Quantcast
Channel: Ku Lihat Langit Biru
Viewing all 490 articles
Browse latest View live

Kemana Duit Derma Itu Pergi? - Rizal Mansor

$
0
0
*Menjawab Rafizi Ramli - Bahagian 2 (Rafizi Bayar Rafizi)*

Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan invoke;

“Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.
KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.

Soalan tambahan saya kepada Rafizi Ramli hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ??

Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal. Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York. Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.

Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE..

Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017. Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .

Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Inilah bahagian yang agak menarik..

Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke. Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.

RIZALMANSOR









FAST TALKIM 2.0 Cemari Pantai Tok Jembal Dengan Tahik?

$
0
0



Himpunan Hijau Menuju Kemenangan yang diterjemahkan dalam program Fastaqim 2.0 telah dicemari dengan tabiat dan kelakuan yang diamalkan oleh manusia zaman 70 an kebawah.


Fastaqim cukup indah diperkatakan dengan slogan yang telah mencipta satu jenama yang mengerunkan lawan akan tetapi kesudahannya hancur dek kerana mahu dilihat kuat.


HImpunan yang dikatakan melebihi angka 200 ribu orang sepanjang dua hari diadakan telah mendapat mala petaka yang cukup membinasakan sebuah parti yang bertunjangkan Islam.


Sikap yang diamalkan mereka tidak mencerminkan bahawa apa yang didokong selama ini dengan kesucian agama Islam hancur dengan sekelip mata sahaja.


Tiada gah dengan kehadiran yang ramai tetapi perangai pengotor mereka membuatkan parti itu terus dikeacam oleh masyarakat setempat dengan timbulnya bauan busuk dikelaran lubang-lubang yang sedang terbongkar.
Menghimpunkan seramai 200 ribu orang akan tetapi kemudahan solat dan tempat membuang air kecil serta besar tidak disediakan dengan sempurna mengakibatkan tabiat lama kembali menghantui pantan Tok Jembal dengan bauan hacing dan busuk.


Dalam satu keratan yang ditularkan dimedia sosial hari ini oleh pemilik akau facebook Jay Suhaimi telah membongkar punca bau hacing dan busuk yang turut dihidu oleh penduduk pantai Tok Jembal ketika ini.


Katanya, Ambo mesej kepada banyak grup sahabat PAS ambo...
nak buat program tepi pantai, sediakan system tandas yg elok dan mencukupi, dah tau target 200,000 orang, tandas x cukup n pakat berak di tepi pantai dlm pasir,pakat timbus buat stail kucing tu dah tak sesuai dan sgt buruk.. sampai masuk online news..
tu amalan tahun 1970an...
membawa imej agama dan sangat memalukan ...
200,000 org kalau seorang berak 1 kilo sehari dan 2 hari sudah dapat 400,000 kilo sama dgn 400 metric tan...
dah boleh guna utk bajakan pokok sawit berapa hektar dah tu...
daripada dok buang dlm pasir gitu..membazir...
maaflah Bahasa kasar ....



Inilah nilai sebenar yang dibawa oleh pendukung parti Islam yang didendang selama ini sehinggakan tidak menghiraukan keselesaan orang lain demi memuaskan nafsu politik sendiri.


Baik buruk selepas program berlangsung tidak difikirkan lebih awal atau mungkin itu adalah perancanganya dengan penganjuran lebih dekat dengan pantai serta mempunyai air yang banyak agar senang untuk pengikutnya melepaskan nasfu.








FAST TALKIM 2.0, Wartawan PERIT Dengan PAS?

$
0
0
Reaksi ceria sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah pada Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2017.
KUALA TERENGGANU – Berakhirlah sudah Fastaqim 2.0 atau lebih dikenali sebagai Himpunan 200K yang diadakan selama dua hari di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.
Menurut penganjurnya, himpunan itu berjaya mengumpul kira-kira 200,000 orang dan membuktikan Pas makin mendapat sokongan dari pelbagai peringkat usia.
Sebelum Fastaqim 2.0 dimulakan, Pengerusinya, Nasrudin Hasan menggunakan pelbagai medium media untuk mempromosi dan menguar-uarkan program itu.
Harapan beliau hanya satu, iaitu supaya orang ramai dari seluruh pelosok tanah air tahu akan program himpunan yang akan diadakan di Kuala Terengganu.
Maka pelbagai helah sengaja digembar gemburkan dengan harapan ia menimbulkan tanda tanya dan keinginan orang ramai untuk hadir.
Ternyata mereka berjaya mempengaruhi media sehingga ramai wartawan terpedaya dengan ‘sikap baik’ penganjur untuk memberi liputan luas, hatta pada hari Fastaqim 2.0 bermula Jumaat pun promosi masih diteruskan.
Wartawan dijemput, jurugambar dipelawa hadir membuat liputan. Katanya, inilah satu-satunya program terbesar Pas yang diadakan secara santai.
Berpuluh-puluh wartawan dan jurugambar, termasuk dari Kuala Lumpur datang ke Fastaqim. Masing-masing menempah bilik hotel, walaupun penginapan terdekat sudah habis ditempah peserta himpunan.
Ada yang menyewa hotel agak jauh dari tapak program. Tidak mengapa, asalkan dapat memenuhi jemputan penganjur untuk membuat liputan.
Setiba di tapak program, ada beberapa khemah disediakan dan ditampal plakad tertulis “Unit Media”. Disangkakan wartawan boleh duduk di situ untuk membuat liputan.
Malangnya, wartawan diberitahu, khemah itu disediakan khusus untuk lidah rasmi Pas iaitu Harakah dan krew radio Hijau FM.
Untuk wartawan lain tidak disediakan khemah, kerusi atau meja. Mereka boleh memilih mana-mana tempat yang dikhususkan untuk hadirin, iaitu beralaskan pasir di sekeliling pentas utama.
Wartawan boleh pilih, sama ada hendak bersila atas pasir yang panas atau beli tikar yang dijual peniaga di situ sebagai alas.
Saya memilih untuk bertengek di atas batu yang menjadi hamparan banteng pemecah ombak di belakang pentas utama.
Saya duduk di situ dari pagi sampai ke tengah malam. Melunjurkan kaki sambil meriba komputer riba untuk mengetuk berita. Pihak urusetia atau penganjur langsung tidak bertanyakan khabar.
Pada malam kemuncak malam tadi, kami, wartawan dimaklumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan perkara penting, atau dengan lain perkataan, amanat penting.
Saya menunggu dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam. Tidak ada apa-apa yang penting diumumkan oleh Abdul Hadi.
Adalah dua bekas pegawai kerajaan menyerahkan borang keahlian menyertai Pas. Itu bukan perkara penting bagi media kerana keluar masuk parti adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi era sekarang. Ia bukan lagi suatu perkara yang luar biasa atau suatu yang mengejutkan.
Kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga bukan suatu yang pelik. Beliau diberi peluang berucap dan kesempatan itu diambilnya untuk menjelaskan kepada hadirin, yang beliau kekal sebagai wakil rakyat bebas.
Jadi, mana perkara penting yang hendak disampaikan kepada rakyat? Memang patutlah, bermula dari jam 4 petang lagi sudah ramai berpusu-pusu pulang, selain ada yang baru sampai dengan berpuluh buah bas yang disewa khas.
Kalau penganjur beritahu, malam kedua dan terakhir adalah acara kemuncak yang ditunggu-tunggu, saya dapat rasakan, orang ramai yang masih berada di sekeliling pentas utama mula bergerak keluar dari lokasi itu.
Tanpa sempat mendengar amanat Presiden yang bermula selepas jam 11 malam, mereka seolah dapat menghidu tidak ada apa-apa yang penting bakal diumumkan. Justeru, mereka cabut awal.
Bahkan, Fastaqim 2.0 juga tidak lebih sebagai program mengutip derma sebenarnya. Berpuluh-puluh tabung disediakan dengan pelbagai nama untuk memancing orang ramai berderma.
Malah, ada seorang pengacara majlis, dengan turut kata yang enak, berjaya menarik minat orang ramai mengeluarkan duit dari poket dan tas untuk didermakan.
Kata-katanya, “Wahai muslimin dan muslimat. Masukkan tangan anda ke dalam poket..masukkan tangan anda ke dalam beg (tas)… tariklah sebanyak mungkin kertas yang ada..jangan tengok, jangan kira..masukkan kesemua dalam bekas yang akan dibawa oleh petugas kami kepada anda nanti”.
Kemudian seorang penceramah terkenal turut berkempen supaya orang ramai menderma. Beliau berkata, “Kita makan enak-enak, tak sampai lima minit makanan itu bertukar kepada satu warna (maksudnya, tahi)… kita minum sedap-sedap, tidak sampai lima minit minuman itu bertukar warna kuning (air kencing). Tapi duit yang anda derma tidak pernah bertukar. Ia akan menjadi pahala di akhirat”.
Ceramah dan kutip derma ini sudah sinonim atau sebati dengan Pas. Tidak ada Pas, tidak adalah kutipan derma. – MalaysiaGazette

