah.
Beliau tampil menjawab kritikan-kritikan ahli dan penyokong PAS yang mempersoalkan usia beliau yang agak tua berbanding pesuruhjaya negeri yang lain.
“Jika sekiranya PAS ini NGO, sudah lama saya bersara dari memegang jawatan-jawatan ini. Tetapi oleh kerana arahan pimpinan dan PAS ini adalah parti yang membawa agenda Islam, maka saya tetap memikul tanggungjawab ini.
“Hati saya ini masih muda sama seperti Pemuda dan Ameera untuk mencapai kemenangan,” katanya dalam program Lawatan Kerja Pesuruhjaya ke DUN Bukit Payong, Marang di Dewan Madrasah Darul Iman, 12 Disember lalu.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 orang ahli PAS di DUN Bukit Payong yang hadir bagi mendengar amanat dan berdailog dengan beliau.
Sambil memuji kehadiran ahli dari Bukit Payong, beliau memberitahu, inilah kehadiran yang teramai yang beliau lihat setelah membuat lawatan ke 28 buah DUN di Terengganu. -buletinonline

"Cukup-cukuplah Pas tabur fitnah" - Taman Ilmu

$
0
0
Pembangunan yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004 itu kini sedang dalam fasa terakhir.

Projek pembangunan ini adalah dari Rancangan Malaysia Kesembilan yang mana ianya dibangunkan dibawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai tahun 2004.

Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan pantai timur semenanjung terutamanya di Terengganu.

Setiap negeri dipantai timur ini  akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi wilayah ekonomi pantai timur.

Dalam masa yang sama ianya dapat mengembang dan menghebatkan industri minyak dan gas petrol kimia yang ada di negeri Terengganu serta menjana ekonomi rakyat negeri ini.

Sehubungan dengan itu Taman Ilmu kini mempunyai beberapa fasiliti untuk kegunaan dan sebahagian besar komponen utama seperti perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan konvokeseyen, kediaman pelajar dan masjid.

Hari ini kita dapat melihat pembagunan Taman Ilmu dimanfaatkan dan ketika ini kediaman pelajar sudah digunakan serta diisi oleh pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) seramai 250 orang serta bakal ditambah menjadi 500 orang apabila pengubahsuaian blok kedua siap nanti..

Selain UniSZA, dua buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu bagi meningkatkan pencapaian bidang pengkhususan masing-masing turut akan menempatkan pelajar mereka di Taman Ilmu tersebut.

Perkara itu disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Dato’ Seri Idris Jusoh dalam majlis perasmian Kolej Kediaman UniSZA pada tahun lalu(2017).

Katanya, UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi dan persekitaran manakala UMK bidang keusahawanan mengikut kelompok universiti komprehensif.

Ketika majlis perasmian kolej kediaman UniSZApada September lalu, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) juga berminat untuk menjadi sebahagian dari warga Taman Ilmu.

Dalam majlis itu juga turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato' Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof  Dato' Dr  Mortaza Mohamad;  Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.

Secara tidak langsung, 3 buah universiti lagi bakal mengisi dan menjadi warga Taman Ilmu di Besut selain UniSZA.

Nyata disini momokan  berbau fitnah yang dibawa oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata rakyat dengan mengambarkan gambar-gambar lama yang mana dalam proses baikpulih di sebahagian Taman Ilmu tersebut.

Cukup-cukuplah merekayasa fitnah untuk kelirukan rakyat, gunalah pendekatan "apa yang kita boleh beri kepada rakyat" dan "bukannya apa yang kita boleh menipu dan mengelirukan rakyat"






"2 Kali Kalah PRU Tapi Tetap Nok Jadi Calon, Muka Dok Malu.."