*Cerita Sotong Ada Virus Itu Pukulan Halus Penyokong Harapan Terengganu*

$
0
0

 
*Cerita Sotong Ada Virus Itu Pukulan Halus Penyokong Harapan Terengganu*

SEORANG pengguna laman muka buka (FB) telah memuatnaik satu kenyataan yang berkaitan virus yang menyerang laut china selatan terutama di negeri Terengganu dan kelantan pada 1 oktober lalu.

Perkara itu ditularkan dengan mendakwa lambakan sotong di Terengganu berlaku disebabkan ramai pengguna enggan membeli sotong.

"Selain itu, turut didakwa berlaku air pasang besar di perairan Kelantan dan Terengganu awal bulan ini menyebabkan sotong yang ditangkap dicemari virus yang belum dikenal pasti," katanya.

Dakwaan itu tular selepas ia dimuat naik seorang pemilik akaun FB pada 4 Oktober lalu.

Individu berkenaan mendakwa sotong tidak laku dibawa ke Pasar Borong Selayang, Selangor, dan dia memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli sotong kerana dibimbangi terbeli hasil laut dari Terengganu.

Pemilik akaun FB itu juga pro pembangkang(pakatan harapan) yang membuat kenyataan kononnya berlaku satu virus yang belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan Negeri dan ianya adalah satu saikologi terhadap himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakan di Pantai Tok Jembal baru-baru ini.

Baru-baru ini juga tular perbuatan buruk yang dilakukan mereka yang hadir membuang air besar ditepi pantai tersebut dan mungkin pemilik akaun FB berkenaan mahu memberi pukulan kepada program berkenaan.

Dengan cara yang lembut mengaitkan lambakan sotong berlaku di Kuala Terengganu dengan sekaligus memukul parti PAS dan kerajaan BN di Terengganu.

VIRUS yang dikatakan itu berlaku ketika air laut pasang besar dan menhanyutkan najis-najis yang ditinggalkan ditepi pantai mengakibatkan sotong yang ditangkap diperairan Terengganudan Kelantan menjadi tercemar.

Lanjutan dari itu, kenyataan tersebut berbunyi "Lambakan sotong dilaporkan berlaku di pasar besar Kuala Terengganu, disebabkan ramai pengguna enggan membeli sotong.
Ini berlaku 3 malam yg lalu... sejurus selepas air laut pasang besar di perairan Kelantan dan Terengganu, sotong2 yg ditangkap di sekitar Pantai Tok Jembal dipercayai dicemari sejenis virus yg belum dikenalpasti...mngkin sejenis virus yg dikambus di dlm pasir oleh para walaun....
Kabarnya... Sotong2 yg tak laku akan dibawa ke pasar borong selayang...
Penggemar sotong... Dlm seminggu dua ni... Elakkan membeli sotong.... takut2 terbeli sotong dari Terengganu!"

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1893514777341772&set=a.522903877736209.139671.100000498043704&type=3&theater)

Halus pukulan yang diberikan kepada penyokong PAS dan BN di Terengganu dimana perjuangan Islam yang dilaungkan PAS tidak sama dengan TABIAT yang dibawa oleh penyokongnya apabila melepaskan HAJAT ditepi pantai.

Laporan HM

Laporan BH

Sejarah TOL di Malaysia

$
0
0
*TOL LEBUHRAYA*

◼ Selama 30 tahun Mahathir telah menipu  rakyat jelata berkaitan projek Lebuhraya Utara Selatan. Sebenarnya *UEM hanya membina lebuhraya sepanjang 457 km saja sedangkan baki 366 km itu dibina oleh LLM (Lembaga Lebuhraya Mslaysia)* dengan menggunakan duit rakyat iaitu hasil dari kutipan cukai. Tetapi mengapa Mahathir

*i) Membenar kan Halim Saad (tawke UEM) caj TOL keatas rakyat jelata untuk perjalanan sepanjang 823 km*.

*ii) Mengapa UEM di benar mengambil alih jarak 366km Lebuhraya Utara Selatan yang di bina oleh LLM TANPA MEMBAYAR SATU SEN pun kepada Kerajaan TETAPI DIBENARKAN MENGUTIP TOL DARIPADA RAKYAT JELATA*

Tidakkah PEMBANGANG2 YANG MENYOKONG MAHATHIR RASA TERTIPU OLEH IDOLA MEREKA.

Antara kawasan Lebuhraya Utara Selatan yang dah siap dan *dibuka kepada rakyat (TANPA TOL) sebelum Mahataik jadi PM* ialah dari Alor Star Utara ke Bedong. Kahkahkah

♦ *FAKTA 1 - KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA OLEH ARWAH TUN RAZAK*

▶ 8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.

http://panggungopera.blogspot.my/2015/11/kisah-sejarah-lebuhraya-malaysia-yang.html?m=1

◼ Pada tahun 1988 Projek Lebuhraya Utara Selatan di Swastakan kepada Syarikat UEM milik Halim Saad (Kroni Mahathir) untuk selama 30 tahun dengan syarat-syarat berikut

i) Kontrak bermula dari tahun 1988 dan berakhir pada tahun 2018

ii) Pihak konsesi boleh memohon kenaikkan TOL setiap 5 tahun sebanyak 26% setiap kali kenaikkan

iii) Jika Kerajaan Pusat menolak permohonan kenaikkan kadar TOL maka kerajaan perlu membayar *pampasan* sebagai ganti rugi sebanyak RM38 billion.

iv) Pada tahun 1999, Mahathir telah melanjutkan kontrak konsesi TOL selama 12 tahun iaitu sehingga tahun 2030 dengan kadar kenaikkan di turunkan kepada 10% setiap 5 tahun

♦* FAKTA 2 - LEGASI MAHATHIR YANG MENYUSAHKAN RAKYAT*

▶ PLUS bermula dengan penswastaan lebuhraya Utara Selatan di mana pada 1986, biarpun kerajaan membayar dan membina separuh daripada lebuhraya Utara Selatan itu, ia ‘secara misteri’ diswastakan kepada syarikat kroni kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Halim Saad untuk tempoh 30 tahun bermula 1988 hingga 2018.

▶ Malah, sebagaimana dilaporkan pada 2005, jika kerajaan membekukan kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan, kerajaan akan terpaksa membayar RM38 bilion sebagai pampasan kepada pemilik persendirian yang memegang konsesi sebagaimana perjanjian ditandatangani Dr Mahathir.

https://www.wakeupmalaya.com/2016/11/legasi-dr-mahathir-yang-menyusahkan-najib-selesaikan/amp/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C3385241974

◼Pada *tahun 2011* satu persetujuan diadakan diantara Kerajaan Pusat dengan pihak konsesi TOL di mana diantaranya syarat-syarat yang di persetujui ialah

i) Kontrak konsesi TOL di lanjutnya selama 8 tahun lagi iaitu dari tahun 2030 hingga 2038

ii) Kadar kenaikkan TOL sebanyak 5% setiap 3 tahun

iii) Tiada kenaikkan TOL untuk selama 5 tahun bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

*EFEK DARI PERJANJIAN TONG MAHATAIK BERMULA DARI TAHUN 2011*

Jika mengikut perjanjian Mahathir pada tahun 1999, jumlah keseluruhan kenaikkan TOL dari tahun 2011 hingga tahun 2030 ialah 40% iaitu

i) Dari tahun 2030 hingga tahun 2011, baki konsesi 19 tahun

ii) Baki 19 tahun / 5 (kenaikkan setiap 5) = 4 kali kenaikkan

iii) 4 kenaikkan x 10% (setiap setiap kali kenaikkan) = 40%

♦*FAKTA 3 - TOL PLUS: ZAMAN MAHATHIR 26% SETIAP 5 TAHUN, ZAMAN NAJIB 5% SETIAP 3 TAHUN* 

http://www.mykmu.net/2015/12/tol-plus-zaman-mahathir-26-setiap-5-tahun-zaman-najib-5-setiap-3-tahun/

*EFEK DARI PERJNJIAN NAJIB BERMULA DARI TAHUN 2011*

Jika mengikut perjanjian Najib pada tahun 2011, jumlah keseluruhan kenaikkan TOL dari tahun 2011 hingga tahun 2038 ialah 35% saja iaitu

i) Dari tahun 2011 hingga tahun 2038 baki konsesi 27 tahun

ii) Baki 27 tahun - 5 tahun tiada kenaikkan TOL, bakinya 22 tahun

iii) Baki 22 tahun / 3 (kenaikk

PAS Sudah Berjaya Islamkan DAP?

$
0
0
Tiada siapa pun boleh menafikan bahawa sejak Merdeka lagi UMNO telah melakukan pelbagai dan bermacam-macam pembangunan termasuk infrastruktur dan ekonomi serta pembangunan insaniah yang memberi fokus kepada tanggungjawab terhadap agama, Malah turut mengukuhkan kefahaman rakyat untuk menuruti perlembagaan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Malah selepas merdeka dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, negara telahpun melaksanakan serta membangunkan ajaran Islam tanpa sebarang tentangan walaupun negara ini di huni oleh pelbagai lapisan bangsa, etenik yang boleh mengamalkan pelbagai budaya serta agama yang mereka anuti tanpa sekatan, malah negara Malaysia telah melakukannya dengan lebih baik dari apa yang sepatutnya dilakukan oleh negara Turki, Algeria mahu pun Tunisia.
Malah Raja Salman dari Arab Saudi sendiri pernah berkata bahawa kesemua ciri-ciri Islam ada di negara ini yang tidak terdapat di negara Arab, namun setelah memenangi beberapa negeri dan tambahan kerusi Ahli Parlimen maka agama Islam dinegara ini telah di perkotak katikan dan di perlekeh oleh puak pembangkang yang bertunjangkan DAP.
DAP seperti tidak mahu menerima hakikat bahawa negara ini telah diberi status iaitu Islam adalah agama persekutuan dan ianya telah termaktub didalam perlembagaan, sedangkan UMNO dan Barisan Nasional telah meletakkan Islam ke hadapan melalui kefahaman dan kesedaran Islam dan institusi Beraja adalah benteng utama agama Islam dalam negara ini.
Penubuhan parti UMNO ada kaitannya dengan semangat dan kesedaran terhadap mengembangkan syiar agama Islam untuk mengikat bangsa Melayu serta membiarkan anutan agama lain meneruskan fahaman mereka, Namun kelahiran parti DAP telah mula mahu mengugat keutuhan dan kesatuan rakyat melalui kocakkan kefahaman agama.
Rakyat harus sedar bahawa selama UMNO dan Barisan Nasional menjadi kerajaan, peraturan negara tidak pernah menggangu gugat akan budaya dan fahaman agama-agama lain yang diamalkan dinegara ini, tetapi puak pembangkang DAP setelah mendapat sedikit kuasa maka mereka mula menghasud rakyat dan mencerca kedudukan agama Islam dan institusi beRaja di negara ini.
Rkayat juga harus disedarkan dan dimaklumkan bahawa ketika Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan negara hanya satu parti politik yakni UMNO yang menghantar memorandum supaya memastikan Islam itu ditulis dalam perlembagaan.
Generasi muda hari ini tidak begitu melihat urutan sejarah penubuhan UMNO maka oleh itu mereka dengan mudah dipengaruhi dan dihasud serta membiarkan agama Islam diperlekeh, malahan pencercaan terhadap Ulil Amri juga tidak mendapat tentangan dari mereka kerana termakan dengan hasutan puak pembangkang seperti DAP.
Generasi muda hari ini ditanamkan dengan fahaman terbuka dan berfikiran liberal untuk memudahkan cita-cita pemimpin DAP untuk melaksanakan impin mereka me Malaysian kan Malaysia dan kemudiannya mahu menjadikan negara ini sebagai negara bebas beragama tanpa terikat kepada perkara yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan bahawa Islam itu adalah agama Persekutuan.
DAP yang kini mendapat bantuan dari bekas Presiden UMNO, Tun Mahatir namun harus disedarkan bahawa kejituan ahli dan pemimpin UMNO dalam mempertahankan parti telah berjaya mengekang kemaraan parti pembangkang yang di ketuai oleh DAP dari terus mara untuk menghasud rakyat.
Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa pemimpin dan ahli UMNO telah mengekang gerakan Mahahtir yang telah melakukan pelbagai cara untuk menarik ahli dan pemimpin UMNO untuk menyertai beliau masuk menyertai parti pembangkang, malah ahli UMNO sendiri tidak begitu yakin dengan mahathir yang telah mengkhianti parti yang pernah beliau pimpin selama 23 tahun.
Walaubagaimanapun setiap diri ali UMNO perlu bersatu untuk berhadapan dengan gerakan pembangkang yang akan melakukan pelbagai usaha untuk meruntuhkan perjuangan UMNO, UMNO kini berhadapan bukan sahaja dari parti DAP namun dari bekas pemimpin parti UMNO sendiri.
Harus diingatkan kepada semua ahli UMNO bahawa mereka tidak boleh memandang ringan akan kekuatan parti DAP yang kini mendapat tenaga baharu seperti Mahathir dan beberapa orang bekas kepimpinan UMNO, walaupun UMNO memiliki ketunjangan ahli dan pemimpin yang kuat.
UMNO harus belajar dari apa yang pernah berlaku terhadap parti PAS yang dahulunya menjadi rakan separti dalam pakatan pembangkang namun mereka berjaya dipecah-belahkan sahingga beberapa bekas pemimpin PAS keluar dari parti dan mengujudkan sebuah parti baharu untuk mengambil alih tugas parti PAS dalam pembangkang.
Walaupun suatu ketika dahulu PAS pernah berkata mahu mengislamkan parti DAP namun sahingga terkeluarnya PAS dari pakatan tidak seorang pun pemimpin DAP yang menyertai PAS dan memelok agama Islam, malah pemimpin PAS didalam kerajaan Selangor sendiri seperti menikus dalam isu pengangjuran pesta arak.
Jadi sedarlah seluruh generasi muda yang terlalu terikut dengan penyebaran pemikiran liberal oleh puak DAP dan pembangkang agar dapat bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk terus menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan terus mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. - postmetr9

*PILIH UMNO DEMI KUASA MELAYU DAN ISLAM - HADI AWANG*

$
0
0

DALAM satu kenyataan sebelum ini, Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan dengan jelas berkaitan pentadbiran kerajaan di negara ini yang mana kelayakkan itu hanya ada pada UMNO dan juga PAS.

Katanya, kuasa Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja, jika mana-mana parti hendak tadbir negara Malaysia ini dan rakyat perlu membuat pilihan sama ada UMNO ataupun PAS.

Justeru itu, kata Presiden PAS, pihaknya terbuka kepada mana-mana parti yang hendak bersama dengan parti itu, tetapi “syaratnya terima Islam.”

“Kuasa politik orang Melayu ada pada UMNO dan PAS sahaja" katanya.

Dinahari ini juga banyak kata-kata Hadi Awang tidaka diguna pakai oleh pimpinan PAS terutama di Terengganu sepertimana yang dilakukan bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu Saitiful Bahri Mamat.