$
0
0
Menjelang tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin dekat, bertambah ramai pemimpin parti Pas sibuk mempromosikan diri dalam media massa memainkan semula isu lampau dengan harapan dirinya terpilih sebagai calon parti pembangkang itu kelak.
Gejala ini terpaut sama dengan Timbalan YDP Pas Setiu Dr Azman Ibrahim yang sering memberi kenyataan di portal milik parti itu sejak kebelakangan ini.
Beliau yang telah kalah sebanyak dua kali dalam PRU12 dan PRU13 seolah-olah mahu Pas memberi peluang ketiga untuknya bertanding sekali lagi dalam pilihan raya.
Azman mengatakan bekas pemimpin Umno Marang yang juga Pengerusi PPBM Marang teribat dalam drama lakonan menghalau murid Tadika ketika zaman Pas perintah Terengganu pada 1999 dulu tetapi selepas dicabar untuk membuat laporan polis bagi membuktikan tuduhan itu tidak berani dan hanya diam membisu.
Bahkan bekas pelajar dan guru Tadika yang dihambat keluar ketika pemerintahan Pas masih ada dan sedia membuat pendedahan mengenai tragedi yang berlaku itu pada bila-bila masa.
Tuduhan bekas petugas Umno yang sengaja membakar pos pilihan raya Umno ketika musim mengundi adalah tidak berasas dan sesiapa sahaja boleh membuat cerita dengan hanya bercakap kosong tanpa bukti yang kukuh. Kalau benar dakwaan ini kenapa PAS tidak membuat laporan polis?
Azman menuduh kerajaan negeri pada tahun 2004 merobohkan rumah rakyat adalah tidak benar kerana tanah yang diduduki adalah tanah milik kerajaan malah mereka yang terlibat telah dibayar pampasan setimpal setiap seorang.
Kes pemberian tanah ini ketika zaman Pas memerintah juga dikecam kerana mengagihkan kepada kroni dan penyokong Pas sahaja serta tidak melalui proses yang betul.
Dakwaan Masjid Bujal Kemaman juga telah diputar belit oleh pemimpin Pas kerana tempat berkenaan adalah markas Pas yang dibina di atas tanah kerajaan dan mereka mencipta isu roboh untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
Azman turut mendakwa UMNO mengambil tanah pertanian rakyat di Kampung Banggol Setiu dan isu ini adalah tidak betul kerana kerajaan negeri ketika itu melihat projek ternakan udang ini tidak berjaya mencapai sasaran dan menggantikan dengan Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP) yang juga memberi peluang kepada rakyat setempat untuk menyertainya kerana program ini lebih menyeluruh yang dikelolakan oleh Kementerian Pertanian kerajaan pusat.
Azman perlu berhenti menjaja isu Pas demi kepentingan peribadi yang beliau impikan menjadi calon untuk kali ketiga.
Rakyat sudah muak dengan permainan Azman yang telah dua kali ditolak rakyat dalam PRU lalu dan ramai berharap beliau berhenti mempromosikan diri menjadi calon kerana rakyat tetap memilih Barisan Nasional sebagai pilihan mereka.

Bekas ahli UMNO TIDAK layak jadi CALON PH Terengganu?

$
0
0
Bukan setakat Negeri Sembilan dan hampir keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia kecoh berkenaan pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang, kini Terengganu juga menghadapi masalah yang sama bahkan lebih teruk.
Tidak sampai enam bulan pembentukan pakatan antara parti-parti pembangkang atas nama Pakatan Harapan dan mutakhir nampak sangat jelas, sukarnya mencapai kesepakatan antara parti-parti tersebut terutama dari PPBM yang diterajui Mahathir.
Sebagai parti baharu yang menyertai pakatan pembangkang, PAN dan PKR telah menunjukkan betapa tidak adil PPBM diberi keistimewaan yang terlalu banyak. Bukan sahaja calon Perdana Menteri pakatan pembangkang datangnya dari PPBM tetapi kerusi di seluruh negeri juga nampaknya PPBM ingin kuasai.
Di Terengganu, menurut sumber dalaman parti, Raja Baharin dilihat kerap menyisihkan PPBM di dalam mana-mana majlis yang beliau anjurkan terutama mesyuarat yang melibatkan pembahagian kerusi DUN dan juga Parlimen. Sebagai Pengerusi pakatan pembangkang, beliau dikatakan menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap jumlah kerusi bagi setiap parti di blok pembangkang.
Tambah sumber lagi, pakatan pembangkang di Terengganu dikatakan menetapkan hanya calon “fresh” sahaja yang bakal dipertaruhkan di PRU ke 14 nanti. Fresh di dalam ertikata, ianya bukan dari bekas ahli UMNO. Sumber dalaman bilik gerakan pakatan rakyat mendakwa bekas ahli UMNO terdedah kepada risiko lompat parti sekiranya pembangkang menang di Terengganu.
Mungkin Datuk Razali Idris yang juga pengerusi PPBM Terengganu juga tidak tersenarai kerana dikatakan mempunyai rekod ‘menyimpan’ peruntukan PRU ketika pilihanraya umum yang lalu. Sehingga kini Datuk Razali tidak menafikan dan menjelaskan kedudukan kewangan beliau yang dikatakan hidup mewah selepas PRU ke 13. 
Apa kerja beliau selain menjadi ceo sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang akhirnya mengalami kerugian satu ketika dahulu?
Raja Baharin dilihat begitu tegas di dalam soal integriti calon bekas UMNO.
  • pru14.tv

Pas Parti Syaitan dengan apa yang telah dilakukan selama ini?