Saitiful banyak menghentam kerajaan Melayu yang didokong oleh UMNO di Terengganu dengan pelbagai perkara yang dibangkit dan yang pastinya perkera-perkara tersebut tidak berasas.

Ada beberapa pemimpin PAS Terengganu yang tidak menghormati langsung dengan kata-kata presiden PAS sebelum ini, ia telah menunjukkan bahawa kata-kata Hadi tidak lagi dihormati dan dijulang seperti sediakala walaupun sudah ramai ditendang keluar menerusi muktamar PAS pada 2015 lalu.

Saki baki kepimpinan PAS yang ada kini juga sudah tidak sependapat dengan Hadi kerana banyak dari kalangan mereka bertunjangkan kepada keputusan yang dibauat timbalan presiden ketika ini dan tanda-tanda penyingkitan hadi sudah digerakan seawal mungkin.


PAS Terengganu wajar berhati-hati dengan pemimpin PAS yang ada kini dan mereka ini juga pro kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang sedang rancak merosakkan PAS dari dalam serta keputasan itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya umum nanti.

PETRONAS Dan Penyelewengan Kuasa Tun Mahathir.

$
0
0
PETRONAS Dan Penyelewengan Kuasa Tun Mahathir.

■ "......Tun Mahathir telah menyalahguna kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila memberi arahan kepada PETRONAS supaya "bailout" syarikat perkapalan milik Datuk Mirzan Mahathir iaitu syarikat Konsortium Perkapalan Berhad mengikut Seksyen 3(2) dan (3) akta Kemajuan Petroleum 1974....."
Penyata pembelaan diri DS Anwar Ibrahim (mantan Menteri Kewangan) di Mahkamah Tinggi Malaya tahun 1999.

■ Kenyataan tersebut berkenaan anak syarikat PETRONAS iaitu MISC yang telah diarahkan oleh Tun Mahathir untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion. Tujuan pembelian adalah untuk menyelamatkan syarikat perkapalan itu daripada jatuh bankrap semasa krisis kewangan melanda Malaysia pada tahun 1997/98.

■ Hasrat Tun Mahathir untuk "bailout" syarikat anaknya tidak pernah dipersetujui oleh DS Anwar Ibrahim (Mantan Menteri Kewangan) dan Tan Sri Hasan Merican mantan CEO PETRONAS ketika itu. Namun, itulah Tun Mahathir yang sanggup menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan diri sendiri.

■ Sepanjang 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau banyak menggunakan dana2 awam terutamanya DANA hasil keuntungan perniagaan PETRONAS untuk;
i. Menyelamatkan syarikat2 kroni, nepotism dan anak beranaknya yang bermasalah.
ii. Menyelamatkan syarikat2 GLC yang bermasalah.
iii. Melaksanakan projek2 yang boleh memberi pulangan komisyen yang berlipat ganda kepada kroni2, nepotism dan anak beranaknya.
iv. Menganugerahkan projek2 PETRONAS kepada kroni2, nepotism dan anak beranaknya.

■ Pada 15hb Mei 2014 ketika perlancaran buku berjudul 'Malaysia Kaya Rakyat Miskin' tulisan Anas Alam Faizli, Tengku Razaleigh Hamzah mengulas dengan memetik statistik daripada buku tersebut bahawa sejak tahun 1974 sehingga 2011 hampir setengah trilion wang PETRONAS telah disumbangkan kepada kerajaan persekutuan.

■ Namun sebahagian daripada wang tersebut telah digunakan untuk misi penyelamat syarikat2 kroni yang hampir muflis dan menyelamatkan syarikat2 berkaitan kerajaan daripada kerugian; sebagai contoh sejarah Bank Bumiputra (BBMB) yang di'bailout' sebanyak 2 kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

■ Dana PETRONAS juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar PETRONAS sebanyak RM6 bilion, membeli tanah tapak KLCC sebanyak RM900 juta, membina Wilayah PUTRAJAYA sebanyak RM22 bilion dll. PUTRAJAYA pula apabila boleh dihuni, ianya disewakan kepada kerajaan persekutuan sejumlah RM1.2 billion setahun.

■ Antara tahun 1997 hingga 2011 PETRONAS telah memberi subsidi sebanyak RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas persendirian (IPP) sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna lainnya terpaksa dihentikan.

■ Melalui Hansard Parlimen Mei 2011, IPP telah memperolehi sejumlah subsidi sangat besar dari kerajaan persekutuan yang bernilai RM19 billion setahun!!!.

■ Pada 4hb Mei 2013 syarikat PEXCO yang didaftarkan di Belanda memperolehi konsesi selama 25 tahun untuk projek cari gali minyak di perairan laut Bumi Kenyalang (Sarawak) seluas 25,000 kilometer persegi. Pemilikan syarikat PEXCO ada kaitan dengan syarikat Usaha Tegas milik TS Ananda Krishnan iaitu kroni utama Tun Dr Mahathir!!!.

■ CEO PEXCO Mr Sean Guest berkata "PEXCO Sarawak telah menandatangani 4 PSCs (production-sharing-contract) bagi kawasan barat prolific Central Luconia Platform yang mana lebih dari  35Tcf gas akan diperolehi. Dengan keluasan 25,000km persegi ianya akan menjadikan PEXCO syarikat carigali yang mempunyai kawasan terbesar di Malaysia".

■ Persoalan: Siapa yang anugerahkan konsessi itu kepada PEXCO?.
□ Akta Kemajuan Petroleum 1974, meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh kerajaan2 negeri telah diserahkan kepada PETRONAS bagi memberi hak mencari dan mengeluarkan minyak kepada PETRONAS untuk selama2nya dan kerajaan2 negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak oleh PETRONAS akan dibayar royalti sebanyak 5% diatas harga FOB. (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states).

■ Dengan kata lain, perjanjian ini tidak membenarkan mana2 pihak untuk mendapat anugerah konsessi selain dari PETRONAS kerana semua hak ke atas minyak di Malaysia termasuk pengeluaran dan penjualan adalah hak mutlak PETRONAS.

■ Yasmin Group milik anak saudara Tun Mahathir iaitu Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar juga meraih keuntungan besar dari PETRONAS semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Penasihat PETRONAS. Yasmin Group melalui anak syarikatnya Yasmin Engineering telah dianugerahkan beberapa kontrak besar oleh PETRONAS.

■ Di antara projek2 PETRONAS yang diberikan kepada Yasmin Group melalui Yasmin Engineering:
i.The largest 1800mm water main relocation work in South East Asia in Putrajaya in 2000.
ii. High pressure 36” (Thailand-Changlun) gas pipeline tie-in at Changlun, Kedah in 2004.
iii. High pressure 24” gas pipeline tie-in supplying to Keppel Power Plant, Singapore in 2006.
iv. High pressure 30” Petronas Gas Berhad pipeline repair in Segamat, Johor in 2009 and many other pipeline and related works for the oil majors in Malaysia.
http://www.mhcreative.com.my/yasmingroup/portfolio-item/engineering/

■ Keseluruhan projek2 yang diperolehi oleh Yasmin Group dari PETRONAS mencecah RM20 billion. Yasmin Group juga mendapat hak eksklusif mengeksport minyak pelincir PETRONAS ke Amerika Syarikat.

■ PETRONAS Carigali Sdn Bhd anugerahkan kontrak bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd. Di mana anak Tun Mahathir iaitu Datuk Mokhzani bin  Mahathir adalah Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.

■ Pada 1hb November 2012 Bursa Saham memaklumkan syarikat Allied Marine & Equipment Sdn Bhd anak syarikat milik penuh SapuraKencana dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam laut selama 3 1/2 tahun. Satu lagi anak syarikat, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia. Projek tersebut terletak 150km di timur laut dari luar pantai Kota Bharu.

■ Untuk rekod, Tun Mahathir dilantik menjadi Penasihat PETRONAS pada tahun 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan pada 11hb Mac 2016 Kabinet mengumumkan khidmat beliau sebagai Penasihat PETRONAS telah ditamatkan.

Khalil Hadi tanding kerusi parlimen Marang ganti Hadi

$
0
0
Desas desus politik di Marang kuat mengatakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertandingan dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti. 

Hadi dikatakan akan memberi laluan kerusi tradisi beliau kepada anaknya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas  Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi yang telah dipilih pada pemilihan yang lalu.

Menurut sumber Marang, kelayakan Khalil amat bertepatan dan memenuhi kriteria sebagai seorang calon parti kerana ketika ini beliau selaku ketua peringkat pusat.

Hadi dijangka akan memberi laluan itu kerana faktor kesihatan yang makin merosot kebelakangan ini dan  diantara tempat yang menjadi sebutan untuk Khalil bertanding di parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang.

Manakala Yusuf Abdul Hadi Ketua Dewan Pemuda Pas Marang juga disebut-sebut akan bertanding di Dun Bukit Payong mengantikan Mohd Nor Hamzah yang kini adun kawasan tersebut.

Dua kawasan selamat itu dipertaruhkan untuk kedua-dua anak beliau kerana kelangsungan politik keluarga dan selaku presiden parti ketika ini.

Mohd Nor akan dibawa ke kerusi parlimen Kuala Terengganu yang mana kerusi sebelum ini ditandingi Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kini melakukan penghijrahan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Beberapa persoalan juga timbul dengan kedua-dua mereka ini untuk menandingi PAN yang mana akan menentang Pas dimana sahaja kerusi Pas tandingi dalam pru 14 nanti.

DAP Akan Ambik Alih Kerusi PKR Di Terengganu?

$
0
0



PKR Terengganu kini dalam delima memilih haluan dan halatuju PRU 14 akibat daripada kurangnya sokongan rakyat kepada parti itu di bumi Terengganu.


Tiada lagi sokongan jitu dari pengundi Pas yang waktu dulu membantu memberi kemenangan pada kerusi PKR dun bandar yang kini sepi tanpa YB nya hilang dibawa arus perubahan politik semasa.


Kecelaruan antara 2 parti itu wajar dijadikan iktibar oleh pengundi supaya tidak terjebak oleh menifestor palsu yang biasa di war-warkan oleh mereka untuk rakyat bagi memenangi pilihanraya.



Sekarang PKR Dun Bandar hanya sekadar nama menunggu tumbang ditangan DAP pada PRU 14 nanti di Terengganu.


DAP bergerak semakin rancak sekarang dibeberapa kawasan yang ramai pengundi cina dan melayu untuk menarik sokongan bagi pengundi dari pihak lawannya.

Namun YB PKR hanya seperti budak suruhan dalam parti pakatan , yang hanya menunggu masa untuk digulingkan.

Penjawat Awam Yang Sokong Mahathir Ibarat Sedang Gali Kubur Sendiri

$
0
0


Masih adakah lagi penjawat awam yang masih simpati dan sokong Mahathir? Kalau ada, maka eloklah berhenti sahaja. Ini kerana Mahathir sekarang sudah jadi ulu kapak kepada DAP untuk tebang pokok sendiri.

Mahathir sekarang lebih suka tengok kakitangan awam hidup susah seperti di zamannya dahulu.

Terbaru, Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.

Sebelum ini Mahathir berkata mahu buang penjawat awam jika DAP dan Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.

"Sebab itu kita tidak boleh terima sama sekali kerajaan yang ada sekarang ini, bahkan ada kakitangan kerajaaan tertentu yang perlu disingkir oleh kita juga” kata Mahathir ketika berucap di Demo Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017.

Banyak lagi agenda DAP yang mahu buang kakitangan awam ini. Kalau tidak percaya, baca pautan ini ;

http://www.tv14.my/2017/10/17/buang-penjawat-awam-mahathir-teruskan-perjuangan-dap-yang-belum-selesai/


Memang benarlah ada orang kata darah yang mengalir dalam tubuh Mahathir sekarang sudah diresapi 'virus' DAP. Mahu buang penjawat awam, kutuk bangsa lain tetapi puji DAP sebagai "bukan lagi syaitan" adalah simptom simptom jangkitan virus DAP.

Betullah kata Nik Abduh itu, barangkali otaknya "sudah senget". Hanya penjawat awam yang "otak senget" sahaja yang tidak setuju gaji dinaikkan.

Dulu Tony Pua pernah kata gaji penjawat awam ini satu beban. Sekarang Mahathir sudah dengar cakap Tony Pua. Mahathir pun kata tindakan Najib menaikkan gaji kepada kakitangan kerajaan ini sebagai satu beban.

Apakah salah tindakan kerajaan Barisan Nasional mahu menambah kuasa beli rakyat khususnya 1.6 juta penjawat awam kerajaan? Ianya tidak salah. Ianya demi kebajikan rakyat. Kenapa Mahathir dan DAP anggap ianya salah dan beban?

Benarlah apa yang dikata oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semasa berucap di hadapan 377 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) muda pada 19 Oktober 2017 ;

"Kerajaan sekarang di landasan yang tepat dan cemerlang, justeru jangan percaya kepada sesetengah pihak yang sengaja mahu mensabotaj negara"

Apakah yang mahu diharapkan lagi oleh 1.6 juta penjawat awam kerajaan terhadap Pakatan Harapan? Jika pengerusinya sendiri menganggap penjawat awam kerajaan sebagai beban dan merugikan.

Inilah gambaran awal kepada nasib dan masa depan penjawat awam kerajaan di Malaysia jika Pakatan Harapan memegang kuasa. Tidak mustahil, hampir separuh dari jumlah 1.6 juta penjawat awam akan dibuang kerja jika DAP dan Pakatan Harapan memerintah.

Jauh berbeza dengan corak kepimpinan Datuk Seri Najib sekarang. Bukan sahaja memberi pelbagai insentif melalui setiap kali pembentangan bajet, malah masa depan penjawat awam kerajaan juga tetap menjadi aspek utama kepada fokus Kerajaan Malaysia pada hari ini.

Sejak lapan tahun di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib, banyak manfaat yang penjawat awam dapat. Antaranya ialah ;

1) gaji penjawat awam naik sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012,

2) pencen minimum daripada RM720  naik kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012,

3) penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016

4) pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum

5) menaikkan kadar  Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar 

6) menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada  2015,

Ini belum termasuk insentif lain termasuk perumahan, penambahbaikan jawatan kontrak ke jawatan tetap dan struktur gaji penjawat awam yang lebih baik. Banyak yang penjawat awam nikmati zaman Datuk Seri Najib.

Oleh itu kenapa hendak sokong perjuangan DAP dan Mahathir untuk buang kakitangan awam?

Bagi mereka yang masih menyokong Pakatan Harapan terutama yang berkerja sebagai penjawat awam, maka mereka sebenarnya tidak ubah seperti sedang 'menggali lubang kubur sendiri'.

Mereka tolong cangkul sekarang. Bila DAP datang nanti, terus DAP dan Pakatan Harapan tolak masuk dalam kubur. Akan kena timbus hidup hidup sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam jika DAP berkuasa.


*Pas bukan KING Maker Politik Negara - Mustafa Ali*

$
0
0
Bekas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali
Bekas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, pendekatan parti itu yang mahu menjadi 'king maker' dalam politik negara tidak akan berjaya.

Kata bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu, "King maker hanya boleh berperanan apabila negara dalam keadaan 'hung parliment' (parlimen tergantung) tetapi kita sekarang mahu menyertai pilihan raya yang ada kerajaan dan pembangkang".

Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu bercakap atas pendapat peribadi beliau dan bukan atas nama PAS dalam satu Sidang Media di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu hari ini.

Justeru itu kata bekas Ahli Parlimen Dungun itu, PAS perlu berunding dengan UMNO dan  memberi respon segera kepada UMNO serta mencari jalan untuk menyahut seruan agar kedua-dua parti Melayu Islam itu mengadakan pertemuan bagi memutuskan kerjasama, sekurang-kurangnya kedua belah pihak memahami hala tuju politik masing masing.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik tanahair, mengharapkan 'pertemuan'segera diadakan untuk memutuskan sesuatu bagi 'kerjasama' kedua belah pihak itu.