$
0
0



1. 29 Nov., 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.


2. 01 Dis., 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui.


Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000.


Setelah disaman oleh Dato Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.


3. BH: 02 Dis., 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305 / JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekrrjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.


4. HM: 08 Dis., 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (Dalam Bulan Ramadan).


5. UM 16 Dis., 1999 - Hadi: Anggaplah pertukaran takdir Allah.


6. HM: 17 Dis., 1999 - SUK pencen awal dan Kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.


7. MM: 19 Dis., 1999 - Dato Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.


8. UM: 16 Dis., 1999 - Dato Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato Haji Saidi Mohamad(Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.


9. UM: 23 Dis., 1999 - Dato Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.

10. BH: 30 Dis., 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.


11. BH: 03 Jan., 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.


12. UM: 05 April 2000 - Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak / Double Standard.


13. UM: 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.


14. Al-Haq: April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.


15. Al-Haq: April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.


16. Al-Haq: April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.


17. WDI: 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.


18. WDI: 22 Jun 2000 - 44 pegawai tinggi Terengganu ditukar.


19. Al-Haq: Sept. 2000 - Rebut J/Kuasa Masjid Gelugor Kedai, Marang: Exco PAS kalah terok.


20. Al-Haq: Sept. 2000 - Exco PAS berebut (Buat pejabat) di bangunan comel.


21. Al-Haq: Okt., 2000 - Ke mana wang minyak RM432 juta pemberian Februari

2000?


22. Al-Haq: Nov. 2000 - Penyokong PAS gomol balak Terengganu hingga kini 70,000 ekar.


23. Al-Haq: Nov. 2000 - Selepas 1,500 wargatua dipotong bantuan, rampas tanah petani, nelayan.


24. Al-Haq: Dis., 2000 - Keluar pekeliling larang pegawai negeri hadir majlis taklimat Dato Rais.


25. Al-Haq: Dis., 2000 - Pengerusi JSR tampar muka cikgu SK. Mengabang Telipot.


26. Al-Haq: Dis., 2000 - Notis roboh rumah Zakaria Jusoh Setiu, kerana tanah belum jelas lagi.



27. WDI: 08 Dis.,2000 - 420 anggota baru (UPI) dilantik bermula 01 April 2000.


28. WM: 01 Jan.,2001 - Kerajaan PAS Trg. mungkin muflis?


29. HM: 03 Jan., 2001 - Pagar Tadika KEMAS dikunci di Dungun.


30. Al-Haq: Jan.,2001 - 6 keluarga mangsa banjir yang dizalimi di Kampung La, Besut.


31. WM: 15 Feb.,2001 - Kerajaan PAS Trg. jual A&W anak syarikat TDMB, RM170

juta.


32. Al-Haq: Feb.,2001 - Kebun Pak Hassan di Alor Serdang, Setiu ditebang orang PAS.


33. Al-Haq: Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.


34. Al-Haq: Feb.,2001 - Warta Darul Iman (Lidah rasmi kerajaan Trg) menjadi diperalat parti PAS.


35. Al-Haq: Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama / muballigh sejak Januari 2001.


36. Al-Haq: Mac 2001 - Bengkel Belia (Pengadang Baru) kena roboh.


37. Al-Haq: Mac 2001 - Rumah Rusop Mamat, Tanjung Alir, Alor Keladi, Jerteh kena roboh; tetapi rumah pengikut PAS di sebelahnya atas tanah belum jelas juga tidak.


38. Al-Haq: Mac 2001 - Musnah kebun kelapa sawit di Marang tanpa notis.


39. BH: 20 Mac 2001 - JK Syura Rakyat arah pindah segera tabika KEMAS Bukit Tok Ris, K.Trg.


40. Al-Haq: Apr. 2001 - Mesin-mesin jahit KEMAS di Pulau Duyong, K.Trg. diikat dengan dawai.


41. UM: 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan.


42. HM: 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.


43. Al-Haq: Mei 2001 - Tiada wang: Bangunan MPKT di Gong Badak disewakan.


44. Al-Haq: Julai 2001- Terengganu rugi RM100 juta (Akibat banyak tukar pegawai).


45. Al-Haq: Julai 2001- Keluhan hafiz buta (Kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.


46. BH: 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.


47. BH: 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.


48. Al-Haq:Julai 2001 - 300 kakitangan kerajaan negeri menghadapi tekanan

sertai JKKK.