Ketika ini UMNO sahaja yang telah banyak mengangkat Agama Islam ditempat yang tinggi menerusi peranan perlembagaan negara yang telah termaktud sejak ianya diwujudkan.

Pas pernah bekerjasama dengan DAP dan PKR, banyak merosakkan kepimpinan parti dan tidak memberi keuntungan kepada syiar islam tetapi sebaliknya.


Tambah Mustafa, memandangkan UMNO adalah jalan yang sama menegakkan Islam dan Melayu, barisan kepimpinan Pas perlu berhenti main 'tarik tali' dan menilai kembali tawaran kerjasama bersama UMNO pada PRU 14 nanti.

Pilih RM 10 Juta S=setahun atau RM 201.1 juta dalam tempoh 9 bulan setahun?

$
0
0
APA lah sangat yang digemburkan dengan tawaran awal manifestor Pas Terengganu dengan RM 10 juta setahun untuk menyediakan tabung pinjaman usahawan jika berjaya menawan Terengganu pada PRU 14 nanti.

Kerajaan BN Terengganu kita telah memberi peruntukkan sebanyak RM 201.1 juta  untuk 9 bulan ini sepanjang tahun 2017 sahaja.

 Sumbangan

Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) telah menyalurkan RM201.1 juta pembiayaan perniagaan kepada 18,547 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengerusinya, Nawi Mohamad berkata, jumlah pembiayaan paling besar dibuat melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM131 juta kepada 17,330 usahawan dan diikuti oleh Mara RM32.3 juta kepada 322 IKS.

"Ini memperlihatkan peningkatan ketara hasil komitmen semua agensi di bawah MSPUT yang ditubuhkan pada Januari 2014, gabungan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan keusahawanan untuk menyelaraskan bantuan dan membangunkan perniagaan secara lebih menyeluruh dan efektif.

"Anggota majlis termasuklah SME Corporation Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) ,Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Pertaniandan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis Laporan Pencapaian Program MSPUT Januari hingga September 2017 di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha MSPUT merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Dr.Tengku Khairi A Rahman.

Nawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri berkata, agensi lain yang turut membuat pembiayaan untuk IKS itu ialah Tekun sebanyak RM3.5 juta kepada 378 usahawan; Suruhanjaya Koperasi Malaysia (RM9.4 juta kepada 9 koperasi) dan PUNB (RM 17.3 juta kepada 30 IKS)

Juga Sime Bank (RM4 juta) YPK (RM2.7juta); YPU (RM549,000) dan Jabatan Pertanian (RM94,884).

Beliau berkata, , selain itu, MSPUT juga telah menyalurkan RM5.2 juta geran perniagaan kepada 616 IKS bagi membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti syarikat masing-masing dalam tempoh yang sama.

Dalam tempoh itu juga MSPUT turut mengadakan 335 program latihan kepada 25,037 usahawan dan 189 program promosi kepada 9,477 usahawan.

Dalam majlis itu Nawi juga turut menyampaikan sijil pengiktirafan oleh MSPUT kepada Usahawan Berprestasi tinggi (Ai Gym Two) yang menjalankan perniagaan sukan; Pengukuhan Usahawan (FRM Foods Marketing Sdn. Bhd.), perusahaan makanan dan Promosi Produk dan Pasaran (Delima Redang Resort Sdn. Bhd.) industri perhotelan.-UTUSAN ONLINE

'Papagomo' Beri Amaran Rafizi Jangan Guna Nama INVOKE #Invoke

$
0
0



Pada petang ini bertempat di Dewan Shazac Bistari, Wan Muhammad Azri atau panggilan nama penanya PAPAGOMO membuat amaran secara lisan kepada Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan agar tidak terus menggunakan nama INVOKE kerana ianya didaftarkan dengan nama beliau.


Dalam sidang media pada petang ini, Azri memberitahu kepada wartawan yang mana logo INVOKE SOLUTION didaftarkan dibawah namanya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Azri tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakkan mahkmah terhadap mana mana individu menyalahgunakan nama INVOKE untuk tujuan mengaut keuntungan ataupun peribadi.

Disamping itu Azri turut memberitahu kronologi kes saman beliau oleh Anwar Ibrahim yang mana dalam perbicaraan tersebut beliau telah didapati bersalah menfitnah bekas pemimpin Pakatan Rakyat tersebut atas kelakuan luar tabie yang mana Anwar Ibrahim telah meliwat pembantu perbadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan yang mana kini Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara di Sungai Buluh setelah berberapa tahun menjalani proses pendakwaan di mahkamah.

2 Tahun lalu, Nurul Izzah Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas kesabitan kesalahan ayahnya meliwat bekas pembantu peribadinya akan tetapi permohonan tersebut tidak akan mendapat pengampunan kecuali ia dimohon sendiri oleh pesalah tersebut dan mengakui kesalahnya. Daengselili

MENJAWAB PROPAGANDA Pembangkang Malaysia

$
0
0
1: Zaman Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tak ada GST tapi dia boleh bina Putrajaya, zaman Najib Razak ada GST tapi dia nak uruskan Putrajaya pun gagal.

Beberapa hari menjelang Bajet 2018 serangan pembangkang ke atas GST dipertingkatkan kini diketuai oleh bekas negarawan Tun Mahathir.

Propaganda yang saya nampak lalu lalang di dalam media sosial sekarang adalah bagaimana tanpa GST Tun boleh membina Putrajaya dan Najib dengan GST gagal menguruskan Putrajaya.

Putrajaya dibina menggunakan duit dari Petronas dan juga hutang yang mana sampai sekarang masih lagi ditanggung oleh kerajaan.

Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad sebuah syarikat yang dimiliki KLCC Holdings Berhad (anak syarikat milik penuh Petronas), Kumpulan Wang Amanah Negara (sebuah dana yang disumbangkan oleh Petronas melalui hasil petroleum) dan juga Khazanah Nasional Berhad.

Petronas menyuntik dana berjumlah RM2 billion semasa Putrajaya Holdings ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai modal awalan kemudiannya Putrajaya Holdings menerbitkan bon atau meminjam untuk menampung kos pembinaan.

Kerajaan kemudian menyewa daripada Putrajaya Holdings dan membayar jumlah sewa yang mencecah RM1.3 billion setahun untuk tempoh konsesi selama 25 tahun.

Dari mana datangnya RM1.3 billion ini? Daripada duit kerajaan yang dikutip daripada cukai termasuk GST yang anda semua bayar.

RM1.3 billion hasil sewa tersebut digunakan Putrajaya Holdings untuk membayar hutang ke atas bon yang diterbitkan untuk membina bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya.

Menurut kerajaan, kos sebenar pembinaan Putrajaya mencecah RM11.8 billion dan jika mengambil kira inflasi kos sebenar menghampiri RM20 billion.

Saya tak kata pembinaan Putrajaya itu membazir. Yang saya kata adalah Putrajaya dibina menggunakan duit rakyat iaitu duit Petronas dan juga duit cukai yang dikutip untuk membayar sewa tahunan.

Mereka yang merindui zaman Tun tak perlulah membuat propaganda seolah-olah Putrajaya itu dibina menggunakan duit simpanan keluarga Dr. Mahathir bin Mohamad. Bina guna duit rakyat, maintain guna duit rakyat, sewa guna duit rakyat dan bayar hutang pun guna duit rakyat. Jelas?

p.s. Bina Putrajaya berbelas billion Ringgit bangga, bila kerajaan sekarang nak bina MRT, ECRL, HSR untuk rakyat bising membazir?

Rujukan:

1. Pemegang Saham Putrajaya Holdings: Securities Commission: issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/download-file/1648

2. Laporan Tahunan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN): http://portal.parlimen.gov.my/ipms/modules/risalat/res/risalat/2016/Laporan%20Tahunan%20dan%20Penyata%20Kewangan%20Kumpulan%20Wang%20Amanah%20Negara%20(KWAN)%20Bagi%20Tahun%202015..pdf

3. MARC Ratings on Putrajaya Holdings Berhad Debt: https://www.marc.com.my/index.php/marc-rating-announcements/683-marc-affirms-aaais-ratings-on-putrajaya-holdings-islamic-debt-programmes-20170106

4. Kos Sebenar Pembinaan Putrajaya RM11,831 Juta - Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=333093

FAKTA ::: Sejarah Pilihanraya PAS Bersendirian

$
0
0
Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986 
dan 1995…..

PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….

Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan. 
Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.
Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.
Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…

Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.
Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan PKR kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir.

Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.

Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.

Pakatan Rakyat

Tsunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.

Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.

Pasca Pakatan

Begitulah kehebatan PAS…. Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah…..

Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.

Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja…

Seronok sokong pembangkang ni… Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam…. Sokong parti pemerintah tak seronok….

Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP…. PAS tak mahu…. PAS tidak gila kuasa… PAS tak mahu jadi pemerintah….

Ulamak PAS tidak bersedia…. Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja…. Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG  hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja… Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.
Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya….

Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah. Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

Pak Lebai Anggap Dirinya Suci Dari Dosa?

$
0
0


PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

1. Pentaksub Pas memang perasan diri mereka suci, paling bertaqwa, berhati paling bersih, paling dekat dengan Tuhan, tidak banyak dosa, paling diredai Tuhan dan bakal masuk syurga secara pasti.

2. Pendek kata, orang lain yg tidak seperti mereka berhati kotor, jauh drpd Tuhan, tidak bertaqwa, tak dapat reda Tuhan, paling banyak dosa dan bakal terazab di akhirat.

3. Apa buktinya? Cuba baca posting dan komen mereka di FB. Boleh dianggap semuanya memperlekehkan orang lain, meragui keimanan orang lain, mempertikai keislaman orang lain dan menganggap orang lain kotor.

4. Orang yg berbeza dgn mereka diminta bertaubat, tak ikut acara mereka berhati kotor, tak berpakaian seperti mereka dikira sekular, tidak setuju dgn mereka dikira sokong pesta arak, tidak sependapat dgn mereka dikira sokong kafir.

5. Entah apa yg ditanam dlm kepala mereka oleh pemimpin mereka, sehingga sampai ke tahap itu gaya fikir mereka. Apabila dibaca ayat Quran, ayat yg seronok utk mereka. Ayat azab, kafir, munafik, laknat, semuanya utk orang lain.

6. Jika mereka ditimpa musibah, itu ujian dan tanda kasih Tuhan utk mereka. Jika orang lain pula, itu bala dan azab Tuhan. Pendek kata, mereka suci bersih, orang lain semua kotor damuih.

7. Saya menjangkakan selepas dua tahun lebih keluar Pas, pentaksub Pas semakin rasional dan boleh menerima hakikat bahawa Pas hanya parti politik, bukan agama. Berbeza parti dlm politik sama seperti berbeza mazhab dalam fiqh.

8. Namun, jangkaan itu meleset. Setiap hari akan lahir pentaksub baru yg menyebarkan kebencian kerana berbeza parti. Setiap ketika akan muncul idea dan buah fikiran utk memarakkan faham takfiri.

9. Contohnya, apabila MP Amanah bercakap dlm parlimen soal hak non muslim dlm isu arak, MP Amanah dilabel sokong pesta arak dan dikata, "Kamu nak jadi kafir ke, sokong kafir ke, nak masuk neraka ke?"

10. Orang bercakap soal hak dan undang-undang, pentaksub Pas bercakap soal syurga neraka. Teruk betullah otak pentaksub Pas. Mentang-mentanglah dia pakai serban, dia ingat keislamannya sudah tip top.

11. Orang pakai topi, tak pakai serban, dianggap keislamannya longgar dan tak sayang agama. Kalau yg berfikir begitu sekadar lepasan Pasti, bolehlah dimaafkan. Tapi apabila tengok profail...balik al-Azhar.

12. Selagi Pas wujud, dan pentaksubnya perasan diri mereka suci, selama itulah faham takfiri di negara ini akan terus subur.

Sumber : mr.p

Melayu ZUHUD KiaNAT Masyarakat Melayu di Pulau Pinang

$
0
0
Exco DAP Penang roboh 13 gerai Melayu Teluk Bahang

Penduduk Melayu Pulau Pinang kini telah menyesal mengundi DAP di kawasan mereka. Melayu Zuhud yang termakan dengan slogan "Ini kalilah!, kita Tukar!, kita Ubah!" telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan. Ramai antara mereka yang mencari rezeki untuk sesuap nasi akhirnya telah musnah di roboh MPPP atas arahan Exco DAP Penang.

Salah seorang dari 13 gerai Melayu yang berniaga selama 15 tahun di Teluk Bahang, telah terlibat dalam memberi undi kepada wakil rakyat cina DAP di Penang. Peniaga Melayu Zuhud yang sebelum ini berkata -"kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata dari salah seorang Melayu Zuhud sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali kesebelas tempat Melayu,kampung Melayu serta tempat berniaga Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

Antara Exco DAP Penang yang telah memberi arahan untuk merobohkan 13 gerai Melayu Teluk Bahang adalah:

1.Chow Kon Yeow hasil pilihan Melayu Padang Kota
2.Lim Hock Seng hasil pilihan Melayu Bagan Jerman
3.Phee Boon Poh hasil pilihan Melayu Sg Puyu
4.Jagdeep Singh Deo hasil pilihan Melayu Datok Keramat
5.Law Heng Kiang hasil pilihan Melayu Batu Lancang
6.Chong Eng hasil pilihan Melayu Padang Lalang

Senarai tempat yang diroboh lepas PRU13:
1.Tempat pertama(1) diserang adalah hasil pilihan Melayu Penang iaitu di Uptown Bandar Perda pada bulan ramadhan diatas arahan DAP Lim Guan Eng. Tetapi dibuka semula kerana atas desakan orang Melayu Penang.

2.Tempat kedua(2) ditutup adalah hasil pilihan Melayu Kajang, iaitu di Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Tapak depan Econsave. Hasil pilihan Melayu Kajang yang mengundi PKR Lee Chin Cheh. Juga penutupan tapak itu atas arahan Exco Selangor DAP yang sama seperti didalam gambar.

3.Tempat ketiga(3) baru baru ini adalah hasil pilihan Melayu Cheras iaitu di Downtown Cheras, hasil pilihan Melayu yang mengundi DAP Tan Kok Wai yang telah merampas kesemua stall peniaga Melayu ditepi jalan Downtown Cheras yang sebelum ini tidak pernah menjadi masalah kepada orang Melayu untuk berniaga kerana umum semua orang tahu sejak dibuka lagi kawasan itu memang tempat pencarian wang bagi orang Melayu dan sesak itu adalah perkara normal.

4.Tempat keempat(4) pula telah diarah tutup oleh 3 Exco DAP dan 1 Exco Pkr seperti gambar diatas dimana hasil persetujuan ahli parlimen DAP Klang iaitu bertempat di Jalan Meru tambahan, Kapar, Klang. Walaupun tanah itu sebenarnya milik kerajaan negeri, tetapi sepatutnya ahli parlimen DAP Klang hasil pilihan Melayu Klang perlulah tampil berbincang bersama-sama peniaga untuk memberi notis awal serta memberi penyelesaian kepada peniaga peniaga Melayu ini.

5.Tempat kelima(5) baru-baru ini diserang di Penang dimana sekali lagi diatas arahan Lim Guan Eng. Untuk kes kelima ini anda boleh menghubungi Makcik Ila untuk mengetahui kes yang menganaya dirinya hasil arahan DAP ditalian 0174177739/0194117294- Makcik Ila. Perniagaan makcik Ila selaku ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah, disamping mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana kedaifan yang dihadapi, pihak Majlis Perbandaran tetap juga merampas stall dan juga perniagaan makcik Ila ini.

6.Tempat keenam(6) adalah di Taman Mesra, Kajang iaitu peniaga Selangor yang telah berniaga di Taman Mesra, Kajang selama puluhan tahun akhirnya telah dirobohkan secara mengejut dan tanpa sebarang notis. Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Exco DAP Selangor seharusnya memberi peluang budi bicara atau penempatan tapak baru kepada peniaga Melayu ini. Banyak lagi restoren cina di Taman Mesra, Kajang yang berniaga tanpa lesen, tetapi 1 pun tidak diusik.