49. Al-Haq: Julai 2001- Pengerusi JSR marahkan pengetua )Sek. Menengah Bt.

Tunggal).


50. Al-Haq:Julai 2001 - Hadi tengok sendiri arak bebas dijual di Pulau Perhentian.


51. Al-Haq: Julai 2001 - Hadi tidak layan pemandu lori.


52. Al-Haq Ogos 2001- Mangsa ribut PAS pilih kasih. 3 orang UMNO berdekatan tidak dilayan.


53. Al-Haq:Ogos 2001 - Musnahkan tanaman sayur atas tanah suku ekar di Anak Ikan, Setiu.


54. Al-Haq:Ogos 2001 - Tahan gaji kaki tangan kerajaan negeri kerana terlibat dengan JKKK.


55. Al-Haq: Sept.,2001 - Kebun Ustaz Yong Abdullah Pengkalan Arang, K.Terengganu dimusnah.


56. Al-Haq: Okt., 2001 - Derma mangsa kezaliman PAS (Sodok tanaman sayuran baru berbuah).


57. Al-Haq: Okt., 2001 - Premium tanah naik 700%.


58. Al-Haq: Okt., 2001 - Exco PAS ternak ayam dalam surau hasil derma orang ramai.


59. Al-Haq: Okt., 2001 - Siapakah salahguna kuasa (Mercedes TT3 dalam kebun YB.Tun Salleh).


60. BH: 29 Okt., 2001 - Terengganu musnah hutan simpan kekal di Besol, Dungun.


61. BH: 30 Okt., 2001 - PAS akui lulus 4,000 hektar hutan simpan Sungai Paka, Besol, Dungun.


62. Al-Haq: Nov.,2001 - 10,000 ekar balak simpan kekal dibahagikan kepada kroni PAS di KL.


63.JHEAT:01.11.2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (Umurnya baru 58 tahun).


64. Al-Haq: Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.


65. Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.


66. Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.


67. UM: 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).


68. BH: 31 Dis., 2001 - Trg. pecat (Notis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan.


69. BH: 01 Jan., 2002 - Dedah Penyelewengan: TATI pecat pengurus besar.


70. HM: 02 Jan., 2002 - Perpustakaan (Terengganu) kurang bahan bacaan.


71. UM: 02 Jan., 2002 - Isu berpanjangan rugikan rakyat Terengganu�Dato�Senara Muda.


72. BH: 02 Jan., 2002 - Cukai pintu: Terengganu kurang hasil RM5.4 juta (Setahun).


73. UM: 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.


74. Al-Haq: Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (Balak) di Tembat (Kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).


75. Al-Haq: Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).



Haji Mohamad Bin Jusoh Perbohongan Pas Yang Nyata


1.      HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984 mengenai ancaman mempolitikkan agama.


Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.


Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan Jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang.


Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi......duwa.


2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000)telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi. Lihat lampiran-lampiran berkenaan.


3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).


4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.


5. Hingga Jan.,2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.


6. BH: 03 Mac 2000 - Terengganu akan roboh semua patong haiwan. Pembohongannya ialah patong udang & sotong di tepi simpang empat lampu isyarat bandar Marang tidak dirobohkan hingga sekarang.


7. UM: 17 Julai 2000 - PAS juga amal kronisma (KRONI) untuk berbagai jawatan di Terengganu. Dua beradik orang kuatnya dilantik menjadi Pengarah YPKT dan Pengarah Urusetia Penerangan negeri. Dulu kecam kroni orang.


8. UM: 17 Julai 2000 - PAS tentukan orangnya jadi AJK masjid. Seluruh masjid dilanda sengketa akibat JK pentadbiran masjid dikongkong untuk dipergunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan parti PAS. Sekarang membar khutbah juga sudah menjadi pentas parti buat memaki kerajaan BN.


9. WDI: 08 Nov. 2000 - YAB. Haji Abd. Hadi buat pengumuman jumpa telaga minyak �Kita Cari Gali Sendiri Petroleum�. Kenyataan ini menunjukkan bukti kejahilan kerana jelas bercanggah dengan perjanjian di bawah AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan segala urusan cari gali kepada Petronas (Ditanda tangani oleh Dato� Haji Wan Mokhtar Ahmad MB Trg. dan Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas ketika itu).


10. WDI: 22 Dis. 2000 - YAB. Haji Hadi beritahu DUN �Tiada Telaga Minyak Baru Dijumpai�. Maka terjadilah 2X bohong (Dengan rakyat dan dengan undang-undang).


11. HR: 16 Okt., 2000 - Perjanjian Trg. menyerah usaha cari gali petroleum kepada PETRONAS.


12. WDI: 08 Jan.2001 - Haji Haji Harun Taib menjelaskan, pelaksanaan Islam di Terengganu sudah mula berjalan walaupun kerajaan baru belum meminda perlembagaan. Apa jadi dengan Amanat Hadi 07 April 1981 di Banggol Peradong dulu? Beliau menyebut Kita menentang UMNO / BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir , peraturan jahiliah.

Kalau sebenarnya perlembagaan yang ada ini perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliah; takkanlah PAS boleh mengisytiharkan sudah Islamik walaupun belum dipinda lagi. Dengan itu sahlah bahawa PAS berbohong dan selama ini menabur fitnah yang amat besar sehingga sanggup mengambil hak pemerintah mengisytiharkan SYAHID menentangnya.


13. BH: 23 Mac 2001 - Khutbah Jumaat di masjid KUSZA batal dan ahli jamaah solat Zuhur; kerana terlalu ghairah buat menghentam kerajaan BN dalam masa khutbah. YAB. Haji Hadi membelanya konon khutbahnya betul.


14. BH: 02 Ogos 2001 - Haji Hadi beritahu kepada DAP �Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan�. Lain benar bunyinya apabila berhadapan dengan bukan Islam.... Boleh menjadi munafiq ni !!!


15. UM: 04Ogos 2001 - YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat mengaku perkataan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan tubuh PAS. �Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu�


16. BM: 22Ogos 2001 - Hadi dakwa Malaysia bukan negara Islam, selagi hukum Islam sebagaimana dalam al-Quran dan hadis diketepikan. Dua bulan sebelum ini (BH:28.06.2001) Hadi kata �Perlukan Masa Yang Lama�. Namun begitu ketika pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan Perlis 19 Januari 2002 PAS membuat kempen yang berbeza. Di hadapan orang Islam PAS mendakwa akan terus menubuhkan negara Islam; tetapi sebaliknya di hadapan orang bukan Islam berjanji tidak akan meneruskan usaha menubuhbkan negara Islam. PAS terpaksa pakai dua cabang lidah yang berbeza untuk berbohong di dalam keadaan dan orang yang berbeza.


17. WDI:22Ogos 2001 - Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26-28 Ogos 2001 ini dijangka akan meluluskan 6 enakmen baru bagi memastikan Terengganu negeri pertama mengorak langkah ke arah pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya. Sila lihat lampiran-lampiran yang berkenaan.

18. UM: 07 Mac 2000 - YAB. Haji Abdul Hadi Awang berbohong ketika menjawab soalan HUDUD dalam dialog dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu di daerah-daerah dalam tahun 2000; ternyata jawapan politik untuk melepaskan diri:


i - Kata Hj. Hadi, �Pelaksanaan hudud lalui proses panjang�. Sebenarnya masa tidak jadi panjang kalau Haji Hadi sedia mengambil Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) dibawa terus ke DUN Terengganu. Mengapakah Haji Hadi yang menjadi pengerusi JK penggubal EKJS(II) 1993 itu, beliau sendiri tidak sudi memakai baju yang dipotongnya? Sudah tentulah baju itu ada cacat celanya. Maka jelaslah tuduhan ke atas PM, UMNO dan kerajaan BN yang menolaknya adalah fitnah; sedang realitinya Haji Abd. Hadi sendiri yang tidak mahu h

TATI juga dipergunakan Pas pada 2003 lalu - BH

$
0
0
ZAMAN pemerintahan PAS di Terengganu pada 1999 hingga 2004 adalah zaman pecat dan singkir! Tindak tanduk parti itu merupakan corak pemerintahan PAS yang telah dipaparkan kepada rakyat setelah mendapat kuasa mentadbir Terengganu.