7.Tempat ketujuh(7) adalah di kawasan Uptown Bandar Perda, depan kedai Emas. MPSP telah datang dan merampas gerai makanan Melayu sehingga menyebabkan salah seorang pemilik telah jatuh pengsan akibat pergelutan dan juga terkejut dengan tindakan MPSP. Walhal ada beberapa gerai cina berniaga secara haram, tetapi tidak dirampas oleh MPSP.

8.Tempat kelapan(8) adalah perobohan perkampungan Melayu di Kampung Mutiara, Batu Ferringhi dibawah Parlimen DAP Bukit Bendera. Penduduk Melayu yang telah dihadiahkan tapak badminton 2012 akhirnya sebulat suara memberi sokongan untuk memberi undi pada DAP. Akhirnya selepas PRU13 bulan Disember 2013 ini, kerajaan negeri telah menjual tanah seluruh Kampung Mutiara pada pemaju cina dan kerajaan negeri tidak menyediakan sebarang pampasan atau rumah ganti.

9.Tempat kesembilan(9) adalah di kawasan Gurney, sebelum roundbout, depan Mc'D. Peniaga ini hanya berniaga didepan rumahnya dan MPPP telah bertindak merobohkan gerainya kerana bertindak atas arahan wakil rakyat tempatnya bersama persetujuan Exco DAP Penang. Pak Cik Ali (nama samaran) telah menyesal memberi undi pada DAP kerana ini balasan yang diberi sehingga tidak dapat berniaga.

10.Tempat kesepuluh(10) adalah Institut Pendidikan GiatMara yang mahu diroboh serta diarahkan tutup hasil pilihan Melayu Selayang yang mengundi William Leong Jee Keen. GiatMara Selayang yang telah dibina sejak 20 tahun lepas kini terpaksa menutup Institut tersebut dan pelajar-pelajar mungkin terpaksa diberhentikan kerana cawangan lain juga telah penuh utk dipindahkan.

11.Tempat kesebelas(11) kini adalah di Teluk Bahang dimana 13 gerai Melayu yang telah berniaga selama 15 tahun akhirnya musnah diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas arahan 6 Exco DAP Penang. Ada diantara peniaga Melayu yang menangis serta meraung seperti hilang akal kerana tertekan dengan tindakan Exco DAP Penang.

12.Kedengaran DAP tengah merancang untuk membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan pula selepas ini. Tujuan pindaan dan perubahan tersebyt akan datang kepada Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari PAS. DAP menasihatkan supaya PAS Kelantan akur sahaja apa apa tindakan DAP yang mahu dibuat di Kelantan, diatas semangat setiakawan.

13.Kepada orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang, sila senaraikan tempat peniaga cina yang berniaga tanpa lesen, tepi jalan tetapi tiada dikena kan tindakan. Senaraikan agar orang Melayu dari negeri lain tahu sikap double standard kerajaan DAP Penang ini. Sebab kalau tak disenaraikan pasti ada Melayu Zuhud lain yang datang mempertahankan Lim Guan Eng atas dasar:

"Betul kata Lim Guan Eng tu kita kena ikut peraturan, lagi pun Lim Guan Eng baik sebab bagi RM100 guru kafa setiap bulan, cuba tengok semua ceramah agama dibenarkan. Hanya untuk berniaga sahaja tak dibenarkan, kira okay lah tu, takkan itu pun nak marah, kan banyak lagi negeri lain boleh berniaga?" -kata Melayu Zuhud

Jom bantu CLICK SHARE semoga informasi ini dapat disebarkan di selurun Malaysia bagi membuka mata orang Melayu terhadap cina DAP! CLICK SHARE.


*Azan Ismail Buat-Buat Bijak Komen Berkaitan #Bajet2018*

$
0
0


SELEPAS mengamati kenyataan YB Azan Ismail menerusi video rakaman yang berdurasi sepanjang 5 minit 11 saat di facebook terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah dengan fakta yang sebenar.

Dimana Azan secara lantang dan yakin mendakwa bahawa pembentangan bajet yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu selesai pada jam 6.51 petang (jumaat) pada hal habis lebih awal iaitu pada jam 6.35 petang.

Beberapa persoalan dan penjelasan yang dibuat oleh Adun Bandar itu turut mengheret rakyat dalam kekeliruan yang mana  kelebihan, keutamaan yang bakal dinikmati oleh rakyat negari Terengganu didalam bajet 2018 itu.


ADAKAH Adun Bandar ini melihat secara langsung pembentangan #bajet2018 dibentangkan oleh Najib???


1. Masa penbentang bajet 2018 itu tamat setelah berlangsung selama 2 jam 35 minit 41 saat dan bukan seperti yang dinyatakan oleh Azan dan berakhir tepat jam 6:35:41 petang.

2. Antara manfaat yang akan dinikmati secara langsung oleh rakyat Terengganu berkaitan #bajet2018 yang dibentangkan oleh perdana menteri

  1. 600 unit rumah dibawah program My Beautiful New Home atau MyBNHomes untuk bawah 40 tahun di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak serta kawasan orang asli.


2.      Bayaran Khas penjawat awam RM 1500 dan Pesara RM 700

3.      Naik taraf perkhidmatan Kardiologi dan Kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

4.      Setiap anak yang lahir  bermula 1 Januari 2018 hingga 2022 dihadiahkan dana tabung permulaan sebanyak RM 200 melalui Unit Amanah Saham

5.      Bantuan RM 200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian pada dengan peruntukan hampir RM 150 juta kepada pesawah padi


Jadi apa lagi yang hendak dikelentong oleh Azan Ismail berkaitan apa yang bakal dinikmati oleh rakyat Terengganu dengan #bajet2018 yang telah dibentangkan itu?


PEMIKIRAN KETUA ARMADA TERENGGANU TARAF BUDAK SEKOLAH?

$
0
0
Sememangnya dekat dengan hati rakyat Terengganu dengan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri terus kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Namun begitu lain pula dengan Pemuda Armada parti Bunga Terengganu yang jelas kurang senang dan cemburu dengan slogan yang dilaungkan kepimpinan kerajaan Terengganu itu.

Pemuda Bunga hanya menyalak semata-mata dan tidak menyatakan fakta yang jelas mengenai jumlah penggangguran yang berlaku di Terengganu.

Masalah penggangguran juga bukan sahaja berlaku di Terengganu kerana situasai sama juga berlaku di negeri Selangor dan Penang yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang.

Dalam menangani isu tersebut, kerajaan negeri telah melancarkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) yang akan memberi peluang siswazah menjalani latihan industri di anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta selama enam bulan dengan dibayar elaun RM1,000 setiap bulan.

Sementara itu kerajaan Terengganu juga menggalakkan sektor keusahawanan dengan pemberian insentif khas oleh agensi seperti Yaysasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Maidam, Mara dan banyak lagi yang membantu usahawan membuka perniagaan dan memperkembangkan perusahaan mereka dalam pelbagai jenis bidang yang disertai.

Selain itu kerajaan negeri telah menerima pelaburan pihak luar untuk jangka masa panjang melalui kerjasama MOU dengan syarikat swasta sekaligus membuka peluang pekerjaan untuk rakyat khusunya golongan muda.

Kerajaan negeri juga telah menjadikan sektor pelancongan sebagai bidang baharu yang mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan yang juga membuka lebih banyak peluang kerja untuk rakyat tanpa mengira umur.

Pemuda parti Bunga seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan yang mengarut dan tidak masuk akal.

Amat malu jika setakat ini sahaja taraf pemuda Bunga yang mempunyai latar belakang pelajaran tetapi pemikiran tin kosong yang hanya menunggu masa untuk ‘reboh tungging nyior’. Budak-budak ini perlu belajar lebih banyak sebelum terjun ke dalam bidang politik.

Jelas slogan Tranung Molek Doh  amat tepat dan menyeluruh kepada rakyat dan insyaallah negeri Terengganu akan terus berkembang maju mengikut acuan rakyat Terengganu sendiri.


Tranung Molek Doh  !
Viewing all 490 articles
Browse latest View live