Hasrat PAS untuk menawan Terengganu sekali lagi diibaratkan seperti mahu membenarkan pemimpin parti itu mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan selama lebih empat tahun kepada rakyat Terengganu.

Rakyat masih ingat, pemecatan notis 24 jam Pengurus Besar TATI Production Sdn. Bhd. (Anak Syarikat TATI), Wan Ahmad Wan Sudin pada 12 Ogos 2003 kerana keengganan mematuhi arahan supaya TATI mencetak tiga juta poster PAS dengan harga yang murah iaitu empat sen sekeping.

Wan Ahmad memberitahu kepada Berita Harian, harga yang dicadangkan pemimpin PAS itu membawa kerugian besar kepada TATI kerana PAS sebelum itu bersetuju mencetak pada harga tujuh sen sekeping melalui syarikat At-Tibyan Print.

Kebobrokan PAS Sewaktu Berkuasa Di Terengganu pada 1999 - 2004

KERAJAAN PAS ARAH TATI (INSTITUSI PENGAJIAN TEKNIKAL TERENGGANU) CETAK POSTER PAS UNTUK PAS TERENGGANU DAN KELANTAN, HARUN TAIB KETIKA ITU DIMINTA JAWAB DAN ADUN MANIR YANG MEWARISI KERUSI TURUN TEMURUN MUNGKIN TAHU?

Masa PAS berkuasa di Terengganu. Siapa kata PAS tidak salah guna agensi kerajaan? Malah secara terang dan nyata digunakan sepenuhnya, termasuk TATI (Institut Teknikal Tinggi Terengganu) Production diarah mencetak poster parti PAS untuk PRU 11.

Pengurus Besar TATI Production ketika itu, Wan Ahmad Wan Sudin mendedahkan beliau telah menerima arahan dari Kerajaan PAS Terengganu supaya mencetak poster. Dato’ Harun Taib adalah Pengerusi TATI waktu itu yang juga Exco Kerajaan Terengganu. Wan Ahmad berkata, beliau menentang dan tidak bersetuju poster parti PAS dicetak di kilang milik TATI itu.

Poster yang dimaksudkan ialah Poster plastik yang berlogo bulan penuh dengan tulisan Undilah Pas...bukan sahaja untuk diedarkan di Terengganu, malah Kelantan. Saiz 40x35 sentimeter. Bahkan Kerajaan PAS melalui pegawai khas kepada Harun Taib (ADUN PAS Manir sekarang) datang membuat arahan, tetapi Wan Ahmad tidak bersetuju, apatah lagi dijanjikan bayaran 4sen sekeping.

Wan Ahmad mendedahkan, kalau dengan harga itu..pihaknya akan menanggung kerugian RM90,000 (Sembilan puluh ribu ringgit). Akhirnya beliau dipecat oleh kerajaan PAS  Terengganu dalam masa 24 jam. Pemecatan beliau itu yang kedua selepas sebelumnya CEO Tati Dr. Mohd Zaki Abdul Muin yang dipecat oleh kerajaan PAS kerana enggan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri wang TATI yang diberikan kerajaan Pusat untuk pengurusan dan pembangunan TATI.

Demikianlah jahatnya Kerajaan dan pimpinan PAS Terengganu sewaktu itu...sesiapa yang engkar arahan, walaupun terang-terangan arahan itu bersalahan dengan moral dan peraturan serta prosedur....tetapi jalan paling mudah ialah PECAT yang tidak mahu ikut. Adil dan berkebajikan kah pemimpin PAS???? Oleh itu jangan tertipu lagi dengan PAS dan cakap cakap manis para pemimpin mereka.. Rakyat Terengganu sudah serik doh weh..

Kepada mereka yang tidak percaya dengan pendedahan ini, dipersilakan untuk menemuramah nama-nama yang disebut diatas sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hujuraat, ayat ke-6.

PROSEDUR DAN KRONOLOGI TEST POWER - #BASSAJAT

$
0
0

1. BAS dua alam Amphibiacoach atau orang Terengganu panggil #BasSAJAT mula tiba di Port Klang pada pertengahan Januari 2018 dan dibawa ke Negeri Terengganu pada 17 Februari 2018 selepas selesai semua prosedur berkaitan dengan Pihak Port Klang.

2. Bas Sajat tersebut ditempatkan di Depo JKR memandangkan urusan pembelian awal yang telah diselarasksn oleh JKR negeri Terengganu dari mula lagi dan kini masih dibawah seliaan JKR negeri.

3. Pada jam 9.00 pagi 21 Februari 2018 pihak JPJ  membuat prosedur biasa dengan kenderaan baru serta membuat penandaan yang tepat(penuh) terhadap bas berkenaan dengan pemeriksaan setiap item yang ada pada bas tersebut.

4. Pemeriksaan keseluruhan selesai pada jam 12.30 tengahari didepo JKR Kuala Terengganu dan juga pemeriksaan  Jabatan Laut kerana bas itu juga akan berada diatas permukaan air.

5. Selesai semua pemeriksaan bas tersebut dibawa Sungai Terengganu di pengkalan berhampiran Muzium Negeri Terengganu di Kampung Losong Muzium.

6. Sampai di pengkalan itu, pemandu bas berkenaan yang juga Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith membuat ujian terhadap waterjets dan juga sistem blower yang digunakan.

7. Smith mengundurkan bas tersebut ke permukaan air bsgi memastikan semua sistem dalam air berfungsi dengan baik dan membuat ujian kepada waterjets dan blower. (tular video bas tidak boleh naik ke darat itu satu fitnah kerana hanya sekerat sahaja video berkenaan diambil).

8. Selepas semuanya selesai Smith membawa bas sajat berkenaan menyusuri Sungai Terengganu dengan selamat dan bergaya sekali dan menutup mulut-mulut pengkritik yang tidak bertauliah dan bukan dalam bidanh berkaitan.

9. Tetapi malangnya, mereka yang tidak berada di tempat uji pandu berkenaan membuat spekulasi sendiri sehingga timbul pelbagai fitnah yang dibawa ke dalam ceramah-ceramah politik terutamanya Ketua Penerangan Pas Terengganu Mohd Nor Hamzah.

10. Semasa bas sajat itu di uji didarat dan juga didalam air,  Pengarah JPJ Terengganu, Pegawai BOMBA Terengganu, Pegawai APM Terengganu, Pegawai Jabatan Laut, Pegawai Pelacongan Negeri, Pegawai JKR negeri dan wartawan turut berada didalam bas berkenaan.

11. Untuk mendapat perkara-perkara yang tepat tentang bas sajat tersebut boleh rujuk dengan pegawai bil. 10 untuk mendapat pengesahan yang tepat dan ini hanya penjelasan yang saya dan team bersama sepanjang bas sajat ini diuji pandu. Wallahuakhlam...tq

TUKAR KERAJAAN BELUM TENTU BAWA KEBAIKAN – PAS

$
0
0
Menukar sebuah kerajaan yang sedang memerintah belum tentu membawa manfaat kepada rakyat sekiranya parti politik baharu yang dipilih gagal me­laksanakan perubahan seperti diharapkan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun menukar kerajaan se­ring dilabel sebagai kebangkitan rakyat, namun berdasarkan banyak bukti, perubahan yang diharapkan itu tidak pernah menjadi kenyataan.

Katanya, ini dapat dilihat berdasarkan keadaan di beberapa negara apabila kerajaan baharu yang dipilih gagal menguruskan perubahan telah menyebabkan keadaan lebih porak-peranda dan akhirnya mengakibatkan berlakunya campur tangan kuasa asing.

“Bukan politik untuk menukar kerajaan sahaja yang utama tetapi menguruskan perubahan adalah lebih penting berbanding perubahan (kerajaan).

“Lihat sahaja di Iraq dan di Asia Barat apabila perubahan gagal diuruskan. Kita tolak rasuah dan salah guna kuasa, tetapi apabila perubahan yang dijanjikan tidak dilaksanakan dengan baik, keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pas Pusat di sini malam tadi. Yang turut hadir, Ketua Pe­nerangan Pas, Nasruddin Hassan.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun sedar kenyataannya itu boleh menimbulkan persepsi bahawa Pas sedang bekerjsama dengan UMNO tetapi hakikatnya tanggapan itu adalah tidak benar.

“Pas mahu membawa gagasan politik yang matang. Kita mahu berubah daripada politik maki hamun kerana generasi kini sudah berubah, bukan lagi generasi seperti zaman sebelum merdeka,” katanya.


Beliau juga yang memangku tugas Presiden parti berkata, tumpuan Pas ialah menjadikan Islam sebagai rahmat kepada rakyat serta menyelesaikan masalah kemiskinan dan perpaduan negara.
Viewing all 490 articles
Browse latest View live